You are on page 1of 10

lompat kangkang

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lompat Kangkang Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan Rancangan Mengajar Tahun 5 di bawah Tunjang Gimnastik Artistik memfokuskan kepada Pola Pergerakan seperti gerak edar dan putaran. Gerak edar bermaksud pergerakan badan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Putaran pula bermaksud pergerakan memusingkan keseluruhan anggota badan. Dalam kemahiran Gerak edar terdapat 3 bahagian gerakan badan iaitu lompat tegak ke hadapan , gelongsor kaki ke sisi bersilang dan lompat kangkang. Dalam Gimnastik Artistik pola pergerakan Gerak edar di bawah tajuk kemahiran Lompat Kangkang , pelajar-pelajar di dedahkah dengan pendedahan aktiviti berikut : - Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi - Langkah kaki kanan ke hadapan - Rapat kaki kiri pada kaki kanan - Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki. - Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan. - Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. - Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas. 3.1 Kemahiran berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi. Sebelum memulakan larian untuk Pola Gerak Edar Lompat Kangkang pelajar-pelajar perlu memahirkan diri dengan kemahiran berdiri tegak ini supaya mereka dapat memfokuskan penumpuan dan keseimbangan terhadap

kemahiran Lompat Kangkang ini. 3.2 Kemahiran Langkah kaki kanan ke hadapan Langkah kaki kanan ke hadapan untuk memulakan Pola Gerak Edar kemahiran Lompat Kangkang memberikan momentum dan kuasa pergerakan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat melakukan kekuatan gerakan otot dan kuasa hayunan untuk kemahiran Lompat Kangkang ini.

3.3 Kemahiran aktiviti Rapat kaki kiri pada kaki kanan Pelajar perlu memahirkan diri untuk menguasai kemahiran ini supaya tumpuan otot - otot utama yang terlibat contohnya Gasteriod dan Quadreceps dapat memberikan hayunan tenaga untuk membuat lompat kangkang. 3.4 Kemahiran Lompat sambil mengangkangkan keduadua belah kaki. 3.5 Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan. 3.6 Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. 3.7 Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas. 4.0 Ansur Maju aktiviti Lompat Kangkang Ansur Maju amat penting sebelum aktiviti kemahiran dijalankan untuk memberikan keyakinan kepada pelajarpelajar supaya kemahiran yang diajar dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. 4.1 Ansur maju melalui aktiviti lompat ke hadapan dengan

pendaratan Sebelah Kaki - Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi. - Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki melepasi gulungan tilam. - Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas. - Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas - Aktiviti dilakukan dengan mendarat dengan sebelah kaki. 4.2 Ansur maju melalui aktiviti lompat ke hadapan dengan pendaratan Dua belah kaki Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi. - Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki melepasi gulungan tilam. - Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas. - Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas - Aktiviti dilakukan dengan mendarat dengan dua belah kaki 4.2 Ansur Maju Fasa Layangan dan Fasa Pendaratan - Secara berpasangan , pelajar akan cuba melompat kangkang melepasi rakannya yang membongkok dan cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan. - Hayun kaki bebas dengan pantas - Paha pada posisi horizontal dan kekalkan posisi - Fasa lonjakan kaki bebas dibawa ke hadapan - Badan dinaikkan kehadapan - Kaki lonjak dibawa ke hadapan menyertai kaki bebas - Tangan dihayun ke atas cuba sentuh hujung kaki

semasa melakukan layangan. - Semasa menghala ke kawasan mendarat, tangan dihayun ke hadapan dan menghala ke bawah untuk bantu sasaran kaki - Kedua kaki dibawa ke hadapan dan diluruskan untuk mendarat - Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas. - Mata pandang ke hadapan 5.0 RINGKASAN MENGAJAR TAHUN 5 2007 Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Tarikh : 22 Oktober 2007 Hari : Selasa Masa : 07:45-08.15 ( 30 minit ) Tahun : 5 Bilangan Murid : Lelaki =15 Perempuan =16 Umur : + 11 Tahun Tunjang pembelajaran : Kemahiran Gimnastik Artistik Tajuk : Gimnastik Artistik Kemahiran : 6.1 Pergerakan dalam Gimnastik Artistik Kemahiran yang diajar : Lompat Kangkang Pengetahuan sedia ada 1. Murid pernah melakukan lompat tegak ke hadapan dan gelongsor kaki ke sisi bersilang dengan teknik yang betul semasa pembelajaran terdahulu. 2. Murid pernah melakukan pergerakan gerak edar , lompat tegak ke hadapan dan gelongsor kaki ke sisi bersilang dengan tema dan fasa yang betul 3. Murid pernah melakukan pergerakan gerak edar,

lompat tegak ke hadapan dan gelongsor kaki ke sisi bersilang dengan teknik yang betul. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran : PSIKOMOTOR : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Melakukan aktiviti pergerakan Lompat Kangkang dengan menggunakan keseluruhan anggota badan pada tahap kemampuan diri pelajar tersebut serta melakukan 3 percubaan Lompat Kangkang dengan teknik yang betul sekurang- kurangnya 3 kali KOGNITIF : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Menyatakan dengan betul tiga dari empat soalan-soalan yang berkaitan dengan Lompat Kangkang AFEKTIF : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Mendisiplinkan diri ketika melakukan aktiviti penilaian kendiri dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kumpulan ketika melakukan aktiviti berkumpulan. Pengabung jalinan : Bahasa Melayu dan Matematik Nilai-nilai Murni : Keberanian , Keyakinan dan Kerjasama

