You are on page 1of 28

OUM HBHE

PENDAHULUAN:

Dekad ini berbagai-bagai jenis penyakit baru yang muncul malah kadang-
kadang yang amat jarang didengar. Adakah penyebaran penyakit berjangkit
yang baru dan jarang didengar ini adalah berpunca dari penghijrahan
pendatang-pendatang asing yang berkerja disini atau pun tahap kesihatan
dinegara ini semakin berkurangan?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu penyakit yang tidak kurang barunya
iaitu Demam Chikugunya. Ketahui fakta Demam Chikungunya dan cegahlah
ia sebelum menjangkiti diri dan orang-orang yang kita sayang.

INSIDEN-INSIDEN:

1. Jumaat, 23 Mei 2008 | 09:20 WIB

DUNIA kesihatan kembali gempar ketika beberapa minggu lalu, China


melaporkan 28 anak meninggal kerana diserang penyakit tangan, kaki, dan
mulut. Sementara itu, sebanyak 15.799 orang dilaporkan diserang penyakit
tersebut.

2. dikirim pada 18-3-2008 07:26 AM Profil Ruang Peribadi Laman P.M.


Sahabat

20 pelajar universiti diserang penyakit HFMD

KOTA SAMARAHAN 17 Mac – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)


kembali menular di Sarawak apabila hampir 20 pelajar Universiti Malaysia
Sarawak (Unimas) di sini disahkan menghidap penyakit berkenaan minggu
lalu.

Apakah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada penyakit-penyakit


ini?

Apakah peranan individu, keluarga, sekolah, komuniti dan masyarakat


dalam membantu mencegah dan membendung penyebaran wabak-
wabak ini?

1
OUM HBHE

Di atas adalah paparan dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia


(KKM) tentang kadar penyakit berjangkit dan kadar kematian per 100,000
penduduk dalam tahun 2006. Jadual di atas di susun menurut abjad dan
bukan mengikut urutan kadar insiden dan kematian. Kadar insiden berlakunya
penyakit per 100,000 penduduk ialah :

2
OUM HBHE

Jenis Penyakit .. Kadar berlaku setiap.. Kadar Kematian……………………


100,000 penduduk

1. Demam Dengue .. 64.37 .. 0.01

2.Tuberculosis (TB).. 62.56 .. 5.37

3.Keracunan
Makanan .. 26.04 .. 0.00

4. HIV (semua
jenis) .. 21.88 .. 1.43

5. Malaria .. 19.87 .. 0.08

6. Penyakit Tangan
Kaki & Mulut (HFMD) 19.30 ..0.02

7. Hepatitis Virus
(viral hepatitis) .. 9.37 .. 0.18

8. AIDS (semua jenis) .. 6.91 .. 3.66

9. Demam Dengue
Berdarah (DHF) .. 4.10 .. 0.25

10. Siflis (semua jenis) .. 3.06 .. 0.01

Daripada statistik di atas agak jelas kepada kita bahawa wujud dua (2)
kumpulan besar penyakit berjangkit yang kadar berlaku (insiden) di Malaysia
begitu tinggi iaitu yang merebak melalui nyamuk .

3
OUM HBHE

CHIKUNGUNYA

Gambar Nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya


pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953.
Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia
berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu
berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara,
Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui
puncanya.

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada


genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae. Virus Chikungunya
berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang
membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit
demam denggi. Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari
3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

4
OUM HBHE

SELSEMA BURUNG

Avian Influenza atau lebih dikenali sebagai selsema burung merupakan


penyakit selsema yang diakibatkan oleh virus selsema yang menyerang
burung. Penyakit ini mudah merebak, dan wabak ini telah melanda dunia
dengan begitu pantas. Semua virus selsema burung yang diketahui
merupakan jenis Influenzavirus A.

Gambar mikrograf virus selsema burung dalam tahap akhir.


(Sumber: Dr. Erskine Palmer, Centers for Disease Control and Prevention
Public Health Image Library)

Lebih seabad, selsema burung hanya beredar di kalangan unggas


sahaja, terutamanya ayam ternakan. Bagaimanapun, penyakit ini mula
dikenali Avian Influenza apabila beberapa jenis virusnya menjangkitinya
manusia. Virusnya pula semakin bertambah kuat dan tegar, malah bermutasi
(berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan,
dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma
tersebut) pula. Ia kini berjangkit dari unggas kepada manusia.

Pada 1997, terbukti selsema burung memang membawa maut apabila ada
penduduk Hong Kong mati kerananya. Ketika para saintis sedang bergelut
mengenal pasti jenis-jenis virus berbahaya dan mencari pencegah wabak
membawa maut ini, wabak selsema burung ini terus berjangkit merentas
dunia dari sebuah negara ke sebuah negara lain.

5
OUM HBHE

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT ( HEMD )

RUAM bersama lepuh pada tangan.

Penyakit ini, sesuai dengan namanya, penyakit tangan, kaki, dan mulut
(hand, foot, mouth disease/HFMD) adalah penyakit yang memiliki tanda
utama bercak kemerahan dan lepuh pada lidah, gusi, dan bagian dalam pipi,
serta telapak tangan dan kaki, kadang-kadang di daerah bokong dan lipatan
paha.

Dengan gejala yang mirip penyakit ”flu”, yaitu demam, nyeri tenggorok, sakit
kepala, lesu, dan hilangnya nafsu makan, penyakit ini lebih banyak
menyerang anak-anak, terutama usia di bawah sepuluh tahun.

Munculnya HFMD disebabkan beberapa jenis virus. Virus yang paling sering
adalah coxsackievirus A16; tetapi juga dapat disebabkan oleh enterovirus 71
(EV71), atau coxsackieviruses A5, A9, A10, B2, dan B5.

Daripada tiga jenis penyakit yang disebutkan di atas , boleh dikatakan


penyakit-penyakit ini adalah penyakit berjangkit. Golongan sasaran penyakit-
penyakit ini adalah majoriti kepada kanak-kanak bawah 12 tahun . Mari kita
tinjau apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit-penyakit
( Chikugunya , selsema burung dan penyakit tangan,kaki dan mulut).

6
OUM HBHE

1. FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT CHIKUGUNYA

Tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya ialah ( Demam panas


mengejut , Sakit teruk pada sendi , Ruam pada badan , Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5
hari). Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi
kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh


menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit
mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh
mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau
tahun.

Penyakit Chikungunya disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang


khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami
oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan
rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

2. FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT SELSEMA BURUNG

Selsema burung berjangkit melalui virus selsema burung yang dibawa di


dalam usus unggas liar dan tidak berbahaya. Namun virus ini mula
menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi menjadi virus yang
paling berbahaya sehingga menyerang manusia.

Avian Influenza boleh berjangkit melalui air liur, lelehan hidung, dan najis
burung. Burung-burung lain yang menyentuh cairan itu membawa virus
tersebut ke tempat lain pula. Begitulah seterusnya. Keadaan ini sukar
dibendung kerana unggas liar ini berhijrah dari satu negara ke negara lain.

Virus Avian Influenza merebak di dalam udara dan baja serta hidup lebih
lama di dalam udara sejuk. Ia juga boleh dipindahkan melalui air dan
makanan tercemar, peralatan serta pakaian. Tempoh pengeraman ialah
antara tiga hingga lima hari. Virus berbahaya seperti H5N1 boleh membunuh
dalam masa beberapa hari sahaja.

7
OUM HBHE

3. FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT ( HFMD )

Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang
biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan
biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Kadangkala, terdapat jenis
kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh
mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus
yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus
seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui


sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak
atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Selepas seseorang itu
dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua
hingga enam hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut
biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang
pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan,
kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari. Faktor-faktor risiko ialah
penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja
tanpa mengira kawasan geografi.

Gejala-gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

- Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 390C

- Sakit tekak

- Ulser pada tekak dan mulut

- Sakit kepala

- Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

PERANAN INDIVIDU, KELUARGA, SEKOLAH, KOMUNITI DAN


MASYARAKAT DALAM MEMBANTU MENCEGAH DAN
MEMBENDUNG PENYEBARAN WABAK-WABAK INI.

8
OUM HBHE

A) Cara pencegahan penyakit Chikungunya

Satu-satunya cara menghindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk


pembawa virus iaitu NYAMUK AEDES. Nyamuk ini membiak di dalam
takungan yang mengandungi air jernih dan biasanya berada di dalam rumah
dan di sekeliling luar rumah.

PASTIKAN KAWASAN DALAM RUMAH DAN SEKELILING RUMAH


BEBAS DARI TAKUNGAN-TAKUNGAN AIR JERNIH YANG BOLEH
MEMBIAK AEDES

1· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada


tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti
gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-
kawasan yang melakukan gotong- royong.

2· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali


untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

3· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan


sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

Cara-Cara Kawalan Di Dalam Rumah

• Basuhlah tempayan dengan memberus sehingga bersih tiap-tiap


minggu sebelum mengisi air yang baru.
• Buang air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan
gosok hingga bersih.
• Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.
• Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut.
• Masukkan ubat Abate pembunuh jentik-jentik ke dalam kolah air 3
bulan sekali mengikut sukatannya.'

Cara-Cara Kawalan Di Luar Rumah

9
OUM HBHE

• Tanam semua benda buruk/bekas yang boleh menakung air hujan


seperti botol, tin kosong, plastik-plastik, tayar buruk dan sebagainya
• Bersihkan saluran hujan pada bumbung rumah seminggu sekali.
• Tutup lubang saluran udara ("air vent") di tangki najis dengan jaring
untuk mencegah nyamuk masuk.

