You are on page 1of 22

TUGASAN CUTI MID-SEM : SEJAUHMANAKAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR DI TERENGGANU NAMA : NURUL FARHANA BINTI

SAPAE NO. MATRIK : D20071029831 PENYELIA : PROF SUPLI EFFENDI RAHIM PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEMESTER 2 SESI 2009/2010

SEJAUHMANAKAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR DI TERENGGANU. BAB 1 PENGENALAN Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur, khususnya di Terengganu. Keropok Lekor diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu serta sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan dibentuk dalam bentuk yang panjang bertali, sebelum direbus dalam air panas. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Pembuatan keropok lekor pada masa kini semakin bertambah maju di kalangan pengusaha keropok lekor. Pemprosesannya pada masa kini ada yang menggunakan teknologi moden dan ada yang masih menggunakan kaedah lama iaitu dikenali sebagai tradisional. Teknologi merupakan elemen utama dalam pertumbuhan dan kemajuan perniagaan. Bagi setiap kegiatan ekonomi, teknologi merupakan unsur utama yang perlu diberi pertimbangan terutamanya bagi ekonomi yang ingin mencapai tahap perindustrian, satu kedudukan yang ingin dicapai oleh kebanyakan negara membangun di dunia. Teknologi didefinisikan sebagai satu kepakaran, pengetahuan dan prosedur bagi membina, mengguna dan melakukan sesuatu yang berguna (F. Stewart, 1986). Dalam satu definisi lain, teknologi ditegaskan sabagai merupakan jumlah dan kemahiran yang terdapat pada mana-mana kumpulan bagi tujuan industri, seni dan sains (Kenneth N. Bernard, 1986). Teknologi yang sesuai pula dinyatakan sebagai satu set teknik yang akan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada dalam suatu persekitaran (Morawetz, 1794). Walaubagaimanapun, sesebuah negara membangun mungkin mengalami kesukaran menguasai teknologi akibat halangan-halangan yang ada. Teknologi bukanlah benda yang percuma. Ia melibatkan pengetahuan yang spesifik, yang terkumpul dalam jangka masa panjang melalui kaedah pembelajaran yang tertentu (Dosi, Giovanni, 1988). Teknologi dan penciptaan juga melibatkan modal dan kepakaran yang tinggi. Dan salah satu sifat utama teknologi ialah ia bersifat dinamik, dalam erti kata lain ia sentiasa berubah dan ini menjadi hampir setiap masa.

1.1 LATAR BELAKANG

Kajian yang dijalankan pada tahun 2004, mendapati bahawa cabaran yang dihadapi oleh perusahaan industri kecil dan sederhana ialah mereka masih bergantung sepenuhnya kepada pasaran tempatan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) dan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) dalam tempoh 2004, IKS hanya mengeksport 26% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran mereka (Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia 2004). Antara cabaran utama yang dihadapi oleh IKS ialah akses pasaran, akses pembiayaan, akses maklumat, pembangunan sumber manusia, inovasi dan kreativiti dan juga kemajuan teknologi. Kerajaan telah melaksanakan program-program pembangunan yang komprehensif dan bersepadu bagi membantu IKS dalam menghadapi cabaran meliputi semua fasa pembangunan bermula dari tahap permulaan ke tahap pengembangan dan matang. 1.2 PENYATAAN MASALAH Tajuk yang dipilih ialah kajian penggunaan teknologi pembuatan keropok lekor di negeri Terengganu. Bagi menjawab soalan ini satu penyataan masalah telah dibina untuk memudahkan proses mendapatkan maklumat yang seterusnya. Seterusnya, bagi menjawab penyataan masalah kajian ini, tiga set soalan kajian bersama item dibina bagi membolehkan urusan kajian yang seterusnya dilakukan. Sila lihat pada lampiran. Penyataan masalah ini dibina untuk mengkaji sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam perusahaan keropok lekor di negeri Terengganu. Ini kerana didapati bahawa hasil tinjauan yang dilakukan oleh dua orang pengkaji yang berasal dari negeri tersebut sebelum ini mendapati terdapat beberapa pengusaha keropok lekor yang telah menggunakan alatan yang berteknologi untuk menghasilkan produk mereka. Namun terdapat juga beberapa pengusaha yang masih menggunakan cara lama iaitu kaedah tradisional dalam pemprosesan keropok lekor. Oleh itu penyataan masalah ini dibina untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pembuatan keropok lekor di negeri Terengganu. Untuk menjawab soalan kajian pengakaji telah membina 10 item soalan bagi setiap soalan kajian. Sila lihat pada lampiran.

