P. 1
TEORI PERKEMBANGAN

TEORI PERKEMBANGAN

|Views: 36|Likes:
Published by Yusnita Tukeman

More info:

Published by: Yusnita Tukeman on Mar 12, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/22/2013

pdf

text

original

TEORI PERKEMBANGAN & PEMBELAJARAN KANAK-KANAK http://ratudhearty.blogspot.com/2009/01/teori-perkembangan-dan-pembelajaran.

html Jean Jacques Rousseau (1712-1778) melihat kanak-kanak seperti bunga yang berkembang ataupun tumbuhtumbuhan matang secara semula jadi mengikut baka. Pembesarannya mengikut peringkat yang dapat dijangkakan, iaitu daripada biji benih yang kemudian membesar mengikut ketinggian, berat dan bentuk tertentu. Mengikut pendapat ahli falsafah John Locke (1623-1704), manusia adalah pasif dan mudah menerima. Pembelajaran adalah akibat minda menerima ransangan daripada orang lain dan juga persekitaran. Kanakkanak diibaratkan kain putih. Kain putih perlu ditulis oleh orang yang mendidik kanak-kanak melalui suatu siri ganjaran dan hukuman. Pembelajaran berlaku apabila seseorang menerima ganjaran ataupun pengukuhan akibat tingkah laku ataupun tindak balas yang betul daripada sesuatu ransangan. Pembelajaran kanak-kanak berlaku akibat syarat-syarat yang ditentukan oleh orang dewasa dan persekitaran. Kanak-kanak belajar apabila keperluan mereka dipenuhi ataupun tidak dipenuhi oleh orang lain dan faktor persekitaran. Pendapat ketiga yang berkaitan dengan perkembangan manusia adalah pendapat ahli-ahli interaktionis. Teori ini menegaskan kedua-dua faktor persekitaran dan semula jadi saling bantu membantu dalam mempengaruhi perkembangan manusia, iaitu gabungan faktor yang ditekankan dalam teori behavioris dan maturationis. Pembelajaran berlaku akibat interaksi antara faktor semula jadi dalam diri kanak-kanak dengan ransangan ataupun pengaruh persekitaran. Dalam proses perkembangan dan kematangan, kanak-kanak membina pengetahuan dalam diri sendiri dengan bertindak melalui ransangan daripada persekitaran. Jean Piaget (18961980) melihat kanak-kanak sebagai individu yang aktif. Beliau menegaskan pengetahuan dapat dicipta apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan sosial. Interaksi ini dipanggil penyerapan, penyesuaian dan keseimbangan. Pendapat keempat pula berkenaan dengan perkembangan manusia yang menumpukan pada konteks dan budaya. Ahli psikologi budaya berpendapat pembelajaran tidak terpisah daripda konteks budaya. Pembelajaran dipengaruhi oleh budaya dan keadaan masyarakat di mana kanak-kanak dilahir dan dibesarkan. Ahli falsafah Vygotsky (1896-1934) mengatakan perkembangan kanak-kanak tidak berlaku kerana satu faktor sahaja seperti pengaruh semula jadi ataupun pengaruh persekitaran. Tetapi perkembangan kanak-kanak bergantung pada interaksi faktor-faktor tersebut. Beliau menegaskan kesan proses budaya sosial merangsang perkembangan individu. Kanak-kanak berkembang berdasarkan dua tahap iaitu tahap semula jadi dan budaya. Kesimpulannya, ahli psikologi sekarang berpendapat pembelajaran adalah kesan daripada gabungan pengaruh baka, persekitaran dan budaya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->