You are on page 1of 1

PERATURAN KESELAMATAN SEMASA MURID BERADA DI DALAM KELAS

1. Murid-murid dilarang bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu ketenteraman kelas. 2. Murid-murid tidak boleh makan atau minum di dalam kelas. 3. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan tempat duduk kecuali dengan izin guru. 4. Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada setiap masa. 5. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur. 6. Bakul sampah mesti dikosongkan pada waktu pertama sebelum dan selepas rehat, serta sebelum balik. 7. Papan tulis mesti sentiasa dibersihkan sebelum waktu mata pelajaran yang berikutnya. 8. Murid-murid mesti menjaga dengan cermat semua maklumat yang dipamerkan di papan kenyataan kelas. 9. Murid-murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan tempat duduk di dalam kelas tanpa kebenaran guru. 10. Murid-murid dilarang membawa alatan berbahaya seperti gunting, pisau, dan sebagainya tanpa kebenaran dan arahan guru. 11. Murid-murid dilarang membawa marker dan cecair pemadam. 12. Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting, alatan geometri, pisau dan sebagainya semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid mestilah mengikuti sepenuhnya arahan guru. Murid-murid dilarang bergurau-gurau dan bermain-main semasa menggunakannya. 13. Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan tangan yang basah. 14. Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu, kipas, suis, dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak pejabat dengan segera. 15. Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan yang berlaku di dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil tindakan. 16. Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa supaya keselamatan dan kebersihan di dalam kelas sentiasa terpelihara.

PERATURAN MURID KELUAR DARI KELAS


1. Murid tidak dibenarkan keluar kelas pada masa pertama dan akhir sebelum rehat serta waktu pertama dan akhir selepas rehat, kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan dengan kebenaran guru. 2. Kebenaran keluar hanya boleh diberikan oleh guru yang berada di dalam kelas berkenaan. 3. Hanya seorang murid sahaja dibenarkan keluar pada satu masa tertentu dengan menggunakan Kad Izin Keluar Kelas. 4. Murid-murid yang keluar kelas untuk Pendidikan Jasmani, ke makmal/ bengkel/ bilik khas, atau untuk pertukaran kelas, dikehendaki beratur dalam dua barisan dan dengan senyap berjalan dengan teratur. 5. Jangan tinggalkan wang atau barangan berharga di dalam kelas. 6. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada masa rehat.
SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.

You might also like