P. 1
isi - budaya baik.

isi - budaya baik.

|Views: 27|Likes:
Published by Albert Sia

More info:

Published by: Albert Sia on Mar 13, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/13/2012

pdf

text

original

1.

0 Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir pada 1971 daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia dengan objektifnya untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Walaupun dasar kebudayaan kebangsaan telah lahir lebih kurang 40 tahun, tetapi adakah kami memahami apa itu budaya dan kepentingannya diwujudkan. Umumnya budaya dalam bahasa Inggeris disebut culture iaitu berasal daripada perkataan latin cultura. Dalam bahasa Mandarin disebut „Wen Hua’ dan dalam bahasa Arab disebut Thaqafah. Dalam pertuturan harian, kebanyakan orang menggunakan perkataan „budaya‟ untuk membawa pengertian kebudayaan „tinggi‟ seperti tarian, muzik, makanan, atau pakaian. Bagi ahli-ahli sains sosiol , perkataan ini mempunyai maksud lebih luas. Ia membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat. Ini termaksuklah segala kepercayaan, nilai, politik, adat resam, undang-undang, dan peraturan, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa, dan bahan-bahan material. Budaya boleh diwarisi dan diamalkan secara turun-temurun sejak zaman nenek moyang. Walaubagaimanapun, manusia tidak dilahirkan dengan corakcorak tingkah laku yang sedia ada untuk membolehkan mereka hidup di dalam sesuatu persekitaran. Manusia juga perlu mempelajari dan mencari cara yang baik untuk hidup dalam persekitarannya[ 1 ]. Cara-cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturun-temurunkan daripada satu generasi kepada generasi lain telah diberi nama “budaya”. Budaya terdiri daripada hasilan dikongsi oleh masyarakat, manakala masyarakat pula terdiri daripada manusia yang berinteraksi di antara satu sama lain, yang berkongsi satu atau beberapa

budaya. Sesuatu individu atau masyarakat itu tidak dapat hidup tanpa budaya kerana budaya memainkan peranan penting dalam mewujudkan perubahan nilai dan norma masyarakat.
1

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann (m) Sdn. Bhd.

1

2.0 KEPENTINGAN BUDAYA Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Budaya

berperanan penting dalam proses pembangunan negara di mana keperibadian sesebuah negara harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Selain itu, budaya juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseoarang individu di mana bergaul dengan masyarakat.

2.1 Kepentingan Budaya Kepada Manusia Dalam Dunia Apakah yang menyebabakan manusia hidup di planet bumi selama berjuta-juta tahun tanpa pupus seperti berlaku pada spesis dinasour? Jawapannya ialah budaya. Manusia telah mencipta budaya dan seterunya budaya telah manusia. Manusia tidak perlu lagi menjadi mangsa

persekitaran semula jadi. Manusia dapat membina dan menyesuaikan persekitaran sosial, membuat dan berkongsi peraturan serta tingkah laku yang membentuk kehidupan manusia. Daripada pengetahuan yang dipelajari, maka manusia dapat mengubahsuaikan persekitaran semula jadi. Budaya yang dikongsi ialah satu perkara yang membolehkan kehidupan sosial manusia. Tanpa kebudayaan masa lalu, setiap generasi baru perlu menyelesaikan masalah yang paling mudah tentang kehidupan semula, contohnya, tanpa budaya zaman awal tamadun, setiap generasi perlu membentuk sistem famili, bahasa, menemui api, mencipta roda dan lain-lain semula. Selain itu, budaya juga membebaskan manusia daripada keperluan bergantng sepenuhnya kepada evolusi fizikal yang lambat, rawak dan dengan cara kebetulan. Jika manusia menanti proses pemilihan semula jadi untuk hidup di khutub uatara, terbang ke bulan, hidup di dalam laut, maka manusia perlu menenti selama-lamanya. Tidak seperti haiwan lain, manusia dapat mengubahsuaikan dirinya untuk di dalam sesuatu persekitaran, dan
2

