You are on page 1of 41

DEFINISI TAFSIR

At-Tafsir menurut bahasa : " Taala: "

( " menerangkan sesuatu).

Firman Allah

"

Dan mereka tidak membawa kepada Mu sesuatu kata-kata ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepada kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya untuk menangkis segala yang mereka katakan itu Setengah ulama berpendapat ilmu tafsir bukanlah sesuatu ilmu yang boleh ditafsirkan seperti ilmu-ilmu yang lain malah ilmu Tafsir lebih merupakan

, ))

kerana demikian cukuplah sebagai takrifan: Menerangkan

Kalam Allah atau menerangkan lafaz-lafaz al-Quran dan mafhumnya. Walaubagaimanapun, setengah ulama cuba mentafsirkan Tafsir dengan berbagai takrif. Antaranya ialah takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan dalam kitabnya al-Bahru al-Mahith sebagai berikut: Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan perkataan-perkataan Al-Quran (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan

( )dan pada ketika bersusun ( )dan makna-makna

yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz. Juga membicarakan halhal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul Dari takrifan yang diberikan oleh Abu Hayyan di atas jelas menunjukkan bahawa mentafsirkan Al-Quran itu mengandungi penjelasan, huraian, cara membacanya mengikut tajwidnya, menghuraikan maksud-maksud ayat sesuai dengan keadaan perkataan ketika

( )

dan pada ketika

( , )menghu-

raikan

makna-makna hakiki dan majazi dan

menghuraikan

ayat-

ayat naskh dan mansukh juga sabab nuzulnya. SYARAT-SYARAT PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR) Para ulama banyak membahaskan syarat-syarat tfsir al-Quran sebelum ditafsirkannya seperti al-Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulim al-Quran, Syeikh Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dalam alTibyan Fi Aqsam al-Quran, al- Zarkasyi dalam al-Burhan, al-Zurqani dalam anahil al-Irfan dan ramai lagi ulama. Mentafsirkan al-Quran merupakan amanah yang berta dan besar. Sehubungan dengan itu, bukan sebarang orang yang mampu untuk memikul amanah yang besar ini. Oleh itu, sesiapa sahaja yang ingin mentafsirkan al-Quran, hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu agar terhindar daripada melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antara syaratsyarat tersebut adalah seperti yang berikut : a) Akidah yang benar. Syarat ini sangat penting bagi menjamin mufassir tidak melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran. Selain itu, mereka juga tidak terdorong kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng dengan mengemukakan pentakwilan yang bertentangan dengan akidah yang benar.

b) Bersih daripada hawa nafsu.Hal ini kerana hawa nafsu akan mendorong diri seseorang itu untuk membela dan menegakkan kepentingan mazhabnya semata-mata.

c) Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayah dan dirayah, kerana hadis-hadis Nabi merupakan penjelasan dalam mentafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan seterusnya hadis-hadis Rasulullah akan mem-

bntu pentafsir menerangkan segala kemusykilan yang timbul berhubung perkara ini.

d) Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang seperti : i) Ilmu Bahasa Arab. Oleh kerana pentingnya penguasaan terhadap ilmu bahasa Arab dalam menafsirkan ayat al-Quran terutamanya yang berkaitan dengan tatabahasa dan irab perkataan, maka mujahid telah mengatakan yang bermaksud, Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat berbicara mengenai sesuatu yang terdapat dalam Kitabullah apabila di tidak mengetahui bahasa Arab Selain itu, ilmu bahasa Arab juga merangkumi ilmu-ilmu berikut :

Ilmu Tasrif (sorof) kerana dengannya dapat diketahui bina (struktur) dan sighah (kata kerja) sesuatu kata.

Isytiqaq (derivasi) kerana sesuatu nama apabila isytiqaqnya berasal daripada dua subjek yang berbeza, maka ertinya pun juga berbeza. pasti

Al-Bayan kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib (komposisi) suatu kalimat dari segi perbezaanya sesuai dengan jelas atau tidaknya sesuatu makna.

Al-Badi kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib (komposisi) suatu kalimat dari segi keindahan suatu kalimat Ketiga-tiga ilmu di atas ( al-Maani, al-Bayan dan al-Badi) disebut sebagai ilmu balaghah yang merupakan ilmu yang perlu dikuasai dan diperhatikan oleh seseorang mufassir agar peka terhadap keindahan bahasa (Ijaz) al-Quran.

ii)

Ilmu Qiraah kerana dengannya dapat diketahui cara mengucapkan al-Quran dan kuat tidaknya model bacaan yang disampaikan antar satu qari dengan qari yang lainnya.

iii)

Mendalami ilmu usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang mufassir dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan .

iv)

ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul serta tidak mentakwilkannya dengan sewenag-wenangnya atau dengan melampaui batas.

v)

Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassir membuat kesimpulan dari ayat-ayat al-Quran dan berdalil dengannya. Juga dengannya dapat diketahui wajh al-istidlal (segi penunjukan dalil) terhadap hukum dan istinbat.

vi)

Berpengetahuan luas dalam ilmu Ulum Al-Quran seperti : Asbabun Nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) kerana dengannya dapat diketahui maksud ayat sesuai dengan peristiwa diturunkannya. An-Nasikh wa al-Mansukh agar diketahui mana ayat yang muhkam(ditetapkan hukumnya) dari yat selainnya.

iv) ilmu

Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti sosiologi, antropologi, zoology, sejarah, geografi, psikolgi serta ilmu semasa seperti ekonomi,

politik sosoal dan sebagainya bagi membantu mufassir untuk mentafsirkan al-Quran. e) Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Sunnah itu sendiri.

f) Mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah.

g) Merujuk kepada pandangan dan ijtihad para sahabat. h) Merujuk kepada pendapat Tabiin jika tidak terdapat tafsiran para sahabat.

i) Ilmu mauhibbah, iaitu ilmu yang Allah Taala anugerahkan kepada orang yang mengamalkan ilmunya.

