You are on page 1of 17

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


 Huraian Sukatan Pelajaran
 Bahasa Arab KBSR
 Tahun 1

UNIT KURIKULUM BAHASA ARAB


BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
JULAI 2007 / REJAB 1428

35
SULIT

1.0 TAJUK
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH


Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa
Bertindak Melaksanakan Bahasa Arab Bil 2/2006 mengenai Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu.

4.0 LATAR BELAKANG


4.1 Susulan daripada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia
dan resolusi Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu
Ain (j-QAF) peringkat kebangsaan , Kementerian Pelajaran
Malaysia mula melaksanakan Program j-QAF di 1221 buah SK
pada tahun 2005 kepada murid Tahun 1. Program ini
dilaksanakan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui
penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa
Arab dan Fardu Ain.
4.2 Model Perluasan Pelaksanaan BAK dijalankan bersama model-
model Program j-QAF yang lain seperti mana yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004 (No Rujukan: KP
(BS) 8591/ Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004.
4.3 Sebagai lanjutan dari lawatan YAB Perdana Menteri ke
Kementerian Pelajaran Malaysia pada 25 April 2005,
Mesyuarat Hal-hal Profesional Bil 3/2005 pada 25 Mei 2005
telah mencadangkan JAPIM supaya menubuhkan
Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan Bahasa Arab.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Pusat Bil 3/2005 yang diadakan pada 29 Jun 2005 telah
36 SULIT
SULIT
meluluskan pertukaran nama Bahasa Arab Komunikasi kepada
Bahasa Arab. Proses pertukaran nama ini dimulakan untuk
percetakan buku teks Bahasa Arab Tahun 4 2006 dan
perubahan menyeluruh yang melibatkan nama mata
pelajaran, kandungan kurikulum, pendekatan pengajaran dan
lain-lain akan dibuat pada 2008 dicadangkan bagi tahun satu
dan tingkatan satu. Selain itu, JAPIM dikehendaki mengambil
langkah jangka panjang dengan membuat perubahan dan
penambahbaikan kepada kandungan pelaksanaan kurikulum
Bahasa Arab sesuai dengan pendekatan pengajaran kurikulum
Bahasa Arab peringkat rendah.
4.4 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 1/2006 yang
diadakan pada 25 Januari 2006 telah meluluskan Sukatan
Pelajaran Bahasa Arab KBSR untuk digunakan bermula pada
tahun 2008. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR hendaklah
dilaksanakan secara rintis pada tahun 2007. Mesyuarat juga
telah mengesyorkan supaya pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab KBSR menggunakan pendekatan fleksi dengan
kerjasama UPSI.

5.0 RASIONAL
5.1 Kurikulum Bahasa Arab perlu digubal semula kerana
mempertimbangkan saranan yang telah diberikan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia yang mahukan Bahasa Arab
Komunikasi ditukar kepada istilah yang lebih sesuai seperti
Bahasa Arab Ibtidaiyyah, Bahasa Arab I’dadiyyah dan Bahasa
Arab Thanawiyyah. Saranan beliau ini boleh difahami agar
Bahasa Arab diajar menggunakan pendekatan tradisional iaitu
pendekatan yang memberi penekanan terhadap komponen-
komponen Bahasa Arab seperti tatabahasa, muthalaah, insya’,
mahfuzat dan lain-lain.

37 SULIT
SULIT
5.2 Kurikulum ini digubal dengan mengambil kira idea serta
saranan daripada Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan
Bahasa Arab yang ditubuhkan berdasarkan keputusan
Mesyuarat Hal-hal Profesional Bil 3 2005 supaya ianya selari
dan menepati dengan saranan yang telah dikemukakan oleh
YAB Perdana Menteri.
5.3 JAPIM telah mengadakan mesyuarat bagi melihat dan
mengkaji perubahan-perubahan dalam isi kandungan sukatan
Bahasa Arab yang digubal sebagaimana yang telah
disarankan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil
3/2005.
5.4 Perubahan-perubahan yang dibuat dalam huraian sukatan ini
dipertimbang berdasarkan huraian sukatan Bahasa Arab
Komunikasi tahun 2003, sukatan-sukatan Bahasa Arab di
sekolah-sekolah agama negeri, sukatan Bahasa Arab di Timur
Tengah serta perkembangan dan keperluan semasa dalam
pendidikan. Di samping itu, perubahan huraian sukatan ini
telah melibatkan pakar-pakar Bahasa Arab di IPTA dan
maktab-maktab perguruan. Saranan dan idea yang diberikan
oleh mereka dipertimbang dan diambil kira dalam
penggubalan huraian sukatan ini.
5.5 Huraian sukatan ini adalah sebagai tafsiran kepada sukatan
pelajaran Bahasa Arab yang telah diluluskan. Ianya juga akan
dapat memudahkan guru untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