1.3 SOALAN KAJIAN

Soalan kajian 1: Apakah peralatan yang digunakan dalam pembuatan keropok lekor? Tujuan soalan kajian satu disediakan adalah untuk mengkaji apakah peralatan yang digunakan dalam pembuatan keropok lekor. Hal ini, dapat mengkaji sejauh manakah penggunaan teknologi dalam pembuatan keropok lekor di Terengganu. Selain itu, kajian ini dapat menentukan samada peralatan yang digunakan mencukupi atau tidak. Apabila soalan kajian ini disediakan, pengkaji akan dapat mengumpul sebanyak mana data-data yang akan diperolehi untuk membuat analisis mengenai penggunaan teknologi dalam pembuatan keropok lekor. Soalan kajian 2: Bagaimanakah produk mereka dipasarkan? Tujuan membuat soalan kajian dua ini berbunyi bagaimanakah produk mereka dipasarkan adalah untuk mengetahui sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam sistem pemasaran yang mereka gunakan. Penggunaan teknologi dalam sistem pemasaran seperti internet, email, laman web dan sebagainya digunakan dalam pemasaran untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Tujuan soalan kajian dua ini dihasilkan adalah bagi membolehkan pengkaji-pengkaji memperolehi data-data dengan mudah untuk dikumpul dan dianalisis dan juga untuk memudahkan menjawab semua persoalan kajian.. Soalan kajian 3: Bagaimanakah mereka menguruskan kewangan mereka? Soalan kajian tiga ini dihasilkan adalah untuk mengkaji bagaimanakah mereka menguruskan kewangan mereka dalam pembuatan keropok lekor. Daripada kajian ini, pengakaji dapat mengkaji sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam pembuatan keropok lekor di negeri Terengganu, dalam mengurus kewangan mereka. Soalan kajian tiga ini juga berkisar mengenai bagaimana mereka membuat penyimpanan wang mereka, sama ada membuat penyimpanan di dalam bank ataupun tidak. Soalan ini juga membolehkan pengakaji mengkaji jenis-jenis modal yang digunakan dalam pengurusan keropok lekor samaada modal persendirian ataupun membuat pinjaman bank. Selain itu pengakaji dapat mengumpul data-data yang berkaitan dengan kewangan mereka samaada penggunaan teknologi akan mendatangkan keuntungan kepada mereka ataupun tidak. Soalan Cross-Tabulation: sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam pembuatan keropok lekor di terengganu? Tujuan kami membuat soalan cross-tabulation mengikut jenis pekerjaan adalah untuk memperoleh data-data yang dapat mengetahui siapakah yang terlibat dalam pembuatn keropok lekor di terengganu. Selain itu, kita dapat mengkaji sejauhmanakah sumber pendapatan yang yang diperolehi mereka. Seterusnya kita dapat mengetahui taraf hidup

mereka setelah melibatkan dalam sector pembuatan keropok lekor. Tujuan soalan crosstabulation ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah yang melibatkan diri dalam sektor pembuatan keropok lekor secara sampingan untuk menambahkan pengalaman dan juga meluangkan masa.

1.4 TUJUAN KAJIAN Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk menganalisis dan menilai sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam perusahaan keropok lekor yang terdapat di negeri Terengganu. Selain itu juga, matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor utama yang mempengaruhi penggunaan teknologi dalam pembuatan keropok lekor di negeri Terengganu. 1.5 OBJEKTIF KAJIAN Objektif penyelidikan ini adalah dinyatakan seperti berikut : i. Menyelidiki jenis-jenis peralatan yang digunakan dalam pembuatan keropok lekor. ii. Menyelidiki cadangan bagi meningkatkan tahap penggunaan teknologi dalam pembuatan keropok lekor. 1.6 SKOP KAJIAN Kajian hanya akan meliputi pengusaha keropok lekor sahaja. Seterusnya skop kajian ini hanya melingkungi pengusaha yang beroperasi di negeri Terengganu sahaja. Memandangkan populasi pengusaha yang agak besar, pengambilan sempal dalam lingkungan negeri Terengganu adalah meliputi dua daerah iaitu Kuala Terengganu dan Kemaman. Ini lebih praktikal dari segi kos dan masa penganalisisan yang ada. Negeri Terengganu juga dipilih kerana memandangkan negeri yang popular dengan pembuatan keropok lekor dan boleh dikatakan hampir di setiap tempat terdapat kedai-kedai yang membuat keropok lekor. 1.7 BATASAN KAJIAN Berdasarkan pelaksanaan kajian ini, batasan utama yang ada merupakan kesukaran dari segi mendapatkan kerjasama pihak responden dalam memberikan maklumbalas soalselidik. Masalah ini membawa kepada jumlah responden yang rendah. Selain itu juga hanya terhad yang terdapat di dua kawasan sahaja dan jumlah ini tidak secara keseluruhan.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN Daripada situasi yang digambarkan dalam penyataan masalah di atas, didapati tidak semua pengusaha keropok lekor di Terengganu menggunakan teknologi untuk perusahaan keropok lekor. Memandangkan perusahaan keropok lekor merupakan salah satu perusahaan yang bernaung dengan IKS maka ia juga telah menyumbangkan dalam menjana ekonomi negara dan juga berperanan dalam merealisasikan wawasan 2020. Dengan itu adalah amat penting untuk mengetahui sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam perusahaan keropok lekor di negeri Terengganu. Kajian ini juga dirasakan perlu bagi memastikan para pengusaha keropok lekor bersungguh-sungguh bagi meningkatkan taraf pengeluaran dan kualiti produktiviti terutamanya melalui penggunaan teknologi kini.

