P. 1
Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

|Views: 4,969|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Nota Anatomi dan Fisiologi (PJM 3104)
Nota Anatomi dan Fisiologi (PJM 3104)

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Mar 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/08/2014

pdf

text

original

T o p ik

X

1

Pengenalan kepada Anatomi dan Fisiologi Manusia

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti sains anatomi dan fisiologi; 2. Mengenal pasti sistem rangka; 3. Mengenal pasti sistem sendi; dan 4. Mengenal pasti sistem otot.

X PENGENALAN
Anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan di antara bahagianbahagiannya. Perkataan ÂanatomiÊ berasal daripada perkataan Greek ÂanatomÊ yang bermakna „memotong‰, maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong (diseksi). Sementara itu, fisiologi pula boleh didefinisikan sebagai kajian tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Bidang ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan fizikal dan pergerakan yang berlaku dalam badan.

2 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Rajah 1.1: Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi manusia

1.1

SAINS ANATOMI DAN FISIOLOGI

Anatomi adalah satu kajian mengenai struktur tubuh dan hubungannya di antara satu sama lain. Anatomi juga dikenali sebagai kajian struktur tubuh. Terdapat beberapa jenis anatomi iaitu anatomi regional, anatomi fungsi dan anatomi makroskopik. Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau daerah. Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain anggota yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua bahagian tubuh badan. Anatomi fungsi pula adalah kajian tentang kedudukan dan hubungan antara satu bahagian tubuh dengan yang lain. Ia juga menerangkan tentang kegunaan setiap struktur dan sistem tisunya. Anatomi makroskopik adalah penglihatan struktur-struktur tertentu dengan hanya menggunakan mata kasar. Manakala, fisiologi pula adalah kajian yang berkaitan dengan fungsi pada keseluruhannya serta struktur dan organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan. Fisiologi juga dikenali sebagai kajian fungsi organ. Oleh itu, mari kita lihat apa yang dikatakan sebagai anatomi dan fisiologi.

1.1.1
(a)

Organisasi Struktur Tubuh

Kepala dan Leher Seperti yang kita ketahui, kepala adalah bahagian yang paling utama pada tubuh badan. Permukaan bahagian hadapan kepala dikenali sebagai muka. Manakala bahagian dalam kepala pula terdapat kaviti mulut, kaviti nasal, kaviti orbital, kaviti telinga dan kaviti kranium.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 3

Leher pula terletak di antara kepala dan toraks. Leher terdiri daripada bahagian atas esofagus, larinks, saraf-saraf kranial dan pembuluh darah. Selain daripada itu, kelenjar tiroid, paratiroid dan nodus-nodus limfa juga terletak di leher. (b) Badan Badan terbahagi kepada bahagian toraks, bahagian abdomen dan pelvis. Toraks (dada) terletak di antara leher dan abdomen. Toraks ialah bahagian atas trunkus. Terdapat beberapa bahagian utama di dalam toraks seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah, trakea dan esofagus. Rangka dinding toraks terbentuk oleh kolum vertebra di belakang, tulang-tulang rusuk di lateral dan tulang dada (sternum) di hadapan. Abdomen merupakan bahagian inferior trunkus badan. Ia dipisahkan daripada toraks oleh otot diafragma. Organ yang terletak di dalam abdomen terdiri daripada trek gastrousus, hepar, pankreas, pundi hempedu, limpa dan ginjal. Jika kita lihat, pelvis adalah bahagian paling bawah trunkus badan. Pelvis terletak di antara dua tulang pinggul. Organ yang terletak di dalam kaviti pelvis terdiri daripada pundi kencing, organ pembiakan internal dan juga bahagian bawah trek gastrousus. (c) Anggota Anggota tubuh badan juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu anggota atas dan anggota bawah. Anggota atas terdiri daripada bahagian bahu, lengan atas (brakium), siku (kubitus), lengan bawah (antebrakium) dan tangan (manus). Mari kita lihat satu persatu organ pada anggota atas. (i) Bahagian bahu Terdapat tiga kawasan pada bahagian bahu. Kawasan-kawasan tersebut dikenali sebagai kawasan pektoral atau dada di hadapan, kawasan skapula iaitu bahagian di sekitar tulang belikat (skapula) di belakang, dan aksila atau ketiak di sisi tubuh. Lengan atas (Brakium) Lengan atas adalah bahagian di antara bahu dengan siku.

