P. 1
Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

Cerpen Sebiji Kelapa Nan Manis

|Views: 134|Likes:

More info:

Published by: Arivalagan Nadarajan on Mar 12, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/18/2013

pdf

text

original

1.

0 PENGENALAN Bagi tugasan ini saya perlu memilih sebuah cerpen terbitan Dewan Pustaka dan perlu menganalisis, mengulas dan menghuraikan penggunaan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistam sapaan serta kepentingannya. Cerpen di pilih untuk dianalisis kerana cerpen sesuai digunakan sebagai bahan bacaan untuk pelajar kerana bahasa yang digunakan penuh dengan deangan siratan makna dan alunan rasa imiginatif. Cerpen merupakan karya seni yang lengkap dan sempurna. Dalamnya terangkum aspek kata dan bahasa yang indah, nada dan teknik. Cerpen yang telah saya pilih untuk dianalisis ialah cerpen „Sebiji Kelapa Nan Manis‟ karya Samsiah Mohd Nor seorang penulis yang berjaya. Setelah menganalisis cerpen ini saya dapat mengenalpasti beberapa jenis gaya bahasa seperti simile, personifikasi, metafora, hiperbola, inversi dan repetisi. Melalui analisis ini kepentingan kesantuanan bahasa dan sistem sapan juga dapat diketahui. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang sastera.

Anggerik Kota. Pada tahun 2001 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Anom Suraya. Sangkar. Beliau mendapat pendidikan menengah pada 1972-1976 di Sekolah Menengah Perempuan Methodist. . Kemudian beliau menyambung pengajian tingginya pada tahun 1989 di Universti Sains Malaysia dan memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1989. Maya Pusara.Pahang. Riana. Pengalaman kerjayanya dalam bidang pendidikan dan bakat yang terserlah dalam penulisan. Kuala Lumpur. Selimut Malam. Koqin Karemo. dan Tangisan Bulan Madu 3. Beliau memperoleh diploma pendidkan pada tahun 1993 daripada Institut Bahasa. Kuantan. dan bakat kreatif beliau mengandungkannya melalui cerpen dan novel popular yang menjadi pilihan utamanya.2. Pahang. Sebening Langit Senja. Lalang Kemboja Berguguran. Antara novelnya ialah Sindora Berbunga. Kini bertugas sebagai pegawai pendidikan siswazah.0 BIODATA PENGARANG SAMSIAH MOHD NOR Dilahirkan pada 21 Setember 1965 di Kuantan. Tangisan Bulan Madu 2. Tangisan Bulan Madu. Helang Bebas di Angkasa.

Jika Tuhan kabulkan permintaan beliau. Rabiah merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik kepada Datin Seri.3. Rabiah juga tidak mengatakan apaapa malah terus beredar. Sejak lahir. beliau sentiasa menghantar mereka ke kelas tuisyen dan belajar malam. doktor pakar jantung. Ibu Rabiah sentiasa inginkan semua anaknya menjadi pandai. Apabila Misi Saadiah bertannya kepada Rabiah mengenai anak ketujuh Datin Seri. Beliau bersyukur kepada Tuhan kerana tidak kabulkan doanya untuk Rabiah dahulu. Ada yang merupakan menteri. Misi Saadiah juga menganggap bahawa Rabiah merupakan pembantu Indonesia kepada Datin Seri. iaitu ibu Rabiah terlantar di hospital. Tetapi akhirnya. Datin Seri akan memberitahu Misi Saadiah tentang anaknya yang ketujuh. Sebahagian besar jalan cerita cerpen ini mengambil tempat di hospital kerana Datin Seri. Rabiah yang sentiasa menjaga ibunya. dia lain daripada yang lain. . Beliau juga bersembahyang tahajud dan sembahyang hajat demi anak-anaknya. iaitu jururawat yang bertanggungjawab memerhatikan Datin Seri bertanya tentang anak Datin Seri yang ketujuh. Misi Saadiah terkejut dan meminta maaf kerana menganggap Rabiah sebagai pembantu rumah. Apabila beliau memberitahu bahawa Rabiah merupakan anaknya yang ketujuh. Apabila Misi Saadiah. beliau hanya mendiamkan diri. ketua polis Negara dan sebagainya kecuali Rabiah seorang sahaja yang tidak berpendidikan. Oleh itu. Datin Seri juga menyatakan bahawa beliau baru sedar sebab Rabiah tidak seperti adik-beradiknya.0 SINOPSIS CERPEN SEBIJI KELAPA NAN MANIS Rabiah yang juga digelar sebagai Biah merupakan watak utama dalam cerpen ini. siapa yang akan temankan beliau dan menjaga beliau selama dua puluh empat jam di hospital. Cerpen ini bermula dengan interaksi antara Rabiah dengan neneknya yang bercakap tentang nasihat-nasihat yang disampaikan oleh nenek Rabiah kepadanya. Datin Seri sendiri tidak tahu sebabnya. Semua anak-anak Datin Seri berjaya dalam pelajaran dan berjawatan tinggi dalam bidang pekerjaan. ahli korporat.