B) CARA MEMBENDUNG DAN MENCEGAH PENYAKIT SELSEMA


BURUNG

Sehingga kini, belum ada penawar yang dapat mengubati unggas mahupun
manusia. Apa yang dapat dilakukan ialah membunuh semua ternakan yang
ada secara besar-besaran biarpun hanya seekor dua yang dijangkiti. Itu
sahaja langkah terbaik setakat ini.

Menghapuskan ternakan ayam ini telah menjejaskan pula ekonomi sesebuah


negara. Para penternak kerugian kerana ternakan ayamnya terpaksa
dimusnahkan. Manakala penjual ayam runcit juga mengalami nasib sama
kerana para pengguna takut hendak menyentuh atau makan ayam.

Kita tidak semestinya memulaukan memakan ayam sama sekali. Apa yang
penting ialah mengampil berat aspek kebersihan. Apa yangboleh kita lakukan
ialah:

1. Pastikan ayam masak sepenuhnya. Suhu memasak mestilah


sekurang-kurangnya 70-75 darjah Celcius.
2. Basuh tangan dengan sabun (sabun antibakteria) sebelum dan
selepas menyentuh daging mentah.
3. Basuh dengan bersih semua permukaan dan peralatan dapur yang
terkena daging mentah.
4. Masak telur sampai masak sepenuhnya. Elakkan makan telur separuh
masak.
5. Larangan mengimport ayam hidup, babi dan hasil ayam, itik dan babi
dari negara yang dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah
penting untuk mencegah kemasukan jangkitan selsema burung
kedalam negara.

10
OUM HBHE

. 6. Elakkan sebarang hubungan dengan burung liar terutamanya

burung air "waterfowl".

7. Kawal pergerakan manusia kedalam kawasan ternakan. Sediakan dan


guna tempat pencuci tangan dengan bahan basmi kuman. Sediakan
aturan yang perlu diikuti pekerja ladang.

8. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa


dikalangan ternakan ayam / itik / burung / babi.

9. Lapurkan dengan segera sebarang penyakit berjangkit dikalangan


pekerja di ladang ternakan ayam / itik / burung / babi.

10. Elakkan sebarang hubungan dengan ternakan babi disebabkan virus


selsema burung mampu merebak kepada babi.

Bagi orang awam dan pengguna.

1. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan


selepas mengendalikan daging ayam dengan teliti
2. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum
dan selepas memasak.
3. Masak daging ayam / itik / burung / babi dengan sempurna luar
dan dalam.
4. Elakkan tempat yang mempunyai burung liar terutamanya
burung air "waterfowl".
5. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar
biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung.
6. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan
dikalangan mereka yang pernah terdedah kepada ayam / itik /
burung / khinzir yang sakit.

Keselamatan apabila melancung ke kawasan yang dijangkiti selsema


burung.
Selsema burung tidak menjangkiti antara manusia. Mereka yang melancung

11
OUM HBHE

atau melawat ke kawasan yang dijangkiti selsema burung dinasihatkan agar


tidak melawat kawasan yang mempunyai burung seperti taman burung,
ladang ternakan ayam / itik / burung, zoo, dan pasar basah.

C) Langkah-langkah pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


( HFMD )

Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan


luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat
sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-
mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi.
Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara
amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

1- Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan

2- Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah


dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam
mendapatkan rawatan.

3- Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat
membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak
dan lain-lain

4- Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan


makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan
selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas

5- Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin

6- Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan


menggunakan pencuci

7- Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin

8- Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi,


pakaian dan sebagainya

12
OUM HBHE

9- Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa
telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian

10- Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD

11- Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di


tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan
pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika
tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya

12- Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di


pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain

13- Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD
tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau
pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor

14- Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera
berjumpa doktor semula

15- Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering,
turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing
berwarna gelap), segera berjumpa doktor

16- Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya


kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional
dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada
merebak mestilah diberikan keutamaan. (Sumber Kementerian Kesihatan
Malaysia)

KESIMPULAN:

13
OUM HBHE

Tindakan pencegahan harus dilakukan secara proaktif oleh segenap lapisan


masyarakat dengan sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan perorangan
dan lingkungan. Jika terdapat anggota keluarga yang menunjukkan tanda dan
gejala yang mencurigakan (mirip gejala di atas) hendaknya ia segera
dijauhkan dari aktiviti di luar rumah serta dibawa ke pusat kesihatan terdekat
untuk mendapat kepastian diagnosis dan penanganan segera.

"Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan"

"Sihat itu Nikmat"

Bersama-samalah kita menjaga kebersihan dan juga mengamalkan langkah-


langkah pencegahan bagi mengelakkan diri kita serta keluarga dari dijangkiti
penyakit Chikugunya ini.

SOALANTUGASAN
1b) Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh Organisasi
KesihatanSedunia (WHO) di dalam hal ini.

14
OUM HBHE

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (B. Inggeris: World Health


Organisation WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan
tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan
pada 7 April 1948.

Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan


Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan
sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik
seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan
memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli
Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas
melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan.

Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal


wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga
mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit
tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian
vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin
malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahun-
tahun yang akan datang.

WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD)


yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia. Ia juga boleh dikatakan
bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs)
yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.