(ii)

(iii) Siku (Kubitus) Siku atau kubitus merupakan kawasan di antara lengan atas dan lengan bawah. Permukaan hadapan siku terdapat satu rongga yang cetek yang dikenali sebagai fosa kubital.

4 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

(iv) Lengan bawah (Antebrakium) Lengan bawah adalah bahagian di antara siku dengan pergelangan tangan. (v) Tangan (Manus) Tangan terdiri daripada beberapa bahagian. Antara bahagianbahagian yang terdapat pada tangan adalah pergelangan tangan (karpus), tangan sebenar (metakarpus) dan jari (digit).

Anggota bawah terdiri daripada kawasan gluteal, paha, tungkai bawah dan kaki. (i) Kawasan gluteal Kawasan ini merupakan kawasan bulat di belakang, iaitu di antara badan dan hujung superior paha. Sendi pinggul terletak pada kawasan ini. Paha Adalah bahagian di antara pinggul dan lutut.

(ii)

(iii) Lutut (Genu) Lutut terletak di antara paha dan tungkai bawah. Permukaan belakang lutut terdapat satu rongga yang cetek dikenali sebagai fosa popliteal. (iv) Tungkai bawah Merupakan bahagian di antara lutut dan pergelangan kaki. Bahagian posterior tungkai bawah ini disebut sebagai betis. (v) Pergelangan kaki Pergelangan kaki adalah bahagian yang terletak di antara tungkai bawah dan kaki.

(vi) Kaki (Pes) Sebagaimana yang kita ketahui, kaki adalah bahagian yang paling distal pada anggota bawah. Permukaan atas kaki dikenali sebagai permukaan dorsal dan permukaan bawah pula dikenali sebagai plantar.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 5

Rajah 1.2: Pandangan hadapan tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

Rajah 1.3: Pandangan belakang tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

6 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

1.1.2

Tisu-tisu Tubuh

Apakah yang dimaksudkan dengan tisu tubuh? Pernahkah anda dengar mengenainya? Tisu adalah sekumpulan sel yang telah bersatu untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu. Terdapat empat jenis tisu utama di dalam tubuh manusia. Rujuk pada Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Empat jenis tisu utama di dalam tubuh manusia

(a)

Tisu Epitelium Terdapat tiga jenis tisu epitelium: (i) Epitelium turus Epitelium turus terdiri daripada satu lapisan sel sahaja dan berbentuk bulat. Hasil daripada tisu ini adalah kilang-kilang bendalir seperti kilang tiroid, kilang air liur dan kilang mamari (susu). Ianya terdapat juga di bahagian lapisan dalam perut, usus dan setengah dari lapisan saluran pernafasan. Fungsi tisu ini ialah untuk menghasilkan bendalir seperti lendir, bendalir perut, bendalir usus dan lain-lain. Selain daripada itu, tisu ini juga berfungsi untuk menyerap zat-zat makanan di dalam saluran penghadaman. (ii) Epitelium turus bersilia Ianya menyerupai epitelium turus, hanya dibezakan dengan bulubulu halus di hujung permukaan sel-sel yang dikenali sebagai silia. Epitelium turus bersilia boleh didapati di bahagian-bahagian seperti saluran pernafasan (berfungsi sebagai lapisan) dan rongga hidung. Silia akan sentiasa bergerak seperti pokok lalang yang ditiup angin. Pergerakkan ini akan menahan debu, kuman dan sebarang bendasing dari memasuki salur darah. Selain dari itu silia juga akan menyapu debu yang telah masuk keluar ke arah farinks (tekak).