“Misi Saadiah tekup mulutnya apabila dirasakan dadanya bergoncang melihat muka Rabiah yang seperti disimbah cahaya entah dari mana.1 ANALISIS GAYA BAHASA Gaya Bahasa adalah pemakaian kata. Sebagai contoh dalam cerpen ini.” dan “pandangnya berlari-lari antara Datin Seri dengan pembantu Indonesia. “cermin yang tidak pernah berbohong. Contohnya. umpama. “Hati Biah pun biar putih macam langit. “Mata Misi Saadiah berlari ke tepi katil Datin Seri.” merupakan personafikasi kerana memberikan sifat manusia kepada cermin.. bagai. 3. 3. macam atau perumpamaan secara langsung.1 SIMILE Simile adalah perbandingan yang menggunakan perkataan bak.1. “atau seumpama kapas yang putih bersih. personifikasi.” 3. Selain itu. “Alangkah indahnya kalau hati seputih salji atau sehalus dan susuci kapas di pokok kapas yang belum jatuh ke tanah. umpama.” merupakan salah satu simile kerana perbanding ini menggunakan perkataan „macam‟. laksana. Contoh gaya bahasa yang sering digunakan ialah simile.kata kiasan dan perbandingan yang tepat untuk melukiskan sesuatu maksud. macam batu. Sebagai contoh.3. laksana.” juga salah satu contoh simile kerana adanya penggunaan „macam‟ dan „seperti‟. bagai. macam kerikil. seperti dan macam. .” juga merupakan contoh personafikasi.1.” juga merupakan simile kerana menggunakan perkataan „seumpama‟. “Biah tak mahu hati Biah keras macam batu.2 METAFORA Metafora ialah perbandingan yang tidak menggunakan perkataan bak.1.3 PERSONAFIKASI Personafikasi adalah memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda atau objek.”. metafora dan hiperbola. seperti.

” Perkataan „ampunkan Rabiah digunakan secara berulang.1.4 HIPERBOLA Hiperbola adalah teknik yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebihlebihan daripada maksud yang sebenarnya. Rabiah tertidur. Selain itu. “Ibu.1.1. “Pembantunya.1.6 REPETISI Repetisi adalah gaya bahasa penegasan dengan mengulang sepatah kata berkali-kali. “Di ambang pintu dia tersenyum dengan sebungkus nasi lemak. 3. Sinkof juga bertujuan untuk menunjukkan dialog lebih realistik dan tidak terlalu formal.5 INVERSI Inversi adalah ayat songsang.” Struktur ayat yang sepatutnya ialah “dia tersenyum di ambang pintu dengan sebungkus nasi lemak. “Pandangannya jatuh ke muka Rabiah lalu ditelan pula pandanganya itu oleh Misi Saadiah” juga merupakan hiperbola. ampunkan Rabiah. Sebagai contoh.” 3. “Biah tak mahu hati Biah keras macam batu. „Tak‟ digunakan untuk menggantikan perkataan „tidak‟. Selain itu. “Misi Saadiah tekup mulutnya apabila dirasakan dadanya bergoncang melihat muka Rabiah yang seperti disimbah cahaya entah dari mana. 3.” merupakan hiperbola. “Datin Seri sebut pasal anak ketujuhnya tapi tak sempat cerita”. Dalam cerpen ini pengarang munggunakan teknik ini dalam. menunjukkan tekinik inverse digunakan dalam ayat ini. macam batu” perkataan „macam‟ juga digunakan berulang kali. macam kerikil. orang . ampunkan Rabiah. Antara unsur sinkof yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah.7 SINKOF Sinkof merupakan singkatan bagi sesuatu perkataan yang digunakan untuk memudahkan penggunaan sesuatu ayat.3. Di samping itu. Contoh yang dipetik dari cerpen ini ialah.