BAB 2 KAEDAH KAJIAN/METODOLOGIES Jumlah populasi ditentukan berdasarkan pengetahuan sedia ada yang terdapat pada dua orang pengakaji yang berasal daripada negeri Terengganu. Dalam hal ini, pengakaji tidak melihat senarai pengusaha yang berdaftar kerana dua tempat yang di tujui sememangnya kawasan yang sangat terkenal dengan pembuatan keropok lekor. 2.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam usaha mencapai objektif-objektif dan matlamat keseluruhan kajian, dua peringkat pengumpulan maklumat dilaksanakan iaitu: 2.1.1 PENGUMPULAN DATA PRIMER

Data-data primer diperolehi melalui dua cara iaitu soalselidik dan temubual berstruktur. i. Soalselidik Data-data diperolehi dan dikumpul melalui boring soalselidik yang dikemukakan kepada responden. Data-data antara lain meliputi maklumat dari segi latar belakang kedai, penggunaan alatan dan situasi semasa perusahaan dari segi penggunaan teknologi. Kaedah soalselidik ini lebih tertumpu untuk mendapatkan maklumat daripada pengusaha yang menggunakan teknologi.

ii. Temubual. Temubual dilakukan dengan pengusaha bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan terperinci dari segi masalah dan factor yang mempengaruhi dalam penggunaan teknologi. Kaedah ini lebih tertumpu untuk mendapatkan maklumat yang jelas dari segi segala hal yang terlibat lingkungan kajian ini. 2.1.2 PENGUMPULAN DATA SEKUNDER

Maklumat sekunder diperolehi daripada jurnal professional, majalah berkala, buku teks, laporan dan penyelidikan ilmiah yang telah lepas. Sumber maklumat tersebut didapati daripada Perpustakaan Tengku Bainun, Unversiti Pendidikan Sultan Idris.

2.2 KAEDAH ANALISIS DATA Analisis data dilakukan secara kuantitatif menggunakan teknik kekerapan (peratusan). Kaedah kekerapan memberikan maklumat awal mengenai bentuk hasil kajian yang ada. Selanjutnya analisis min dibuat bagi menentukan kepentingan setiap pembolehubah (factor) yang mempengaruhi penggunaan teknologi. Dalam menganalisis data ini, pengkaji telah menggunakan microsof excel untuk membantu memudahkan lgi proses menanalisis data kajian. Bagaimanapun, software yang digunakan ini kurang membantu kerana terpaksa menanalisis satu persatu item. Adalah lebih baik menggunakan SPSS untuk menganalisis data kerana lebih mudah dan cepat.

BAB 3 3.1 PENGENALAN Perbincangan kajian ini akan dibahagikan kepada dua bahagian yang utama. Bahagian pertama yang merujuk kepada bahagian A dalam borang soal selidik yang membincangkan latarbelakang dan kedudukan semasa perusahaan yang dikunjungi . Bahagian kedua perbincangan yang juga kepada B dalam borang soal selidik akan tertumpu kepada perbincangan factor yang mempengaruhi penggunaan teknologi dalam pembuatan keropok lekor. Selain daripada itu juga pada bahagian ini akan berkisar kepada jenis-jenis peralatan yang digunakan dalam perusahaan keropok lekor. 3.2 ANALISIS BAHAGIAN A SOAL SELIDIK

3.2.1

Latar Belakang Responden Sebanyak 47 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang dikunjungi. Daripada jumlah tersebut semua responden telah memberikan maklumbalas dan kerjasama yang baik. Daripada jumlah tersebut. Sejumlah 25 (53%) respoden adalah daripada kalangan lelaki dan 48 (47%) responden daripada kalangan perempuan. Jadual 3.1: Responden mengikut jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan 25 22 48 Peratusan 53% 47% 100%