mengubahsuaikan persekitarannya untuk memenuhi keperluan kehidupan. Kejayaan manusia telah terletak di dalam kebudayaan. 2.2 Kepentingan Budaya Dalam Masyarakat Budaya melambangkan identiti sesebuah masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai budaya dan nilai-nilai dalam yang dapat memaparkan identiti yang unik masyarakat tersebut seperti set ritual dan tradisi. Budaya tersebut hanya dimiliki oleh masyarakat tersebut dan akan mendapat satu identiti yang unik, dan hanya dimiliki oleh masyarakat tersebut sahaja, contohnya masyarakat Islam mengguna tangan untuk makan dan masyarakat china megguna penyepit unutk makam. Apabila seserbuah masyarakat begaul dengan masyarakat lain, maka budaya masyarakat tersebut yang unik seperti bahasa, seni, dan agama akan dikongsi berfungsi sebagai satu simbol utama untuk membezakanya daripada masyarakat lain serta sebagai simbol untuk masyarakt lain untuk mengenali masyarakat tersebut. Budaya yang unik yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat merupakan khazanah kepada sesebuah masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap masyarakat mempunyai budaya sedinri yang unik. Budaya yang unik dan berguna, maka akan disebar luas dan digubah lalu disesuaikan serta digunapakai oleh masyarakat lain, contohnya Pizza asalnya makanan masyrakat Itali, tetapi telah disebar luas di dunia, begiu juga dengan Sistem Demokrasi yang asalnya dicipta oleh orang yunani. Walaupun budaya ini telah diguna oleh seluruh dunia, tetapi masyarakat lain akan selalu mengingati asalnya. Disamping itu, budaya unik yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat juga dapat memajukan ekonomi negara dalam bidang pelancongan. Sebagai contoh, Malaysia dengan pelbagai kaum dalam satu negara, maka ini dapat menarik minat para pelancong untuk melihat corak hidup rakyat malaysia. Budaya juga berfungsi sebagai tanda untuk masyarakat masing-masing mengingati jasa, sumbangan dan warisan nenek moyang. Hal ini penting, kerana tanpa mereka kam tidak akan wujud dan warisan budaya saeperti

3

sejarah, konsep politik, makanan, cara pemakaian, konsep ekonomi semua merupakan warisan yang penting untuk sesebuah masyarakat dibangunkan dan dimajukan. Kepentingan Budaya Dalam Masyarakat Menarik perhatian pelancongan dari negara lain berkunjung ke negara kita

Kegiatan pelancongan diperkembangankan

Budaya yang unik (khazanah masyarakat / negara)

Ekonomi negara dimajukan + KDNK negara mewningkat

Menonjolkan indentiti sesebuah masyarakat

3.0 BAGAIMANA BUDAYA MEWUJUDKAN PERUBAHAN NILAI SERTA NORMA DALAM SESESBUAH MASYARAKAT Budaya merupakan satu ilmu displin yang sangat luas dan terdiri daripada pelbagai komponen-komponen kecil seperti agama, politik, teknologi, ekonomi, kesenian, bahasa dan lain-lain unsur. Semua komponen atau unsur budaya memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perubahan nilai serta norma dalam sesebuah masyarakat. Budaya dapat mengubah niali dan norma sesebuah masyarakat apabila masyarakat tersebut berhubung atau berinteraksi dengan masyarakat lain. Teknologi, pengangkutan dan media merupakan 3 cabang yang utama membolehkan sesebuah masyarakat berinteraksi dengan masyarakat lain. Apabila wujudnya interaksi, maka masyarakat tersebut akan belajar mengenai
4

nilai dan norma lain, lalu menyesuaikannya dalam kehidupan harian mereka. Perubahan ini biasanya berlaku dalam 2 bentuk iaitu akluturasi dan asimilasi.

Akulturasi - pertumuan dua budaya yang menghasilkan budaya baru tanpa menghilangkan identiti budaya tersebut.

Bentuk Perubahan Nilai dan Norma

Asimilasi - peleburan dua budaya dengan menghilangkan indentiti kebudayaan masing-masing.

Perubahan nilai dalam masyarakat umunnya akan diikuti dengan perbahan norma masyarakat. Contonhnya, nilai kebebasan yang berasal dari masyarakat barat yang kini mulai tumbuh di negara Indonesia telah melahirkan berbagai norma baru dalam negara tersebut, seperti kebiasaan masyarakat untuk bersikap kritis terhadap pemerintahan (Folkways); larangan para penyelenggara Negara untuk memberikan dan menerima gratifikasi/hadiah (mores). Selain itu, komponen budaya pendidikan juga akan mempengaruhi perubahan nilai dan norma dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan adalah satu proses untuk membentuk seorang individu kepada insane iaitu seorang manusia yang bukan sahaja berilmu tetapi juga bermoral dan berakhlak megikut budaya masyarakat masing-masing. Pendidikan merupakan satu cara atau langkah untuk mengubah nilai dan norma masyarakat. Contohnya jika kerajaan ingin mengubah budaya masyarakatnya yang kurang amalkan amalan membaca, maka melalui pendidikan formal di sekolah untuk menggalakkan kanak-kanak membaca sejak kecil merupakan satu langkah yang amat berkesan. Hal ini telah jelas dibuktikan dengan kajian 1997 yang menujukkan purata membaca hanya 12 buah buku setahun.di Malaysia , tetapi selepas kementeriaan pelajaran
5

melaksanakan program nilam di sekolah kajian pada tahun 2009 telah menujukkan purata membaca di Malaysia telah meningkat kepada 8-12 buah buku setahun. Secara kesimpulannya, satu budaya dapat mengubah nilai dan norma sesebuah masyarakat biasanya melalui pertembungan dengan budaya lain ataupun dengan komponen pendidikan, sama ada dalam bentuk formal(sekolah) atau tidak formal(media massa, kempen).
4.0 BUDAYA BAIK