ADAB-ADAB PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR) Pentafsir perlu memiliki adab-adab yang baik untuk membolehkan mereka mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antaranya adalah seperti berikut : 1) Niat dan tujuan yang baik Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud : Setiap amalan adalah berdasarkan kepada niatnya. Justeru, untuk berkhidmat kepada al-Quran, perlulah memiliki niat yang baik agar tidak terjerumus ke dalam usaha yang melibtkan keduniaan dan sempamanya. 2) Berakhlak Mulia Seorang mufassir akan dijadikan contoh teladan oleh orang lain. Oleh itu, dia hendaklah mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan ajaran al-Quran itu sendiri. 3) Beramal dengan isi kandungan al-Quran Ilmu yang dipraktikkan akan lebih mudah diterima berbanding ilmu yang tidak diamalkan. Selain itu, ilmu yang diamalkan juga akan membawa kepada keberkatan. Pepatah Arab telah menyatakan : Ilmu tanpa mal ibarat pohon

yang tidak berbuah 4) Bersikap Tawadhuk dan Merendahkan Diri Kesombongan yang wujud akan menjadi hijab daripada ilmu tersebut dimanfaatkan. 5) Tegas dalam Menyampaikan Kebenaran Raulullah telah menyatakan bahawa Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim. SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH, SAHABAT DAN TABIEN. TAFSIR ZAMAN RASULULLAH Metode/Bentuk Penafsiran Orang yang mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al-Quran dan menjelaskan maknanya kepada orang ramai ialah Rasulullah s.a.w . Baginda ialah orang yang paling faham tentang makna-makna ayat al-Quran. Baginda juga memahami tentang rahsia-rahsia yang terkandung dalam al-Quran dan mengetahui tujuan sesuatu ayat berkenaan diturunkan. Bahkan dalam sesetengah ayat, seruan itu ditujukan terus secara langsung kepada baginda s.a.w supaya menjelaskannya kepada manusia. Contohnya ayat berikut: Supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada mereka, Menurut Ibn Kaldun dalam Muqaddimahnya, Nabi s.a.w menjelaskan kepada sahabt-sahabat tentang ayat-ayat yang umum dengan mempericikan supaya difahami dengan jelas oleh mereka. Demikian juga bginda s.a.w membezakan

mana ayat yang Nasikh dan mana yang mansukh. Penjelasan Rasulullah member faham makna dan maksud tersirat dalam ayat, manakala peristiwa atau sebab nuzul sedia diketahui oleh para sahabat yang menyaksikan wahyu diturunkan. Semuanya ini diperjelaskan oleh Nabi sendiri kepada sahabat sahabat baginda s.a.w sehingga mereka benar-benar faham dan mengerti penjelasan dan pentafsiran sesuatu ayat al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu pentafsiran ini kemudiannya berpindah daripada generasi sahabat kepada generasi tabiin dan begitulah seterusnya. Keadaan ini berterusan apabila ilmu ini sentiasa berpindah randah dari generasi pertama iaitu generasi sahabat kepada generasi seterusnya iaitu generasi tabiin dan sehingga generasi kebelakangan. Sehinggalah pengetahuan ini menjadi satu cabang ilmu yang akhirnya dibukukan khusus. Kemudian ilmu ini kian bercambah dengan penulisan buku-buku yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Semua ini dipindahkan secara asli daripada sahabat, tabiin dan generasi selepasnya sehinggalah lahir tokoh-tokoh Tafsir yang terkenal seperti al-Tabari , al-Wafidi, al-Thalibi dan seumpama mereka. Kesimpulannya, boleh dikatakan metode yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah metode terus atau secara langsung. Ini bersesuaian dengan keadaan Nabi yang bertindak sebagai pemberi penjelasan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya. Secara kesimpulannya, metode Rasulullah s.a.w menafsirkan al-Quran kepada sahabat ialah seperti yang berikut: a) Menjelaskan sesuatu yang mujmal (tidak disebut secara terperinci). Seperti Nabi s.a.w menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang diwajibkan yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 43.

[43-2]

b) Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap surah al-Baqarah ayat 186.

[186-2]

c) Mengkhususkan yang umum. Contohnya kezaliaman yang dimaksudkan dalam surah al-An;aam ayat 83.

[83-6]

Sumber Ilmu Tafsir di Zaman Rasulullah Apabila sahabat- sahabt mempunyai persoalan tentang ayat-ayat al-Quran, mereka merujuk terus kepada baginda s.a.w. Mereka akan bertanya Rasulullah penjelasan terhadap sesuatu ayat atau perkataan tertentu dalam mana-mana ayat. Maka Rasulullah s.a.w akan menjawab serta menjelaskan segala kemusykiln itu. Ini adalah kerana Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemberi penjelasan terhadap al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Ini dijelaskan melalui ayat berikut: Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. Rasulullah s.a.w adalah sumber utama untuk menjelaskan segala keraguan terhadap ayat-ayat al-Quran pada masa itu. Para sahabat sangat tekun mempelajari al-Quran dan penafsirannya daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga terus menghafal ayat-ayat itu dan mengamalkannya. Uthman bin Affan, Abdullah bin Masud dan selainnya apabila mempelajari daripada Nabi s.a.w

sepuluh ayat, mereka tidak akan meneruskan ayat yang lain sehinggalah mereka benar-benar faham ayat itu dan beramal dengannya. Walaupun tafsir al-Quran tidak pernah dibukukan ahupun dikelaskan sebagai ilmu yang berasingan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan ilmu ini hanya diriwayatkan oleh sahabat dari Rasulullah sebagaimana mereka meriwayatkan hadis-hadis lain. TAFSIR AL-QURAN ZAMAN SAHABAT Sebagaimana yang diketahui bahawa Rasulullah s.a.w menjelaskan

kebanyakan makna al-Quran kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka ialah golongan yang paling mengetahui al-Quran selepas Rasulullah s.a.w. Ilmu Tafsir pada zaman sahabat tidak jauh bezanya dari zaman Rasulullah s.a.w. Para sahabat merupakan rujukan utama apabila ada kemusykilan terhadap ayat-ayat al-Quran. Bahkan terdapat perbezaan di antara mereka dalam memahaminya berdasarkan keupayaan akal mereka, lamanya tempoh mereka bersama Nabi s.a. w. Antara sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu tafsir al-Quran ialah khalifah yang empat, Abdullah bin Masud, Ubai bin Kab dan Abdullah bin Abbas. Selain mereka, terdapat sahabat lain seperti Abu Musa al-Asyari, Amru ibn al-As, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan Aisyah. Ali bin Abi Talib dianggap sebagai sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu Tafsir, sementara Abdullah bin Abbas pula yang paling muda dalam kalangan mereka. Sumber Tafsir Zaman Sahabat Sahabat-sahabat Nabi s.a.w berijtihad dalam Ilmu Tafsir berdasarkan sumbersumber berikut; Tafsir al-Quran dengan al-Quran. Ini adalah sumber utama yang diajar oleh Rasulullah kepada para sahabat.

Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah. Ini adalah sumber yang tidak kurang pentingnya kerana Rasulullah s.aw. ialah orang yang paling mengetahui tentang kitab Allah dan penafsiran makna-maknanya.