6.0 PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUM


6.1 Di dalam huraian sukatan ini terdapat beberapa perubahan
yang diberi penekanan dari segi penyusunan semula
beberapa elemen utama dalam sukatan dan huraian sukatan
Bahasa Arab, iaitu memasukkan dan mengagihkan secara
seimbang dan munasabah unsur-unsur tatabahasa,

38 SULIT
SULIT
muthalaah, insya’ dan penetapan kata-kata hikmat dan
perumpamaan Bahasa Arab. Selain itu, huraian sukatan
pelajaran ini melibatkan pengagihan semula perbendaharaan
kata untuk setiap tahun di samping mengekalkan aspek
kemahiran bahasa.
6.2 Dokumen huraian sukatan pelajaran ini mengandungi
pendahuluan, matlamat, objektif, objektif mata pelajaran
Bahasa Arab Tahun Satu, organisasi kurikulum yang terdiri
daripada kemahiran bahasa, tema, aspek bahasa yang
merangkumi sistem bunyi, perumpamaan, tatabahasa,
perbendaharaan kata dan pengisian kurikulum serta strategi
pengajaran dan pembelajaran.
6.3 Pendahuluan
Di dalam Pendahuluan Huraian Sukatan Pelajaran bahasa Arab
ini diperjelaskan status mata pelajaran ini iaitu sebagai
bahasa tambahan. Sehubungan dengan itu, usaha yang yang
telah dilaksanakan ini adalah selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam iaitu
untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
6.4 Matlamat :
Matlamat Bahasa Arab sekolah rendah ialah untuk
memberikan kepada murid empat kemahiran bahasa serta
membolehkan mereka menggunakan bahasa Arab dalam
penulisan dan percakapan samada di sekolah atau di luar
sekolah.
6.5 Objektif :
Sukatan Pelajaran ini telah mengariskan objektif yang perlu
dicapai iaitu:
6.5.1 Mendengar dan memahami sebutan huruf, perkataan,
ayat serta petikan;

39 SULIT
SULIT
6.5.2 Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang
betul;
6.5.3 Bertutur dan memahami Bahasa Arab dalam tema-
tema yang tertentu;
6.5.4 Membaca dengan betul dan memahami perkataan, ayat
serta petikan;
6.5.5 Menulis dengan betul dan memahami huruf, perkataan,
ayat dan petikan;
6.5.6 Mengetahui asas tatabahasa Arab;
6.5.7 Menggunakan Bahasa Arab Fushah yang mengandungi
perbendaharaan kata, struktur tulisan dan sebutan
serta kaedah morfologi dan sintaksis semasa
mendengar, bertutur, membaca dan menulis;
6.5.8 Menghafal Mahfuzat terpilih serta asas morfologi dan
memperdengarkannya;
6.5.9 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,
semangat patriotik dan kewarganegaraan;
Bagi merealisasikan objektif ini, bahasa Arab mesti digunakan
sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, ujian dan peperiksaan awam.
6.6 Objektif pembelajaran bahasa Arab di tahun 1.
6.6.1 Mendengar dan memahami sebutan huruf, perkataan,
ayat pendek .
6.6.2 Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang
betul.
6.6.3 Bertutur dan memahami Bahasa Arab dalam tema-
tema yang tertentu;
6.6.4 Membaca dengan betul dan memahami perkataan dan
ayat pendek.
6.6.5 Menulis dengan betul dan memahami huruf, perkataan
dan ayat pendek.

40 SULIT
SULIT
6.6.6 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, dan sikap
positif,
6.7 Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran;
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini merangkumi
kemahiran berbahasa, tema, aspek-aspek bahasa,
perbendaharaan kata, pengisian kurikulum, dan strategi
pengajaran dan pembelajaran.
6.8 Kemahiran bahasa;
Kemahiran asas berbahasa merupakan tonggak utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Murid yang
menguasai asas kemahiran berbahasa adalah murid yang
telah menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Kejayaan murid menguasai empat kemahiran ini
meningkatkan kesediaannya mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran sekaligus membuka ruang kepadanya
mempelajari ilmu-ilmu agama dan moden pada masa akan
datang.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab pada peringkat
rendah terbahagi kepada dua lajur; Pertama lajur kemahiran
dan kedua lajur aktiviti yang dicadangkan.
i. Lajur Kemahiran
Lajur ini terbahagi kepada empat bahagian yang
meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Setiap bahagian ini dinyatakan hasil
pembelajaran yang diharapkan. Kemahiran mendengar
dan bertutur di tahun satu berfokus kepada mendengar
dan menyebut semula sebutan huruf dan ayat. Adapun
kemahiran membaca berfokus kepada bacaan
perkataan dan ungkapan secara nyaring. Kemahiran
menulis pula berfokus kepada melatih murid memegang
pen dengan cara yang betul dan menggerakkan tangan

41 SULIT
SULIT
ke arah yang sesuai serta menulis huruf dan sebahagian
perkataan.
Asas kemahiran berbahasa meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran mendengar;
Kemahiran mendengar bermaksud kemampuan murid
mendengar dan memahami dengan baik dan peka
terhadap pelbagai situasi serta memberi tindak balas.
Kemahiran bertutur;
Kemahiran bertutur bermaksud kemampuan murid
berkomunikasi untuk mewujudkan setia kawan,
menyampaikan maklumat, mencetuskan idea,
mengungkapkan perasaan, mengutarakan kritikan
membina dengan intonasi dan penekanan suara yang
sesuai serta gaya bahasa yang sopan. Penggunaan
tatabahasa Arab yang betul menjadi fokus utama ketika
mempraktikan kemahiran ini.
Kemahiran membaca
Kemahiran membaca bermaksud kemampuan murid
untuk membaca dengan sebutan yang betul serta
intonasi yang sesuai dan fasih. Di samping itu, tujuan
utama dari kemahiran ini ialah murid dapat memahami
aspek ilmu dari bahan bacaan tersebut.
Kemahiran menulis;
Kemahiran menulis bermaksud kemampuan murid
menulis huruf, perkataan, ayat, mencetuskan idea
dalam bentuk penulisan permulaan yang berkaitan
dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman murid secara
langsung. Murid membuat ungkapan dan latihan
mengeja yang betul serta kaligrafi Arab yang indah
dalam bentuk penulisan.
ii. Lajur aktiviti yang dicadangkan.

42 SULIT
SULIT
Lajur ini mengandungi aktiviti yang dicadangkan, bahan
bantu mengajar pada setiap kemahiran. Aktiviti yang
dicadangkan ini mengambil kira hasil pembelajaran dan
unsur-unsur yang ada dalam pengisian kurikulum.
Maksud aktiviti yang dicadangkan’ ialah seorang guru
boleh membuat sebarang cadangan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai bagi tahap murid tahun
satu. Begitulah juga dengan kaedah pengajaran.
Huraian sukatan ini juga memasukkan aktiviti yang
berbeza sebagai tambahan kepada aktiviti pengajaran
yang menggunakan kaedah langsung. Di antara aktiviti
ini adalah permainan bahasa, nasyid, kuiz, perbualan,
drama dan pazel. Adalah diharapkan sebarang aktiviti
yang dicadangkan mestilah mengambil kira perbezaan
individu dan asas kepelbagaian intelektual. Contohnya,
permainan bahasa yang merupakan unsur kenestetik
intelektual dan aktiviti nasyid menyuburkan kecerdasan
muzikal di kalangan murid.
6.9 Tema:
Pemilihan tema untuk murid sekolah rendah adalah mengikut
tajuk yang berkaitan dengan murid serta bahan-bahan yang
berada di sekeliling mereka. Semua tajuk ini berhubung kait
dengan dunia pelajar di rumah dan di sekolah serta alam
permainan dan cita-cita murid yang dapat memenuhi
kehendak dan keperluan semasa seperti sains dan teknologi.
Ia juga memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan
dengan patriotisme untuk mengukuhkan cinta kepada negara
bertujuan membentuk bangsa Malaysia yang sedar dan
bersedia mempertahankan bangsa, agama dan negara. Tema-
tema tersebut ialah:
6.9. Di sekolah; 6.9.8 Haiwan;
1 Peralatan
pembelajaran,
43 SULIT
SULIT
peralatan di dalam
kelas, tempat-tempat
di sekitar sekolah,
jenis-jenis permainan
sukan, hari sukan.
6.9. Dunia murid; 6.9.9 Pengangkutan;
2 Anggota badan dan
pakaian
6.9. Nombor dan bilangan; 6.9.1 Sains dan teknologi;
3 0
6.9. Warna, bentuk , arah 6.9.1 Hobi dan cita-cita;
4 dan lokasi; 1
6.9. Di rumah ; 6.9.1 Kampung, bandar dan
5 Ruangan, peralatan 2 tanah air;
dan anggota keluarga.
6.9. Makanan dan 6.9.1 Waktu makan, masa,
6 minuman; 3 hari dan bulan;
6.9. Buah-buahan, sayur-
7 sayuran, tumbuh-
tumbuhandan bunga-
bungaan;

