You are on page 1of 18

Abstrak Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus,

juga mempunyai kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian, kelebihan yang dikurniakan kepada golongan ini perlu dimanfaatkan agar mereka dapat memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara. Mereka merupakan salah satu aset negara yang berharga dan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana mereka merupakan individu yang akan menerajui ilmu sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

BAHAGIAN A 1.0 Pengenalan

Kanak-kanak yang mempunyai bakat dan potensi yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanakpintar cerdas (gifted). Murid pintar cerdas, berbakat dan kreatif merupakan individu yang mempunyai potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. 1.1 Definisi Pintar Cerdas

Gifted (pintar cerdas) ditakrifkan sebagai memiliki kebolehan yang umum melebihi dari populasi individu tersebut. Kamus Dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai mkanak-kanakala cerdas didefinasikan sebagai sempurna akal. Stanford Binet (1916) merupakan orang pertama yang telah menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The StanfordBinet Test telah mendefinasikan pintar cerdas sebagai keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916) memberi definasi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan berfikir secara abstrak. Marland (1972) mendefinisikan kanak-kanakberbakat itu sebagai berikut: "Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and/or services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society".

(Kanak-kanak berbakat adalah mereka yang dikenalpasti oleh ahli profesional sebagai memiliki kemampuan yang menonjol untuk mencapai kemajuan yang tinggi. Kanakkanak ini memerlukan program pendidikan atau servis yang berbeza, melebihi yang biasa disediakan oleh program sekolah biasa supaya dapat merealisasikan penglibatannya terhadap dirinya sendiri ataupun masyarakat).
1

Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kkanak-kanak-kkanak-kanak, murid atau golongan muda adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

1.2

Definasi Berbakat

Talent (berbakat) adalah kecenderungan atau kebolehan semulajadi yang unggul. Joseph Renzulli (1986) mengemukakan bahawa berbakat merupakan satu interaksi di antara tiga kelompok dasar sifat manusia iaitu kemampuan umum atau kemampuan spesifik melebihi aras biasa, komitmen tugas yang tinggi (motivasi) dan kreativiti yang tinggi. Menurut Renzulli, kanak-kanakberbakat adalah mereka yang memiliki atau berkemampuan mengembangkan gabungan ketiga kelompok sifat tersebut dan mengaplikasikannya pada bidang kemanusiaan yang bernilai. Kreativiti pula sebagai satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian atau penyelesaian sesuatu masalah (Guilford). Kreativiti merupakan teori-teori peribadi dan persekitaran yang relatif dengan amalan

pengasuhan kanak-kanak (Gowen 1972). Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melakskanak-kanakan idea baru yang masih belum dicuba oleh orang lain.

2.0

Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat

Kanak-kanak dikatakan pintar cerdas sekiranya mempamerkan ciri kebolehan intelek umum yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Kanak-kanak ini didapati sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap usianya, mempunyai minat yang mendalam dalam sains dan kesusasteraan, mempunyai emosi yang stabil serta peramah dan mesra. Ciri-ciri yang dapat dilihat daripada kanak-kanak pintar cerdas ialah dari segi personaliti, kreativiti, gaya belajar, kognitif, emosi dan juga bahasa. Dari segi personaliti, mereka peramah dan suka bertanya kepada guru tentang sesuatu perkara yang tidak difahami. Selain itu, kanakkanak tersebut kreatif dalam menguasai kemahiran dan mereka dapat mengaplikasikan sesuatu barang atau peralatan secara kreatif. Dari segi gaya belajar, mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi, gemar belajar secara sistematik serta memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah dan membuat semua tugasan yang diberikan. Kanak-kanak pintar cerdas mudah memahami pelajaran yang diajar dan berupaya menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan serta mempunyai kawalan emosi yang baik. Teori kecerdasan pelbagai yang telah diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau cuba memahami kecerdasan dari sudut bagaimana seseorang individu memproses maklumat dan menyelesaikan masalah serta strategi yang digunakan. Menurut Gardner, kecerdasan bukan hanya diwarisi, tetapi kecerdasan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti budaya, persekitaran, peluang pendidikan makanan, suasana pembelajaran dan sebagainya. Menurut Gardner, kecerdasan pelbagai mengandungi lapan jenis kecerdasan iaiatu kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan kinestatik badan, kecerdasan muzik, kecerdasan ruang visual, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.