Budaya diertikan sebagai cara atau corak hidup manusia yang merangkumi asperk seperti sistem keluarga, agama, ekonomi, dan politik, adat istiadat,

bahasa, perkakas, pakaian, teknologi, bangunan, dan karya seni. Jadi budaya baik adalah cara atau corak hidup dalam aspek tersebut yang bersifat positif. Dengan kata lain, budaya baik adalah cara atau corak hidup manusia yang positif dan boleh diterima oleh seluruh genap masyarakat. Usaha ke arah kebaikan adalah perlu dengan memberi latihan dan membiasakan diri sehingga ia sebati dengan jiwa. Contohnya seperti apa yang dilakukan oleh guru terhadap kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak diajar dan dididik untuk pembentukan akhlak yang mulia. Selain guru, ibu bapa, dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanakkanak agar mereka dapat mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada amalan baik yang ditonjolkan. Mereka diibaratkan seperti kain putih, yang mana perlu dicorakkandengan warna-warna nilai yang baik. Selain itu, budaya baik juga berbeza mengikut masyarakat yang berbeza. Hal ini demikian kerana setiap masyarakat mempunyai konsep dan prespetif terhadap budaya yang berbeza. Contohnya masyarakat memandang permainan poker (berjudi) adalah sesuatu aktiviti atau permainan yang baik kerana dapat membangunkan memori dan daya pemikiran logik, serta mempromosikan day kreatif dan imaginasi. Walaubagaimanapun, permainan ini dianggap negative dalam masyarakat Islam, dan merupakan sesuatu yang haram dalam peraturan agama Islam.

6

Apa

itu
Sesuatu budaya yang bersifat positif

budaya baik

Dilatih atau diamalkan sejak kecil lagi

Budaya Baik

Cara menetukannya berbeza mengikut masyarakat yang berbeza

5.0 KEPENTINGAN BUDAY BAIK DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU 5.1Tidak Menyeleweng Dari Norma-norma Sosial Konsep terhadap budaya baik adalah berbeza mengikut masyarakat yang berbeza, contohnya masyarakat barat menganggap pakaian sexy sebagai satu seni tetapi masyarakat islam menganggap ia merupakan sesuatu yang memalikan. Jadi budaya baik merupakan satu peraturan hidup dalam sesebuah masyarakat untuk individu agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Dengan ini, kehidupan kita akan menjadi lebih sempurna kerana kita mengikut budaya yang tidak bertentang dengan masyarakat dan dapat diterima oleh masyarakat.

5.2 Membentukan Individu Yang Berakhlak Mulia Budaya baik adalah penting untuk kehidupan individu. Ini kerana norma dalam masyarakat dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Budaya baik dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

7

dan intelek. Budaya baik yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan susana kehidupan yang harmoni di Malaysia. Budaya baik telah menjadi warisan keluarga di mana dari kecil lagi kita telah sentiasa diasuh dan diterapkan dengan pelbagai budaya baik. Ketika dibangku sekolah pula guru-guru mendidik kita dengan kepelbagaian nilai murni seperti bersopan santun dan berbudi bahasa. Kita juga telah diasuh supayas entiasa hormat-menghormati, bertutur dengan sopan, bantumembantu, merendah diri, jujur , amanah dan sebagainya. Seseorang yang mengamalkan nilai-nilai murni akan dihormati dan dipandang mulia di kalangan keluarga dan masyarakat sekelilingnya. Selain itu, budaya orang Timur yang kaya dengan budi bahasanya, kita perlulah menjaga tatasusila adat ketimuran kita.

5.2.1 Menjaga nama baik dan maruah individu dan keluargannya Seseorang yang berakhlak mulia dapat menjaga nama baik sendiri dan maruah individu tetapi juga keluargannya. Ini adalah disebabkan seseorang itu sentiasa dinilai oleh orang lain melalui tingkah laku dan cara pertuturannya. Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pujian dan pengesahan daripada masyarakat, maka marauah dan imej individu tersebut dapat dibangunkan dan seterusnya juga meningkat imej keluarga. Bagaimana budaya baik menjaga imej individu dan keluarga

Budaya baik (Nilai & norma masyarakat yang baik)