PERANAN WHO DALAM MEMBANTU MENCEGAH DAN MEMBENDUNG


WABAK-WABAK

Seperti yang bayangkan oleh namanya, Selsema Burung (Avian


Influenza) merupakan satu jenis influenza yang disebabkan oleh virus, yang

15
OUM HBHE

terdapat pada burung. Selsema burung terdapat di seluruh dunia. Terdapat


tiga jenis virus influenza: A, B dan C. Manusia boleh dihinggapi oleh ketiga-
tiga jenis virus influenza dan kompleks penyakit yang disebabkan oleh virus-
virus ini dikenali sebagai influenza manusia. Selsema burung disebabkan oleh
vurus-virus Jenis A, yang juga boleh menghinggap babi, kuda, musang, ikan
paus dan mamalia-mamalia lain selain dari manusia dan burung. Burung
hanya boleh dihinggap oleh virus influenza Jenis A

Justeru, kedua-dua manusia dan burung boleh mendapat influenza


yang secara amnya disebabkan oleh virus yang sama. Mengapa manusia
tidak mendapat influenza bentuk influenza burung dan mengapa kita
mengambil berat akan influenza burung .

Jangkitan selsema burung pada manusia boleh mendatangkan hasil


yang buruk. Mengikut data (bahasa Inggeris) World Health Organisation
[Organisasi Kesihatan Sedunia] (WHO), semenjak 28 Jan 2004 sehingga 2
Feb 2005, 55 orang telah disahkan sebagai dihinggapi virus selsema burung
(H5N1) di Cambodia, Thailand dan Viet Nam. 42 orang dari mereka telah
maut akibat jangkitan tersebut. Kadar kematian (ataupun kadar kematian kes,
di dalam percakapan perubatan) jangkitan H5N1 ialah tinggi.

Kadar kematian kes yang tinggi yang melebihi 75% menimbulkan


kerisauan mengenai tercetusnya pandemik (pencetusan penyakit seluruh
dunia) influenza yang disebabkan subtype virus selsema burung di kalangan
manusia. Boleh dibayangkan bahawa jumlah kematian berkemungkinan
tinggi. Inilah sebabnya pekerja-pekerja kesihatan menimbulkan rasa tidak
senang yang selsema burung boleh menular di kalangan manusia.

Pihak WHO khususnya mengambil berat tentang subtype H5N1 kerana


subtype ini boleh bertukar (mutate) dengan cepat, boleh menjangkiti manusia,
boleh menyebabkan jangkitan yang teruk sekiranya ia menjangkiti manusia,
dan boleh menular dengan mudah di kalangan burung, sekaligus
menambahkan kemungkinan menjangkiti manusia.

16
OUM HBHE

Berlandaskan rekod sejarah di mana pandemik berlaku tiga atau


empat kali setiap kurun dan sifat-sifat virus selsema burung, WHO
melaporkan bahawa pakar-pakar berpendapat bahawa pandemik influenza
yang disebabkan virus selsema burung tidak boleh dielakkan dan akan
berlaku di dalam masa terdekat.

Mahupun kemunculan pandemik influenza membawa kesan yang buruk dan


berkemungkinan besar akan berlaku, terdapat beberapa tindakan yang boleh
diambil untuk menghindar pandemik dari berlaku. Tindakan-tindakan ini
termasuk mengawal jangkitam di kalangan populasi burung dan ayam,
meningkatkan pemantauan, melindung pekerja-pekerja poultry, veterinar,
perubatan dan pekerja-pekerja lain yang berisiko tinggi untuk dihinggapi virus
selsema burung, penggunaan ubatan anti-virus di dalam rawatan pesakit
serta rancangan persiapan pandemik oleh pihak berkuasa nasional.

Pada April 2000, melalui mesyuarat di Geneva telah membawa satu


kewujudan Rangkaian Tindakbalas terhadap wabak penyakit yang berjangkit
atau lebih dikenali sebagai Global Outbreak Alert & Response Network
(GOARN) yang bertindak membuat kajian, perancangan dan pemberitahuan
tentang amdai terdapat wabak – wabak penyakit yang menular. Ini bertujuan
untuk menjaga kestabilan dan sentiasa berjaga – jaga jika terdapat ancaman
penyakit atau wabak yang berjangkit seperti virus selsema burung yang amat
berbahaya dan mengganggu rantau dunia dengan keupayaannya yang
mampu membawa maut.
Antara objektif GOARN ialah membasmi dan mengawal kesebaran
wabak – wabak penyakit yang berjangkit ini. Ini dijalankan melalui risalah
risalah tentang bahaya virus tersebut, membantu negara-negara yang terlibat
dan mengalami masalah penyebaran virus tersebut dan membantu negara
tersebut mengawal dan menjalankan langkah – langkah pencegahan.
Contohnya di negara China, Indonesia, Vietnam dan negara – negara yang
dikenalpasti mempunyai virus selsema burung sejak akhir-akhir ini.
Selain itu, antara objektifnya yang lain ialah memastikan bantuan
teknikal dapat disalurkan ke negeri berkenaan dengan segera dan berterusan