3.0 3.1

Perkembangan Fizikal, Sosial dan Emosi Kanak-kanak Pintar Cerdas Perkembangan Fizikal

Bagi kanak-kanak pintar cerdas, perkembangan fizikal mereka lebih pesat jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya mereka yang lain. Kanak-kanak pintar cerdas kelihatan lebih matang dari segi usia mereka. Mereka lebih cepat berjalan dan kebanyakkan mereka juga lebih cepat dalam kemahiran komunikasi. Perkembangan awal fizikal kanak-kanak bermula dari usia dua tahun hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini, perkembangan fizikal dan motor begitu pesat. Dari segi kognitif ia berada di peringkat praoperasi. Pada peringkat ini kanak-kanak berfikir secara tidak logik tetapi mereka boleh dan berupaya untuk berfikir berdasarkan imej mental. Fikiran mereka adalah bersifat egosentrik iaitu tertumpu kepada diri sendiri. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mula membuat imaginasi secara aktif. Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas bayi berusia satu tahun. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan, kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan. Kanak-kanak yang berusia enam tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibahagikan berdasar dua peringkat perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak iaitu dari usia dua hingga tiga tahun, kanak-kanak prasekolah dari usia tiga hingga enam tahun dan peringkat pertengahan kanakkanak iaitu dari usia enam hingga 14 tahun. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti kekurangan nutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi sosial dan psikologi seperti rendah diri, kecewa dan sebagainya.
4

Apabila kanak-kanak mencapai usia dua tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otot dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan memakai baju. Kanak-kanak terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget, kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna. Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi. 3.2 Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Sebagai contoh, mereka mempelajari cara mempamerkan emosi yang sesuai dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik.

Persahabatan yang sangat rapat antara dua pelajar pintar cerdas adalah biasa, mereka tidak berminat atau tidak boleh menjadi popular. Ini mungkin sebab sifat intensiti yang ada pada mereka dan sukarnya mencari yang sejenis dengan mereka. Secara biasanya, kanak-kanak pintar cerdas menyedari perbezaan mereka semasa kecil lagi. Mereka cenderung memilih rakan yang mempunyai minat dan tahap yang sama dan tidak memilih rakan disebabkan usia. Ibu bapa dan guru mungkin sukar mengenalpasti siapakah yang pintar cerdas, tetapi kanak-kanak pintar cerdas sendiri akan mengesan kanak-kanak lain yang pintar cerdas seperti mereka. Guru perlu mendapatkan individu yang sama kebolehan dan minat dengan mereka samada orang dewasa ataupun pelajar yang lain. Oleh itu, ramai yang salah anggap terhadap kanak-kanak pintar cerdas dan mereka sering dikatakan tidak memiliki kemahiran sosial, bersikap sombong atau tidak peramah.

3.3

Emosi Kanak-kanak Pintar Cerdas

Emosi merupakan sifat dalaman setiap individu. Setiap individu mempunyai kawalan emosi yang berbeza antara satu sama lain. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanakkanak. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil. Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau diperlajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang baru dilahirkan hanya merupakan tindak balas kepada sesuatu keadaan. Emosi ini diluahkan secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi yang nyata. Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakin matang dalam cara meluahkan emosinya. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan. Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui ekspresi wajah seperti suka, takut, marah, sedih dan sebagainya. Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasa bayi. Ketika lahir, emosi seorang bayi merupakan kebangkitan yang berhubung dengan perasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan seperti yang digambarkan melalui tindakan menagis apabila berasa lapar.
6

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensetif pada pujian dan kritikan orang lain. (Lewis,1995; Alessandri & Sullivan, 1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan merasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya sekirannya mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan merasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalangan atau dilakukan secara tidak sengaja. Bandura (1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang diperhatikan pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah diperlajarinya mengenai penerimaan masyarakat cara yang paling mendatangkan apa yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat. Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanakkanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes 1998). Perkembangan empati bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa. Perkembangan ini juga disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati.