Sumber: Borang soal selidik Berdasarkan soal selidik, kebanyakan responden yang mengusahakan keropok lekor telah dikenal pasti mengikut bilangan umur. Hasil daripada kajian, sejumlah 1 (2%) responden yang berumur 15-18 tahun, 7 (15%) responden yang berumur 19-23 tahun, 19 (43%) responden yang berumur 24-28 tahun dan 20 (42%) responden yang berumur 29 ke atas. Berdasarkan dapatan kajian ini, telah membuktikan bahawa perusahaan keropok lekor telah lama diusahakan di negeri Terengganu. Jadual 3.2: Responden mengikut umur Umur Kekerapan 15-18 1 19-23 7 24-28 19 29 ke atas 20 Sumber: Borang Soalselidik Peratusan 2% 15% 43% 42%

Dalam bahagian ini juga pengkaji telah mengakaji jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pengusaha keropok lekor. Ini dilakukan untuk mengenal pasti sama ada semua pengusaha keropok lekor itu menjalankan perniagaan ini secara sampingan atau sepenuh masa. Berdasarkan kajian, telah didapati bahawa kebanyakan pengusaha keropok lekor menjalankan perniagaan ini sepenuh masa iaitu dengan kekerapan 27 (57%), manakala

selebihnya ialah mengusahakan keropok lekor secara sampingan dengan bilangan kekerapan 20 (43%). Jadual 3.3: Mengikut jenis perniagaan Jenis pekerjaan Kekerapan Sepenuh masa 27 Sampingan 20 Jumlah 47 Sumber: Borang soalselidik

Peratusan 57% 43% 100%

Kajian mengikut jenis perniagaan ini telah dijadikan sebagai soalan cross tabulation. Ini adalah untuk mengenal pasti jenis perniagaan yang sedang dijalankan oleh pengusaha keropok lekor. Dapatan kajian mendapati bahawa, kebanyakan pengusaha keropok lekor menjalankan perniagaan ini sepenuh masa dan dijalankan setiap hari.

3.3 ANALISIS BAHAGIAN B SOALSELIDIK Perbincangan dalam bahagian B akan berkisar kepada peralatan yang digunakan dalam pembuatan keropok lekor sejajar dengan cara responden memasarkan produk mereka. Selain itu, analisis juga akan meneliti lebih lanjut masalah dari segi pengurusan kewangan mereka. 3.3.1 Analisis soalan kajian satu: Peralatan yang digunakan dalam pembuatan keropok lekor. Carta Peratusan soalan kajian 1

39% 61%
Daripada kajian secara keseluruhannya, didapati 61% daripada responden menggunakan teknologi dalam pembuatan keropok lekor manakala 39% responden tidak menggunakan teknologi dalam pembuatan keropok lekor. Ya Tidak 3.3.2 Analisis soalan kajian dua:

Cara produk dipasarkan Carta peratusan soalan kajian 2 17.80%

82.14%

Ya

Tidak

Daripada analisis data, didapati 82.14% pengusaha keropok lekor tertumpu kepada pasaran domestik iaitu pasaran tempatan. Manakala 17.8% tidak dipasarkan ke luar negara. Hal ini kerana pasaran yang berorientasikan eksport tidak dijalankan kerana kebanyakkan pengusaha keropok lekor lebih tertumpu kepada skop pasaran tempatan. Dalam pemasaran keropok lekor, teknologi dalam pemasaran tidak digunakan sepenuhnya. Keadaan ini kerana pengusaha keropok lekor mempunyai masalah dari segi kewangan dan modal dalam memasarkan keropok lekor ke luar negara.

Carta peratusan soalan kajian 3

3.3.3 Analisis soalan kajian tiga: Pengurusan kewangan 48.20% 51.70%

10 Ya Tidak

Hasil kajian didapati 51.70% menyatakan teknologi sangat penting dalam menguruskan kewangan manakala 48.2% responden kurang berminat menggunakan teknologi dalam menguruskan kewangan tentang pembuatan keropok lekor. Hasil temubual yang dibuat bersama responden didapati segelintir responden kurang berminat untuk membuat pinjaman kepada pihak bank. 3.3.4 Analisis soalan cross-Tabulation Sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam pembuatan keropok lekor di negeri Terengganu mengikut jenis pekerjaan Carta Peratusan Soalan Kajian Cross-Tabulation
43%

57%

sampingan

sepenuh masa

Hasil daripada kajian didapati bahawa 57% responden bekerja sebagai sepenuh masa dalam pembuatan keropok lekor. Faktor-faktor yang mendorong situasi ini ialah pembuatan keropok lekor menjadi warisan turun-temurun di kalangan masyarakat di Terengganu. Selain itu, pencapaian akademik yang kurang memuaskan mendorong responden memilih pekerjaan ini sebagai pekerjaan sepenuh masa dalam pembuatan keropok lekor. Hasil daripada pemerhatian pengkaji, segelintir responden bekerja dalam perusahaan ini merupakan sebahagian minat mereka dalam pembuatan keropok lekor.