ABM / BBM : Carta Bergambar Lompat Kangkang Skital . Gulungan tilam alas dan tali LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi 3 minit 1.1 Memanaskan badan : a. slow jog b. Lari skip 1.2 Regangan dan kelonggaran 1.2.1 Quadriceps stretch 1.2.2 Adductor stretch 1.2.3 Lateral flexor stretch ( berpasangan ) - Lari perlahan dalam kawasan yang di tetapkan. - Lari lutut tinggi sambil hayun tangan tinggi. 1.2.1 Tarik kaki dari belakang. Cuba luruskan kaki tersebut, lakukan 6 10 saat. Kurangkan ketegangan, kemudian tarik kaki berkenaan sekali lagi dengan lebih kuat. Lakukan prosedur untuk kedua-dua belah kaki. 1.2.2 Luruskan kaki ke sisi badan dan paksakan ke arah lantai dan kekalkan 6 10 saat. Kurangkan tekanan dan tekan kaki berkenaan dengan kuat dan ulang untuk kaki berikutnya. Tolak menentang daya rakan;iaitu cuba menegakkan

badan, lakukan 6-10 saat. Lari mengelilingi kawasan 20m x 20m Dalam formasi bulatan 1.2.1 1.2.2 1.2.3 LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Perkembangan Langkah 1 ( 10 minit ) Memperkenalkan Lompat Kangkang Melalui penggunaan Carta. Ansur maju Lompat ke hadapan a. Sebelah Kaki b. Dua belah kaki Guru memperkenalkan Lompat Kangkang kepada pelajar dengan menggunakan carta berkenaan teknik lompatan dan otot-otot yang terlibat. 1. Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi 2. Langkah kaki kanan ke hadapan 3. Rapat kaki kiri pada kaki kanan 4. Lompat sambil mengangkangkan keduadua belah kaki.

- Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi. - Kedudukan kepada menghala ke hadapan. Dagu tinggi - Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas. - Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas - Mendarat dengan sebelah kaki - Mendarat dengan dua belah kaki

Carta Gambar teknik Lompat Kangkang Gulungan Tilam LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Perkembangan Langkah 2 10 minit Ansur Maju : c. Fasa layangan d. Fasa Pendaratan 5. Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan. 6. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. - Hayun kaki bebas dengan pantas - Paha pada posisi horizontal dan kekalkan posisi - Fasa lonjakan kaki bebas dibawa ke hadapan

- Badan dinaikkan kehadapan - Kaki lonjak dibawa ke hadapan menyertai kaki bebas - Tangan dihayun ke atas cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan. - Semasa menghala ke kawasan mendarat, tangan dihayun ke hadapan dan menghala ke bawah untuk bantu sasaran kaki - Kedua kaki dibawa ke hadapan dan diluruskan untuk mendarat - Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas. - Mata pandang ke hadapan Otot utama yang terlibat : i. Gasteriod ii. Hamstring group & rektus femoris iii. Quadreceps LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Perkembangan Langkah 3 4 minit Pertandingan Lompat Kangkang ( dengan 2 belah kaki ) Dua kumpulan A dan B Lompatan Kangkang -Pemenang kumpulan dinilai melalui Pendaratan dua belah kaki, berdiri tegak dengan mendepangkan ke dua belah tangan berdasarkan jumlah

kejayaan ahli kumpulan Penutup 3 minit Menyejukkan badan

1.2.4 Quadriceps stretch 1.2.5 Adductor stretch 1.2.6 Lateral flexor stretch ( berpasangan) - Tarik kaki dari belakang. Cuba luruskan kaki tersebut, lakukan 6 10 saat. - Kurangkan ketegangan, kemudian tarik kaki berkenaan sekali lagi dengan lebih kuat. Lakukan prosedur untuk kedua-dua belah kaki. - Luruskan kaki ke sisi badan dan paksakan ke arah lantai dan kekalkan 6 10 saat. Kurangkan tekanan dan tekan kaki berkenaan dengan kuat dan ulang untuk kaki berikutnya. - Tolak menentang daya rakan;iaitu cuba menegakkan badan, lakukan 6-10 saat.
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/lompat-kangkang.html

Monday, May 25, 2009

You might also like