5.0

Pembelajaran Berasaskan Minda

Minda bukan suatu organ dalam tubuh manusia tetapi minda mempunyai kaitan dengan otak kerana berfungsi melalui otak. Ahli psikologi membahagikan minda kepada tiga fungsi iaitu minda fikir, minda perasaan dan minda kemahuan. Minda fikir terletak di neocortex (rasional brain), manakala minda perasaan terletak di limbic system (emotional brain). Pembelajaran berasaskan minda merupakan satu pendekatan yang diasaskan kepada peranan dan fungsi otak manusia. Otak boleh memproses maklumat dengan pelbagai cara seperti menganalisis, menghurai, membanding, membeza, menghubung kait, mensisntesis, mensintesis, menilai, membuat keputusan dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
7

mendorong proses pembelajaran berlaku dengan berkesan mengikut cara pelajar berfikir. Secara umumnya otak manusia mempunyai tiga bahagian iaitu pangkal otak, otak bawah dan juga otak luar. Pangkal otak (Reptilan Brain) terdiri daripada kerak dalam, medula oblongata dan serebelum. Kerak otak (pons dan sistem retikular) yang mengawal proses hidup. Medula oblongata pula berfungsi untuk mengawal tindakan luar kawal secara automatik. Tindakan luar kawal ialah tindakan yang dilakukan tanpa kita sedari dan gerak balas berlaku tanpa kemahuan kita. Serebelum pula bertujuan mengawal imbangan badan dan juga sebagai bantuan kepada otot-otot untuk melaraskan kedudukan dan pergerakan. Otak bawah (sistem limbik) terdiri daripada talamus, hipotalamus, amigdala dan hipokampus. Talamus merupakan pusat kawalan deria yang berfungsi sebagai penyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-sub bahagian otak bawah ke otak atas (korteks). Hipotalamus pula berfungsi mengawal suhu badan, aktiviti sistem saraf dan juga rembesan hormon. Amigdala berfungsi untuk merembeskan GABA yang bertindak sebagai pengawal gerak balas emosi dan tingkah laku agresif. Hipokampus pula merupakan bahagian otak yang terletak di atas telinga di bahagian tersebut merupakan otak terhubung dengan pembentukkan daya ingatan. Otak luar yang dikenali juga sebagai korteks serebrum terdiri daripada korteks serebrum dan neokorteks. Korteks serebrum merupakan bahagian paling besar dan terpenting dalam mengawal sebahagian besar otak seperti kecerdasan, pengalaman, ingatan, emosi dan sebagainya. Noekorteks pula terdiri daripada empat bahagian iaitu rasional, bahagian hubungan dan pertalian, bahagian visual atau imainatif dan bahagian intituisional. 5.1 Sel Neuron dan Sinaps

Neuron adalah struktur asas sistem saraf yang merupakan sel-sel halus yang panjang berfungsi menghantar impuls dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Ahli-ahli neurosains menganggarkan terdapat lebih kurang 100 bilion sel neuron dalam otak manusia dan setiap satu boleh membina lebih 10,000 hubungan dengan sel-sel neuron yang lain.

Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron motor, neuron deria dan interneuron. Neuron motor terdiri daripada neuron yang menyalurkan maklumat dari sistem saraf pusat ke organ efektor seperti kelenjar dan otot. Neuron deria pula terdiri daripada neuron periferi yang menyalurkan maklumat dari tubuh badan ke saraf pusat sebagai penerima rangsangan manakala interneuron bertindak menghubungkan antara neuron motor dengan neuron deria. Komunikasi antara neuron merupakan proses dua hala yang dipanggil pemancaran neuron iaitu pergerakkan impuls atau mesej yang berlaku seperti litar elektrik (Maaruf dan Haslinda 2001). Keadaan ini membolehkan maklumat yang diterima daripada deria dipindahkan dari satu sel neuron kepada sel neuron yang lain dan membentuk satu jaringan sinaps yang menyimpan sesuatu maklumat.

