You are on page 1of 17

PERALATAN HOKI

i. Padang hoki Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan di atas garisan belakang.

UKURAN PADANG HOKI

UKURAN PINTU GOL

ii.Pintu

gol Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar(crossbar). Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.
2

iii. Jaring Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyaimesh berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi. iv. Tiang bendera Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain. v. Bola Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di antara 156 g 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g- 235 g

TIANG BENDERA

BOLA HOKI

vi. Kayu hoki Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang berbentuk J atau U. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

UKURAN KAYU HOKI

GELUNG BAGI KAYU HOKI

vii. Alatan penjaga gol Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

viii.Kasut Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yang mempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain di atas permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyai tempat berpijak yang baik.

KASUT HOKI

ALATAN PENJAGA GOL

CARA BERMAIN Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting buka sahaja kepada pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan keseronokan dalam permainan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain termasuk seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan. Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit. Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dan semua undang-undang dan peraturan permainan di bawah kuasa Lembaga Peraturan Hoki (HRB).

PENGADILAN Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan hoki:

ISYARAT-ISYARAT PENGADIL

KEMAHIRAN ASAS Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan, kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas. Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan hoki, iaitu:

i. Menggelecek Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh pihak lawan. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu:

Menggelecek longgar Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihak lawan dan memiliki bola sambil bergerak.

MENGGELECEK LONGGAR

Menggelecek rapat Ia digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola semasa bermain sama ada selamat atau tidak.

MENGGELECEK RAPAT

MENGGELECEK INDIAN

Menggelecekl ndian Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menggelecek:

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan.

Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan.

Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan.

Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 450 dari tanah. Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 450 dari tanah. i. Memukul Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki. Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran memukul:

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk keduadua tangan adalah selari dengan kayu hoki.

Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kaki bersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasa hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasa hayunan ke bawah.

Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki.

i. Menolak Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak lawan terutamanya untukclearance dan jaringan gol. Kelebihan kemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar

menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menolak:

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.

Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola.

Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak.

i. Menguis Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menguis:

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.

Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit.

Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.

MENGUIS

i. Menahan/menyerkap Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam permainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menahan:

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan.

Mata- memandang pada arah bola

Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit

MENYERKAP

i. Merebut (tackle) Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu:

Tacklej ab Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk(jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle. Tackleforehand Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di hujung kayu dan tanagan kanan di bahagian tengah kayu.

TACKLE FORHAND

Tackle reverse stick Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

TACKLE REVERSE STICK

Berikut adalah perkara yang perlu diketahui dalam kemahiran merebut:

Mata sentiasa memerhati ke arah bola

Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkan jaraknya dari bola dan penahan dapat bergerak dengan cepat apabila mendapat peluang.

Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang melakukan kesilapan.

Berdiri dengan sebelah kaki berada di hadapan supaya dapat bergerak dan bertukar arah dengan mudah dan cepat

i. Sudut penalti Kemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana kebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti. Perkara yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut penalti adalah:

Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan bola mesti biberhentikan di luar kawasan D Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada dalam kawasan D semasa sudut penalti

Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang.

Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam kawasan bermain.

Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan kawasan D sehingga bola di tolak masuk.

You might also like