RUPA BENTUK KURIKULUM ABAD KE 21

PENGENALAN Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut : " Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. " [ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Y.A.B. Perdana Menteri telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan yang perlu dilakukan.

sastera dan ilmu-ilmu sosial". Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa. dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin. isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. dari segi kemampuan diri. hal. Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi. 21 ] Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. . dari segi penghargaan mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri. hal. Garis panduan tentang bentuk."Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggitingginya dari segi ketrampilan pada rakyat kita. selain terdapatnya imbangan yang wajar antara orang-orang mempunyai kemahiran dalam bidang sains dan teknologi. separa-profesional dan ahli ketukangan. ledakan ilmu dan maklumat. Perancangan kurikulum abad ke 21. [ Malaysia Melangkah Ke Hadapan. fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. dari segi kemampuan berbahasa. mestilah bersifat futuristik. dari segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan". [ Malaysia Melangkah Ke Hadapan. 21 ] "Kita mestilah memastikan bahawa terdapat satu adunan yang seimbang antara golongan profesional.

Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian. permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan.FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif. kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek. rohani. pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru. menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain kemahiran kepimpinan dan pengurusan Di dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkaraperkara berikut : (a) Pembelajaran Koperatif Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan. idea. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan. mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :       kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif kemahiran berkomunikasi secara berkesan kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan kemahiran mencari. . (b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. jasmani dan emosi.

(e) ‘Multilinggualism’ Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan. cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan.(c) Pengembangan Kreativiti Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik. Tuhan. membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. . akhlak dan kebudayaan bangsa. sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap dirinya. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan. Hanya insan baik. ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi. dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. keluarga dan masyarakat manusia serta alam sekelilingnya. dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa. beradab dan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan agama. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan. (f) Patriotisme dan Ketatanegaraan Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan. (g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerap bertukar kerja. Kebudayaan nasional. (d) Kemahiran Generik Kemahiran-kemahiran generik bolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir. Insan baik.

Program yang anjal. bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik. (flexible) dan tidak formal. menulis. dan intrapersonal diberi tumpuan. bodily-kinesthetic. Ini merupakan kesediaan bagi kanak-kanak yang akan menghadapi ujian diagnostik pada tahun 3 (program Lompat Kelas).tahun 1 dijalankan agar pengalaman prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. spatial. Perlunya ada kesinambungan prasekolah. inter-personal. muzik. mencari dan memilih maklumat. ORGANISASI KURIKULUM Pendidikan Prasekolah Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan. Kemahiran membaca pantas. Proses pembelajaran secara tidak formal melalui konsep bermain sambil belajar. merujuk. Pembelajaran berlaku semasa aktiviti dijalankan sama ada dalam bentuk pengalaman. (i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. logiko-matematik. Kawalan harus dititikberatkan supaya guru tidak mengajar 3M 'right away'. di samping menurut 'graded objectives' (konsep Mastery Learning) dan 'activity-based'. menulis ringkasan. hasil kerja dan lain-lain. Bermainmenjalankan aktiviti secara terancang dan tidak terancang (bebas) mengikut objektif yang disarankan dalam garis kurikulum. mengira) melalui bermain.(h) Pelbagai Kecerdasan Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang. Kemahiran yang telah dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah patut disambung di tahun 1. membuat nota. serta diulang dan dipulihkan pada tahun 1 jika kanak-kanak tidak . Penekanan kesediaan yang kukuh bagi kemahiran 3M (membaca.

rohani. Walau bagaimanapun. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. menyeluruh dan seimbang. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). membaca dan menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalam bahasa pengantar sekolah (Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris. Struktur Organisasi Struktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen yang membantu perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. pengukuhan dijalankan untuk mengayakan pengalaman mereka di samping mengurangkan kebosanan mempelajari perkara yang sama. Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu. sains dan teknologi Kerohanian. Komponenkomponen yang dicadangkan ialah :       Komunikasi Matematik. Pendidikan Rendah Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Keanjalan tempoh belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintar menamatkan pendidikan rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak yang kurang berkeupayaan dalam tempoh 7 tahun. Aspek-aspek intelek. Matlamat Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu. nilai dan sikap Kemanusiaan dan kesenian Perkembangan diri Kokurikulum Komunikasi i. emosi dan jasmani diperkembang ke arah melahirkan insan yang seimbang. Bagi mereka yang telah bersedia. Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris. tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun. umumnya. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur. harmonis dan berakhlak mulia. . Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.menguasainya.

