You are on page 1of 14

PERNIAGAAN PASAR MALAM DI BANDAR KLANG,2,SELANGOR. PERNIAGAAN PASAR MALAM DI PUNCAK ALAM SELANGOR.

NAMA: KELAS: SEKOLAH: NAMA GURU: TARIKH HANTAR:

JENIS PERNIAGAAN RUNCIT

PASAR MALAM.

LOKASI KAWASAN KAJIAN

DI PUNCAK ALAM 2.

BANDAR/DAERAH

PUNCAK ALAM.

NEGERI

SELANGOR.

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

BUKTI

PENGHARGAAN

Saya Nurul Ain Binti Jamaludin di kelas Tingkatan 3 Bijak Muslimat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi, Nur Zahida Binti Mad Zom kerana memberi peluang kepada saya melaksanakan kerja kursus geografi ini.Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa saya iaitu Tuan Jamaludin Bin Jumangain Puan Sulima Binti Wari serta rakan seperjuangan saya kerana memberi dorongan dan kerjasama dalam menyiapkan folio geografi ini.

PENDAHULUAN PENDAHULUAN

Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit iaitu Perniagaan Pasar Malam yang diadakan pada setiap hari Sabtu di Puncak Alam 2.

Saya memilih tajuk ini kerana pasar malam ini berdekatan dengan tempat tinggal saya.

Masa yang diberikan untuk menjalakan kajian ini ialah bermula daripada bulan Februari hingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan.

KAEDAH KAJIAN

i.Pemerhatian: Saya telah membuat pemerhatian di pasar malam untuk mendapatkan tentang maklumat yang dijalankan.

ii.Temu bual: Saya telah menemu bual beberapa penduduk/peniaga untuk mengumpul maklumat tentang perniagaan pasar malam.

iii.Soal selidik: Saya menyediakan 10 borang soal selidik untuk diisi oleh responden.

iv.Rujukan: Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai perniagaan pasar malam.

DAPATAN/HASIL KAJIAN

8.1- KONSEP PERNIAGAAN PASAR MALAM. 8.2- KEPENTINGAN PERNIAGAAN PASAR MALAM. 8.3- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERNIAGAAN PASAR MALAM. 8.4- KESAN NEGATIF PERNIAGAAN PASAR MALAM. 8.5- CADANGAN.

OBJEKTIF KAJIAN

1.Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar malam Puncak Alam 2, Selangor.

2.Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pasar malam Puncak Alam2, Selangor.

3.Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di pasar malam Puncak Alam 2, Selangor.

4.Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pasar malam Puncak Alam, Selangor.

5. Mencadang

6.Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat kejasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan pasar malam.

KAWASAN KAJIAN

1.Kajian ini dijalankan di Puncak Alam 2, Selangor. 2.Pasar malam ini diadakan setiap hari Sabtu bermula jam 6 petang hingga 10 malam. 3.Pelbagai barangan dijual seperti: (a) (b) (c) (d) (e) (f)

4.Lokasi pasar malam bersebelahan dengan kedai-kedai dan pasaraya besar. 5.PuncakAlam 2 mempunyai bentuk muka bumi. 6. Pekerjaan utama ialah dalam sektor perniagaan. 6. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira dari Puncak Alam 2 dan kira 5 kilometer.

8.1- Konsep perniagaan pasar malam.

Konsep perniagaan pasar malam adalah urusan jual beli dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir. Biasanya,perniagaan runcit (pasar malam) mempunyai banyak jenis barangan tetapi dalam kuantiti yang kecil bagi setiap jenis. Perniagaan biasa dijalankan adalah menjual makanan dan minuman,sayur-sayuran,buahbuahan,ikan dan daging. Kadang-kadang terdapat juga perniagaan pakaian dan kasut. Perniagaan pasar malam ini,memerlukan modal yang kecil dan lesen perniagaan dikeluarjan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kebanyakan pasar malam di Puncak Alam 2 beroperasi di jalan-jalan atau lorong-lorong perumahan yang mudah dikunjungi oleh penduduk sekitar. Pasar mala mini beroperasi dan setiap hari Sabtu dari jam 6 petang hingga 10 malam. Perniagaan terdiri daripada pengerai yang bertapak di kawasan sementara untuk menjalankan operasinya. Tapak pasar malam ini boleh diubah suai oleh PBT.

8.2-Kepentingan Perniagaan Pasar Malam.

Kegiatan perniagaan pasar malam yang berlokasi di Puncak Alam 2, Selangor pada setiap hari Sabtu dari jam 6 petang hingga 10 malam telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi di sekitarnya. Antaranya ialah: 1. Menyediakan peluang pekerjaan Berbagai pekerjaan disediakan di lokasi pasar malam ini. Antaranya peniaga makanan/minuman,peniaga buah-buahan/sayur-sayuran,penjual daging/ayam dan peniaga pakaian/kasut. Kebanyakan peniaga ini terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan kawasan pasar malam. 2. Meningkatkan taraf hidup/pendapatan Hasil pendapatan antara RM600 hingga RM1000 yang ini telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya. Dengan ini taraf hidup mereka telah 3. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan Lokasi pasar malam yang berdekatan dengan kawasan perumahan merupakan satu kelebihan kepada penduduk sekitar. Penduduk boleh mendapatkan barang keperluan seperti ikan,daging dan ayam dengan mudah. Kunjungan sekali seminggu pada hari Sabtu ini memang dinanti-nantikan oleh penduduk di kawasan Puncak Alam 2 kerana berbagai juadah/makanan dijual. 4. Menyediakan barangan segar Kebanyakan pengunjung pasar malam gemar membeli di sini kerana barangan yang dijual seperti sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan hasil yang baru dipetik dari kebun atau ladang. Sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku,ulam-ulaman (pegaga,pucuk ketereh dan daun kaduk) dan kangkung adalah hasil tanaman peniaga sendiri yang dipasarkan di pasar malam ini. Begitu juga dengan hasil laut seperti ikan,udang dan sotong dijual dalam keadaannya yang masih segar.