11

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Soalan kajian Satu: Apakah peralatan yang digunakan dalam pembuatan keropok lekor? Dapatan kajian mendapati, kebanyakkan responden belum lagi menggunakan teknologi sepenuhnya hanya menggunakan semi teknologi dalam pembuatan keropok lekor. Daripada hasil temubual dengan responden, segelintir daripada mereka mengalami masalah dari sudut ekonomi dan kewangan yang rendah dimiliki oleh pengusaha keropok lekor. Hasil daripada temubual juga menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh pengusaha keropok lekor bergantung kepada kepandaian individu dan sejarah turun-temurun oleh keluarga pengusaha keropok lekor itu sendiri. Selaian daripada itu, kebiasaannya daripada pemerhatian pengkaji dan temubual bersama responden, antara peralatan yang menggunakan teknologi ialah mesin deborner dan molding. Mesin-mesin ini berharga antara RM 30000RM 5000. Mesin deborner adalah mesin untuk mengasingkan antara isi dan tulang ikan manakala mesin molding ialah mesin untuk mengadun tepung dan isi ikan. Peralatan-peralatan lain yang digunakan seperti pisau, periuk, kuali dan sebagainya. Dengan adanya peralatanperalatan yang canggih seperti mesin molding dan deborner, pengusaha keropok lekor dapat menjimatkan tenaga dan masa mereka. Selain itu, pengeluaran dan pemasaran keropok lekor dapat ditingkatkan supaya produk keropok lekor dapat dikenali di serata dunia. Walaupun perusahaan pembuatan keropok lekor masih menggunakan semi teknologi, namun pengusaha keropok lekor berusaha untuk memajukan perusahaan ini ke arah yang lebih jauh. Daripada hasil temubual bersama responden, didapati 81.25% pengusaha keropok lekor tidak menggunakan teknologi dalam proses membentuk keropok lekor. Pengusaha keropok lekor masih menggunakan tangan dalam proses tersebut.

4.2 Soalan kajian dua: Bagaimanakah produk mereka dipasarkan? Definisi tentang pemasaran telah begitu banyak diperkatakan, persatuan Amerika (AMA) mendefinisikan pemasaran sebagai: pemasaran

Kegiatan yang mengarahkan keluaran dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. (Marketing Definitions, 1960)

12

Dapatan kajian mendapati bahawa, daripada 17.8% yang menyedari bahawa pentingnya teknologi pada masa sekarang hanya sebuah kedai sahaja iaitu yang memasarkan produk melalui internet. Kekurangan pendedahan dan galakan dari agensi luar merupakan salah satu faktor yang menyebabkan teknologi dalam pemasaran keropok lekor tidak mempunyai skop yang luas seperti dipasarkan ke luar negara. Menurut Zaharah Bakar (2003) menyatakan: Persekitaran teknologi telah melalui perubahan yang mendadak semenjak kebelakangan ini. Teknologi baru membentuk pasaran dan peluang baharu. Perubahan teknologi ini boleh dilihat dalam bidang perubatan, pengankutan dan sebagainya. Internet yang diperkenalkan kini memudahkan ahli-ahli pemasaran memperkenalkan perkhidmatan, membuat promosi dan mengedarkan barang mereka. Persekitaran teknologi membolehkan promosi dibuat tanpa mengira waktu dan tempat. (Zaharah, 2003 ms:10) Keaadaan ini di sebabkan taraf pendidikan yang rendah dimiliki oleh pengusaha keropok lekor sendiri. Hasil temubual yang dilakukan bersama responden, kajian didapati bahawa terdapat segelintir responden yang bekerja sebagai sepenuh masa atau sampingan mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Keadaan ini akan membawa kesan kepada sejauh mana responden mengetahui tentang teknologi dalam pemasaran keropok lekor. Hasil daripada kajian didapati bahawa 92% pemasaran keropok lekor berlaku di kedai responden sahaja. Keadaan ini kerana pengusaha keropok lekor tidak memasarkan produk mereka jauh dari kedai mereka hanya segelintir pembekal sahaja yang mengambil dan memasarkan di pasar-pasar raya atau menjual di tepi-tepi jalan. Daripada hasil temubual bersama responden, hanya 54.8% yang menggunakan pengangkutan sendiri seperti motosikal atau van untuk menjual atau menghantar kepada mana-mana kedai dan pasaraya. Keadaan ini berlaku hanya beberapa buah kedai pengusaha keropok lekor sahaja yang mana mereka mampu menggunakan kenderaan sendiri.