Keigatan-kegiatan persatuan. dicadangkan supaya kandungan kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut : Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah] Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan sederhana] Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances) . (vi) Kokurikulum Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah. Nilai dan Sikap Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat. dalam bentuk pelbagai aktiviti. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya appresiasi dipupuk. kemahiran proses sains dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberi perhatian. (iii) Kerohanian. sukan dan pasukan pakaian seragam dilanjutkan. (v) Perkembangan Diri Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental.(ii) Matematik. menyelesai masalah dan membuat keputusan gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum. Oleh kerana tempoh persekolahan lebih anjal. Pengetahuan dan amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala. (iv) Kemanusiaan dan Kesenian Ilmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan setempat dan global didedahkan. Sains dan Teknologi Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik. Perkembangan mental seperti pemikiran kritis.

kemahiran peribadi dan aplikasi praktikal Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di peringkat maktab/politeknik Kursus Peringkat Tinggi   Mengembangkan kefahaman tentang prinsip. teori. emosi dan jasmani ke arah melahirkan insan yang seimbang. aplikasi praktikal dan isi kandungan kursus pengajian Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian tinggi . berakhlak mulia dan berketrampilan untuk pembangunan negara. Struktur Organisasi Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu : Kursus Peringkat Asas :   Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan Kursus Peringkat Umum   Mengembangkan kemahiran berkomunikasi. Ia memberi peluang murid-murid mengikuti beberapa jenis kursus agar dalam tahun-tahun kesepuluh mereka boleh belajar berdasarkan bakat dan kemampuan serta menentukan bidang pekerjaannya untuk masa depan. Matlamat Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek.Pendidikan Menengah Pendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima tahun. rohani. Pelajar diberi peluang bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supaya lebih bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Kumpulan Teras     Komunikasi Matematik. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. . PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Dengan itu kemudahan seperti komputer.Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan 1. cakera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. sains dan teknologi Kerohanian. menyimpan. menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti INTERNET atau MULTIMEDIA atau HYPERMEDIA untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. memproses. nilai dan sikap Perkembangan diri 2. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. (a) Teknologi Maklumat/Komputer Dalam konteks pendidkkan. multi media. Kumpulan Elektif Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alam pekerjaan. berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Malah penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks. (b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. pengunaan teknologi komputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. imej atau suara. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. menengah dan lepasan menengah. Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat. Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya INTERNET.Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus. untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. . Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah.

(d) Pendekatan Modular Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu . alat ujian kendiri. (c) Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut :       Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu) Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas.Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusatpusat pengajian tinggi. aktiviti pembelajaran dan maklum balas pelajar. tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan. membuat kerja projek. Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2. pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic). (e) Mastery Learning Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka. kerja-kerja makmal dan amali.tahun pengajian. (g) Sistem Kredit Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. (f) 'Tracking' dan 'Banding' Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran. Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. tugasan. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan. kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). . Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.

Misalnya dalam subjek Pengajian Kejuruteraan Awam. kebolehan praktik. Pelajar cemerlang akan naik ke tahap yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana dan lemah diberi tindakan susulan melalui program pemulihan dan pengayaan. Sebagai contoh jika seseorang murid . (b) Penilaian Berterusan Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery learning). Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. kebolehan menyiasat. (a) Penilaian Berasaskan Sekolah Sekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya sendiri. (c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen. elemen-elemen seperti kebolehan berkomunikasi. Ini memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaian muridnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar. selain daripada pengetahuan dan kemahiran.PENILAIAN Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan. kebolehan mereka (design). kemahiran dan penghayatan. Penilaian berterusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan pelajar supaya kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehingga akhir pembelajaran. Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. kebolehan mengurus dan kebolehan membuat anggaran dinilai bersama dengan pengetahuan. (d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai. Sekarang ini penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpa mengambilkira prosesnya. Elemen-elemen sesuatu subjek perlu diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benar mengetahui dan menguasai subjeknya.

(f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes) Hasil pembelajaran adalah pengetahuan. guru perlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempoh praktikalnya. Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah pelajar sudah dapat mencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaannya. negeri ataupun negara. (h) Ujian / Peperiksaan Secara On-Line Ujian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang dibuat berdasarkan kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Tahap pencapaian boleh ditetapkan di peringkat sekolah. daerah. Peratusan pelajar yang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi petunjuk kepada kualiti pembelajaran. tugasan dan bidang yang dinilai. Satu penilaian individu dan rakan sebaya menggunakan folio. Hasil pembelajaran menerangkan tahap pengetahuan. konsep. kemahiran dan nilai yang boleh diukur ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada sesuatu peringkat persekolah/pembelajaran. (g) 'Bench Marking' 'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil. pelajar digalakkan menduduki ujian penilaian . Murid-murid telah tahu apa yang dikehendaki daripada mereka dan bagaimana mereka akan dinilai. (e) 'Authentic Assessment' 'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai mengikut perilaku yang dikehendaki oleh guru. Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa tinggi. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi. pengetahuan dan kemahiran berfikir yang tinggi.dikehendaki membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai penyelia. Penilaian ini menonjolkan kekuatan murid-murid dan intergrasi antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. ujian amali dan penilaian berasaskan prestasi menggunakan faktor. proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan tinggi. Kriteria-kriteria tahap penguasaan dikenalpasti dan penilaian menggunakan Ujian Rujukan Kriteria (CRT). kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai.

ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini. kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. penyediaan bahan kursus dan format penilaian. PENUTUP Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain.apabila mereka sudah bersedia dan sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari. . tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi. di samping penglibatan pihak swasta. penyediaan latihan semula guru.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful