You are on page 1of 35

SEJARAH

PALANG MERAH
JEAN HENRY DUNANT (1828-1910)
(SEORANG PEMUDA BERPAKAIAN PUTIH)

 ‘Bapa Palang Merah’


 Dilahirkan 8 Mei 1828, di Rue Verdaine, Geneva,
Switzerland. Sebuah bandar lama.
 Beliau bergiat secara aktif dalam menyatukan orang-
orang Kristian dan Yahudi.
 Selain daripada itu beliau juga menjadi ahli sebuah
organisasi ‘League of Alms’ di Geneva yang bertujuan
membantu penduduk yang miskin, sakit dan serba
kekurangan.
 Beliau juga sering melawat penjara. Tujuannya agar
para banduan dapat mengubah sikap dan perangai
mereka agar lebih bertanggungjawab.
 Pada usianya 30 tahun, menyertai dalam sebuah
organisasi ‘Young Men’s Christian Union’ yang bergiat
aktif di Switzerland, Peranchis dan Belgium.
 Peranan organisasi tersebut sama dengan ‘Young
Men’s Christian Association’ di England iaitu terlibat
dalam aktiviti kebajikan terhadap golongan yang
kurang bernasib baik.
TERLIBAT DALAM KERJAYA DAN DUNIA
PERNIAGAAN

 1849, bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di


Geneva dan sambil mempelajari selok-belok bidang
perbankan.
 Atas dedikasinya beliau telah diberi jawatan sebagai
pengurus sementara di sebuah cawangan bank Swiss di
Algeria iaitu ‘Colonies Suisses de Setif’
 Namun minatnya yang mendalam dalam bidang
perniagaan, tidak lama kemudian beliau membuka
perniagaan sendiri.
 1858 menubuhkan ‘The Mons-Djemile Mills Company
Limited’ di Algeria
PERISTIWA DI SOLFERINO

 25 Jun 1859, Semasa menguruskan perniagaan di


Castiglione della Pieva di Itali, berlaku satu pertempuran
di Solferino.
 Perang antara Austria dan pakatan Peranchis-Sardinia
(Itali)
 Dunant mendapati ramai mangsa perang bergelimpangan
di bandar kecil tersebut.
 Manakala perkhidmatan perubatan tentera pula terlalu
terbatas dan kekurangan kelengkapan.
 Sehari sebelum Dunant sampai di Solferino, bala
tentera Austria telah bertempur dengan perikatan
tentera Peranchis-Sardinia sepanjang hari di Solferino,
sebuah kampung di utara Itali.
 Lebih kurang 40,000 orang tercedera, mati dan hilang.
Perkhidmatan bantuan dan jururawat adalah
sebahagian anggota tentera yang terdedah kepada
tembakan ataupun dijadikan tawanan.
 Dunant dengan pakaian serba putihnya telah
melancarkan kempen bantuan kepada mangsa-mangsa
perang tersebut.

MENU UTAMA
‘KENANGAN DI SOLFERINO’

 Pengalaman yang menyayat hati di Solferiono diabadikan


dalam sebuah bukunya ‘Kenangan Di Solferino’.
 Beliau mencadangkan agar sebuah persatuan yang
terdiri daripada para sukarelawan yang terlatih patut
ditubuhkan di semua negara bagi menjaga kebajikan
para anggota tentera yang cedera dalam peperangan.
 Idea Dunant ini mendapat sambutan yang luar biasa.
Apatah lagi konsep persatuan yangbersifat antarabangsa
dan antaranegara dalam menentukan penjagaan terhadap
orang sakit telah menarik minat ramai.
 Awal-awal lagi Genevese Society of Public Utility bersetuju
untuk mempraktikkan ideanya.
 Justeru, September/Oktober 1863 Dunant telah menjelajah
ke beberapa buah ibu kota di Eropah bagi menjelaskan
ideanya itu. Beliau telah mengadakan perbincangan,
pertemuan dengan tokoh-tokoh yang berpengaruh
termasuk raja-raja Eropah.
 Antara 1863 hingga 1864 merupakan detik-detik
kegemilangan Dunant.Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan,
persidangan demi persidangan dibuat bagi merealisasikan
ideanya yang hebat itu.
 26-29 Oktober 1863 Persidangan Antarabangsa bagi
penubuhan Pertubuhan Palang Merah.
 Walau bagaimanapun, tahun 1863 hingga 1864,
merupakan tahun-tahun kemerosotan Dunant. Tugasnya
telah diambil alih oleh individu yang lebih praktik dan
pragmatik.
 22 Ogos 1864, konvensyen Geneva pertama
ditandatangani.
 Perasaan malu dan kurang keyakinan diri telah menguasai
diri Dunant.
 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant. Beliau
terpaksa ‘menyerahkan’ segala kemewahan yang beliau
ada untuk melunaskan beban hutang yang ada. Ini
ditambah lagi dengan perniagaannya yang mengalami
kemerosotan.
 Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk
meninggalkan Geneva, tempat kelahirannya untuk
selama-lamanya.
 Pada ketika itu Dunant, baru berusia 39 tahun.
 Satu lagi penghormatan menunggu Dunant. Disember
1901, Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan
beliau dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang
pertama. Beliau berkongsi hadiah tersebut dengan
Frederick Passy, seorang warga Peranchis.
 Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean
Henry Dunant menghembuskan nafas
terakhir di Heidden ketika berusia 82 tahun.
Di sebuah perkampungan pergunungan yang
tenang serta di kelilingi para penduduk yang
sangat mengaguminya.

MENU UTAMA
JAWATANKUASA BERLIMA

 Dunant mendapati, Geneva merupakan tempat yang


sangat sesuai untuk memulakan kerja-kerja
kemanusiannya.
 The Societe Genevoise d’Utilite Publique yang
dipengaruhi seorang peguam muda, Gustav Moynier
telah menunjukkan minat terhadap gagasan idea
Dunant.
 Dunant bersama, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appie,
Theodore Mounior dan Gustav Moynier dengan segera
menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi
membantu mereka yang tercedera.
 Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(International Committee of the Red Cross-ICRC).
 Walaupun pada waktu itu berstatus sebuah
pertubuhan persendirian, namun wakil-wakil negara
akan hadir dalam setiap persidangan mereka.
 Pada 26-29 Oktober 1863, deligasi seramai 16 buah
negara telah bermesyuarat di Geneva.
 Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan
dilindungi oleh sebuah lambang khas: Palang Merah
yang berlatar belakangkan warna putih.
 Pada Februari 1864, lambang ini muncul untuk kali
pertama di medan pertempuran antara Prussia dan
Denmark.
 ICRC telah menghantar Dr Louis Appia bertugas
dengan tentera Prussia. Walau bagaimanapun di
Jerman, pihak ICRC menghadapi masalah
pengiktirafan rasmi.
 Ogos 1864, Kerajaan Switzerland dengan gesaan
ICRC telah mengadakan sebuah persidangan
diplomatik yang dihadiri oleh 12 buah negara.
 Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan tentera
yang cedera di medan pertempuran.
 Pada 22 Ogos 1864 resolusi konvensyen ini telah
ditandatangani oleh kesemua 12 orang wakil negara.
Kemudiannya disusuli pula oleh negara-negara lain.

MENU UTAMA
Konvensyen
Geneva Pertama
(1864)
KONVENSYEN GENEVA

 Konvensyen Geneva pertama ini telah membuka


satu lembaran sejarah. Sekaligus menafikan
tanggapan bahawa peperangan dan undang-undang
tidak boleh diselaraskan.
 Dalam persidangan tersebut turut mengesyorkan
satu rancangan yang istimewa untuk mendapatkan
perlindungan antarabangsa bagi mereka yang
tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota
perubatan.
 Syor-syor tersebut terus diterima pakai dalam
konvensyen tesebut.
 Pada akhir konvensyen tersebut, 10 artikel telah berjaya
dihasilkan. Ini termasuklah apa yang Dunant namakan
sebagai ‘keberkecualian’ .
 Doktor dan nurse tidak lagi dianggap anggota kombatan
dan tidak boleh ditawan. Manakala orang awam yang
membantu doktor dan nurse hendaklah dihormati.
 Hospital serta ambulan diiktiraf sebagai berkecuali.
 Justeru Konvensyen 1864 merupakan suatu asas
yang baik terhadap kerja-kerja kemanusiaan dalam
masa perang antara Peranchis dan Prussia (1870-
1871), Perang Sepanyol-Amerika (1898) dan Perang
Russia-Jepun (1904)
 Selepas 1864, beberapa persidangan telah
dijalankan. Paris (1867), Berlin (1869), Geneva
(1884), Karlsrune, Rome (1892), Vienna (1897) dan
St.Petersburg (1902)
 Dalam temph 10 tahun pertama, sebanyak 22
persatuan kebangsaan ditubuhkan.
 Semua negara di Eropah termasuk Russia dan Turki
bersetuju menerima pakai Konvensyen Geneva
Pertama, 1864.
 1867, semasa perang Russia-Turki, Turki telah
memaklumkan kepada ICRC untuk menggunakan
lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang
merah. Kemudiannya, idea tersebut diikuti
kebanyakan negara-negara Islam yang lain.
 Satu resolusi telah dicapai untuk mewujudkan pertubuhan-
pertubuhan persendirian di negara masing-masing untuk
membantu tugas-tugas perkhidmatan tentera.
 Apa yang penting mereka ‘dikecualikan’ daripada menjadi
mangsa peperangan dan mereka hendaklah berkecuali
daripada menyebelahi mana-mana pihak yang bertempur
dalam memberikan rawatannya.
 Resolusi ini akhirnya termaktub dalam satu surat cara
diplomatik.

MENU UTAMA
EMBLEM YANG
MELINDUNGI
MANUSIA
Faktor Pemilihan
1876 - Bulan Sabit Merah
merupakan emblem alternatif

1975 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia


Satu simbol
sejagat yang
membawa maksud 356
bahasa di seluruh
dunia -
‘Jangan Tembak’
Satu emblem yang
memerlukan
perlakuan tertentu

Bantuan perubatan yang


saksama untuk semua
Satu emblem yang melindungi
mereka yang tidak lagi
terlibat dalam peperangan

Contohnya - Membina kapal


hospital
Pertubuhan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah di seluruh
pelusuk dunia
Selari dengan Prinsip Asas Palang
Merah / Bulan Sabit Merah
Penyalahgunaan Emblem
-Masalah

Dipercayai membawa maksud pemberian


perubatan
Peniruan- Kekeliruan

Penyalahgunaan yang serius -


Ketidakjujuran dalam jenayah peperangan
SEKIAN

MENU UTAMA

You might also like