17
OUM HBHE

agar virus tersebut dapat terus dihapuskan. Melalui badan – badan yang
dinaunginya, WHO telah membekalkan tenaga-tenaga mahir dan bantuan
teknikal dari segir perubatan membantu negara yang diserang virus – virus
yang membawa wabak yang berbahaya.
Antara lain ialah membuat kajian tentang Antidot dan vaksin yang
mampu mengawal dan membunuh virus tersebut dalam rancangan jangka
panjang. Melalui program ini juga, WHO memberikan garis panduan kepada
dunia tentang langkah – langkah pencegahan yang perlu diambil oleh negara-
negara yang dijangkiti wabak, bantuan dari segi teknikal dan klinikal, logistik,
pengawalan, kuarantin dan sistem komunikasi.
Kesimpulannya, WHO amat mengabil berat di dalam menangani isu
masalah ini agar ialanya tidak menjadi ancaman kepada seluruh dunia.
Malah, jika kita melawat laman web WHO, banyak maklumat tentang setiap
masalah kesihatan dan penyakit yang berbahaya di paparkan. Selain itu,
WHO juga mewujudkan rangkaian ‘Flu Detectives’ agar dapat mengawal virus
selselma burung ini menular di negara Asia pada tahun 2005. Kewujudan
GOARN juga memainkan peranan penting kepada dunia tentang kepentingan
langkah berjaga – jaga dan pencegahan wabak penyakit yang berbahaya.
Akhir kata, WHO amat memainkan peranannya di dalam hal masalah wabak
penyakit yang mampu memberi ancaman kepada dunia.

2. a)

Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu – waktu


kebelakangan ini sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai

18
OUM HBHE

murid. Di antara punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang


dijual di kantin – kantin sekolah, asrama dan daripada program – program
pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program
Susu Sekolah. Apakah punca – punca yang menyebabkan berlakunya
keracunan pada makanan tersebut? Marilah sama – sama kita bincangkan di
sini.
Apa itu keracunan makanan? Menurut Noor Hasani Hashim,
prn2,usm.my (1995) keracuan merujuk kepada berlakunya tanda – tanda rasa
mual, muntah, cirit – birit, pening – pening serta gangguan perut apabila
memakan makanan yang tercemar dalam tempoh 48 jam. Keracunan
makanan juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera
terutamanya pada kanak – kanak.
Mengikut perangkaan yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara, dari
Januari hingga Ogos tahun ini tiga belas kes keracunan makanan melibatkan
801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Lebih membimbangkan
pula hampir 80 peratus mangsa keracuanan makanan tersebut terdiri dari
pelajar sekolah. Akta Makanan 1983 diwujudkan bertujuan melindungi orang
ramai terhadap bahayanya penipuan di dalam penyediaan, penjualan dan
penggunaan makanan. Namun jarang kita dengar bahawa mereka yang
telibat ini di dakwa di atas kesalahan mereka.
Apakah punca – punca yang menyebabkan terjadinya keracunan
makanan? Antara kes – kes keracunan adalah disebabkan oleh bacteria,
virus, mikro-organisma, racun atau toksin. Biasanya sesorang itu akan
kehilangan air dalam badan dan sekiranya air di dalam badan seseorang itu
kehilangan dengan jumlah yang banyak, ia akan membawa maut. Selain itu,
ia juga mampu melibatkan keracunan di dalam sistem saraf. Mengapa dab
bagaimana wujudnya bacteria dan sebagainya pada makanan? Antara faktor
yang menyumbang kepda perkara berikut adalah kerana proses penyediaan
makanan yang tidak bersih, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
dan makanan yang terdedah kepada serangga seperti lalat.
Sekarang mari kita lihat kenapa keracunan sering berlaku di sekolah –
sekolah. Pertamanya ia tentulah menjurus kepada kebersihan kantin – kantin
sekolah. Ada sesetengah pengusaha kantin yang tidak peka dalam
penyediaan makanan, makanan tidak ditudung dan sebagainya. Biasanya

19
OUM HBHE

makanan yang tidak dimasak dengan suhu yang secukupnya atau betul –
betul masak akan menyebabkan kemunculan bakteria yang dikenali sebagai
campylobacter. Bakteria ini biasanya terdapat pada ayam mentah, daging dan
susu yang tidak pasteur.

Gambar 1.1: Bakteria Campylobacter


Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Campylobacter

Antara tanda – tanda keracunan ini bermula dua hingga lima hari
setelah mengambil makanan yang terdedah kepada bacteria tersebut. Pesakit
juga akan mengalami demam dan najis yang berdarah. Pesakit juga akan
berasa lesu dan tidak bermaya.
Berikut adalah contoh – contoh makanan yang sering dipengaruhi oleh
baktetia dan juga selalunya dijual di kantin – kantin sekolah. Antaranya ialah:
• Roti dan kuih – muih
• Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beryani mi dan sebagainya
• Daging lembu, ayam dan ikan
• Susu
• Makanan laut
• Makanan dalam tin yang telah kemek atau kembung atau berkarat.