Tafsir al-Quran dengan ijtihad yang dilakukan dengan penelitian dan kefahaman yang baik. Sumber ini juga penting kerana sahabat adalah orang yang paling mengetahui tentang al-Quran selepas Rasulullah s.a.w . Mereka s.a.w ketika al-Quran diturunkan. berada bersama Rasulullah

TAFSIR AL-QURAN ZAMAN TABIIN DAN TABI TABIIN Zaman ini bermula pada awal abad kedua Hijrah hingga awal abad keempat Hijrah.Pada zaman itu Islam telah tersebar luas dan Negara jajahan Islam telah banyak hingga ke Negara bukan Arab.Lantaran itu,pengaruh dan kebudayaan asing mulai menular ke dalam mmasyarakat Islam dan Arab.Antara lain juga ia telah mempengaruhi ajaran Islam.Untuk itu ulama waktu itu mencari jalan dan memikirkan untuk membentuk pentafsiran al-Quran sebagai suatu ilmu yang tersendiri.Hal itu supaya ia menjadi lebih berkesan dan mudah difahami oleh pelbagai bangsa dan ,masyarakat Islam yang bukan berasal dari kalangan bangsa Arab. ZAMAN TABIIN Sebagaiman dimaklumi,pada zaman nabi dan sahabat,riwayat-riwayat tafsir adalah diwarisi dari mulut ke mulut,di mana waktu itu belum lagi ada pembukuan.Ulama pertama yang berusaha kea rah penulisan dan mencatat tafsir yang berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk buku adalah daripada kalangan ulama Tbiin yang dipelopori oleh Mujahid.Selepas batu asas yang dibuat oleh Mujahid,maka munculah kemudiannya ulama lain yang bertungkus-lumus untuk mengumpulkan tafsir ayat-ayat al-Quran yang

asalnya berselerak dan ada di tempat yang berbagai-bagai itu.Ulama terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk mengimpulkan segala tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah: Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pad tahun 198 Hijrah Waki Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah Syubah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah. Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada 238 Hijrah.

Seterusnya satu hal lain yang perlu difahami ialah tentang wilayah Islam yang sudah mulai terbuka luas pada zaman Tabiin.Ekoran daripada keadaan tersebut ramai daripada kalangan para sahabat terkemuka telah berpindah ke kota-kota yang baru dibuka,dan ini semua menyebabkan munculnya beberapa aliran di berbagai kota Islam yang diketuai atau dipimpin oleh para sahabat terkemuka tersebut.Ekoran perluasan wilayah dan penghijrahan para sahabat terkemuka ke berbagai daerah dan kota yang baru dibuka dalam hubungannya dengan ilmu Tafsir dapat dinyatakan sebagaiman berikut: > Di Mekah.Madrasah al-Tafsir telah diasaskan oleh Ibn Abbas .Di antara murid Ibn Abbas terdiri dari ulama Mekah:Mujahid Ibn Jabar yang meninggal dunia pada tahun 103 Hijra,Ata Ibn Abi Rabah yang meninggal dunia pada 114 Hijrah,ikrimah Maula Ibn Abbas yang meninggal duniayang meninggal dunia pada tahun 105 Hijrah,Said Ibn Jubair yang meninggal dunia pada tahun 93 hijrah dan Tawus Ibn Kasan al-Yamani yang meninggal dunia pada tahun 106 Hijrah. > Di Madinah.Madrasah al-Tafsir diasaskan oleh Ubai Ibn Kaab menjadi masyhur lebih dari sahabat lain dalam bidang tafsir.Antara murid beliau yang

terkenal dari kalangan Tabiin,samada yang belajar daripada beliau secara langsung atau tidak langsung iala:Zaid Ibn Aslam,Abu al-Aliyah serta Muhammad Ibn al-Qarazi. > Di Kufah,Iraq,Madrasah Tafsir diasaskan oleh Abdullah Ibn Masud yang dianggap oleh para ulama sebagai asas awal kepada kemunculan aliran Ahl alRayi dalam bidang Tafsir.Ramai daripada kalangan Tabiin daripada penduduk Iraq yang terkenal dalam bidanga Taffsir.Antara murid muridnya:terdiri daripada ulama majoritinya berada di Kufah,antara mereka ialah:Alqamah Ibn Qais yang meninggal dunia pada tahun 102 Hijrah .al-Aswad Ibn Zaid yang meninggal dunia pada tahun 105 Hijrah ,Ubaidah Ibn Amru al-Salmani dan Msruq Ibn al-Ajda. Nama-nama yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir terkenal dari

kalangan tabiin yang muncul di berbagai kota Islam pada waktu itu.Menyusul selepas mereka ialah generasi Tabiin al Tabiin yang merupakan para murid alTabiin.Mereka semua telah meninggalkan kepada kita suatu warisan ilmiah yang berkekalan. -Dari kalangan ahli tafsir yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir terkenal ialah Mujahid Ibn Jabar dan Said Ibn Jubair.Hal tersebut dapat dibuktikan dengan ungkapan oleh Imam Nawawi sebagaimana katanya:Apabila kamu sudah mengetahui Tafsir Mujahid,maka ia adalah memadai bagi kamu. -Antara lain juga sebagaiman ungkapan Sufian al-Thauri:Ambillah Tafsir alQuran daripada empat orang ulama Tafsir.iaitu :Said Ibn Jubair,Mujahid ,Ikrimah dan al-Dhahhak. -Walaupun pada zaman Tabiin ilmu Tafsir telah berkembang pesat ,namun sebagai rumusannya,majoritinya ia masih terus wujud dalam bentuk

pengajaran dan riwayat secara lisan.Dimana pembukuan yang berlaku pada zaman Tabiin masih belum begitu pesat. -Apa yang ketara dan jelasnya ,satu perkembangan baru yang berlaku dalam zaman al-Tabiin ialah dimana pada waktu itulah mulanya menyelinap masuk ke dalam disiplin ilmu Tafsir unsur-unsur Israilliyat. -Hal itu terjadi disebabkan pada waktu itu telah ramai golongan ahli kitab yang memeluk Islam. -Maka golongan Tabiin menukilkan cerita-cerita daripada mereka terutamanya daripada:Abdullah Ibn Salam,Kaab Ibn al-Ibn Juraij. Cerita-cerita israilliyat tersebut diselitkan di sana sini semasa mereka membuat tafsiran terhadap ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran.

