You are on page 1of 9

1.

MAKSUD LARAS BAHASA

Laras bahasa bermaksud gaya dan penggunaan sesuatu bahasa digunakan/gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial berlainan merujuk kepada cara penggunaan sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang dan situasi seseorang penutur sewaktu berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. 2.0 2.1 JENIS-JENIS LARAS BAHASA Laras Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.

Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu? 2.2 Laras Perniagaan

Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli berangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis. Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak petrol empat liter. 2.3 Laras Ekonomi

Laras ekonomi berbentik ilmiah yang menggunakan istilah-istilah teknikal dan tidak mementingkan struktur ayat. Ia bersifat formal dan mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit. Setiap data dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statik. Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

2.4

Laras Akademik

Laras akademik boeh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, Laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik. Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti permintaan, kos modal, buruh dan susut nilai. Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembaskan bersifat alkali. 2.5 Laras Undang-Undang

Laras undang-undang merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal. Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan. 2.6 Laras Media Massa

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton. Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

2.7

Laras Sastera

Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bezanya, bidang yang diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya. Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

2.8

Laras Rencana

Laras rencana adalah satu laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan. Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, Proton Satria GTi masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara. 2.9 Laras Bahasa Agama Membincangkan isu agama. Penggunaan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa arab. Terdapat petikan Al-Quran dan hadis Struktur ayat yang digunakan banyak dipeangaruni oleh struktur ayat bahasa Arab Terdapat tamsil ibarat(kias) yang bertujuan memberi pengajaran kepada pembaca

2.10 Laras Bahasa Sukan Maklumat berkaitan dengan kegiatan sukan: Bahasanya yang ringkas, bersahaja dan jela. Terdapat istilah-istilah yang berkaitan dengan aktiviti dan pemilihan kosa kata yang senang difahami.

2.11 Laras Bahasa Sains dan Teknologi Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian dan fakta Mementingkan ketepatan dan kejelasan fakta Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal Penggunaan istilah-istilah pinjaman terutama daripada bahasa Inggeris Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif

3.0

CIRI-CIRI LARAS BAHASA

Menurut Ure & Ellis (1977), penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama iaitu: 3.1 Ciri Keperihalan Ciri Linguistik CIRI KEPERIHALAN terbahagi kepada dua jenis iaitu: Situasi Luaran Situasi Persekitaran

Situasi Luaran : bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan-perlakuan anggota masyarakat. Contohnya, huraian tentang bahasa melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan. Situasi Persekitaran : Mencakupi aspek-aspek terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa.

Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang mengakibatkan bahasa yang berlainan. Antaranya i. Cara penyampaian

Bentuk perhubungan yang digunakan berlainan, termasuklah jenis bahasa yang bersifat tulisan, isyarat dan sebagainya. Bahasa lisan berbeza daripada bahasa tulisan. Dalam bahasa tulisan terdapat pelbagai variasi seperti laporan, ucapan, esei, novel dan cerpen. ii. Perhubungan Sosial dan peribadi antara yang terlibat dalam sesuatu penggunaan bahasa. Terdapat dua aspek iaitu a) Berasaskan perkaitan peribadi, perhubungan antara individu dengan individu sebagai anggota dalam masyarakat. Terdapat pelbagai jenis hubungan peribadi. Perhubungan paling mesra seperti hubungan kekasih, suami isteri dan rakan karib. Hubungan peribadi formal seperti antara pekerja dengan majikan, yang berpangkat rendah dan berpangkat tinggi. b). Perhubungan yang tidak bersifat peribadi adalah seperti yang berlaku antara penghasil dan pembaca akhbar, buku dan majalah serta alat media lain. iii. Bahan yang Diperkatakan

Isi yang menjadi bahan perbincangan mewujudkan bahasa yang berlainan. Melibatkan aspek yang luas, dari perkara biasa dalam kehidupan sehinggalah kepada bidang-bidang khusus yang memerlukan kemahiran yang tertentu seperti isi yang menjadi bahan perbincangan mewujudkan bahasa yang berlainan. Melibatkan aspek yang luas, dari perkara biasa dalam kehidupan sehinggalah kepada bidangbidang khusus yang memerlukan kemahiran yang tertentu seperti bidang sains dan teknologi.

iii.

Fungsi fungsi sosial perlakuan bahasa .

Perlakuan bahasa diperlukan oleh sebab bahasa ialah bahagian utama perlakuan. Perlakuan sosial, misalnya bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud, dalam upacara tertentu. Dalam setiap situasi sosial terdapat penggunaan bahasa yang berlainan, dihasilkan oleh interaksi faktor-faktor seperti perbualan, orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi tersebut dalam masyarakat. Misalnya bahasa

digunakan untuk menghasilkan sesuatu maksud, bahasa dalam majlis tertentu seperti majlis akad nikah dan sebagainya. 3.2 CIRI LINGUISTIK Terdapat tiga aspek yang perlu diperhatikan dalam aspek linguistik, iaitu aspek kata yang digunakan dalam suatu laras, aspek ayat dan ketenunan. i. Aspek kosa kata

Aspek kosa kata ialah penggunaan kata dalam sesuatu laras, sama ada digunakan banyak istilah khusus, istilah umum ataupun gabungan kedua-duanya. Penggunaan istilah yang berlainan berdasarkan bidang akan dapat ditentukan jenis laras yang digunakan. Di samping itu, sesetengah laras menggunakan kata-kata pinjaman asing dan sebagainya. Pendek kata, dalam aspek kosa kata, segala aspek ayat akan dibincangkan untuk menunjukkan sesuatu laras itu mempunyai kata-kata tertentu yang berbeza dari laras-laras lain. ii. Aspek Ayat

Dalam aspek ayat penekanan ialah pada jenis dan juga binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras. Sesetengah laras menggunakan banyak ayat majmuk dan kurang ayat tunggal manakala laras yang lain pula proses pengguguran banyak berlaku dalam ayat-ayat yang digunakan. Pendek kata, dalam aspek ayat segala perkara yang berkaitan dengan jenis dan binaan ayat akan dibincangkan.

iii.

Aspek Ketenunan

Aspek ketenunan ialah keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks. Ini berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh laras sebagai kesatuan yang utuh ataupun sebaliknya. Sesetengah laras menggunakan unsur perulangan keratan rentas dan sebagainya untuk menunjukkan ketenunan sesuatu laras itu. 4.0 FUNGSI BAHASA

Pada dasarnya, bahasa memiliki fungsi-fungsi tertentu yang digunakan berdasarkan kebutuhan seseorang, yakni sebagai alat untuk mengekspresikan diri, sebagai alat untuk berkomunikasi, sebagai alat untuk mengadakan integrasi dan beradaptasi sosial dalam lingkungan atau situasi tertentu, dan sebagai alat untuk melakukan kontrol sosial. 5.0 5.1 FUNGSI BAHASA DALAM MASYARAKAT Fungsi bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi

Komunikasi merupakan akibat yang lebih jauh dari ekspresi diri. Komunikasi tidak akan sempurna bila ekspresi diri kita tidak diterima atau dipahami oleh orang lain. Dengan komunikasi pula kita mempelajari dan mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orang-orang yang sezaman dengan kita. Sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan saluran perumusan maksud kita, melahirkan perasaan kita dan memungkinkan kita menciptakan kerja sama dengan sesama warga. Ia mengatur berbagai macam aktivitas kemasyarakatan,

merencanakan dan mengarahkan masa depan kita. Pada saat kita menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, kita sudah memiliki tujuan tertentu. Kita ingin dipahami oleh orang lain. Kita ingin menyampaikan gagasan yang dapat diterima oleh orang lain. Kita ingin membuat orang lain yakin terhadap pandangan kita. Kita ingin mempengaruhi orang lain. Lebih jauh lagi, kita ingin orang lain membeli hasil pemikiran kita. Jadi, dalam hal ini pembaca atau pendengar atau khalayak sasaran menjadi perhatian utama kita. Kita menggunakan bahasa dengan memperhatikan kepentingan dan kebutuhan khalayak sasaran kita.

Pada saat kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, antara lain kita juga mempertimbangkan apakah bahasa yang kita gunakan laku untuk dijual. Oleh karena itu, seringkali kita mendengar istilah bahasa yang komunikatif. Misalnya, katamakro hanya dipahami oleh orang-orang dan tingkat pendidikan tertentu, namun katabesar atauluas lebih mudah dimengerti oleh masyarakat umum. Kata griya, misalnya, lebih sulit dipahami dibandingkan kata rumahatau wisma. Dengan kata lain, kata besar, luas, rumah, wisma, dianggap lebih komunikatif karena bersifat lebih umum. Sebaliknya, kata-kata griya atau makro akan memberi nuansa lain pada bahasa kita, misalnya, nuansa keilmuan, nuansa intelektualitas, atau nuansa tradisional. 5.2 Fungsi bahasa sebagai alat untuk mengidentifikasi diri.

Bahasa sebagai alat ekspresi diri dan sebagai alat komunikasi sekaligus pula merupakan alat untuk menunjukkan identitas diri. Melalui bahasa, kita dapat menunjukkan sudut pandang kita, pemahaman kita atas suatu hal, asal usul bangsa dan negara kita, pendidikan kita, bahkan sifat kita. Bahasa menjadi cermin diri kita, baik sebagai bangsa maupun sebagai diri sendiri.

5.3

Fungsi bahasa sebagai alat untuk menyatakan ekspresi diri

Bahasa menyatakan secara terbuka segala sesuatu yang tersirat di dalam dada kita, sekurang-kurangnya untuk memaklumkan keberadaan kita. Sebagai contoh, tulisan kita dalam sebuah buku, merupakan hasil ekspresi diri kita. Pada saat kita menulis, kita tidak memikirkan siapa pembaca kita. Kita hanya menuangkan isi hati dan perasaan kita tanpa memikirkan apakah tulisan itu dipahami orang lain atau tidak. Akan tetapi, pada saat kita menulis surat kepada orang lain, kita mulai berpikir kepada siapakah surat itu akan ditujukan. Kita memilih cara berbahasa yang berbeza kepada orang yang kita hormati dibandingkan dengan cara berbahasa kita kepada teman kita. Pada saat menggunakan bahasa sebagai alat untuk mengekspresikan diri, si pemakai bahasa tidak perlu mempertimbangkan atau memperhatikan siapa yang menjadi pendengarnya, pembacanya, atau khalayak sasarannya. Ia

menggunakan bahasa hanya untuk kepentingannya pribadi. Fungsi ini berbeza dari fungsi berikutnya, yakni bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.
8

5.4

Fungsi bahasa sebagai alat mengadakan integrasi dan adaptasi sosial

Bahasa merupakan salah satu unsure kebudayaan yang memungkinkan manusia memanfaatkan pengalaman-pengalaman mereka, mempelajari dan mengambil bagian dalam pengalaman tersebut, serta belajar berkenalan dengan orang-orang lain. 5.5 Fungsi bahasa sebagai alat mengadakan kontrol sosial

Bahasa merupakan alat yang dipergunakan dalam usaha mempengaruhi tingkah laku dan tindak tanduk orang lain. Bahasa juga mempunyai relasi dengan prosesproses sosialisasi suatu masyarakat.

You might also like