Selain bakteria, keracunan makanan juga disebabkan oleh toksin.


Bagaimana ia boleh berlaku? Ia juga adalah disebabkan oleh penyediaan
makan dan sumber air yang tidak bersih. Terdapat berbagai jenis bacteria
yang menyebabkan toksin. Antara yang sering didengar ialah Cholera iaitu

20
OUM HBHE

disebabkan oleh bacteria cholera yang biasanya terdapat di dalam ikan,


kerang, kupang dan jenis – jenis siput yang diperolehi daripada kawasan air
yang tercemar.

Gambar 1.2 : Vibro Cholera


Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Cholera
Biasanya tanda – tanda keracunan ini berlaku bermula antara satu
hingga tiga hari selepas memakan makanan yang terdedah kepada bacteria
ini. Pada mulanya pesakit akan mengalami cirit – birit yang ringan seterusnya
boleh membawa maut akibat kehilangan air yang terlalu banyak akibat
daripada cirit – birit yang bertambah teruk dan kuat.
Antara punca – punca lain yang menyebabkan keracunan pada
makanan ialah datangnya dari virus. Virus yang biasa dan sering didengar
ialah virus Norwalk. Virus ini biasanya terapat pada makanan – makanan laut
seperti siput – siput dan kerang yang dicemari oleh najis manusia. Selain itu,
virus Hepatitis A juga yang boleh didapat pada kerang dan siput yang
dicemari najis akan menyebabkan keracunan makanan jika tidak di bersihkan
dan dimasak dengan sempurna.

21
OUM HBHE

Gambar 1.4 : Virus Hepatitis A


Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_A

Antara tanda – tanda disebabkan keracuan oleh virus Hepatitis A ini


ialah bermula dari dua hingga enam minggu selepasa memakan makanan
yang trcemar itu, pesakit akam mula mengalami demam, badan akan terasa
lemah dan lesu, tida selera makan dan akan menerima penyakit jaudis. Bagi
kes yang lebih parah apabila berlaku kerosakan di dalam hati dan sterrusnya
boleh membawa maut.
Punca seterusnya berlaku keracunan makanan terutama di sekolah
adalah disebabkan dari protozoa. Antara tanda – tanda mengalami keracunan
melalui protozoa ini ialah apabila pesakit cirit – birit, kawasan badan di sekitar
hati dan usus besar menjadi lembut, rasa berdebar, lemah badan dan
kehilangan berat badan. Protozoa yang menyebabkan berlakunya kracunan
ini dikenali sebagai protozoa Giardia Lamblia.

Gambar 1.5 : Protozoa Giardia Lamblia


Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Giardia_lamblia

Kesimpulanya di sini, kita perlulah mengambil berat tentang proses


penyediaan makanan trutamanya di kantin – kantin sekolah. Pihak
pengusaha kantin perlulah menekankan aspek kebersihan kantinnya trutama

22
OUM HBHE

melibatkan makanan para pelajar. Ini kerana mengikut rekod yang telah
dinyatakan bahawa hamper 80 peratus pesakit keracunan makanan adalah
trdiri daripada pelajar sekolah. Antara cara terbaik untuk mengelakkan
keracunan makanan ialah makanan yang mudah dicemari seperti daging,
ayam dan telur hendaklah dimasak dengan sempurna dan disimpan dengan
baik, jaga kebersihan diri seperti sentiasa membasuh tangan apabila
mengendalikan makanan, alatan dapur yang sentiasa bersih dan sentiasa
menutup makanan yang dihidangkan.
Andainya kita semua dapat mematuhi dan menjaga keadaan seperti ini
pastinya tiada lagi keracunan makanan di sekolah – sekolah.
Setelah mengetahui antara punca – punca keracunan makanan,
sekarang mari kita rujuk kes – kes yang berlaku di Malaysia yang melibatkan
keracunan makanan di sekolah – sekolah. Di ruangan Berita Harian
bertarikh 8 Mei 2007, ’35 Peratus Bekalan Susu Sekolah Enam Negeri
Tercemar’ ada menyatakan kira – kira 35 peratus bekalan susu sekolah di
enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan
Terengganu didapati tercemar dengan bakteria dan menjadi punca beberapa
kes keracunan membabitkan pelajar pada bulan sebelumnya. Sehubungan
itu, Kementerian Pelajaran telah mengarakkan bekalan – bekalan susu
berkenaan dimusnahkan.
Lebih 35 orang murid SK Jalan Pegoh, Pasir Putih, Perak mengalami
keracunan pada 13 April 2007, 30 orang murid SK Peremba, Kuala Kedah
keracunan pada 17 April 2007 dan pada 25 April 2007, murid dari SK Kota
Kuala Muda, Kedah juga keracunan melalui bekalan susu sekolah yang
disediakan. Kenapa semua ini boleh berlaku sedangkan Kementerian
Pelajaran telah memperuntukkan RM 23 juta setahun bagi program
pembekalan susu bantuan ini untuk 450,000 pelajar sekolah di seluruh
negara malah program ini telah dimulakan sejak tahun 1981 lagi. Di mana
silapnya?
Antara sebabnya ialah datangnya dari syarikat pengusaha susu
terbabit. Pihak Kementerian seharusnya memastikan syarikat pengusaha
susu yang terbabit diselia kawal kualiti susunya. Ini bagi mengekalkan kualiti
dan mengelakkan susu tersebut tercemat. Sikap pengusaha yang ingin
mencari jalan mudah dan mengaut keuntungan seringkali membahayakan