KITAB TAFSIR ZAMAN TABIIN

T afsir al -Saudi ) Y ang m eninggal dunia pada tahun 12 7 Hijrah.T afsir itu m enerangkan riwayat riwayat yang dirujukkan kepada Ibn M asud dan Ibn Abbas . T afsir Ibn Juraij yang m eninggal dunia pada tahun 150 Hijrah .T afsir itu m eriwayatkan segala riwayat m engenai ayat -ayat al -Q uran,sahih atau dhoif .

T afsir M uham ad m Ibn Ishak .

KITA B TA FSIR ZA A M N TA BIIN

T afsir M aqatil yang m eninggal dunia pada tahun 150 Hijrah .

ZAMAN TABI TABIIN Bermula pada permulaan kurun ketiga Hijrah. Perkembangan tafsir zaman ini juga ekoran wilayah Islam yang sudah mulai terbuka luas. Hal itu menyebabkan munculnya beberapa aliran di berbagai-bagai kota Islam yang diketuai atau dipimpin oleh para Tabiin. Ulama golongan tabi tabiin tersebut telah berusaha dengan gigih untuk menyempurnakan lagi pentafsiran al-Quran. Usaha tersebut dilakukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka,bahasa Arab,lahjah Arab di samping saranan ahli Tafsir.

KITAB TAFSIR ZAMAN TABI TABIIN. - Kitab tafsir yang wujud pada zaman tersebut merupakan ekoran kewujudan dan perkembangan daripada penyusunan kitab tafsir yang dilakukan oleh

tabiin. - Ulama Tabi Tabiin telah menyusun dan menulis kitab tafsir dengan lebih teratur. - Di mana pada peringkat zaman itu mereka telah mulai menulis tafsir yang merangkumi atau melengkapi semua surah-surah al-Quran. - Antara lain juga di dalam kitab tafsir tabi tabiin majoritinya mengandungi perkataan-perkataan sahabat dan para tabiin yang tersebut sebelum ini. Antara kitab tafsir terkenal yang wujud pada peringkat zaman itu ialah: Al-Waqidi yang meninggal dunia pada tahun 207 Hijrah. Al-Allaf yang meninggal dunia pada tahun 226 Hijrah. Ibn Jarir al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah.

-Pada peringkat itu kitab tafsir Ibn Jarir yang terkenal dengan tafsir al-Tabari merupakan kitab tafsir mutaqaddimin yang paling besar yang wujud hinnga kini. -Tafsir al-Tabari tersebut asalnya bernama Jami al-Bayan. -Ibn Jarir telah menulis tafsirnya itu dengan mengikuti kaedah-kaedah salaf.Iaitu mentafsir al-Quran berdasarkan Hadis ,di samping itu juga beliau menerangkan tawil-tawil yang kukuh yang diperolehinya daripada para sahabat . -Selain itu ,Ibn Jarir juga memasukkan ijtihad beliau sendiri dalam tafsirnya. SUMBER TAFSIR ZAMAN TABI TABIIN

Kelim a:Akhirnya para pentafsir dari kalangan ini berpegang kepada apa yang dibukakan oleh Allah terh

Pertam anya:M ereka berpegang kepada penjelasan yang terdapat dalam al Q uran itu sendiri . Kedua :Kem udian m ereka berpegang kepada penjelasan penjelasan Rasulullah yang m ereka terim a m enerusi riwayat para sahabat . -

SUM BERTA FSIR ZA A TA M N BI TA BIIN.

Keem pat:Di sam ping itu m ereka juga m engam bil pandangan golongan ahli kitab . Dap m ereka m enerusi Ijtihad dan pem ikiran m ereka sendiri .

K tig :M re a ju a e a e k g b rs n a a e a d rk n k p d eaa ta ira p ra s h b t . fs n a aaa

BANDINGBEZA SEJARAH BAGI SETIAP ZAMAN PERBEZAAN PENGAJIAN TAFSIR ZAMAN RASULULLAH, SAHABAT DAN TABIIN ZAMAN RASULULLAH PERBEZAAN -Tafsir al-Quran -Tafsir al-Quran dengan aldengan alQuran Quran. -Tafsir al-Quran dengan al-Tafsir al-Quran Sunnah al-Sahihah dengan alSunnah al-Tafsir al-Quran dengan kataSahihah kata sahabat -Tafsir al-Quran dengan ijtihad dengan penelitian dan kefahaman yang baik. Mujahid, Said -Sufian Bin SAHABAT TABIIN TABI TABIIN

SUMBER TAFSIR

Tafsir daripada al-Quran

Khalifah yang empat: TOKOH YANG TERLIBAT Rasulullah -Abdullah bin Masud -Ubai bin Kab, --Abdullah bin Abbas -Zaid Bin Thabit -Abu Musa alAsyaari, Amru ibn al-As -Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah -Aisyah. -Ali Bin Abi Talib

bin Jabir, Ikrimah Maula Ibn Abbas, Thawus, Atha bin bin Abi Rabiah, Alqamah, alAswad bin Yazid alNakhaI, Ubaidah bin Amru alSalmani dan Amru bin Syarbahil.

Uyainah -Waki bin al-Jarrah dan lain-lain.

RUJUKAN UTAMA KITAB TAFSIR YANG MASYHUR

Rasulullah

Para sahabat

Para Tabiin -Tafsir al-Saudi

Para Tabi -Tafsir alWaqidi -Tafsir al-Allaf -Tafsir Ibn Jarir alTabari

Belum dibukukan. Dari mulut ke mulut.

-Tafsir Ibn Juraij Hijrah -Tafsir Maqatil -Tafsir Muhammad Ibn Ishak

PEMBAHAGIAN TAFSIR PEMBAHAGIAN TAFSIR Para ulama telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliran yang wujud dalam perkembangan tafsir Al-Quran iaitu:

Pertama:Tafsir bi Al-Mathur atau juga dikenali Tafsir Bi al-Riwayah dan Tafsir Bi al-Naqli Kedua: Tafsir Bi Al-Rayi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau Tafsir bi-alaql Ketiga: Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi. TAFSIR BIL MATHUR TAFSIR BIL MATHUR Tafsir bil Mathur ialah tafsir yang merujuk kepada Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat para sahabat dan tabiin untuk menjelaskan atau menghuraikan maksud ayat Al-Quran.Sehubungan dengan itu,tafsir daripada jenis ini hanya berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran Al-Quran dengan AlQuran sendiri atau mentafsirkan Al-Quran berpandukan hadis kerana fungsi hadis itu sendiri ialah menerangkan serta menjelaskan isi kandungan AlQuran,atau riwayat para sahabat yang menafsirkan Al-Quran memandangkan golongan para sahabat merupaka golongan yang paling mengetahui tentang al-Quran al-Karim. Tafsir bil Mathur berkembang melalui beberapa cara iaitu:

Pertama:Secara lisan.Disebut juga sebagai periwayatan Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul Tafsir]

Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.anhum. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah.

Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin) Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayatrowayat tersebut dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam sohih al-Bukhari. Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin dan tabi tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh , aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H), Said bin Jubayr(m95H), Qatadah(m118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda(m63H) yang mencatat tafsiran Abdullah bin Masud.

Ketiga: Penulisan tafsir bil Mathur dengan jalur sanad terasing dari hadith Pada peringkat ini tafsir bil Mathur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini berlaku pada zaman Atba al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir yang dibukukan pada tempoh ini ialah: Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.

Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H) Tafsir Sufyan bin Uyahnah(m198H) Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-Sanani(m211H) Tafsir Abd bin Humayd(m249H) Tafsir Ishaq bin Rahawayh(m238H) Tafsir al-Nasai(m303H)

Keempat: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang mathurat dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi Tabiin. Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang mathur bagi setiap ayat. Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu Majah(m273H), Tafsir Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim alRazi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H), Tafsir al-Hakim(m405H), dan tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).

Kelima: Pengguguran Sanad dari tafsir bil Mathur Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn alMundhir dan Ibn Mardawayh. Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir dengan tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut

dan membezakan antara riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai pandangan yang mathur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain. Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah tafsir Bahr al-Ulum oleh al-Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Thalabi, Tafsir Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan, Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Mathur hasil tangan al-Sayuti , Tafsir alQuran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi dan Fath al-Qadir tinggalan al-Shawkani SYARAT-SYARAT TAFSIR BIL MATHUR Tafsir bil Mathur memerlukan kepada beberapa syarat.Antaraynya ialah: Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir,juga mengenai katakata para sahabat dan tabien Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang bercanggah Mengetahui tentang asbab al-Nuzul dan nasakh mansukh Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat

SUMBER TAFSIR BIL MATHUR Tafsir bil Mathur bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu tafsir al-Quran dengan al-Quran,tafsir al-Quran dengan hadis Rasulullah s.a.w,pendapat dan ijtihad para sahabat dan Tabiin. a) Pertama:Tafsir al-Quran dengan al-Quran

Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia.Hal ini kerana tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah selain daripada Allah. Justeru itu,Ibn Kathir telah menyatakan bahawa sekiranya ada orang bertanya tentang kaedah yang terbaik untuk mentafsir,maka jawapannya ialah Al-Quran itu sendiri. Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya ialah al-Quran itu sendiri. Mentafsir ayat al-Quran dengan al-Quran dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antaranya ialah:

i.

Pentafsiran terhadap ayat-ayat ringkas Terdapat ayat yang ringkas di dalam al-Quran, namun telah

ditafsirkan dengan lebih jelas dan lengkap pada ayat yang lain.Contohnya firman Allah dalam surah al-Fatihah:

[4-1]
Maksudnya:Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) Perkataan

ditafsirkan dengan firman Allah dalam surah

Al-Infitar ayat 17-19:

]28-71[ ]28-81[ [19-82]


Maksudnya:Dan mereka (sentiasa berada Dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? sekali lagi, apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? (hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan

pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. ii. Pentafsiran secara lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh(mujmal)

Dimaksudkan dengan ayat yang berbentuk menyeluruh ialah sesuatu yang tidak jelas dalilnya.Contohnya ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187:


Maksudnya; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar. Perkataan fajar telah menerangkan maksud perkataan benang putih dan benang hitam. iii. Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum. Contohnya ialah firman Allah:

[225-26] ]62-422[ [226-26]


Maksudnya:. dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan Yang sesat - tidak berketentuan hala.tidakkah Engkau melihat Bahawa mereka merayau-rayau Dengan tidak berketentuan hala Dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?dan Bahawa mereka memperkatakan apa Yang mereka tidak melakukannya? (Al-Syuara:224-226)

Ayat umum di atas telah dikhususkan dengan pengecualian terhadap penyair-penyair yang beriman seperti firman Allah dalam surah al-Syuara ayat 227:

[227-26]
Maksudnya: Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. dan (ingatlah), orang-orang Yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

iv.

Pentafsiran melalui ketentuan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak Contohnya ialah berhubung dengan hukm darah yang diharamkan di dalam islam.Terdapat tiga ayat al-Quran yang menunjukkan darah itu secara mutlak iaitu ayat 173 surah al-Baqarah,ayat 3 surah al-Maidah dan ayat 115 surah al-Nahl.Firman Allah:

...
(Surah al-Baqarah ayat 173) Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah.. Darah yang telah disebut secara mutlak dalam ayat ini dikaitkan dengan darah yang mengalir (al-masfuh) dalam ayat yang lain.Firman Allah:


Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah (Al-Anam:145) v. Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh Contohnya ialah firman Allah:

[240-2]
Maksudnya: Dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, Iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, Dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya Dengan kehendakNya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (Wahai wali waris si mati) mengenai apa Yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara Yang patut Yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah:240)

Ayat di atas menerangkan tentang edah wanita yang kematian suami iaitu setahun lamanya. Kemudian ayat ini dimansukh atau diganti dengan ayat yang lain yang mengatakan bahawa edahnya ialah empat bulan 10 hari,sebagaimana firman Allah:


Maksudnya: Dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteriisteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari... (al-Baqarah:234) vi. Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara perkara yang dilihat secara zahirnya bertentangan di antara satu sama lain Contohnya ialah ayat-ayat yang menyatakan tentang penciptaan Nabi Adam yang pada zahirnya seolah bertentangan.Ayat-ayat tersebut adalah seperti yang berikut:

[59-3]
Maksudnya: Sesungguhnya Perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. (Al-Imran:59) Dinyatakan di dalam ayat di atas bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah. Manakala dalam ayat yang lain pula,dinyatakan bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah yang becampur air ( )seperti dalam ayat berikut:


Maksudnya: Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah." (Al-Araf:12) Seterusnya,Allah menjelaskan bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah hitam yang liat sebagaimana firman Allah:

()

yang boleh dibentuk

[28-15]
Maksudnya: berfirman Dan kepada (ingatkanlah malaikat: peristiwa) ketika Aku Tuhanmu hendak "Sesungguhnya

menciptakan manusia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya. (Al-Hijr:28) Seterusnya Nabi Adam juga dijadikan daripada tanah kering sehingga terbentuknya satu lembaga,seperti firman Allah dalam surah ar-Rahman ayat 14:

