You are on page 1of 3

Imaginasi membawa maksud daya khayal atau daya kemampuan seseorang individu menggambarkan sesuatu dalam angan-angan dan

mencipta sesuatu secara khayalan.Kanakkanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Namun begitu, bukan sahaja kanak-kanak yang berimaginasi akan tetapi orang dewasa juga sering berimaginasi. Setiap percakapan, perbuatan dan imaginasi kita akan dirakam oleh minda separa sedar dan minda separa sedar akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap kata-kata dan imaginasi kita. Imaginasi boleh mendatangkan kesan yang positif dan negatif. Imaginasi yang baik, memberikan hasil yang baik, manakala imaginasi yang buruk akan memberikan hasil yang buruk, dalam erti kata yang lain, kita bertanggungjawab kepada apa yang diimaginasikan. Kesan imaginasi yang positif ialah seseorang berimaginasi boleh membantu dalam penambahbaikan mutu kerja / hasil kerja atau juga merangka pembelajaran dan pengajaran yang menarik. Selain itu juga, berimaginasi dapat menajamkan dan boleh mempelbagaikan idea-idea selain membentuk dan meningkatkan kualiti kekreatifan seseorang murid. Justeru, ia dapat menerokai jangkauan perkara-perkara yang akan berlaku. Atau pun murid tersebut mampu mengeluarkan idea yang bernas dan mampu memberi perubahan yang besar pada peredaran dunia. Manakala kesan negatif pula ialah imaginasi yang tidak dilakukan dengan bijaksana. Antaranya mungkin menyebabkan seseorang hilang fokus pada sesuatu idea yang difikirkan, akan timbul perasaan dan perlakuan suka berangan atau berada dalam dunia khayalan yang tidak difahami oleh orang lain dan menyebabkan seseorang membuat sesuatu kerja tanpa mengikut kehendak sebenar arahan serta tindakannya boleh dianggap sia-sia atau tidak menepati kehendak. Justeru itu, kita harus berwaspada apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja yang suka berimaginasi.

Kanak-kanak adalah insan yang gemar dan biasa berfikir dengan menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka memiliki kemampuan berbahasa. Imaginasi kreatif adalah kemampuan berimaginasi yang hebat dan ianya membawa hasil yang diingini dengan cara menghilangkan setiap halangan atau gangguan keatas setiap pencapaian yang diinginkan. Dengan kata yang lain, jika kita membayangkan sesuatu yang kita bayangkan dengan kesedaran terarah, demi mencapai tujuan tertentu. Sekiranya kita sentiasa melakukan semua perkara ini, maka kejayaan akan berada di tangan anda. Dalam hal ini, imaginasi kreatif bukanlah satu angan-angan kosong, tetapi ianya adalah satu impian yang terarah dan telah mendatangkan kesan yang positif. Namun, kita jangan melakukan imaginasi kreatif yang menghala kearah yang negatif, kerana ia akan mengakibatkan kerugian kepada diri kita. Contohnya, anda telah pun berazam untuk melanjutkan pelajaran di universiti, namun perasaan bimbang sentiasa menghantui diri anda, Anda bimbang gagal, berfikir tentang gagal, selalu membayangkan bagaimana keadaan sekiranya gagal. Akhirnya keputusan yang diperolehi oleh anda gagal. Jadi sekiranya anda inginkan kejayaan , sentiasa berfikir tentang kejayaan bukan sebaliknya.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, imaginasi adalah daya khayalan, daya atau kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi merupakan satu perkara yang akan wujud pada manusia. Setiap orang mempunyai imaginasi yang tersendiri. Ia merupakan suatu perkara yang tidak boleh dielakkan atau dinafikan kewujudannya. Imaginasi mencakupi penglihatan fikiran, suara, rasa, sentuhan dan sensasi lain tubuh. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya. Hal ini terjadi kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan yang luar biasa.Kanakkanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara individu yang paling memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang paling rapat dengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh.Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University of Oregon in Eugene, kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka.Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukar mereka fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun dunia kanak-kanak sebelum kelahiran. Saya berpandapat imaginasi yang positif atau negatif adalah terletak pada individu tersebut. Antara kesan positif imaginasi ialah menghasilkan idea yang bernas. Imaginasi merupakan suatu perkara yang positif dalam kehidpan seseorang.Ia bermanfaat bukan sahaja dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam pekerjaan dan pembelajaran. Ia membantu kita membuat penilaian, keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Imaginasi juga merealisasikan impian yang kita harapkan. Lagi kuat imaginasi dan keinginan kita tetapkan, lagi besarlah peluang impian dan cita-cita itu untuk tercapai. Imaginasi yang positif merupakan satu tapak asas bagi ke arah cita-cita yang diimpikan. Ia memberikan ruang kepada setiap insan untuk membayangkan kehidupan masa akan datang. Ia juga memberikan motivasi kepada seseorang itu untuk meneruskan kehidupannya. Selain itu, kita mestilah berusaha dengan gigih unutk merealisasikan imaginasi itu. Imaginasi adalah ditentukan oleh setiap individu menerusi cara pelaksanaannya. Jika imaginasi yang positif, tanpa usaha ia sia-sia sahaja. Di samping itu, imaginasi yang positif memboleh seseorang itu berasa lega hati. Ini merupakan satu cara unutk mengurang tekanan diri kita. Kesan negatif pula ialah imaginasi yang tidak dilakukan dengan bijaksana. Antaranya mungkin menyebabkan seseorang hilang fokus pada sesuatu idea yang difikirkan, akan timbul perasaan dan perlakuan suka berangan atau berada dalam dunia khayalan yang tidak difahami oleh orang lain dan menyebabkan seseorang membuat sesuatu kerja tanpa mengikut kehendak sebenar arahan serta tindakannya boleh dianggap sia-sia atau tidak menepati kehendak. Justeru itu, kita harus berwaspada apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja yang suka berimaginasi.

menghasilkan mutu kerja yang rendah kerana asyik fikir kosong saja. Imaginasi juga tidak reslistik. Orang sekarang lebih suka berfikir kosong dan bercakap kosong. Bila diminta buat apa yang dikatakan itu, mereka terus melepaskan diri. Ini kerana mereka sentiasa berfikiran negatif. Belum cuba sudah mengalah. Sekian...

You might also like