You are on page 1of 8

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri Baharuddin, 2011).

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987).

KONSEP INTEGRASI DAN PERPADUAN

1) SEGREGASI

Definisi : Hubungan yang bersifat pemisah diantara etnik -etnik dalam sesebuah negara.

Ia berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan dan ciri-ciri etnik yang berlainan antarasatu sama lain.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti timpat tinggal, sistem pengangkutan dan kemudahan Awam.

Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti dasar apartheid. Contohnya di Afrika Selatan mengamalkan Dasar Apartheid.

2) AKOMODASI

Satu proses dimana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masingmasing.

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelopak yang berkonflik bersetuju atau menghentikan konflik dengan mengadakan interaksi secara damai.

Proses penyesuaian berlaku kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni ( kepelbagaian bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik). Contohnya di Malaysia kaum melayu, cina dan india hidup bebas mengamalkan budaya masing-masing.

3) AKULTURASI

Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat yang menerima tidak kehilangan identiti asal mereka.

Akulturasi lebih mudah dicapati kerana ia melibatkan benda bersifat kebendaan dan yang mendatangkan manfaat.

Contohnya : Tali leher, Angpau, Makanan.

4) ASIMILASI

Ia menjangkau semua kebudayaan dan boleh dijadikan satu keseluruan bersama.

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dab ras yang baru. Dengan syarat kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau di paksa berbuat demikian. Majoriti sanngup melepaskan hak istimewa mereka.

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik . Diwakili formula : A + B + C = D.

Contohnya : Melayu di Thailand , Cina di Kelantan , Baba dan Nyonya.

5) AMALGAMASI

Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang ebrlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Faktor yang menyebabkan berlakunya asimilasi:


Etnik yang berbeza budaya. Individu di dalam atau diantara etnik sering berinteraksi. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir , berperasaan secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Ia diwakili formula : A + B + C = A.

UNSUR-UNSUR INTEGRASI

Integrasi wilayah

Mengurangkan jurang ekonomi dan sosial antara wilayah maju dan mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia barat dan Malaysia timur dan pantai timur semenanjung malaysia dengan pantai barat semenanjung Malaysia. Usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

Integrasi ekonomi

Usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan.


Integrasi kebudayaan

Integrasi sosial

Usaha-usahameyatupadukan rakyat melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.

Integrasi pendidikan

Mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.

Integrasi politik

Usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

You might also like