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 7

Tisu ini juga boleh didapati di lapisan dalam saluran fallopian dan di salur lengkar sperma. Fungsi tisu ini di saluran fallopian adalah untuk membantu pergerakan ovum dari ovari ke rahim, manakala di salur lengkar sperma pula ia membantu pergerakan sperma dari tempat penghasilannya iaitu buah zakar ke arah zakar. (iii) Epitelium leper Terdapat dua jenis epitelium leper: x

Epitelium leper biasa
Terdiri daripada satu lapisan sahaja dan dibentuk dari sel-sel leper dan nipis seperti sisik ikan. Tisu ini membentuk struktur lapisan salur darah, salur limfatika, selaput paru-paru, selaput selom dan selaput jantung. Selain daripada itu, gelembung tenggorok di dalam paru-paru juga dibentuk daripada tisu ini.

x

Epitelium leper berlapisan
Tisu ini berlapisan di antara satu sama lain. Lapisan atasnya berbentuk leper manakala lapisan bawahnya pula berbentuk bulat. Terdapat sebanyak 12 lapisan atau lebih. Fungsi tisu ini adalah sebagai perlindungan. Ianya boleh didapati pada lapisan kulit luar (epidermis), selaput lapisan di mulut, farinks, kerongkong, faraj dan sesetengah bahagian salur kencing.

Fungsi utama tisu epitelium: x x x x (b) Perlindungan Membentuk kulit luar, lapisan dalam mulut, farinks, faraj, pundi kencing, selaput paru-paru dan selaput selom. Penghasilan bendalir Penyerapan Pergerakan Lapisan dalam perut dan usus. Lapisan dalam usus. Lapisan salur udara.

Tisu Otot Terdapat tiga jenis tisu otot: (i) Tisu otot terkawal x x Terlekat pada semua rangka tulang di mana pergerakannya boleh dikawal dengan kuasa otak (kemahuan). Ia terbina daripada sel-sel otot (gentian otot) yang berbentuk silinder.

8 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Rajah 1.5: Tisu otot terkawal Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

(ii)

Tisu otot luar kawal x x x x x Dikenali juga sebagai otot tanpa jalur atau otot licin. Terdapat di dalam organ seperti perut, usus, salur darah, pundi kencing, rahim dan lain-lain. Gerakannya tidak dapat dikawal oleh kemahuan (gerakan pantulan). Berbentuk bujur telur dan tidak panjang seperti tisu otot terkawal. Dalam setiap sel terdapat satu nukleus yang terletak di tengahtengah sel.

Rajah 1.6: Tisu otot luar kawal Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 9

(iii) Tisu otot jantung x x x x Terdiri daripada jenis otot luar kawal. Terdapat hanya di jantung sahaja. Mempunyai gentian yang bercabang dan sarkoplasmanya menunjukkan jalur-jalur yang tidak begitu nyata. Mempunyai kuasa penguncupan berirama, automatik, tanpa pengaliran utusan sarafnya. berlaku secara

Rajah 1.7: Tisu otot jantung Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Ciri-ciri tisu otot; (i) (ii) Penguncupan Berelastik asalnya. Berlaku apabila tisu otot menjadi tebal dan pendek.

Tisu otot berupaya diregangkan dan kembali ke saiz

(iii) Lesu Tisu otot menjadi lesu setelah melakukan penguncupan beberapa kali, ia perlu berehat seketika sehingga bekalan oksigen dan glukos yang baru di bawa oleh aliran darah kepadanya. Kemudian tisu otot boleh menguncup semula. (iv) Kesegaran otot Tisu otot akan sentiasa berada dalam keadaan separuh kuncup dalam keadaan rehat. Ini membolehkannya menguncup dengan segera tanpa membuang masa. (c) Tisu Saraf Tisu saraf terbentuk oleh neuron. Neuron terdiri daripada: (i) (ii) Badan sel; dan Fiber (gentian) terbahagi kepada dua iaitu dendrit dan akson.

10 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Sel saraf tidak boleh membiak seperti sel tubuh yang lain. Jika sel tersebut rosak atau musnah, ia tidak dapat diperbaiki. Walau bagaimanapun, jika ia rosak atau separuh musnah, sel tersebut masih boleh dipulihkan. Pada otak dan saraf tunjang, sel saraf berbentuk jirim kelabu, manakala gentian saraf pula berbentuk jirim putih. Fungsi utama Neuron: (i) (ii) Gerak balas terhadap rangsangan (penggalak); dan Pengaliran rangsang saraf melalui fiber-fiber neuron kepada strukturstruktur lain.