Melahirkan individu yang berakhlal mulia

Individu yang berakhlak mulia disanjungi oleh masyarakat

Imej individu dijaga + imej keluarga ditingkatkan

8

5.3 Merapatkan Hubungan Dengan Keluarga Budaya baik dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Apabila kita mengaplikasikan budaya baik dalam keluarga, kita akan disenangi dan diterima dengan baik. Selain itu,penerapan nilai-nilai murni juga dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia di samping terjalinnya ikatan kekeluargaan yang erat. Antara contoh budaya baik yang dapat mengeratkan hubungan seisi keluarga adalah kasih saying antara ahli keluarga. Kasih sayang dapat diertikan sebagai perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsure kepentingan diri 2. Amalan kasih sayang ini sememangnya perlu diaplikasikan dalam hubungan seisi keluarga terutamanya kepada kedua orang tua kita. Adalah penting untuk kita menyayangi mereka di atas segala pengorbanan yangtelah mereka lakukan. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain seperti abang adik dan sebagainya. Secara tidak langsung juga, kekeluargaan. Satu lagi budaya baik yang dapat mengeratkan hubungan seisi keluarga ialah jujur kepada ahli keluarga. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kejujuran boleh didefinisikan sebagai perihal jujur, kelurusan hati dan juga keikhlasan 3 .Kejujuran juga adalah kelakuan yang menunjukkan niat baik, amanah, dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sifat jujur ini mempunyai kepentingan serta kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah dapat melahirkan sifatamanah dalam diri seseorang individu. Amanah merupakan sifat mulia yang wajib diamalkan oleh setiap individu. Amanah juga menyebabkan lahirnya sikap bertanggungjawab yang boleh bibit-bibit kemesraan akan timbul dalam hubungan

menimbulkan kepercayaan dan keyakinan oranglain. Ia merupakan anak

2

Tam Yeow Kwai, Pendidikan Moral 1 : Konsep dan Program Pendidikan Moral. Kuala Lumpur, 1996,

m.s. 44
3

Sidang Pengarang , Kamus Dewan Edisi Ketiga Kuala Lumpur, 1998 , m.s 546.

9

kunci kepada keharmonian dan kebahagian keluarga serta masyarakat 4 . Ikatan kekeluargaan akan menjadi lebih erat dengan adanya amalan-amalan sebegini di dalam kehidupan individu. Selain itu, kejujuran juga membuatkan seseorang itu bercakap benar dantidak menipu. Bercakap benar ialah menyatakan sesuatu dengan betul danbenar tanpa menokok tambah dan berselindung. Orang yang sentiasa benar didalam percakapannya akan dihormati dan dipercayai oleh masyarakat. Selain itu, keikhlasan juga akan turut lahir dalam diri mereka yang jujur dalam kehidupan sehari-hari. Ikhlas merupakan kesucian hati tanpa mengharapkan balasan bila melakukan sesuatu. Semua ini lahir melalui amalan kejujuran yang diamalkan seseorang itu. Di dalam sesebuah keluarga, amalan bercakap benar adalah perlu supaya seluruh anggota keluarga mempercayai serta menerima kita. Kepercayaan keluarga amat penting kerana ia merupakan tunjang bagi kita menjalani hidup sehari-harian.

5.4 Disanjungi Oleh Masyarakat Seseorang yang berbudaya baik akan memperolehi pelbagai

kemaslahatan, antaranya mudah didampingi oleh orang lain. Hal ini kerana individu yang berbudaya baik sentiasa berbudi bahasa dan bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan katakata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Dengan perangai ini yang mulia ini maka menyebabkan diri individu tersebut dipandang mulia oleh masyarakat. Rasa hormat masyarakat pada diri kita juga akan hilang dan kita mungkin akan dipinggirkan daripada kehidupan bermasyarakat. Jadi, adalah penting untuk kita mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan supaya diterima dengan baik oleh masyarakat.

4

Ahmad Khamisi, Etika (Pendidikan Moral) Untuk Institusi Pengajian Tinggi Kuala Lumpur,

1996, m.s. 49

10

5.5 Mengubah Seorang Individu Yang Bersikap Negatif Kepentingan terakhir mengamalkan budaya baik dalam diri individu ialah dapat mengubah sikap seseorang. Penerapan budaya baik, membolehkan sikap seseorang diubah bagi mencapai keseimbangan hidup. Rakan-rakan dan orang di sekeliling juga akan mula menghormati dan menerima kita. Contoh budaya baik yang boleh mengubah sikap individu ialah sikap kerajinan. Kerajinan ialah usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya usaha dalam melakukan sesuatu perkara 5 . Dalam konteks daya usaha pula kerajinan bererti berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif dan kreatif untuk mencapai kejayaan. Ini bererti dalam mengejar kejayaan, kita tidak seharusnya bersifat pasif yakni malas dan tidak mempunyai sebarang usaha ke arah mencapai matlamat yang dikehendaki. Dengan adanya daya usaha dalam diri seseorang, sikap pasif boleh diubah menjadi aktif dan bersemangat dalam memperoleh kejayaan. Dapat dirumuskan bahawa amalan-amalan baik sangat penting dalam kehidupan setiap individu. Amalan-amalan baik berfungsi sebagai

pemelihara keharmonian. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Akhirnya menyebabkan berlakunya pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati di kalangan pihak yang berkaitan. Ia juga membantu kepada kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup. Seseorang yang sentiasa mengamalkan budaya baik dalam kehidupan akan dapat menikmati kebaikan fizikal, rohani dan mental. Mereka juga akan sentiasa menjaga tingkah lakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang berakhlak mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak
5

http: / / pendidikanmoralspm.blogspot.com/2008/11/kerajinan.html

11

mendatangkan

faedah,

yang

merosakkan

dan

sentiasa

membuat

perhitungan buruk baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu, jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan sahsiah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana nilai murni telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya.