4.3 Soalan Kajian tiga: Bagaimanakah mereka menguruskan kewangan mereka? Hasil kajian mendapati bahawa, terdapat segelintir responden tidak mahu terikat dengan bayaran yang tinggi kepada pihak bank. Manakala dari hasil temubual bersama responden juga didapati 25% daripada responden telah membuat pinjaman bank untuk memulakan perusahaan pembuatan keropok lekor. Keadaan ini berlaku kerana pengusaha keropok lekor mahu meningkatkan lagi perusahaan mereka di peringkat yang lebih tinggi berbanding dengan menggunakan modal persendirian.

13

Bagi pengusaha yang menggunakan modal persendirian, mereka boleh mencapai peringkat yang lebih tinggi, tetapi mengambil masa yang lama untuk memusing modal dalam pemprosesan pembuatan keropok lekor. Manakala hasil daripada temubual bersama responden juga didapati 79.2% daripada responden mengatakan mereka menyimpan wang ke dalam bank. Selebihnya sebanyak 20.8% mengatakan responden tidak menyimpan wang mereka ke dalam bank. Hal ini kerana kebanyakkan pengusaha keropok lekor tidak sempat untuk menyimpan wang kerana modal yang digunakan hanya mampu untuk membuat pusingan modal sahaja. Hasil kajian juga didapati bahawa 58.3% sahaja daripada responden membuat kunci kira-kira untuk mengetahui jumlah keuntungan dalam perusahaan keropok lekor mereka. Kunci kira-kira dilakukan secara harian, bulanan dan tahunan. Selaian itu, jumlah keuntungan bergantung kepada sasaran harian mengikut situasi semasa seperti musim cuti persekolahan, musim perayaan dan sebagainya. Daripada soalselidik yang telah diedarkan, sebanyak 0% daripada responden tidak membuat pinjaman bank apabila berlaku kerosakan pada peralatan dalam pembuatan keropok lekor. Mereka lebih suka menggunakan duit mereka sendiri dalam menyelesikan masalah tersebut.

4.4 Soalan Cross-Tabulation: Sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam perusahaan keropok lekor di negeri Terengganu mengikut jenis pekerjaan? Dapatan kajian mendapati bahawa 43% responden menjadikan perusahaan keropok lekor sebagai pekerjaan sampingan. Manakala yang selebihnya pula menjadikan perusahaan keropok lekor sebagai pekerjaan utama untuk menjana ekonomi dan pendapatan untuk hidup. Hasil daripada temubual didapati bahawa segelintir responden yang memilih jenis pekerjaan ini adalah untuk menambahkan sumber pendapatan yang ada. Terdapat juga pekerja sampingan yang merupakan segelintir responden yang sedang menunggu manamana tawaran kerja dan ada juga yang telah mempunyai kerja lain tetapi sanggup berkerja lagi dalam perusahaan ini untuk menambah pendapatan mereka. Selain itu, hasil daripada temubual juga terdapat responden yang ingin menambah pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan sebelum melangkah ke arah yang lebih jauh. Keadaan ini kerana apabila responden mahu memulakan perniaagaan dalam sesuatu bidang, responden tidak lagi berasa takut dan susah hati kerana mereka sudah mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.

14

BAB 5 KESIMPULAN Jadual 3.4: Rumusan keseluruhan kajian Soalan kajian Ya Soalan kajian 1 Soalan kajian 2 264 60 Tidak 168 276 Peratusan % 34.6 26.9