Sel neuroglia juga adalah jenis tisu saraf. Berfungsi sebagai tisu pengikat kepada sistem saraf dan melindungi sel-sel neuron daripada serangan bakteria.

Rajah 1.8: Tisu saraf Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 11

(d)

Tisu Pengikat Tisu pengikat dikenali juga sebagai tisu pengantara. Tisu pengikat merupakan tisu yang paling banyak berbanding tisu-tisu lain pada badan. Tugas tisu ini adalah sebagai penyangga dan mengikat struktur-struktur dalam tubuh. Tisu perantara terdiri daripada: (i) Tisu berfiber Terdapat dua jenis fiber: x Fiber ini boleh diregangkan. Fiber ini boleh Fiber elastik didapati pada dinding salur darah terutamanya pada salur nadi, cabang tenggorok dan gelembung tenggorok. Fiber tak elastik Terdapat pada tendon, ligamen, dura mater yang melitupi otak, fascia otot dan penutup berfiber yang melitupi pelbagai organ.

x

Rajah 1.9: Tisu berfiber Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan Fisiologi untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

(ii)

Tisu areolar Terdiri daripada fiber elastik dan fiber tak elastik. Terdapat banyak ruang halus pada tisu ini. Tisu ini terdapat pada seluruh tubuh badan terutamanya di bawah kulit tubuh, di sekeliling salur darah dan urat saraf dan juga pada semua selaput lendir (mukosa).

(iii) Tisu adipos Hampir serupa dengan tisu areolar cuma tisu ini dipenuhi oleh sel-sel lemak. Tisu adipos ini terletak di bawah kulit tubuh, mengelilingi jantung dan buah pinggang. Fungsi tisu ini adalah sebagai penyangga, perlindungan, penebatan dan juga sebagai stor penyimpanan bahan makanan kepada tubuh.

12 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Rajah 1.10: Tisu adipos Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

(iv) Tisu limfatika Terdiri daripada tisu fiber dan tisu areolar. Di dalam tisu ini terdapat berjuta-juta sel limfatika. Fungsi utamanya adalah untuk menghasilkan sel limfatika, sel plasma darah dan monosit (sejenis sel darah putih). Tisu ini juga memainkan peranan penting dalam serangan bakteria dalam tubuh. Organ tubuh seperti kura, tonsil, kilang limfatika dan tompok Peyer pada usus kecil dibentuk oleh tisu limfatika. (v) Tisu rawan Tisu ini sangat liat dan kuat. Hampir kesemua tulang berasal dari rawan dan kemudian diganti oleh tisu tulang. Terdapat tiga jenis tisu rawan iaitu: x Rawan-fiber Rawan ini membentuk piring rawan yang terletak di antara satu tulang ruas belakang dengan yang lain. Selain itu, ia juga membentuk rawan separuh bulat di sendi lutut dan sendi tulang ari-ari (simfisisis pubis). Rawan elastik Fiber-fiber elastik yang terdapat pada rawan ini membentuk rawan pinna (cuping telinga) dan di tudung tenggorok. Rawan hialin Rupa bentuk rawan ini licin dan berkilat seperti kaca. Ianya melitupi hujung tulang sendi. Selain itu, ia juga membentuk dinding rawan salur nafas dan rawan rusuk.

x

x

(vi) Tisu tulang Merupakan tisu perantara yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tisu tulang terbina daripada bahan organan dan bahan bukan organan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 13

(vii) Tisu darah Terdiri daripada sel darah dan plasma yang mengandungi bahan terlarut. Sel darah menyumbang 45% daripada isi padu darah, manakala plasma pula menyumbangkan 55%.