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu di Sekolah


Kebangsaan memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk berikut :
1. Huruf Hijaiah Arab
2. Ucapan dan Penghargaan
3. Pengenalan
4. Di dalam kelas
5. Peralatan Pembelajaran
6. Lokasi-lokasi di sekolah
7. Keluarga
8. Rumah
9. Anggota badan
10.Pakaian
6.10 Aspek Bahasa
Pembelajaran aspek bahasa di dalam pengajaran Bahasa Arab
di tahap sekolah rendah diberi penekanan sama dengan
pembelajaran kemahiran berbahasa. Tiga aspek bahasa iaitu
44 SULIT
SULIT
Sistem Bunyi, Tatabahasa Arab dan Kata-Kata Hikmat &
Perumpamaan.
6.10.1Sistem Bunyi
Sistem bunyi merupakan elemen yang amat penting
dalam pengajaran Bahasa Arab. Ia bertujuan melatih
murid menyebut perkataan, membaca ayat dan
ungkapan dengan betul serta mampu menguasai dan
membezakan sebutan dengan baik. Sistem bunyi di
tahun satu peringkat sekolah rendah memberi tumpuan
kepada menyebut huruf-huruf hijaiah dengan sebutan
yang betul.
6.10.2Tatabahasa :
Tatabahasa adalah salah satu aspek bahasa yang sangat
berkait rapat dengan pembelajaran bahasa Arab. Ia
dapat memelihara pertuturan dan penulisan murid
sewaktu menggunakannya. Pengajaran tatabahasa Arab
bertujuan meningkatkan kemampuan murid dalam
menggunakan bahasa Arab sesuai dengan kaedah
tatabahasa dan morfologi yang betul. Berikut adalah
tajuk-tajuk tatabahasa Arab yang akan diajar di
peringkat sekolah rendah. Tajuk-tajuk ini dibahagi
kepada dua tahap :
Tahap pertama.
1 Kata ganti nama;
2 Kata ganti nama tunjuk;
3 Huruf al-Jar;
4 Kata nama maskulin dan feminin;
5 Kata soal;
Tahap kedua.
1 Kata ganti nama;
2 Kata ganti nama tunjuk;
3 Kata ganti nama tempat (zarfun)
4 Kata kerja lampau, kini dan perintah
5 Kata majmuk maskulin dan feminin;

45 SULIT
SULIT
Pengajaran tatabahasa Arab di tahun satu peringkat sekolah
rendah memberi penekanan kepada tajuk-tajuk berikut ;
1 Kata soal
2 Kata ganti nama tunjuk;
3 Kata ganti nama terpisah
4 Kata ganti nama bersambung

6.10.3Kata-kata hikmat dan perumpamaan :


Pemilihan kata-kata hikmat dan perumpamaan
mengambil kira tahap murid, sebutan yang mudah dan
makna yang mengandungi nilai-nilai yang mulia serta
akhlak yang baik. Pengajaran kata-kata hikmat dan
perumpamaan di sekolah rendah bermula pada tahap
kedua di Sekolah Kebangsaan. Ini kerana pengajaran
dan pembelajaran bahasa Arab di tahun satu memberi
penekanan kepada pengenalan huruf, perkataan dan
ayat yang mudah.
6.11 Perbendaharaan kata :
Sebanyak 600 perkataan telah disusun mengikut tahap umur
dan kognitif murid serta berkait dengan tajuk-tajuk yang telah
dipilih. Bilangan perkataan ini akan bertambah sesuai dengan
perkembangan fizikal dan intelektual murid. Langkah ini
merupakan satu permulaan bagi murid untuk mempelajari
ilmu bahasa Arab dan agama serta pengetahuan yang
berkaitan pada masa akan datang. Berikut adalah perincian
pembahagian huruf dan perkataan yang diajar di tahun satu
peringkat sekolah rendah.
i. 28 huruf hijaiah vi. 4 kata nama tunjuk
ii. 66 kata nama vii. 8 partikel
iii. 7 kata kerja viii. 3 kata soal
iv. 3 kata ganti nama terpisah ix. 20 nombor
v. 5 kata ganti nama bersambung x. 20 ungkapan
Sila rujuk di lampiran 1 di akhir huraian sukatan ini.
6.12 Pengisian Kurikulum:
46 SULIT
SULIT
Untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat
sekolah rendah, dimasukkan dalam sukatan ini elemen yang
perlu diterapkan oleh guru seperti:
6.12.1Ilmu pengetahuan;
6.12.2Nilai-nilai murni;
6.12.3Kewarganegaraan;
6.12.4Peraturan sosiobudaya;
6.12.5Kemahiran bernilai tambah yang merangkumi
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran konstruktivisme dam pembelajaran
kontekstual;