BAHAGIAN B (KAJIAN KES) 6.0 Pengenalan Kajian Kes

Dalam kajian kes ini, saya telah merujuk perkembangan fizikal, sosial dan emosi dan membandingkan ciri-ciri tersebut terhadap responden saya. Untuk mengenalpasti ciri-ciri fizikal, sosial dan emosi yang terdapat pada responden, saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti temubual, senarai semak dan pemerhatian. Temubual dijalankan terhadap keluarga, guru dan rakan-rakan responden. Senarai semak pula diberikan kepada ibu bapa responden manakala pemerhatian pula saya dapati sepanjang saya mengenali responden. Saya telah menggunakan senarai semak School-age Social & Emotional Adaptive Skills Checklist yang saya peroleh daripada http://www.centraliowachildcare.org. Dalam senarai semak tersebut, terdapat lima bahagian yang perlu ditanda seperti kemahiran sosial (Social Behavioral Skills), sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah (Social and General Problem-Solving Skills), kemampuan mengawal kemarahan (Ability to Cope with Anger), kemampuan dalam mengawal pembelajaran (Ability to Engage in Self-Directed Academic Behaviors) dan emosi dan estim diri (Emotional Well-Being and Leval of Self-Esteem). 6.1 Latar Belakang Responden Nama Tarikh lahir Umur Jantina Bangsa Agama Negeri kelahiran Bilangan adik beradik Hobi dan minat Sekolah : Haziq bin Ahmad (bukan nama sebenar) : 28 September 1995 : 15 tahun : Lelaki : Melayu : Islam : Terengganu : 4 orang (anak ke-2) : Bermain permainan komputer, bermain catur, membaca. : Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah (2001 - 2007) 5A - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) MRSM Kota Putera, Besut (2008 sekarang)
10

6.2

Latar Belakang Akademik dan Kokurikulum

Respenden sering mendapat skor 95% dan ke atas dalam setiap ujian atau peperiksaan yang dijalankan di sekolah dan mendapat kedudukan pertama atau kedua dalam kelas. Beliau merupakan murid cemerlang UPSR Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah pada tahun 2007. Murid ini pernah mewakili negeri Terengganu untuk menyertai Annual Camp anjuran Petronas Malaysia pada tahun 2007. Selepas PMR, beliau mendapat tawaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putera, Besut, Terengganu.

MRSM ini merupakan MRSM Ulul Albab yang pertama di Malaysia yang menjalankan konsep belajar secara penggunaan kemahoran berfikir. MRSM ini hanya memilih murid yang berkemahiran dalam al-Quran. Selain itu, hanya murid yang mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi dalam kepimpinan dan agama di samping mempunyai daya kreativiti serta inisiatif yang tinggi akan dipilih ke MRSM ini.

7.0

Analisis Data

Senarai semak yang digunakan mempunyai 40 soalan terbuka (YES/NO). Melalui senarai semak, didapati jumlah jawapan yang ditanda YES lebih banyak daripada NO iaitu:

YES

36

NO

Jumlah

40

Responden memiliki sebahagian besar ciri-ciri yang terdapat dalam senarai semak yang telah saya gunakan iaitu kira-kira 90% . Hanya tiga ciri yang tidak terdapat pada responden iaitu Oleh itu, responden tidak mengalami masalah dalam sosial dan emosi yang teruk. Namun, intervensi perlu dijalankan bagi mengatasi masalah daripada menjadi lebih serius.
11

Bil. 1.

Ciri-ciri Pelajar dapat menangani kekecewaan kecil tanpa bantuan orang dewasa. Student is can handle minor frustrations without adult assistance.

Cara / teknik Temubual dan senarai semak

Penerangan Responden mengalami kekecewaan jika dia tidak dapat melakukan sesuatu perkara walaupun perkara tersebut tidak penting. Di sekolah (sebelum ke MRSM), pelajar kadang-kala murung dan tidak gembira di sekolah. Responden merajuk dengan cara mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak meluahkan perasaannya. Responden lebih gemar memendam masalah yang dihadapi sendirian berbanding berkongsi dengan orang lain.

2.

Pelajar gembira setiap hari. Student is happy most days. Senarai semak

3.

Pelajar melahirkan perasaan dengan cara yang sesuai. Student expresses feelings in appropriate ways. Senarai semak

4.

Pelajar berkongsi masalah dengan orang lain. Student is able to tell others about his troubles. Senarai semak

Selain menggunakan senarai semak, saya juga menjalankan temubual bersama ibu bapa responen. Hasil temubual saya ialah:

Soalan Jawapan

: Adakah Haziq merupakan seorang yang mempunyai ramai rakan? : Haziq mempunyai ramai rakan di sekolah dan gurunya memberitahu bahawa Haziq disenangi oleh rakan-rakannya.