23
OUM HBHE

nyawa orang lain terutama para pelajar. Sepatutnya setiap bekalan susu yang
dubekalkan perlulah mendapat pengesahan kualiti oleh pihak SIRIM agar
susu tersebut berkualiti dan dapat mengelakkan kejadian keracunan
makanan.
Selain itu, silkap sambil lewa pihak sekolah untuk memeriksa setiap
kotak susu yang dibekalkan juga antara penyumbang kepada masalah
keracunan ini. Pihak seolah perlu peka andainya terdapat kotak susu yang
telah rosak atau tamat tempoh perlu segera diasingkan daripada diberikan
kepada murid. Malahan, disetiap sekolah perlu diadakan ruangan tempat
penyimpanan susu yang sesuai dan mengikut piawai suhu yang sesuai untuk
simpana susu. Dengan ini secara tidak langsung ia dapat mengawal suhu dari
rosak. Namun, rasanya tidak semua sekolah mempunyai keupayaan seperti
ini dan yang kita tahu biasanya susu sekolah di simpan di bilik guru dengan
keadaan yang tidak sesuai.
Antara lain penyumbang kepada kerancunan di sekolah ialah
keracunan pada makanan tambahan yang disediakan oleh pihak yang
berkenaan yang biasanya disediakan oleh pihak kantin sekolah itu sendiri.
Serimg kali kejadian keracunan makanan berpunca daripada kegagalan pihak
kantin sekolah untuk menjaga kebersihan makanan yang disediakannya.
Berikutan perkara ini, pihak sekolah perlu memainkan peranan penting bagi
memastikan kebersihan kantin sekolah seperti melakukan pemantauan setiap
hari terhadap tahap kebersihan kantin, memastikan kebersihan makanan
yang disediakan serta memantau cara – cara atau bagaimana makanan
tersebut disediakan. Adalah amat perlu ketegasan dari pihak sekolah untuk
memastikan perkara atersebut dan andainya pihak pengusaha kantin tersebut
tidak dapat menunaikan apa yang telah ditetapkan, tamatkan saja kontrak
pengusaha tersebut.
Kesimpulannya, perlu ada wujudnya kerjasama antara pihak
Kementerian bersama dengan syarikat pengusaha, pembekal susu bantuan,
pihak sekolah dan pengusaha kantin sekolah untuk menangani masalah ini.
Masalahnya seringkali berlaku apabila kita inginkan keuntungan yang mudah
tanpa mengira soal nyawa orang lain. Pihak kementerian perlu tegas serta
mewujudkan satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha dan
pembekal susu bantuan agak terjaganya kualiti susu tersebut. Pihak sekolah

24
OUM HBHE

pula perlu juga memainkan peranan di dalam mengenal pasti jika terdapat
masalah pada bekalan susu tersebut dan sentiasa memantau proses
pelaksanaan program bekalan susu sekolah dan Rancangan Makanan
Tambahan di sekolah yang disediakan oleh pihak pengusaha kantin. Pihak
pengusaha kantin perlu memastikan kualiti makanan yang disediakan
mengikut tahap kebersihan yang telah di tetapkan. Tanggungjawab ini juga
terpikul kepada semua masyarakat agar sentiasa peka dan ingat mengingati.
Mencegah lebih baik daripada mengubati.

2 b)
Sebagai seorang guru besar yang telah diamanahkan oleh
pihak Kementerian untuk menjaga dan menyelia sebuah sekolah sesungguh
adalah amat perlu mengambil tindakan segera andainya anak murid telah