1.1.3

Homeostasis

Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium, sodium dan klorida) di dalam sel badan. Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenali sebagai pengawalan tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan, maklumat ini akan dihantar kepada regulator fisiologikal. Seterusnya, regulator fisiologikal akan menyebabkan perubahan kepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi keadaan tidak stabil tersebut. Misalnya, apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagian otot tertentu mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud dan mengakibatkan tindak balas negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan oksigen dihantar ke bahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnya menghapuskan ketegangan yang wujud. (a) Gangguan Homeostasis Gangguan homeostasis berlaku apabila permintaan terhadap sistem tubuh badan melebihi keupayaan sel tubuh badan untuk bertindak balas bagi mengekalkan keadaan asal. Namun, sistem tubuh badan akan bertindak untuk mewujudkan keadaan yang stabil (homeostasis). Contohnya, suhu badan meningkat semasa seseorang bersenam selama 60 minit, tetapi gangguan (peningkatan suhu badan) tersebut dapat diatasi selepas 40 minit, iaitu suhu badan dikekalkan tanpa peningkatan (Power & Howley, 2001). Rajah 1.11 menunjukkan proses gangguan homeostasis.

14 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Rajah 1.11: Proses gangguan homeostasis Sumber: Wee Eng Hoe. (2007). Sains kejurulatihan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

1.2

SISTEM RANGKA

Sistem rangka adalah amat penting bagi tubuh manusia. Ia dibentuk oleh rawan dan tulang. Ia merupakan rangkaian tulang yang berfungsi untuk menyokong dan melindungi beberapa organ yang lembut pada tubuh terutamanya yang terdapat pada tengkorak dan pelvis. Selain itu, sistem rangka juga bertugas sebagai alat tuas pada pergerakan. Ia juga menyediakan permukaan untuk penyambung otot-otot rangka. Pada sesetengah tempat, rangka dilengkapi dengan tulang rawan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 15

1.2.1

Fungsi Sistem Rangka

Terdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem rangka. Antara fungsifungsi itu adalah: (a) Perlindungan Tulang adalah struktur yang keras dan padat. Oleh kerana itulah ia sangat sesuai dijadikan perlindungan bagi tubuh manusia yang terdiri daripada tisu dan organ-organ penting. Contohnya, tulang tengkorak adalah satu perlindungan yang terbaik kepada otak manusia. Begitu juga dengan tulang rusuk yang melindungi jantung dan paru-paru dan lain-lain organ di bahagian toraks. Penyokong Tulang merupakan sokongan pada tubuh badan. Ia boleh menampung berat badan seseorang. Namun begitu, terdapat beberapa bahagian tulang yang mempunyai ligamen untuk menetapkan kedudukannya. Stor Penyimpanan Peranan lain yang dilakukan oleh sistem rangka adalah sebagai stor penyimpanan. Tulang berfungsi sebagai tempat menyimpan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit lemak. Pergerakan Kita dapat bergerak dengan adanya otot dan tulang. Otot bersambung ke tulang melalui tendon dan beberapa sambungan membolehkan pergerakan dilakukan. Penghasilan Sel Darah Sumsum merah yang terdapat pada beberapa tulang berkebolehan menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Proses ini dikenali sebagai hematopoiesis atau hemopoiesis.

(b)

(c)

(d)

(e)

1.2.2
(a)

Struktur Tulang

Struktur tulang boleh dilihat daripada dua aspek seperti berikut. Struktur Tulang (Pandangan mata kasar) Terdapat beberapa bahagian pada tulang. Bahagian-bahagian tersebut adalah: (i) (ii) Tulang keras; Tulang lempung;

(iii) Sumsum; dan (iv) Selaput periosteum yang melitupi tulang keras.

16 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Bahagian-bahagian tulang ini boleh dilihat pada Rajah 1.12.

Rajah 1.12: Keratan rentas binaan tulang Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rajah 1.13: Keratan rentas tulang panjang pada pandangan mata kasar Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

(b)

Struktur tulang (Pandangan melalui mikroskop) Tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakan sebagai sistem Havers. Salur Havers terdapat pada setiap salur halus yang terdapat pada unit-unit ini. Salur-salur Havers ini melintasi sepanjang tulang keras sejajar dengan permukaannya.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 17

Di sekeliling salur Havers ini pula, terdapat lingkaran papan-papan tulang atau lamellae yang tersusun di antara satu sama lain. Terdapat ruang-ruang halus di antara lingkaran papan-papan ini yang dinamakan sebagai lakuna di mana sel-sel tulang boleh didapati. Ruang-ruang halus ini pula bersambung di antara satu sama lain melalui salur halus. Zat-zat makanan disalurkan kepada tulang melalui saluran darah dan limfatika yang terdapat di dalam salur Havers.