[14-55]
Maksudnya: Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar Justeru,daripada beberapa ayat al-Quran diatas yang membincangkan tentang penciptaan Adam a.s,dapat disimpulkan bahawa kejadian Adam adalah menerusi beberapa peribgkat iaitu:

Bermula daripada tanah (

Kemudian diikuti dengan tanah yang bercampur air

()

Peringkat ketiga adalah daripada tanah hitam yang liat yang

boleh dibentuk

() ()

Seterusnya peringkat terbentuknya kejadian Adam ialah

iaitu tanah kering seperti tembikar. Bentuk terakhir ialah ditiupkan roh.

b) Kedua:Tafsir Al-Quran dengan As-sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling layak untuk mentafsir al-Quran.Hal ini adalah kerana al-Quran itu sendiri telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w,justeru Nabi lah orang yang paling memahami al-Quran.Sehubungan dengan itu,para sahabat apabila menghadapai sebarang kemusykilan mengenai al-Quran akan terus merujuk kepada Nabi s.a.w bagi memahami ayat tersebut.

Contoh tafsir al-Quran dengan al-sunnah (al-Hadith):

[82-6]
Maksudnya: Orang-orang Yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka Dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang Yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-Anam:82)

Maksud zulm (kezaliman) di dalam ayat di atas bukanlah merujuk kepada sebarang kezaliman,akan tetapi ia ditafsirkan sebagai perbuatan yang syirik berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w yang menyatakan sedemikan.

c) Ketiga:Tafsir al-Quran dengan pendapat dan Ijtihad Sahabat Memandangkan para sahabt merupakan golongan yang sentiasa bersama Rasululah dan mendapat penerangan tentang al-Quran secara langsung daripada Nabi s.a.w,maka sewajarnya pandangan serta ijtihad mereka mengenai tafsiran al-Quran diterima. Contohnya ialah firman Allah:

30-21] ]
Maksudnya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (al-anbiya:30) Ibn Abbas mentafsirkan langit yang paduialah langit yang tiada hujan,manakala bumi yang padu ialah bumi yang tiada tumbuhan.Manakala lalu Allah pecahkan keduanya,ditafsirkan sebagai turunnya hujan dan tumbuhnya tumbuhan. d) Keempat:Tafsir al-Quran dengan Pendapat Tabiin

Para ulama tidak bersependapat mengenai tafsiran melaui pendapat Tabiin.Sebahagian ulama berpendapat bahawa tafsir mereka termasuk dalam kategori tafsir bi-al Mathur.Manakala sebahagian ulama yang lain menyatakan bahawa pendapat Tabiin termasuk dalam kategori Tafsir bi al-Rayi

Contoh tafsir al-Quran menurut pendapat Tabiin ialah firman Allah:

99-15] ]
Maksudnya: Dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara Yang tetap) yakin. (al-Hijr:99) Mujahid seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir ,Ibnu Munzir dan Ibn Abi Hatim dalam mentafsir al-yaqin pada ayat di atas telah menyatakan bahawa ia bermaksud al-maut(kematian).

TAFSIR BI AL-RAYI Tafsir bi al-Rayi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad mencari sesuatu maksud ayat al-Quran al-Karim. para sahabat atau tabiin. Ahli tafsir bi al-Rayi menggunakan seluruh ilmu yang dikuasai tanpa terikat kepada penjelasan Mereka berpandukan kepada ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas agama yang lain seperti usul fiqh,ilmu Hadis dan sebagainya. Tafsir bi al-Rayi terbahagi kepada dua iaitu: mahmud dan mazmum. Tafsir Mahmud:Tafsir Mahmud bermaksud tafsir yang baik dan terpuji iaitu tafsir yang bertepatan dengan syarak,tidak terdapat unsur-unsur penyelewengan dan ianya selari dengan tatabahasa Arab dan kaedah syarak.

Tafsir Mazmum:Tafsir Mazmum bermaksud tafsir yang buruk dan keji iaitu tafsir yang tidak

Tafsir bi al-Rayi berkembang pada zaman Bani Abbasiyah seiring dengan berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu.Tafsir ini menggalakkan peranan ijtihad berbanding dengan penggunaan tafsir bi al-Mathur.Dengan bantuan ilmu-ilmu bahasa Arab,ilmu qiraah,ilmu-ilmu al-Quran,hadis dan ilmu Ulum Hadis,usul fiqh dan ilmu-ilmu lain ,seorang ahli tafsir akan menggunakan kemampuan ijtihadnya lagi untuk dengan menerangkan bantuan maksud ayat dan mengembangkannya pengetahuan yang ada. perkembangan ilmu-ilmu

Syarat Tafsir Bi al-Ray Imam al-Zarkasyi menjelaskan di dalam Kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran bahawa terdapat empat perkara yang perlu dijadikan sebagai asas sandaran ahli tafsir dalam mentafsir ayat al-Quran al-Karim iaitu: Pertama:Dinaqhalkan daripada Rasulullah s.a.w dengan bersikap waspada terhadap hadis dhaif dan maudhu Kedua:Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullah s.a.w dan tabiin Ketiga:Berpegang dengan Bahasa Arab secara total kerana al-Quran diturunkan dalam bahsa arab yang fasih Keempat:Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan Arab yang disokong oleh asas-asas syariat Islam.

Kedudukan Tafsir bi al-Rayi

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Terdapat dua golongan ulama yang bertentangan pendapat: Satu golongan berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Bagi mereaka al-Quran hanya perlu ditafsirkan dengan sumber yang mathur sahaja yang diterima.

Sementara golongan lain pula berpendapat harus mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan sumber-sumber yang terdahulu yang lebih baik dan sahih, malah ini adalah pilihan terakhir setelah sumber-sumber asli tidak dapat diperolehi.