Soalan kajian 3

255

238

39.5

Jumlah

579

682

100%

Sumber: Borang soal selidik Daripada analisis operasi responden pengusaha keropok lekor, dapat disimpulkan bahawa dalam keadaan sebenar, majority responden pengusaha keropok lekor menggunakan teknologi dalam pembuatan keropok lekor. Walaubagaimanapun, teknologi yang digunakan oleh responden masih dalam tahap semi-teknologi. Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan data-data yang diperolehi yang menunjukkan tahap teknologi pengusaha keropok lekor masih rendah dan wujudnya masalah-masalah lain seperti dari segi pengetahuan, kewangan dan keupayaan pengurusan perniagaan sendiri yang secara langsung memberi kesan kepada ketidakupayaan pengusaha meningkatkan prestasi perusahaan melalui peningkatan teknologi pembuatan, pengeluaran, produktiviti, kualiti dan pasaran. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengusaha keropok lekor memerlukan bantuan dalam bentuk penggunaan teknologi. Ini amat diperlukan untuk membantu meningkatkan lagi pengeluaran produk responden. Sebanyak 54 %( 682) responden yang menggunakan kaedah tradisional dalam perusahaan keropok lekor, manakala 46 %( 579) responden yang menggunakan teknologi dalam perusahaan keropok lekor. Bagi menjawab matlamat kajian keseluruhannya, didapati bahawa tahap penggunaan teknologi di kalangan pengusaha keropok lekor masih pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan perusahaan IKS. Ini kerana, factor kewangan merupakan masalah utama yang mempengaruhi penggunaan teknologi dalam pembuatan keropok lekor. Faktor-faktor lain seperti kurangnya kesedaran penggunaan teknologi dan masalah-

15

masalah dari pengurusan perlu dipertimbangkan untuk meningkatkan lagi perusahaan pembuatan keropok lekor.

CADANGAN Berdasarkan daripada hasil kajian, rujukan, pemerhatian dan temubual yang dilakukan, cadangan bagi kajian ini dinyatakan seperti berikut: 5.1 Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa terdapat sebilangan responden yang tidak menyedari kepentingan teknologi dalam pembuatan keropok lekor. Oleh itu, usaha perlu difokuskan bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan teknologi. 5.2 Program bagi meningkatkan kesedaran dan juga membangunkan teknologi kepada pengusaha keropok lekor perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan jauh dalam aspek teknologi industri. Ini kerana hasil kajian mendapati bahawa hanya segelintir pengusaha yang menggunakan teknologi, namun pemerhatian yang dilakukan menunjukkan tidak semua peralatan yang digunakan dalam bentuk teknologi moden. 5.3 Pihak yang bertanggungjawab perlulah sentiasa membuat tinjauan dimana untuk mengetahui perkembangan semasa pengusaha keropok lekor. Ini bagi memastikan agar kepentingan mereka sentiasa dijaga kerana mereka juga salah satu penyumbang yang menjana ekonomi negeri Terengganu.

BIBLIOGRAFI BUKU H osman Rani, Toh Kim Woon, Anuwar Ali, (1986). Technology and Skills in Malaysia. Singapore Institute of Southeast Asian Studies.

16

Stewart F, (1986). Technology ang Underdevolopment. The English Language Society and McMillan. Zaharah Bakar, (2003). Asas Pemasaran. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti. Zainal Abidin, (1988). Pengurusan Pemasaran. Dewan Bahasa dan pustaka, UKM LAPORAN KERAJAAN Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), (2004)

LAMPIRAN

17

BORANG SOAL SELIDIK


Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai:

Tajuk: Sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam perusahaan keropok lekor di Terengganu.


Ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjalankan kaji selidik ini. Tidak dilupakan juga kepada semua responden yang telah sudi memberi kerjasama menjawab soal selidik ini. Anda dikehendaki menjawab semua soalan mengikut arahan yang diberikan dengan jujur dan ikhlas agar dapatan kajian dapat dimanfaatkan bersama. Segala maklumat anda adalah sulit dan hanya digunakan untuk kajian ini sahaja. Kerjasama yang diberikan amat diperlukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Bahagian A Biodata Sila isikan nama syarikat dan tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan Nama kedai/Syarikat:_______________________________ Jantina 1. Lelaki 2. Perempuan ( ( ) )

18

Umur(tahun) 1. 15-18 2. 19-23 3. 24-28 4. 29 dan ke atas Jenis Pekerjaan 1. Sampingan 2. Sepenuh masa

( ( ( (

) ) ) )

( (

) )

Bahagian B Pernyataan Masalah Sejauhmanakah penggunaan teknologi dalam perusahaan keropok lekor di Terengganu. Skop Kajian Soalan Kajian 1: Soalan Kajian 2: Soalan Kajian 3: Apakah peralatan yang digunakan dalam pembuatan keropok lekor? Bagaimanakah produk mereka dipasarkan? Bagaimanakah mereka menguruskan kewangan mereka? Sejaumanakah penggunaan teknologi dalam perusahaan keropok lekor di Terengganu mengikut jenis pekerjaan.