6.13 Penilaian;
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu
aktiviti untuk mendapatkan rnaklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan
jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang
murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau
pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis
aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi
murid.
6.14 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran;
6.14.1 Pendekatan Berpusatkan Murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan Bahasa Arab haruslah berpusatkan murid
bagi membolehkan mereka berinteraksi dan

47 SULIT
SULIT
menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman
sendiri. Oleh itu, murid dapat membina dan
memantapkan keyakinan berbahasa.
6.14.2 Kepelbagaian Teknik
Pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah menggalakkan
penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh
memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan
bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat
merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.
6.14.3 Kepelbagaian Sumber Bahan
Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah
digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab. Bahan sumber seperti akhbar, majalah,
buku rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera
dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan
intensif.

6.14.4 Penggunaan Tatabahasa yang tepat;


Pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah menekankan
penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid.
Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu
merancang dan memilih aspek tatabahasa yang
hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya
dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang
bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
6.14.5 Bacaan Luas;

48 SULIT
SULIT
Bacaan luas memberikan peluang kepada murid
menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang
baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat
membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam mata
pelajaran Bahasa Arab dengan menggunakan bahan
yang sesuai dengan tahap perkembangan murid.
Pengajaran dan pembelajarannya dapat dilaksanakan
melalui proses penyerapan.
6.14.6 Pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk
dan tema.
Pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk dan
tema merupakan salah satu perkara asas dalam
pengajaran. Dalam melaksanakan strategi ini, guru
hendaklah menghubungkaitkan empat kemahiran
berbahasa, tatabahasa Arab dan perbendaharaan kata
dengan tema-tema tertentu. Sebagai tambahan, guru
bolehlah mengaitkan bahasa Arab dengan bahan-
bahan yang lain melalui teori penyerapan mudah.
6.14.7 Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialah aktiviti yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Di dalam aktiviti ini,
guru dapat memberi beberapa penguasaan kemahiran
dalam satu-satu masa. Berikut ialah contoh aktiviti
penggabungjalinan:
I. Penggabungjalinan antara kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
II. Penggabungjalinan antara tatabahasa Arab dengan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
III. Penggabungjalinan antara perbendaharaan kata
dengan kata-kata hikmat dalam pelbagai bentuk
aktiviti.

49 SULIT
SULIT

6.14.8 Penyerapan
Penyerapan bermaksud penyerapan nilai-nilai murni
dan kewarganegaraan serta kemahiran bernilai
tambah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Antara kemahiran bernilai tambah yang paling penting
ialah kemahiran berfikir dalam pengajaran kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Huraian
Sukatan Pelajaran ini memfokuskan kepada kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
6.14.9 Pemulihan;
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid
menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai
dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program
ini terdiri daripada kad, carta, bahan rnaujud, alat
perrnainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara
berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada
yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut
kadar kernampuan murid menguasai sesuatu
kernahiran.
6.14.10Pengayaan;
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam
Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang
berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan
minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza
untuk digunakan secara bersendirian atau dengan
bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan
tambahan, kad, perrnainan dan bahan aktiviti boleh
diberikan kepada murid yang telah menguasai

50 SULIT
SULIT
kernahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau
lebih awal daripada jangka rnasa yang ditentukan.

Semua 10 strategi ini akan terlaksana di dalam aktiviti


yang dicadangkan. Sebagai contoh, pengajaran yang
berpusatkan murid, aktiviti yang dicadangkan; Mengulangi
sebutan yang didengar, murid membaca perkataan,
menulis huruf di papan hitam dan di dalam buku latihan,
mewarnai huruf dan berlatih menulis. Kepelbagaian teknik
pengajaran dan pembelajaran seperti lakonan, perbualan di
antara murid, permaianan bahasa, memadankan gambar
dengan perkataan dan menyusun huruf menjadi perkataan.
7.0 KEPUTUSAN YANG DIPOHON
Peserta Kursus Pendedahan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu adalah dipohon mengambil
maklum mengenai Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun
Satu.

Disediakan oleh:
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan
Moral
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral

51 SULIT

You might also like