6.0 BAGAIMANA BUDAYA BAIK DITERAPKAN DALAM PELBAGAI DISPLIN ILMU Pengetahuan manusia dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu kumpulan sains dan kumpulan kemanusiaan. Kumpulan sains merujuk kepada pengetahuan yang dikaji dan dikumpul mengikut kaedah sistematik dan saintifik. Kumpulan sains pula terbahagi kepada dua bidang iaitu sains tulen dan sains sosial. Sains tulen mengkaji ,mengenai fisiologi, benda-benda hidup dan alam semula jadi. Sebagai contoh bidang fizik, kimia, matematik dan sebagainya. Berbeza pula bagi sains sosial. Sains sosial mengkaji tentang tingkah laku manusia dan aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam kelompok sifat, fungsi, dan perkembangan manusia.[ 6 ] Pengetahuan sains sosial cuba memahami tentang pencapaian dan limitasi manusia, bagaimana

mempertingkatkan kehidupan manusia, serta cuba meramal berkenaan dengan masa depan masyarakat manusia. Secara umumnya, sains sosial merangkumi 6 disiplin ilmu yang berbeza-beza. Antaranya ialah displin ilmu antropologi, geografi, ekonomi, sejarah, sosiologi, dan sains politik.

6.1 Antropologi Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan

6

kukmweb.ukm.my/~myahya/falsafah/Syarahan2.htm

12

adat resam. [7] Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah antropologi budaya, antropologi fizikal, antropologi linguistic, arkeologi dan juga etnologi.

6.1.1 Bagaimana budaya baik diterapkan Budaya Bersyukur Antara budaya yang boleh kita terapkan ke displin ilmu ini ialah budaya bersyukur dengan menghargai dan menghayati kejadian manusia. Manusia diciptakan dengan penuh keunikan dan mempunyai pelbagai kelebihan sama ada dari fizikal mahupun mentalnya.

Penciptaan dan perkembangan manusia juga sangat berbeza daripada makhluk-makhluk lain yang ada di bumi ini. Jadi, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan muhasabah diri dan menghargai anugerah pencipta. Budaya hormat-menghormati Selain itu, kita juga boleh menerapkan budaya hormat-mneghormati dalam displin ilmu ini. Kita akan mengamalkan budaya hormat menghormati dalam setiap kaum. Biasaannya, adat dan budaya berbeza mengikut bangsa, agama dan juga Negara. Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Budaya dan adat ini dapat dilihat dari segi perkahwinan, kematian, kelahiran dan sebagainya. Jadi, setiap bangsa haruslah menghormati budaya bagi setiap bangsa dan suku kaum di Malaysia termasuklah budaya masyarakat Melayu itu sendiri.

6.2 Geografi Bidang ini mengkaji tentang aspek-aspek semula jadi dan bagaimana kehidupan manusia dibentuk olehnya. Selain itu, bidang geografi juga turut mengkaji bagaimana alam semula jadi mempengaruhi perkembangan sosial dan kebudayaan masyarakat. Secara umumnya, bidang geografi ini dapat
7

http://ms.wikipedia.org/wiki/Antropologi

13

dikelaskan kepada dua bahagian, iaitu geografi alam sekitar fizikal dan geografi alam sekitar manusia. Geografi alam sekitar fizikal adalah segala yang berkaitan dengan permukaan bumi yang meliputi tanah, air, udara, corak, suhu, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya (atmosfera, biosfera, hidrosfera, litosfera).
[8]

Bagi alam sekitar manusia pula, ianya lebih tertumpu

kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.

6.2.1 Bagaimana budaya baik diterapkan Budaya Mencintai Alam Sekitar Antara budaya baik yang boleh diterapkan ke dalam disiplin ilmu ini ialah budaya mencintai alam sekitar. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang baik dan menyegarkan dapat memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan Negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Antara kepentingannya adalah dapat menjamin kesihatan manusia menerusi penyederhanaan suhu oleh tumbuhan. Jadi, suhu yang tinggi dapat dielakkan sekaligus dapat menghindarkan kepanasan yang melampau yang akan memberi impak yang buruk kepada kesihatan manusia. Selain itu, alam sekitar juga penting sebagai pembekal udara yang segar sekaligus dapat menarik pelancong untuk datang ke Negara kita. Setelah melihat kepada kesemua kepentingan alam sekitar ini, maka adalah penting bagi kita untuk mencintai dan menjaganya dengan baik supaya generasi akan datang tidak kehilangan aset yang berharga ini. Salah satu caranya adalah melalui penyertaan kita di dalam persatuan pencinta alam sekitar - CARE. Selain itu, sukatan pelajaran geografi di peringkat sekolah menengah juga turut dimasukkan tentang
8

Rusly Musa dan Nurasyikin Abdullah, Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal,

14

alam sekitar bagi mendidik mereka akan kepentingan alam sekitar kepada manusia.

