You are on page 1of 8

PENGUMPULAN MAKLUMAT GEOMETRI DAN ORGANIK

Nama Ilham Aliya binti Azahar

No. Kad Pengenalan 940608 08 - 5234

No. Pendaftaran A013D1110211

Folio ini Disediakan untuk : Encik Mohd Idham bin Sahari Encik Mohd Ekram Al Hafis bin Hashim

RUPA GEOMETRI
Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap. Rupa geometri meliputi rupa bulat, segi empat sama, segi tiga, dan rupa rupa lain yang bersudut dan direka dengan sengaja . Ianya direka menggunakan alat geometri .

Geometri (geo = bumi, metria = ukuran) adalah sebahagian dari matematik yang mengambil berat persoalanan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Pada mulanya ia hanyalah sebahagian jasad dari pengetahuan praktikal yang mengutamakan jarak, luas dan isipadu , tetapi pada abad ketiga S.M. geometri telah diletakkan di dalam bentuk aksiom oleh Euclid membentuk Geometri Euclid , yang hasilnya menetapkan piawai untuk beberapa abad berikutnya . Bidang astronomi , khususnya memetakan bintang bintang dan planet planet pada sfera cakerawala , bertindak sebagai sumber sumber geometri terpenting .

Geometri dikaji kerana ia dianggap ilmu yang sangat cantik , sempurna , dan masih banyak rahsia ciptaan Ilahi yang masih belum dirungkai . Sifat sifat inilah yang merangsang akal fikiran kita untuk terus mengkaji ilmu geometri dan mensyukuri kebesaran Ilahi. Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam . Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci .

Terdapat pelbagai sebab kita harus mempunyai minat terhadap geometri . Antaranya ialah kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam .

Bentuk Bentuk Geometri


Antara bentuk bentuk geometri ialah : Segi empat Piramid Kon Bulatan

Bagaimana untuk melukis Geometri ?


Antara kaedah untuk melukis geometri : Menggunakan peralatan - peralatan geometri seperti jangka lukis , pembaris dan protractor . Mengukur jarak bentuk geometri yang ingin dilukis . Mengukur lukisan geometri menggunakan pembaris . Melukis bulatan dengan menggunakan jangka lukis .

Kenapa melukis Geometri ?


Antara sebab melukis geometri ialah : Untuk menghasilkan lukisan geometri yang yang tepat . Membolehkan lukisan geometri dapat dilukis dengan kemas dan cantik. Untuk mendapatkan ruang dan jarak pada lukisan geometri dilukis dengan tepat . Untuk mengetahui luas permukaan bentuk geometri . Bentuk geometri dapat merangsang akal fikiran untuk mengkaji geometri serta mensyukuri kebesaran Tuhan . Mengkaji geometri dapat mendedahkan individu tentang kewujudan alam ini dengan mendalam .

Rupa Organik
Rupa organik adalah rupa yang tidak mempunyai tepi yang bersudut dan tidak berbentuk geometri. Rupanya bebas dan tidak bersudut . Antara contoh rupa organic ialah rupa manusia, binatang dan buah-buahan .
Rupa organik mempunyai sempadan yang bebas. Garisan luar atau sempadan luarnya tidak terikat. Kebanyakan benda semulajadi mempunyai rupa organik . Bentuk organik adalah bentuk semulajadi dan penampilan yang mengalir dan melengkung . Contoh bentuk organik ialah bentuk bentuk daun , tumbuh tumbuhan dan haiwan . Bentuk organik adalah beralun tidak sekata, tidak mempunyai simetri .

Bagaimana untuk melukis Organik ?


Antara cara untuk melukis Organik ialah : Membuat lakaran dan lukisan rupa organik dan geometric secara berulang ulang kali . Menghasilkan corak komposisi yang menunjukkan perbezaan rupa positif dan negatif . Membuat contoh logo . Melukis pelbagai bentuk iaitu melukis bentuk geometrik dan organik untuk menghasilkan corak .

Kenapa melukis Organik ?


Antara sebab untuk melukis organik ialah : Untuk mencantikkan gambar yang dilukis . Menunjukkan bentuk dan ruang yang terdapat pada gambar rajah . Menunjukkan kreativiti terhadap sesuatu gambar . Memberi keseimbangan terhadap sesuatu lukisan atau bentuk . Melatih otak individu untuk memahami mesej yang disampaikan oleh gambar atau lukisan .

You might also like