Contoh tafsir Mazmum Firman Allah:

[72-17]
Maksudnya: Dan (sebaliknya) sesiapa Yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalanNya (Al-Isra:72)

Terdapat penafsiran yang salah terhadap ayat di atas dengan mentafsirkan perkataan Imam dengan maksud ummahat iaitu ibu-ibu yang memberi pengertian (Ingatlah) hari kami menyeru tiap-tipa kumpulan manusia dengan nama ibu-ibu mereka Golongan yang mentafsirkan sedemikian menyangka bahawa perkataan imam di dalam ayat tersebut adalah kata jamak bagi kata nama mufrad umm sedangkan sebenarnya kata jamak bagi kata mufrad umm ialah ummahat.Pentafsiran seperti ini ditiolak sama sekali

kerana tidak mengikut kaedah bahasa arab yang tepat dan bertentangan dengan prinsip asas syariat Islam.Pentafsiran yang betul ialah perkataan imam member maksud pemimpin iaitu nabi yang menjadi pemimpin kepada sesuatu ummat. Ahli-ahli Tafsir Bi al-Ray yang terkenal: 1. Imam al-Baydawi dan tafsirnya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Tawil Beliau ialah al-Qadi Nasir al-Din Abu al-Khayr Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali al-Baydawi, al-Syirazi, al-Farisi, al-Syafie. Dilahirkan di Bandar al-Bayda yang terletak di Syiraz tetapi tarikh lahirnya tidak diketahui. Beliau datang dari keluarga yang alim kerana kedua-dua bapa dan datuknya merupakan orang alim dan kadi. Para ulama berselisih tentang waktu kematian al-Baydawi dan menurut Ibn Hubayb beliau meninggal pada tahun 685H semasa berusia 100 tahun. Beliau menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti fiqh, usul fiqh, Usuluddin dan bilangan karya mencapai 21 buah buku. Antara karyanya yang terkenal ialah tafsir Anwar al-Tanzil, al-Ghayah al-Quswa fi Dirayah alFatwa tentang fiqh mazhab syafie, Minhaj al-Wusul Ila Ilm al-Wusul ringkasan kepada kitab al-Mahsul karangan al-Razi tentang usul fiqh dan Tawali al-Anwar tentang akidah. Tafsir al-Baydawi: Beliau mengarang tafsirnya semasa beliau menetap di Bandar Tibriz, satu dari Bandar di Parsi di penghujung usianya. Tafsirnya Anwar al-Tanzil wa Asrar alTawil mendapat tempat dikalangan generasi selepasnya seperti yang disebut oleh Haji Khalifah dalam kitabnya Kashf al-Zunun An Asami al-Kutub wa alFunun Tafsir al-Baydawi kitab yang hebat dari segi kedudukannya, tidak perlu dijelaskan lagi, beliau telah mengambil intisari dari kitab al-Kashhaf berkaitan fleksi(Irab), ilmu al-Maani dan Ilmu al-Bayan, dari tafsir al-Kabir berhubung hikmah-hikmah dan ilmu kalam, dan dari tafsir al-Raghib(Jami al-Tafasir)

berhubung

derivasi(istiqaq),

kesamaran

dan

rahsiaselain

beliau

mengemukan pandangan-pandangan yang sendiri Pengaruh tafsir al-Baydawi sangat jelas melalui syarah dan Hashiyah yang bilangan mencecah empat puluh mengikut perkiraan Haji Khalifah dalam Kashf al-Zunun, tujuh puluh mengikut perkiraan Ismail al-Baghadadi dan 83 mengikut perkiraan orientalis Brokelmen . Antara yang masyhur ialah: (a)Hashiyah Jalal al-Din al-Sayuti Nawahid al-Abkar wa Shawahid al-Afkar (b)Hashiyah al-Kazruni Abu al-Fadl Al-Qurashy al-Sadiqi al-Khatib(m940H) (c) Hashiyah al-Qunuwy; Muhammad bin Mustafa(m951H) (d) Hashiyah Abd al-Hakim al-Siyalkuti al-Lahuri(m1060H) (e) Hashiyah Shihabuddin al-Khafaji(m1069H) 2. Imam al-Nasafi dan tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir Beliau ialah Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi. Digelar al-Nasafi merujuk kepada Nasaf yang terletak di wilayah Samarqand.Tidak diketahui tahun lahirnya dan meninggal pada 710H mengikut pandangan yang rajih. Beliau meninggalkan lebih 15 karya seperti Umdah al-Aqaid dalam aqidah yang terkenal dengan al-Aqaid al-Nasafiyah, Manar al-Anwar dalam usul fiqh dan tafsirnya. Tafsir al-Nasafi Al-Nasafi menjelaskan objektif penulisan tafsirnya: Saya telah diminta oleh pihak yang berkuasa(sultan) menulis kitab yang sederhana berkaitan tawil al-Quran, yang menghimpunkan pandangan tentang bentuk-bentuk fleksi(Irab), dan qiraat, mengandungi perbahasan tentang ilmu badi, al-Maani dan al-Bayan, berisi dengan pandangan ahli sunnah dan jauh dari pandangan batil, tafsir yang tidak panjang yang menjemukan dan tidak pendek yang tidak sampai maksudnya. Beliau telah menyelesaikan tafsirannya dalam masa yang singkat seperti yang dinyatakan di muqaddimah tafsir Madarik al-Tanzil. Antara sumber tafsir al-Nasafi ialah

Tafsir al-Khashaff dan tafsir al-Nasafi merupakan ringkasan kepada tafsir ini dengan menggugurkan pandangan muktazilah

Tafsir al-Baydawi: al-Nasafi sezaman dengan al-Baydawi kerana beliau meninggal 25 tahun sebelum al-Nasafi Tafsir al-Kashf wa al-Bayan karya Abu Ishaq al-Thalabi Tafsir Syarh Tawilat Ahl al-Sunnah karangan Abu Mansur al-Maturudi.

Metodologi: Menurut Dr.al-Dhahabi, al-Nasafi dalam tafsirnya menggunakan Qiraat Tujuh, dan membincangkan serba sedikit berkaitan permasalahan nahu. Dalam masalah fiqh pula beliau mentarjihkan mazhab Hanafi, dalam persoalan aqidah beliau mendukung pandangan ahli sunnah dan menolak pandangan aliran yang menyeleweng, beliau tidak banyak menyebut riwayat Israiliyyat dan alangkah baik sekiranya beliau tidak menyebutnya. 3.Burhan al-Din al-Biqai dan tafsirnya Nazm al-Durar Biografi: Beliau ialah Burha:n al-Di:n Abu: al-Hasan Ibra:hi:m bin Umar bin Hassan alRuba:t. Beliau merupakan anak kelahiran Kg. Hirbah Duha:, Lubnan pada tahun 809H. Semasa berusia 12 tahun, beliau berpindah bersama keluarganya ke Damsyik pada tahun 821H. al-Biqa: i: menadah ilmu dengan beberapa tokoh ilmuan pada waktu itu seperti Ibn al-Jaza:ri: dalam disiplin ilmu Qiraah, Ta:j al-Di:n bin Baha:dir dalam ilmu fekah, al-Qayati dalam ilmu feqah, usul fiqh, nahu, balaghah. Beliau turut membaca dengan gurunya ini tafsir alKashsha:f. Dalam ilmu hadith pula beliau menuntut ilmu dengan tokoh hadith Ibn Hajar al-Asqa:la:ni: dan Ibn Na:sir al-Di:n al-Dimashqi:. Beliau telah mengembara kebeberapa tempat dalam usaha pencarian ilmu seperti Baitul Maqdis, Kaherah, Dimyat, Mekah, Taif, Madinah dan Halab. Selain menjadi