Budaya bekerjasama Selain itu, bidang geografi ini juga dapat menerapkan budaya baik seperti budaya membantu dan budaya bekerjasama untuk mencegah pencemaran yang berlaku pada alam sekitar. Pencemaran ialah sebarang perubahan atau gangguan fizikal, kimia, dan biologi pada mana-mana alam sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Pencemaran juga boleh didefinisikan sebagai pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar. Terdapat beberapa jenis pencemaran yang berlaku di Malaysia seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi, pencemaran tanah, pencemaran cahaya atau sinaran, pencemaran haba atau terma dan pencemaran alam marin. Punca pencemaran biasanya disebabkan oleh kenderaan dan janakuasa, industri perkilangan, industry pertanian, pembalakan yang tidak dirancang dan sebagainya. Maka, menjadi tanggungjawab kita bagi mencegah pencemaran-pencemaran yang berlaku. Kita juga boleh membantu menangani masalah pencemaran yang semakin berleluasa di Malaysia. Sebagai contoh ialah dengan memberikan sokongan sepenuhnya dalam setiap kempen yang

dilaksanakan kerajaan dan menjadi sukarela dalam setiap aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan yang tercemar.

6.3 Ekonomi Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji

pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui

pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Subjek dalam ekonomi dapat
15

dibahagi kepada dua cabang besar iaitu ekonomi mikro (yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu) dan ekonomi makro (melihat ekonomi secara keseluruhan termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peran pemerintah) . Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.[9]

6.3.1 Bagaimana budaya baik diterapkan Budaya tolong-menolong Budaya baik seperti budaya tolong-menolong dapat diamalkan

melalui displin ilmu ini. Sebagai contoh, di dalam institusi kewangan Islam. Badan-badan seperti zakat dan baitul mal yang terdapat dalam institusi tersebut bertindak sebagai agen menguruskan pengagihan wang yang diterima daripada masyarakat Islam untuk di beri kepada golongan fakir miskin dan tidak berkeupayaan. Jadi, dasar diskriminasi tidak berlaku di sini seperti diskrimasi terhadap orang miskin, orang kurang upaya, orang-orang tua dan pelbagai lagi. Selain itu, penindasan juga dapat dielakkan seperti mana orang kaya menindas mereka yang miskin, orang yang berjawatan tinggi menindas mereka yang berjawatan rendah dan sebagainya.Budaya ini dipupuk melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang mensasarkan penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Setelah DEB berakhir, kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (1991) dan Dasar Wawasan Negara (2001).

Budaya berjimat-cermat Selain itu, di dalam bidang ekonomi juga manusia dapat

mengamalkan budaya berjimat-cermat dalam menggunakan wang ketika
9

Heng Siew Ngu dan Md. Zyadi Md. Tahir, Teks Pra-U STPM Matrikulasi Mikroekonomi ,

Selangor, 2008, m.s. 1-4

16

berbelanja. Ini dapat difokuskan di bawah tajuk wang dan institusi kewangan. Seperti yang dipelajari di dalam bidang ekonomi, wang berfungsi sebagai pengantaraan pertukaran. Ini bermakna, jika kita ingin mendapatkan sesuatu barangan mahupun perkhidmatan, kita perlu menukarkannya dengan wang. Tanpa wang, manusia tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak diri masing-masing. Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya wang dalam hidup sehari-hari. Namun, perlu diingatkan, jika wang digunakan dengan boros dan perbelanjaan tidak dirancang, kita akan menghadapi masalah yang besar. Segala keperluan dan kehendak tidak dapat dipenuhi selain manusia hidup dalam tekanan dan kesusahan. Jadi, budaya berjimat-cermat amatlah penting dalam hidup kita bagi menstabilkan ekonomi individu di samping dapat menjamin masa depan kita kelak.

Budaya Jujur Budaya jujur dan amanah ini boleh menerapkan ke dalam displin ilmu ini apabila penjualan dam pembelian dijalankan. Penjual tidak harus

menaikkan harga barang sesuka hati. Penipuan terhadap harga, kualiti, dan keselmatan barang tidak harus dikenakan kepada para pembeli.

6.4 Sejarah Sebenarnya, bidang sejarah ini menekankan tentang peristiwa lampau dan berkait dengan peristiwa lepas serta masa kini. Perkembangan masyarakat juga turut dikaji di dalam bidang ini.