Soalan Cross-Tabulation:

Sila jawab soalan berikut dan tandakan ( / ) di tempat yang disediakan 1. Apakah peralatan yang digunakan dalam pembuatan keropok lekor. 1.1 Adakah anda menggunakan pisau untuk membersihkan ikan? Teknologi moden Teknologi tradisional ( ) ( ) 1.2 Adakah anda menggunakan teknologi dalam membuat keropok lekor? Teknologi moden Teknologi tradisional ( ) ( ) Pisau ( ) Mesin ( ) Adakah proses penghancuran isi ikan menggunakan teknologi?

1.3

19

1.4

Teknologi moden ( ) Mesin pengisar ( ) Lesung tumbuk ( ) Adakah proses membuat doh menggunakan teknologi? Teknologi moden ( ) Menggunakan tangan ( ) Mesin adun ( )

Teknologi tradisional ( )

Teknologi tradisional ( )

1.5 1.6

1.7 1.8

Adakah proses membentuk keropok lekor menggunakan tangan? Teknologi moden Teknologi traditional ( ) ( ) Adakah proses merebus dan menggoreng menggunakan teknologi? Teknologi moden Teknologi traditional ( ) ( ) Kayu api ( ) Dapur gas ( ) Periuk eletrik ( ) Adakah anda menggunakan kuali dalam merebus dan menggoreng keropok? Teknologi moden Teknologi traditional ( ) ( ) Adakah cara pembungkusan menggunakan teknologi? Teknologi moden Teknologi traditional ( ) ( ) Mesin ( ) Surat khabar ( )

1.9

Adakah anda menggunakan teknologi dalam pemotongan keropok lekor? Teknologi moden Teknologi tradisional ( ) ( ) Pisau ( ) Mesin pemotongan ( ) Sila jawab soalan berikut dan tandakan ( / ) di tempatkan yang disediakan 2. Bagaimanakah produk mereka dipasarkan 2.1 2.2 Adakah pemasaran keropok lekor menggunakan teknologi moden? Internet ( ) Laman web ( ) Apakah cara yang dilakukan untuk memperkenalkan keropok lekor Terengganu kepada masyarakat luar? Iklan TV ( ) Majalah ( ) Surat Khabar ( )

20

2.3

Apakah cara pemasaran yang digunakan untuk memasarkan keropok lekor? Penghantaran terus kepada pelanggan ( ) Menjual di kedai ( ) 2.4( i ) Adakah keropok lekor di eksport ke luar negara? Ya ( ) Tidak ( ) 2.4( ii )Apakah cara keropok lekor di eksport? Lori ( ) Kapal terbang ( ) Kapal laut ( ) 2.5 Adakah anda/syarikat/kedai bergabung dengan industri lain untuk memasarkan keropok lekor? Industri Kecil Sederhana ( ) Persatuan Ibu Tunggal ( ) Apakah pengangkutan yang digunakan untuk menghantar keropok lekor kepada pelanggan? Van ( ) Motosikal ( ) Lori ( ) Di manakah tempat/kawasan keropok lekor di pasarkan? Pasar ( ) Tepi-tepi jalan ( ) Pasar raya ( ) Kawasan Pantai ( )

2.6

2.7

Sila jawab soalan berikut dan bulatkan untuk pilihan YA atau TIDAK dan tandakan / pada ( ). 3. Bagaimanakah mereka menguruskan kewangan perniagaan mereka 3.1 Adakah anda membuat pelaburan bank untuk menambahkan keuntungan syarikat/kedai? ( YA ) ( TIDAK ) 3.2 Adakah anda melantik seseorang yang pakar dalam hal menguruskan kewangan syarikat/kedai? ( YA ) ( TIDAK ) 3.3 Adakah anda membuat pinjaman daripada pihak bank untuk membuka perniagaan? ( YA ) ( TIDAK ) 3.4 Adakah anda menyimpan wang ke dalam bank?

21

3.5 3.6 3.7

3.8

3.9 4.0

( YA ) ( TIDAK ) Adakah mereka membuat catatan untuk semua penggunaan keluar masuk ? ( YA ) ( TIDAK ) Adakah anda menetapkan had tertentu dalam menggunakan keuntungan bulanan dan bulanan? ( YA ) ( TIDAK ) Bilakah kunci kira-kira dilakukan? Hari ( ) Bulanan ( ) Tahunan ( ) Apakah cara anda apabila mengalami kerugian/kerosakan bahan? Bantuan keluarga ( ) Pinjaman bank ( ) Persendirian ( ) Adakah anda merancang had masa bagi menghabiskan jualan keropok lekor yang dihasilkan dalam sesuatu pengeluaran? ( YA ) ( TIDAK ) Adakah penggunaan teknologi akan mendatangkan keuntungan? ( YA ) ( TIDAK )

22

You might also like