Soalan Jawapan

: Adakah Haziq mengalami masalah dalam mengawal emosinya? : Haziq seorang yang jarang mempamerkan emosinya atau perasaanya. Jika Haziq tidak suka akan sesuatu perkara, dia lebih cenderung bersendiri. Contohnya jika Haziq tidak mendapat tempat pertama dalam ujian di sekolah, dia akan mengurungkan diri dalam bilik dan mengambil masa yang lama.
12

8.0

Strategi

Walaupun Haziq merupakan seorang kanak-kanak pintar cerdas, namun beliau juga menghadapi masalah seperti murid lain iaitu masalah sosio-emosi. Beliau berpendapat bahawa apa yang dipelajari disekolah kadang kala membosankan kerana beliau telah memahami apa yang diajar. Dan apabila mendapat tugasan untuk disiapkan dirumah, beliau malas untuk menyiapkannya kerana tidak suka membuat perkara yang sama secara berulang. Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm 1998). Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain. Keadaan ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka. Bil. 1. Cadangan Mendaftarkan responden dalam kelab catur peringkat negeri. Rasional Dapat mengetengahkan bakat bermain catur. Responden juga dapat menyertai kejohanan catur yang diadakan dan dapat bergaul dengan mereka yang mempunyai minat yang sama. 2. Membuat lawatan ke Zull Design Autotronic. Responden amat meminati bidang kejuruteraan dan rekacipta. Encik Zulkifli Haron adalah fenius dalam rekacipta di Malaysia dan merupakan antara idola kepada responden sejak kecil lagi. Menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan butiran yang berkenaan untuk membawa responden melawat ke tempat berkenaan pada cuti persekolahan. Tindakan Mendaftarkan responden dalam kelab atau persatuan catur seperti Kelab Catur Terengganu (Terengganu Chess Association).

13

3.

Melibatkan responden dalam perkhemahan cuti sekolah, seminar atau bengkel

Perkhemahan cuti sekolah dapat memberikan manfaat yang besar kepada responden. Selain dapat mengisi masa terluang selepas peperiksaan, beliau dapat berkenalan dan bersosial dengan pelajar lain.

Mendaftarkan responden dalam bengkel, seminar atau kursus yang berkaitan dengan responden supaya responden lebih mengetahui dengan mendalam bidang yang beliau minati sebagai persedian pada masa akan datang. Menyertai kursus motivasi pengurusan stress yang dijalankan oleh pakar motivasi terkenal tanah air seperti Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah membeli bahan bacaan motivasi kepada beliau.

4.

Bengkel pengurusan stress

Responden mudah rasa tertekan jika mengalamai sesuatu masalah. Oleh itu, beliau memerlukan pengurusan stress yang berkesan.

8.1

Kaedah Pengajaran yang Sesuai

Kebiasaannya sekolah gagal memberi perhatian yang wajar kepada murid pintar cerdas kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus (Gallagher & Gallagher, 1994). Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas sarna ada dalam bidang akademik mahupun persekolahan adalah disebabkan kegagalan pendekatan pendidikan sedia ada dan juga kurangnya kesedaran guru. Oleh itu, jika kanak-kanak pintar cerdas tidak diberi pendedahan yang sepatutnya bermakna potensi yang ada pada mereka sukar untuk dikembangkan. Guru-guru mungkin memberi golongan murid ini maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dan tidak memberangsangkan, selain tugasan yang diberi menjadikan golongan murid ini lebih bosan seperti kerja menyalin, menghafal fakta yang tidak dapat dikaitkan dengan pengalaman murid.
14

Kadang-kadang, tugasan yang diberi guru tidak sesuai dengan keperluan (motivasi intrinsik) mereka yang sentiasa ingin tahu atau mengkaji sesuatu topik dengan lebih mendalam. Faktor tersebut menjadikan murid pintar cerdas tidak suka kepada sekolah. Kadangkadang, guru menambah jumlah tugasan murid lebih daripada biasa. benarnya, cara ini tidak sesuai dilakukan terhadap golongan murid ini kerana mereka memerlukan cabaran kualiti (antaranya, sesuatu konsep yang lebih mencabar) dan bukannya cabaran kuantiti. Dalam soal menyiapkan tugasan, selain memberi mereka galakan supaya menyiapkan tugasan mereka dengan sebaik mungkin, golongan murid ini perlu diberi kebebasan dalam menentukan had masa menyiapkan tugasan. Antara kaedah pengajaran yang sesuai adalah kaedah pengayaan, pengelompokan dan pecutan. Kaedah pengayaan merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas. Kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan kefahaman murid pintar cerdas. Penekanan bukan sahaja diberikan kepada penguasaan konsep dan pemahaman tetapi juga kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza dalam kelas biasa tanpa bantuan daripada sumber luar. Muridan yang berbeza dalam bentuk aktiviti yang menyeronokan mereka. Istilah pengelompokan merujuk kepada penempatan murid-murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam satu kelas yang khusus. Namun begitu, program ini tidak dapat meningkatkan mutu pencapaian akademik secara automatik. Pengelompokan mesti disusuli dengan muridan yang berkualiti dan aktiviti pengayaan. Kaedah pecutan atau dikenali sebagai acceleration merupakan kaedah yang memendekkan masa belajar. Perubahan dalam sukatan murid dan membolehkan murid pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singkat. 8.2 Kaedah Pengajaran Matematik Kepada Murid Pintar Cerdas

Matematik murid pintar cerdas mempunyai keperluan yang berbeza daripada murid lain. Mereka memerlukan beberapa arahan atau pendekatan yang berbeza. Tomlinson (1995) menyatakan "konsisten dengan menggunakan pelbagai pendekatan instruksional untuk mengubahsuai kandungan, proses atau produk dalam menanggapi kesediaan dan minat belajar daripada pelbagai akademik murid."
15

Murid pintar cerdas berbeza daripada teman-teman sekelas mereka sepert pembentukan spontan masalah, fleksibiliti dalam mengendalikan data, kelincahan mental kelancaran idea, kemampuan organisasi data, ketulenan penafsiran, kemampuan untuk memindahkan idea-idea, dan kemampuan untuk membuat kesimpulan. Keperluan kurikulum mereka lebih dalam, lebih luas, dan lebih cepat daripada apa yang diberikan kepada murid lain. Berikut ini adalah saranan untuk membezakan murid pintar cerdas matematik dengan menggunakan penilaian, bahan kurikulum, teknik instruksional dan pemprosesan model. Peluang ini harus dibuat secara meluas untuk setiap murid. Beri pra-penilaian supaya murid yang telah memahami sesuatu pembelajaran tidak perlu mengulanginya tetapi boleh diberikan dengan arahan dan kegiatan yang bermakna. Dalam nilai-nilai asas, murid berbakat masih perlu untuk mengetahui fakta-fakta asas. Membuat penilaian yang membolehkan perbezaan dalam pemahaman, kreativiti, dan prestasi. Memberikan murid kesempatan untuk menunjukkan apa yang telah mereka pelajari. Meminta murid untuk menerangkan apa yang mereka fahami secara lisan atau bertulis. Guru juga perlu memilih buku yang memberikan lebih pengayaan kepada murid. Buku matematik sering mengulang topik dari tahun ke tahun di kelas sebelum algebra kerana sebahagian besar buku teks ditulis untuk peringkat umum tidak selalu sesuai dengan golongan pintar cerdas. Selain itu, guru perlu menggunakan beberapa sumber dalam aktiviti mengajar. Satu jenis bahan mengajar tidak akan memenuhi keperluan mereka untuk belajar. Gunakan banyak soalan peringkat tinggi dalam perbincangan masalah.

16

9.0

Kesimpulan

Di negara kita, konsep pendidikan pintar cerdas belum mendapat pengiktirafan yang secukupnya. Walaupun terdapat perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan pintar cerdas dalam abad ini, namun di negara kita masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju yang lain. Program pintar cerdas di Malaysia sukar mendapat tempat kerana budaya kita yang mementingkan keseragaman, kepentingan kelompok dan membantu yang lemah. Ramai guru yang sebenarnya prihatin dan komited tidak menyedari bakat dan potensi pelajarnya kerana mereka tidak memahami ciri-ciri pelajar pintar cerdas. Oleh itu, motivasi adalah sangat penting bagi pelajar pintar cerdas, seorang pelajar pintar cerdas yang benci kepada subjek tertentu boleh jadi pakar dalam subjek itu jika pelajar itu bermotivasi dan mendapat makna dalam mempelajari subjek itu. Murid pintar cerdas merupakan satu aset yang amat bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu murid pintar cerdas bagi memeperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian kepada negara. Pengajaran guru di sekolah yang tidak bersesuaian menyebabkan potensi mereka tidak dapat dicungkil dan lambat berkembang. Pembelajaran yang membosankan akan menyebabkan mereka cepat bosan dan hilang minat untuk belajar. Selain guru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam usaha mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas. Ibu bapa juga perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan bagi membolehkan mereka mempraktikan cara-cara mendidik anak-anak pintar cerdas.

17

You might also like