tokoh dalam pelbagai disiplin ilmu, al-Biqa: i: tidak ketinggalan dalam menyertai beberapa siri peperangan. al-Biqa: i: meninggal dunia pada 18 Rejab tahun 885H ketika berusia 76 tahun. Beliau meninggalkan lebih dari tujuh puluh karya dalam pelbagai disiplin ilmu. Bentuk-bentuk kesalahan dalam tafsir Salah dari segi matlamat dan tujuan seperti pandangan orang bukan Islam terhadap al-Quran. Salah dalam metodologi memahami al-Quran seperti tafsiran mazhabmazhab yang menyeleweng Salah dalam mentafsirkan aspek kecil yang berlaku dikalangan mufassir ahli sunnah wa al-Jamaah. Penyelewengan dan kesilapan dapat dilihat seperti berikut: 1. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Pentafsir menerima makna asal ayat tetapi pentafsir memberikan tafsiran tambahan kepada ayat tersebut Contohnya tafsir ayat 66 surah al-Nisa oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami.

[66-4]
Maksudnya: Dan Sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka: Bunuhlah dirimuatau keluarlah kamu dari kampungmu, niscaya mereka tidak akan melakukannya kecuali sebagian kecil dari mereka. dan Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka) Beliau mentafsirkan Bunuhlah dirimu dengan melawan hawa nafsu dan

keluarlah dari kampungmu dengan keluarkan perasaan cinta dunia dari hatimu. Makna yang diberikan oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami adalah betul iaiatu kewajipan melawan hawa nafsu dan mengeluarkan dunia dari hati tetapi menjadikan ayat sebagai dalil adalah salah kerana perkataan Bunuhlah dirimu adalah makna yang sebenar iaitu bunuh dengan makna mengeluarkan roh dari badan dan keluar dari kampung adalah keluar dengan fizikal.
2. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Ben-

tuk kedua berbeza dari pertama kerana pentafsir menafikan makna asal ayat dan menjadikan ayat sebagai dalil yang menyokong pandangannya. Dengan ini pentafsir telah melakukan dua kesalahan. Pertama: Meninggalkan makna ayat yang betul. Kedua:Mentafsirkan ayat dengan makna yang salah Contohnya tafsiran Sahl bin Abdullah al-Tasturi tentang ayat 35 surah alBaqarah. Firman Allah:

35-2] ]
Maksudnya: Dan kami berfirman: Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini[37], yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim [37] pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al Quran dan Hadist tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon khuldi sebagaimana tersebut dalam surat Thaha ayat 120, tapi itu adalah nama yang diberikan syaitan. Menurut Sahl makan dalam ayat ini bukan makan yang sebenarnya dan mentafsirkannya dengan memberikan penumpuan kepada selain Allah.

3. Tafsiran yang dari segi pegangan salah dan dalilnya salah seperti tafsiran Ibnu Arabi terhadap ayat 8 surah al-Muzammil

8-73] ]
Maksudnya: Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan Ibnu Arabi mentafsirkan sebutlah nama Tuhanmu iaitu diri kamu sendiri atau kenalilah diri anda janganlah lupa nanti Allah akan lupakan kamu. Ibnu Arabi dalam tafsiran ini menyokong fahaman yang dipegangnya iaitu wehdah al-Wujud iaiatu tuhan dan manusia benda yang sama, nama tuhanmu ditafsirkan dengan diri manusia(kamu), jelas sekali kesesatan dan kebatilan tafsiran ini. TAFSIR ISYARI/SUFI Menurut ahli,setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin.Yang zahir adalah yang segera mudah mudah difahami oleh akal fikiran,sedangkan yang batin adalah yang merupakan isyarat-isyarat yang tersembunyi di sebaliknya itu yang hanya diketahui oleh ahlinya.

Menurut al-Zahabi,tafsir sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat alQuran dengan tidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir ayat,disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasawwuf dan pentakwilan ini mempunyai titik pertemuan dengan maksud zahir ayat.

Syarat Penerimaan Tafsir Sufi/Isyari Semua tafsir Isyari tidak boleh diterima begitu sahaja,akan tetapi ia hendaklah

memenuhi

syarat-syarat

yang

tidak

boleh

ditinggalkan

oleh

para

mufassir.Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang berikut: Pentafsiran Isyari / Sufi ini tidak bercanggah dengan makna ayat yang zahir Pentafsiran tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti syarak yang benar Tidak bertentangan dengan syariat dan akal Hendaklah dimulakan dengan penafisran terhadap makna zahir terlebih dahulu dan kemudian barulah didatangkan kemungkinan adanya makna lain selain makna zahir

Pentakwilan yang dibuat tidak terlalu asing Seseorang mufassir tidak boleh mendakwa bahawa Tasir SufiIsyari sahaja yang tepat

Contoh penafsiran secara Isyari

[22-2] ..
Maksudnya: .. maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui(bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) (Al-Baqarah:22) Al-Tastary mentafsirkan perkataan

()

yang bermaksud sekutu sebagai di sini bukan hanya merujuk

nafsu amarah yang jelek.Jadi maksud

()

kepada patung-patung berhala,syaitan atau jiwa sahaja,akan tetapi nafsu amarah yang sering dijadikan tuhan ole manusia juga merupakan apa yang di-

maksudkan daripada ayat tersebut,kerana manusia selalu menyekutukan tuhannya dengan selalu menjadi hamba bagi nafsu amarahnya.

Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan melihat isyarat yang ada di dalamnya telah banyak dilakukan oleh para sahabat Nabi,di antaranya pentafsiran Isyari sahabat iaitu ketika turunnya ayat daripada surah al-Nasr yang berbunyi:

]011-1[ ]011-2[ [3-110]


Maksudnya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad melihat manusia masuk berjaya Menguasai negeri Makkah),. dan Engkau Dalam ugama Allah beramai-ramai, -maka

Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Al-Nasr:1-3) Di antara para sahabat,ada yang memberikan pentafsiran ayat tersebut memerintahkan kepada mereka untuk bersyukur kepada Allah dan meminta keampunannya.Akan tetapi berbeza dengan Ibn Abbas yang mengatakan bahawa ayat tersebut adalah sebagai tanda hampirnya ajal Rasulullah s.a.w

You might also like