25
OUM HBHE

mengalami keracunan makanan yang mana kita ketahui ianya amat


berbahaya dan boleh meragut nyawa.
Setelah merujuk kepada guru besar di sekolah, antara tindakan atau
langkah – langkah yang perlu diambil apabila seramai 40 orang pelajar telah
mengalami keracunan makanan melalui program Rancangan Makanan
Tambahan ialah pertamanya dengan seberapa segera, menghubungi Pusat
Kesihatan atau Hospital yang berhampiran untuk memaklumkan perkara
tersebut dan mendapat nasihat untuk memberi bantuan awal kepada pelajar
yang keracunan tersebut.
Langkah berikutnya, terus memaklumkan perkara tersebut ke pihak
Pejabat Pelajaran Daerah tentang berlakunya keracunan makanan. Ini antara
prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah terutamanya guru besar.
Pemakluman ini seterusnya dipanjangkan kepada Pejabat Pelajaran Negeri
sebagai satu prosedur yang perlu dipatuhi. Ini juga bertujuan untuk
merekodkan permasalahan ini untuk rujukan jika terdapat sebarang masalah
dikemudian hari.
Langkah seterusnya, pihak pengusaha kantin ditemui untuk
mendapatkan maklumat dan masalah yang telah berlaku dan memeriksa
kantin sekolah. Sebagai seorang guru besar, perlu terus membuat
pemantauan terhadap kantin sekolah serta mengarahkan pemberhentian
jualan makanan dari kantin tersebut serta – merta kepada murid lain kerana
dikhuatiri berlaku jangkitan.
Seterusnya, pelajar – pelajar yang keracunan tersebut diasingkan atau
dikuaratinkan buat sementara menunggu ketibaan pihak kesihatan. Namun
jika dilihat pelajar tersebut di dalam keadaan yang teruk maka, perlulah
segera terus dihantar ke pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan. Ini
amat penting bagi mengelakkan sesuatu kejadian buruk berlaku dean para
guru perlu memainkan poeranan menjaga dan mengawasi pelajar tersebut.
Langkah berikutnya, pihak sekolah dengan segera menghubungi
ibubapa pelajar yang terlibat untuk memaklumkan kejadian yang telah
menimpa anak mereka dan meminta mereka bersabar dan bertenang serta
memohon maaf di atas kejadian yang telah berlaku. Pihak sekolah perlulah
memberitahu apa yang berlaku dengan senarnya dan adalah dilarang

26
OUM HBHE

memberi kenyataan yang salah agar tidak menimbul sebarang masalah


kepada pihak sekolah dan ibubapa pelajar yang terlibat.
Tindakan selanjutnya, pihak sekolah perlulah melakukan pemantauan
berterusan terhadap pelajar terbabit dan bersama keluarga mereka
memastikan mereka diberi rawatan sehingga sembuh. Pihak sekolah juga
perlu memaklumkan kepada semua pelajar agar mengambil langkah berjaga-
jaga apabila membeli makanan, pihak pengusaha kantin di panggil memberi
laporan bagaimana perkara ini boleh terjadi dan perlu membuat siasatan
punca- punca berlakunya perkara tersebut.
Dapat dirumuskan di sini, bahawa tindakan awal amat penting untuk
mengelakkan sebarang kecelakan buruk berlaku. Tindakan pantas pihak
sekolah amat perlu untuk memastikan segala rawatan dapat berjalan dengan
lancar. Sebagai seorang guru besar, amanah menjaga murid di sekolah
adalah yang terpenting dan tidak semua guru besar nahukan perkara
sebegini berlaku di sekolahnya. Namun langkah pencegahan adalah amat
penting dilaksanakan. Pihak sekolah seharusnya sentiasa membuat
pemantauan terhadap tahap kebbersihan kantin dan makanan yang dijual
agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

KESIMPULAN

27
OUM HBHE

Kesimpulannya, tugasan kali ini banyak membincangkan masalah


kesihatan yang berkaitan denga keracunan makanan yang kini kerap berlaku
di sekolah- sekolah serta permasalah wabak penyakit berjangkit seperti
Chikugunya, selsema burung serta penyakit tangan, kaki dan mulut. Sebagai
seorang guru kesihatan di sekolah adalah amat penting bagi kita untuk
mengetahui hal semua ini. Kebiasaannya, apabila berlaku kes – kes seperti
begini pihak sekolah seringkali merujuk kepad guru yang mengajar
kesihatandan secara tidak langsung dengan membuat tugasan ini, saya telah
banyak menimba ilmu – ilmu berkaitan wabak penyakit berjangkit dan
keracunan makanan.
Selain itu juga, melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui peranan
WHO terhadap masalah kesihatan sedunia dan sumbangan mereka kepada
negara – negara yang memerlukan bantuan. Malah program –mprogram yang
dilaksana dan digubal sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan saya
berkaitan dengan WHO dan programnya.
Akhirnya, melalui tugasan ini, dapatlah dibincangkan serta dibuat
refleksi tentang permasalahan yang terdapat di negara kita berkaitan dengan
keracunan bekalan susu sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan. Pihak
Kementerian telah membelanjakan sejumlah wang untuk memperbaiki tahap
kehidupan anak murid kita namun dengan sfat kerakusan dan tamak
sesetengah manusia ingin mengaut keuntungan segera sehingga sanggup
memperjudikan nyawa anak – anak yang masih kecil dan sedang belajar.
Malah melalui tugasan ini juga memberi peluang untuk saya mengetahui
langkah – langkah yang perlu diambil oleh pihak pentadbir sekolah andainya
berlaku keracunan di sekolah. Apa yang penting, hidup sihat amalan kita
semua. Murid sihat, murid cemerlang.

28

You might also like