Sama ada perbualan antara dua orang individu ataupun semasa memberikan ucapan di hadapan khalayak ramai. ayat dan ungkapan dalam perbualan manakala perlakuan non-verbal ada hubungan dengan mimik muka. Contohnya. apabila seorang yang lebih muda bercakap dengan seorang yang lebih tua. penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan.verbal juga. Kesantunan bahasa bukan sahaja berkaitan dengan perlakuan secara verbal malah secara non. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Perlakuan secara verbal merujuk kepada penggunaan dan pemilihan kata. frasa. Contohnya. Tegasnya. Kesantunan bahasa juga boleh didefinasi sebagai kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. orang yang lebih muda mestilah menggunakan panggilan „pak cik‟.Indonesia tapi Datin Seri sayang sangat”. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. . Menggunakan kata sapaan yang betul apabila bertutur dengan seseorang sangatlah penting semasa berkomunikasi khususnya semasa bercakap dengan orang yang lebih tua atau berpangkat. „mak cik‟. „tuan‟ atau „puan‟. 4. Kesantunan berbahasa merupakan cara terbaik yang digunakan untuk memperlihatkan budi bahasa dan tingkah laku bertatasusila seseorang. iaitu secara pertuturan. Bahasa halus menurut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. pangkat. umur.0 KESANTUNAN BAHASA Kesantunan berbahasa merujuk kepada cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.” Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. dan keakraban hubungan. gaya dan gerak anggota badan semasa perbualan. kehalusan budi bahasa seseorang dapat dilihat ketika dia menggunakan bahasa. Pertamanya dari segi verbal. „Tapi‟ digunakan untuk menggantikan perkataan „tetapi‟.

Tak elok untuk kesihatan.” Penulis menunjukkan perasaan kasih sayang dan mengambil berat Rabiah terhadap ibunya yang sedang terlantar di hospital. apa salahku? Apakah dosaku sehingga anakku yang ketujuh ini betul-betul Kauujinya. Contoh yang kedua ialah. apabila Datin Seri berasa sedih. kesantunan bahasa juga dapat dilihat apabila Misi Saadiah berkomunikasi dengan Datin Seri.” ujarnya lembut sambil menyapu lengan Datin Seri dengan kapas. kakak dan adiknya. tunjukkan aku jalannya agar anakku itu beroleh kejayaan seperti abang-abang. Contoh kedua dapat dilihat apabila Rabiah menasihati ibunya apabila beliau mengatakan bahawa beliau sedih. Rabiah memujuk ibunya sambil dibelai sampai tidur. dia akan menundukkan sedikit badannya. Kesantunan bahasa secara non verbal sangat penting semasa berkomunikasi. Seterusnya ialah dari segi non-verbai iaitu melalui pergerakan tubuh badan. Contohnya. Otaknya tak dapat terima. “Ambil darah. ya Tuhanku bantulah aku. Dia tidak dapat belajar. Selain itu.Penulis telah menerapkan beberapa ungkapan yang menunjukkan kesantunan bahasa di dalam cerpen beliau.” Hal ini menunjukkan rasa hormat dan prihatin seorang jurarawat terhadap pesakitnya. Sebagai contoh. Misi Saadiah juga bercakap dengan sopan semasa mengingatkan Datin Seri untuk mengambil sarapannya. “Ya Allah. penulis cuba menunjukkan sifat rendah diri Datin Seri sebagai seorang insan yang lemah dengan berserah diri kepada Tuhan yang lebih berkuasa ketika mengalami masalah. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu hormat kepada orang yang lebih tua. Jelas di sini bahawa . Contoh yang boleh di ambil daripada cerpen ini ialah apabila Rabiah sapu air mata neneknya yang mengalir seperti Rabiah sapu air mata ibunya yang tiba-tiba juga berjurai sewaktu Rabiah mencium tangan ibunya. Contohnya. Datin Seri. apabila seseorang berjalan di hadapan seseorang. “Ibu tak payah sedih. Di sini menunjukkan kasih sayang seorang anak terhadap nenek dan ibunya. ya Tuhanku. “Jangan lupa sarapan. Apa dia akan jadi apabila besar kelak? Ya Allah. ya Datin Seri.” Melalui ungkapan ini.

Penulis menggunakan kata ganti nama pertama iaitu „aku‟ pada dialog antara Misi Saadiah dan Misi Aminah. gelaran „misi‟ digunakan untuk memanggil Misi Saadiah bagi menunjukkan statusnya sebagai seorang jururawat dan untuk menunjukkan rasa hormat. “Aku tengah kira anak-anak Datin Seri. Hal ini kerana. “Selamat pagi. Nenek kena sayang semua cucu dan jangan pilih-pilih”. cara berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung. kata ganti nama „ibu´ telah digunakan oleh Rabiah untuk menunjukkan rasa hormat sebagai seorang anak terhadap ibunya. gelaran „Datin Seri‟ digunakan dan bukannya „puan‟ untuk menunjukkan status keluarga Datin Seri yang tinggi dan ternama.” Kata ganti nama „aku´ di dalam dialog tersebut agak kasar. Datin Seri”. Sistem sapaan juga melibatkan penggabungan gelaran. kata ganti nana „nenek‟ digunakan untuk menunjukkan hubungan pertalian darah dalam sesebuah keluarga. “Ibu ni saya bawa nasi lemak”. rujukan hormat dan penggunaan kata ganti nama. . “Misi nampak yang mana?”. Sistem sapaan menunjukkan adab dan budi bahasa sesuatu masyarakat. 4. Tujuh orang yang datang.1 SISTEM SAPAAN Sistem sapaan merupakan salah satu cabang dari kesantunan bahasa. Contoh yang lain ialah. Ini menunjukkan bahawa percakapan itu adalah antara dua orang yang terdiri daripada peringkat umur yang sama seperti kawan. Sistem sapaan adalah penting dalam sesebuah karya penulisan. terdapat beberapa laras sistem sapaan yang berbeza. Contoh yang lain ialah. Selain itu. Gelaran ini juga digunakan untuk menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua. Anaknya lapan. “Tak baik nenek cakap macam tu.penulis ingin menunjukkan kasih sayang dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya yang tersayang. „Selamat pagi‟ juga diucapkan oleh Misi Saadiah kepada Datin Seri sebagai tanda hormat. Contoh yang seterusnya. Di dalam cerpen ini.

Gaya bahasa merupakan salah satu cara untuk penulis bagi menyampaikan buah fikiran dan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara dengan lebih berkesan. penulis memberi nasihat supaya bersatu padu.0. „Selamat pagi Datin Seri”. Rabiah sentiasa berada di sisi ibunya di hospital dan menjaganya sepanjang dua puluh empat jam. „mari kita kumpulkan tenaga rasaksa´. dengan menggunakan hiperbola seperti. 5. dan bermuafakat seperti aur dengan tebing. baik seperti nabi. Sebagai contoh. Melalui penggunaan gaya bahasa. Sebagai contoh simile. gaya bahasa juga dapat meningkatkan atau memperkaya bahasa seseorang kerana merangkumi tanda baca. Di samping itu. tona. Oleh itu. Sebagai contoh. penulis dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa. 5. Contoh yang boleh saya ambil dalam cerpen diatas. Di samping itu.0 KEPENTINGAN GAYA BAHASA. rajin seperti semut. hal ini akan merangsang pembaca untuk meneruskan pembacaan sesuatu karya. Jelas disini bahawa penulis mampu menerapkan nilai kasih . KESANTUNAN BAHASA DAN SISTEM SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.1 GAYA BAHASA Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam karya sastera. Penulis boleh menggunakan dialog-dialog yang sesuai dalam hasil tulisan mereka.0. Rabiah sentiasa temankan ibunya untuk suapkan makanan dan memandikan ibunya. rima.5. dan sebagainya yang juga ada kaitan dengan linguistik dan semantik bahasa. gambaran akhlak-akhlak yang baik juga dapat digambarkan oleh penulis. Pengunaan gaya bahasa mampu memberikan impak yang lebih berkesan kepada para pembaca. Gaya bahasa juga mampu mengindahkan karya dan menjadikan bunyinya sedap didengar oleh pembaca. menunjukkan sifat berhemah Misi Saadiah terhadap Datin Seri.2 KESANTUNAN BAHASA Kesantunan bahasa juga boleh digunakan oleh penulis dalam hasil karya mereka. Selain pada itu penulis juga boleh menerapkan unsur-unsur kebaikan dengan menggunakan simile.

setiap kali Misi Saadiah berinteraksi denagan Datin Seri. boleh saya masuk?‟ penggunaan kata ganti nama „pak cik´ menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua. „pak cik. Misi Saadiah sentiasa menggunakan bahasa yang sopan dan nada yang lembut.3 SISTEM SAPAAN Sistem sapaan menunjukkan adab dan budi bahasa sesuatu masyarakat. . cara berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung. Hal ini kerana. Sistem sapaan adalah penting dalam sesebuah karya penulisan.0. Dapat saya simpulkan di sini bahawa penulis-penulis karya haruslah berusaha keras dalam menghasilkan karyakarya yang mampu membentuk jiwa dan memurnikan akhlak masyarakat zaman sekarang. Sebagai contoh. Hal ini menunjukkan nilainilai moral seperti sopan-santun dan hormat-menghormati.sayang dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya dalam cerpen ini. 5. Secara tidak langsung ini mendidik pembaca tentang adab-adab berkomunikasi yang betul dengan orang yang lebih tua. Selain itu.

Bahasa rojak bermaksud percampurbauran unsur-unsur bahasa asing dengan bahasa Melayu secara yang tidak bersistem atau tidak teratur. „banyak‟sebagai „byk‟. Mereka tidak lagi mengamalkan adat yang tua dihormati yang muda disayangi. frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang. Ada sesetengahnya mengatakan bahawa mereka terpaksa memendekkan ejaan untuk menjimatkan ruang. kebelakangan ini generasi muda didapati lebih menggunakan strategi ketidaksantunan dalam perbualan mereka. Kesantunan dapat dilihat dari berbagai-bagai segi dalam pergaulan seharian. Kebanyakan remaja sekarang amat kasar bahasanya. beradab sopan. lembut tutur katanya. Antara faktor perdana yang mempengaruhi fenomena ini adalah penggunaan „bahasa rojak‟ secara meluas dalam kalangan generasi muda. Bagi mereka semua adalah sama. dan tinggi budi pekertinya kini hanya tinggal sejarah. Penggunaan bahasa rojak ini berlaku ababila generasi hari ini terlalu terdedah dengan drama-drama Inggeris atau tayangan di televisyen oleh masyarakat barat. Remaja melayu yang dahulunya terkenal dengan baik budi bahasanya. . Pemendekkan ejaan ini bermula apabila remaja mula menggunakan telefon bimbit sebagai alat untuk mereka berkomunikasi bersama teman-teman mereka. . Unsur bahasa asing yang lazimnya dicampurbaurkan dengan bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris dan juga bahasa ibunda oleh sesuatu kaum. sama ada dalam bentuk kata. lemah lembut serta tidak menyinggung perasaan pendengar. Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi dengan sahabat serta teman-teman mereka. pada tempat-tempat tertentu.6.0 FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA Kesantunan bahasa merujuk penggunaan bahasa yang halus. Bahasa singkat ini telah banyak mempengaruhi penulisan di dalam esei atau karangan yang mereka tulis disekolah. Orang yang lebih tua tidak lagi dihormati. Namun. Mereka memendekkan ejaan seperti „aku‟ ditulis sebagai „aq‟. „kerana‟ sebagai „krn‟ dan bermacam-macam lagi.

setiap rancangan yang disiarkan haruslah ditapis terlebih dahulu. bercakap kasar dan bermacam-macam lagi. mak cik dan sebagainya. yang berperangai buruk dan tidak tahu akan kesantunan berbahasa juga dapat merosakkan kesantunan bahasa anak-anak. . Kita harus tegaskan bahawa kesantunan bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kerana bahasa menunjukan bangsa. Mereka mengaplikasikan apa yang mereka lihat dan dengar. Kesantunan bahasa yang kian runtuh adalah dari pengaruh sekeliling. ibu bapa juga merupakan salah satu punca berlakunya fenomena kesantunan bahasa dalam kalangan generasi muda. Selain itu. filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Melalui media massa juga generasi hari ini belajar menggunakan Bahasa Inggeris. Semasa pembesaran remaja. Ibu bapa yang tidak berinteraksi secara berlemah lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap dengan anak-anak mereka boleh mendorong anak-anak mereka menjadi seperti mereka. bercakap bahasa rojak. Sahabat-sahabat di sekolah. didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Generasi hari ini haruslah di didik menggunakan bahasa yang betul apabila berbicara terutamanya dengan orang tua. Oleh itu. Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak. remaja terbawa-bawa dalam kehidupan seharian mereka. Media massa seperti televisyen memainkan peranan penting dalam membentuk budaya berbahasa dalam kalangan generasi muda hari ini. Akibatnya. Penapisan bahan penyiaran haruslah seiring dengan kehendak kesantunan bahasa dan masyarakat. Mereka sepatutnya belajar menguasai bahasa dan menghormati orang tua apabila berbahasa seperti menggunakan panggilan pak cik. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama. Ibu bapa adalah orang yang pertama yang harus bertanggungjawab mendidik anak untuk bersopan santun ketika berbicara.Media massa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kesantunan bahasa.

Gaya bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap karya penulisan samada puisi. Bahasa menjadi alat yang penting untuk pengarang meyampaikan cerita. . rima tona. cerpen mahupun novel. gaya bahasa mampu memberikan pembaca peluang untuk berimaginasi sebagai contoh penggunaan hiperbola seperti „cintaku kepadanya cinta jutaan bunga-bunga´. Gaya bahasa merupakan salah satu cara untuk penulis bagi menyampaikan buah fikiran dan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara dengan lebih berkesan. frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya. Pengunaan gaya bahasa mampu memberikan impak yang lebih berkesan kepada para pembaca. Gaya bahasa merujuk kepada pemilihan kata. Gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang pengarang merupakan itu sendiri sehingga memebezakannya daripada pengarang yang lain. Selain pada itu. Gambaran yang ingin disampaikan oleh penulis dapat ditafsir dengan jelas oleh pembaca melaui penggunaan gaya bahasa. pengulangan dan sebagainya.7. idea.0 KONSEP GAYA BAHASA Kejayaan sesebuah karya banyak bergantung pada kekuatan dan keindahan bahasa yang digunakan oleh pengarang. Di samping itu. gaya bahasa juga mampu membuat sesuatu karya itu nampak lebih menarik sekaligus menarik minat para pembaca untuk meneruskan bacaan mereka. Gaya bahasa melibatkan tanda baca. pemikiran dan sebagainya.

Setelah menyiapkan tugasan ini saya sedar saya dapat manambahkan pengetahuan saya tentang cara menganalisis sesuatu karya. Saya pergi ke perpustakaan dan meminjam beberapa buku yang berkaitan dan boleh membantu saya untuk membuat tugasan ini. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan dan kami berkongsi pendapat. mengulas. Saya berasa amat susah kerana saya sebagai pelajar pengaajian Bahasa Inggeris sudah lama tidak membuat tugasan seperti ini. saya dapat menyiapkan tugasan saya dalam tempoh masa yang diberikan. Dengan bantuan mereka semua. Guru wajar memberikan . saya perlu menganalisis. saya juga meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan saya yang mengambil kursus Bahasa Melayu. Selain itu. Hal ini kerana kebanyakkan pelajar akan menjadikan guru mereka sebagai „role model‟. Oleh itu amat penting bagi saya untuk menunjukkan kesantunan bahasa kepada murid-murid. Sekarang saya berasa lebih yakin untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan dan juga percakapan. Selain itu.0 REFLEKSI Tugasan Bahasa Melayu Komunikatif 1 pada semester ini adalah memilih sebuah cerpen terbitan Dewan Pustaka dan Bahasa dan berdasarkan cerpen tersebut. Selain itu. Pada mulanya setelah diberi tahu tentang kehendak soalan. saya berasa bahawa tugasan ini agak berat kerana tugasan ini memerlukan pengetahuan yang luas dan mendalam dalam bidang bahasa Melayu terutamamya sastera. saya juga perlu menjelaskan fenomena berbahasa dalam kalangan generasi muda dan faktor-faktornya.8. Dalam konteks pengajaran dan pengajaran pula. saya sebagai seorang bakal guru perlu mengamalkan kesantuan bahasa dalam diri saya. minat membaca yang kurang dalam diri murid-murid juga mendorong kepada masalah kesantunan berbahasa dalam diri murid-murid. Tetapi. Pensyarah saya juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat tugasan ini. saya tidak berputus asa. dan menghuraikan aspek-aspek seperti penggunaan gaya bahasa. Saya dapat mengusai Bahasa Melayu dengan lebih baik setelah membuat tugasan ini. kesantunan bahasa dan sistem sapaan serta menghuraikan kepentingannya.

Oleh itu.Hal ini telah menyebabkan lahirnya pelajar yang hebat dari segi intelektualnya tapi tidak pandai berbudi bahasa. saya sebagai guru perlu menerapkan nilai kesantunan berbahasa dalam kalangan murid-murid bagi melahirkan generasi yang beraklak mulia. . Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran merupakan antara langkah yang boleh dilakukan supaya pelajar belajar kesantunan bahasa. Ibu bapa dan guru khususnya terlalu menumpukan kepada cara untuk memastikan pelajar mendapat markah yang tinggi dalam ujian daripada menerapkan kesantunan bahasa itu sendiri dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan. dan bukan secara paksaan.penekanan kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam bahan pengajaran yang digunakan untuk mengajar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->