Sebagai salah seorang penduduk di Puncak Alam 2 ini,saya merasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan pasar malam di sini.

8.3- Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit yang berfokuskan pasar malam.

Antara faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam ialah: 1. Governan Pihak kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Puncak Alam (MPPA) telah menyediakan tapak pasar malam di kawasan bersebelahan kawasan perumahan. Contohnya, di Puncak Alam 2, tapak pasar malam yang disediakan oleh MPPA ialah di kawasan di tengah bandar Puncak Alam 2, yang berhampiran kawasan perumahan. Dengan adanya tapak ini, gerai-gerai perniagaan pasar malam dapat disusun dengan baik. Ini juga memudahkan urusan jual beli dilakukan. 2. Modal- Modal bagi memulakan perniagaan pasar malam tidaklah besar. Biasanya peniaga hanya mengeluarlan wang simpanan sendiri sebagai modal pendahuluan. Ini menyebabkan perniagaan pasar malam mudah dimulakan dan diuruskan. Oleh kerana kos overhednya rendah, maka peniaga pasar malam dapat menjual barangan dengan lebih murah. 3. Pasaran Tempatan Kebanyakan lokasi pasar malam terletak di kawasan tumpuan penduduk seperti kawasan perumahan yang bersaiz besar. Contohnya di Puncak Alam 2, lokasi pasar malam di Jalan Puteri 1, menyebabkan perniagaan pasar malam di sini kunjungi pendudukpenduduk-penduduk sekitar iaitu komuniti bandar Puncak Alam 2 hingga Bukit Kapar. Jumlah penduduk yang besar ini menawarkan permintaan yang tinggi terhadap barangan yang dijual di pasar malam Puncak Alam 2. 4. Kesesuaian waktu berniaga Perniagaan pasar malam Puncak Alam 2 ini memang sering ditunggu-tunggu oleh penduduk di sini kerana waktu perniagaannya dari jam 6.00 petang setiap hari Sabtu amat bersesuaian dengan masa tamat bekerja di pejabat. Lokasi pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat swasta yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam ini, memudahkan lagi pekerjanya mengunjungi pasar malam selepas tamat bekerja pada jam 6 petang. Sebagai salah seorang komuniti di Puncak Alam 2, saya merasa bertuah dan bersyukur kerana adanya tapak pasar malam yang berhampiran kediaman saya.

8.4- Kesan negatif perniagaan pasar malam ialah:

1. Kesan lalu lintas Tapak pasar malam di Puncak Alam 2 yang terletak di laluan masuk ke kawasan perumahan Puncak Alam 2 telah menyekat laluan orang ramai. Sikap pengunjung-pengunjung yang meletakkan kenderaan di bahu-bahu telah memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kesesakan teruk pada laluan ini. Keadaan bertambah teruk ketika waktu kemuncak aktiviti perniagaan iaitu bermula dari jam 6.30 petang hingga 8.00 malam.

2. Pencemaran Kekurangan tong-tong sampah di kawasan pasar malam, menyebabkan bekas-bekas makanan dan minuman dibuang merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang atau bahu-bahu jalan. Keadaan ini diburukkan dengan sikap peniaga da pengunjung pasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar. Oleh sebab itu, selepas berakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi longgokkan sampah sarap dengan permandangan yang menyakitkan mata! Bau busuk juga menyelubungi kawasan itu.

3. Wabak penyakit Longgokkan sampah sarap di kawasan pasar malam ini telah menggalakkan pembiakan lalat,tikus dan tempat tumpuan anjing-anjing liar mendapatkan makanan. Keadaan tidak sihat ini boleh mengundang kepada perebakan penyakit kepada penduduk sekitar. Selain itu, terdapat gerai-gerai penjualan makanan yang menutup makanan jualan dengan sempurna. Makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat boleh menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan. Kesan-kesan negatif seperti pencemaran dan wabak penyakit dapat dihindar, jika kita sama-sama menghargai kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas dari pencemaran. 4.Harga tanpa kawalan Apabila kurangnya pemantauan dari pihak PBT, peniaga sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan. Contonya, peniaga gerai minuman telah menaikkan harga air minuman dari RM1.50 kepada RM2.00 untuk minuman yang mahu diisi dalam plastik. Tambahan pula tiadanya tanda harga dipaparkan di sesetengah gerai, menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual. Pengunjung merasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang dibeli tidak berkualiti.

8.5- Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian.

1. Kuat kuasa undang-undang. -pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga .

2. Pengawalan harga. -kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.

3. Kempen kesedaran. -boleh gunakan risalah tampal poster dan banner bagi member kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.

4. Menyediakan kemudahan asas. -pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.

You might also like