6.4.1 Bagaimana budaya baik diterapkan Budaya mengenang jasa Antara amalan baik yang boleh diamalkan dalam bidang disiplin ilmu ini ialah menghargai tokoh-tokoh dan pejuang terdahulu yang telah banyak berkorban dalam menuntut kemerdekaan tanah air. Malaysia tidak mencapai kemerdekaan menerusi pertumpahan darah
17

sebagaimana negara-negara Asia . Namun jerit-perih dan pengorbanan dan kegigihan yang diberikan oleh para pejuang pada masa itu dan sebelumnya amatlah besar. Banyak sekali pengorbanan yang

dicurahkan oleh ramai insan demi kemerdekaan. Air mata, darah, keringat, tenaga, wang ringgit, harta benda dan nyawa dikorbankan tanpa mengharapkan balasan melainkan kebebasan. Kemajuan dan kemakmuran negara pada masa ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa dahulu. pengorbanan
[10]

dan

darah

pejuang-pejuang

bangsa

zaman

Budaya kegigihan Jika dikira dari mula pendudukan Inggeris pada 1786 apabila Francis Light mula mengibarkan bendera penjajahan secara rasmi di bumi Tanah Melayu, penentangan menuntut kebebasan telah pun bermula walaupun diperingkat wilayah. Bentuk-bentuk penentangan ini walaupun kecil dan sering dilabel oleh pihak Inggeris sebagai pengkhianat, lanun atau pemberontak namun semangat kegigihan tidak berputus asa

mereka telah menjadi rujukan kepada pejuang. Selepas itu. nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dol Said, Tok Janggut, Dato' Maharajalela, Rosli Dhobi, Mat Salleh, Panglima Hitam, Dato Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lok, Tun V.T. Sambathan, Tunku Abdul Rahman dan ramai lagi telah menjadi sebutan di bibir rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. Begitu juga semangat yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang gigih berjuang menentang pendudukan Jepun dan komunis. Pengorbanan mereka bukanlah kecil tetapi demi negara, nyawa mereka dipertaruhkan seperti Leftenan Adenan, Peristiwa Bukit Kepong dan banyak lagi.

Budaya tidak berputus asa

10

http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/roha-hassan/85-adakah-kitagenerasimerdeka

18

Rombongan kemerdekaan tidak berputus asa dalam perjalanan menuntut kemerdekaan demi Negara kita. Kemerdekaan bukanlah sesuatu yang cukup sekadar dilakarkan dalam lakaran sejarah atau diraikan tahun demi tahun tanpa penghayatan yang sebenar. Antara cara-cara yang boleh menunjukkan betapa kita menghargai dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar adalah dengan merdekakan minda. Kemerdekaan tanah air tidak akan membawa makna yang mendalam sekiranya kita sebagai rakyat tidak memerdekakan minda kita daripada penjajahan budaya yang negatif dan merosakkan. Selaku bangsa yang berdaulat, rakyat Malaysia memiliki adab, nilai-nilai murni dan budaya tersendiri. Dengan membebaskan diri daripada belenggu jajahan budaya yang merosakkan, barulah kita menjadi generasi yang benar-benar bebas dan merdeka.

Budaya Patriotisme Selain itu, melalui diplin ilmu sejarah ini juga kita dapat memupuk semangat patriotisme yang sememangnya perlu ada dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Istilah patriotisme membawa maksud yang amat bermakna dan menjadi unsur penting bagi menyemarakkan semangat cintakan tanah air. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, serta identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Salah satu langkah diambil oleh kerajaan bagi menyemai semangat patriotism dalam diri setiap individu ialah melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Melalui program sebegini, semangat cintakan tanah air dapat ditanam dalam diri para pelatih.

6.5 Sosiologi Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi.
19

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi lebih cenderung untuk mengkaji tentang perangai kita sebagai manusia. Secara ringkas, sosiologi adalah mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal, kepada suatu peringkat yang lebih kepada proses sosial sejagat. Cabang utama dalam sosiologi adalah fungsionalisme, iaitu mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi yang kegiatan mereka menyumbang kepada penerusan masyarakat, teori konflik, Interaksionisme /teori tindakan sosial, dan interaksionisme bersimbol. [11]

6.5.1 Bagaimana budaya baik diterapkan Budaya menyesuaikan diri Penerapan budaya baik dalam bidang ini boleh dilakukan menerusi menyesuaikan diri dan mengadaptasikan diri dengan lingkungan sosialnya. Sebagai contoh lingkungan sosial kita adalah masyarakat kampung. Jadi, kita perlu menyesuaikan diri mengikut lingkungan social supaya kita boleh bergaul dan berinteraksi dengan baik tanpa mengahadapi sebarang masalah. Masyarakat kampung biasanya kaya dengan adat dan berbudi bahasa. Selain itu, masyarakat kampung juga sangat menjaga kesopanan diri dan mempunyai nilai kemasyarakatan yang sangat tinggi. Jadi, kita perlulah belajar menyesuaikan diri dengan lingkungan sosial masyarakat kampung bagi membolehkan mereka menerima kita dalam organisasi sosial mereka.

Budaya Tegur-menegur Budaya menegur bererti budaya yang menggalakkan anggota budaya itu menegur antara satu sama lain dengan tujuan memperbaik keadaan.[ 12 ] Tegur menegur merupakan satu budaya yang baik dan

11

Ting Chew Peh, Konsep Asas Sosiologi , Selangor , 1979 , m.s. 121 Hassan Ahmad. (2005). Dewan Masyarakat April 2005. Selangor: Ultimate Print Sdn. Bhd.

12

20

diamalkan oleh masyarakat kita sejak sekian lama. kalau dahulu, kita tidak boleh berkelakuan negatif sesuka hati kerana ada sahaja jiran atau orang kampung yang menegur. Orang yang lebih tua tidak akan teragakagak menegur dan orang muda dapat menerima teguran dengan hati terbuka. Maka berlakulah satu proses pembelajaran. Budaya tegur menegur mula menjadi pudar di dalam masyarakat kita. langkah permulaan ialah dengan memulakan budaya menegur di dalam keluarga sendiri. Kita tegur anak-anak, suami isteri. lepas tu kita boleh panjangkan kepada anak-anak buah di pejabat. Pada masa yang sama kita juga perlu bersedia untuk menerima teguran. Barulah jadi budaya tegur menegur. Teguran perlulah secara positif dan dengan niat yang baik.

6.6 Sains politik Sains politik merujuk kepada kerajaan, polisi, dan ideologi yang diamalkan untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan. Selain itu, bidang ini juga mengkaji pengaruh dan kepentingan politik dalam kegiatan masyarakat umum. Antara cabang yang terdapat di dalam displin ilmu sains politik ini ialah sistem politik dan organisasi kerajaan, politik antarabangsa, dasar awam, falsafah dan teori politik.

6.6.1 Bagaimana budaya baik diterapkan Budaya mengambil berat tentang isu-isu politik semasa Budaya baik yang boleh diterapkan melalui bidang ilmu sains politik ialah mengambil tahu tentang perkembangan isu-isu politik semasa. Lazimya, golongan yang mengambil tahu tentang kedudukan politik di negaranya boleh dikatakan memiliki asas pengetahuan politik yang baik. Bangun dan jatuhnya sesebuah Negara adalah bergantung pada pemahaman pemerintah memahami dan mendalami kehendak rakyat, sama ada dari seri kehendak agama, ekonomi atau sebagainya. Politik amatlah penting kerana ianya memainkan peranan dalam ekonomi
21

Negara kita. Banyak bukti menunjukkan kestabilan politik akan membantu ekonomi sesebuah Negara meningkat. Sebagai contoh, pelabur asing semakin minat melabur dalam Negara yang kukuh institusi politiknya. Itulah alasan sesetengah Negara mengenakan akta dan undang undang yang keras, seperti ISA ke atas golongan yang cuba mencetuskan huru hara dalam Negara. Keadaan sama tidak hanya memberi kesan pada industri major, tapi juga kepada industri minor, seperti pelancongan dan pendidikan. Sebagai contoh, keamanan dan kemakmuran Negara Singapura dan Britain berjaya menarik pelajar pelajar pintar dari Negara – Negara mundur untuk melanjutkan pelajaran ke sana. Situasi ini seumpama suatu bonus kepada mereka, di mana sesetengah dari golongan ini biasanya akan memilih untuk terus menetap di Negara tersebut sepanjang hayat mereka. Peningkatan modal insan berkualiti ini adalah berkat dari politik sesebuah Negara yang stabil dan makmur. Selain itu, politik juga memainkan peranan dalam institusi masyarakat dan juga institusi sosial Negara kita. Dalam institusi masyarakat, kestabilan politik akan membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan akan membantu dalam memelihara kebajikan rakyatnya. Pembangunan juga dilakukan bertujuan untuk kesenangan rakyat. Pelbagai usaha dan inisiatif dapat dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada rakyatnya. Dalam institusi sosial pula, politik dapat membantu mempertingkatkan mutu diri, agama, masyarakat, dan bangsa sesebuah Negara. Jadi, kita perlulah sentiasa mengetahui dan mengambil tahu akan perkembangan politik Negara agar dapat memastikan bagaimana keadaan semasa Negara kita.

7.0 Kesimpulan Budaya memainkan peranan penting dalam mewujudkan perubahan nilai dan norma masyarakat di Malaysia. Budaya-budaya baik seperti budaya hormat22

menghormati, budaya membantu, budaya berjimat- cermat, budaya patriotisme, dan sebagainya dapat mengubalkan nilai-nilai negatif yang sepanjang ini berada dalam kalangan rakyat. Selain itu, budaya baik ini juga dapat menjadikan norma masyarakat bertambah baik. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya baik ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleran. Budaya baik yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

23

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->