Rajah 1.14: Sistem Havers (keratan melintang tulang keras) Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

1.2.3

Klasifikasi Tulang

Tulang-tulang pada sistem rangka diklasifikasikan mengikut bentuk dan pembentukannya. Terdapat enam jenis tulang iaitu: (a) Tulang Panjang (i) (ii) Panjangnya melebihi kelebaran atau ketebalannya; Mempunyai dua hujung (epifisis) dan badan atau syaf (diafisis);

(iii) Badan atau syaf dibentuk oleh tulang padat dan dilapisi tulang spongiosa dan terdapat rongga di tengahnya. Di dalam rongga ini terdapat sumsum; (iv) Bahagian hujungnya lebih besar daripada bahagian syaf;

18 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

(v)

Contoh bagi tulang panjang pada anggota di antaranya adalah klavikel, ulna, metakarpus tibia, fibula dan femur; dan

(vi) Tulang panjang biasanya terbentuk daripada tulang rawan.

Rajah 1.15: Tulang panjang dan bahagian-bahagiannya Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

(b)

Tulang Pendek (i) (ii) Mempunyai dimensi yang lebih kurang sama; Komponen tulang pendek adalah tulang spongiosa, sumsum dan diliputi oleh lapisan tulang padat yang nipis;

(iii) Berkembang daripada tisu rawan; dan (iv) Contoh bagi tulang pendek ialah tulang karpus tangan dan tulang karsus kaki. (c) Tulang Pipih (i) (ii) Terdiri daripada dua lapisan tulang padat iaitu tulang spongiosa dan sumsum; Berkembang daripada tisu mesenkima; dan

(iii) Contoh tulang pipih adalah sternum, skapula dan kebanyakan tulang tengkorak.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 19

(d)

Tulang Tidak Teratur (Tidak simetri) (i) (ii) Bentuk tulang ini tidak teratur atau campuran; Dibentuk oleh tulang spongiosa dan sumsum serta diliputi lapisan nipis tulang padat;

(iii) Sebahagian daripada tulang ini amat nipis dan terdiri keseluruhannya daripada tulang padat; (iv) Berkembang daripada rawan; dan (v) Contoh tulang tidak teratur adalah tulang vertebra, tulang pinggul dan beberapa tulang tengkorak yang mempunyai bentuk tidak teratur seperti sfenoid dan maksila.

(e)

Tulang Pneumatik (i) (ii) Dibentuk oleh tulang spongiosa dan dilitupi oleh tulang padat; Terdapat kaviti berongga atau sel-sel udara pada tulang spongiosa;

(iii) Ringan kerana terdapat udara dalam kavitinya; dan (iv) Contoh bagi tulang pneumatik termasuklah tulang frontal, etmoid dan temporal. (f) Tulang Sesamoid (i) (ii) Sesamoid membawa maksud biji; Tulang sesamoid terbentuk dalam beberapa tendon; dan

(iii) Contoh tulang sesamoid adalah tulang patela di hadapan lutut yang terletak dalam tendon kuadriseps femoris.

1.3

SENDI

Subtopik ini akan membincangkan aspek-aspek berkaitan sendi.

1.3.1

Konsep dan Definisi Sendi

Seperti yang diketahui umum, tulang adalah struktur yang begitu keras dan tidak boleh membengkok. Namun begitu, tulang adalah berasingan di antara satu sama lain dan terikat di antaranya dengan sendi melalui tisu perantara yang mudah lentur (fleksibel). Sendi bertanggungjawab terhadap semua pergerakan dan perubahan kedudukan tubuh. Boleh dikatakan di sini bahawa sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang. Sila rujuk rajah 1.16.

20 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Rajah1.16: Sendi Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

Fungsi sendi adalah bergantung kepada strukturnya. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan, semakin kuat sendi tersebut. Namun pergerakannya agak terbatas. Sebaliknya pula, jika longgar hubungan pada titik pertemuan, maka semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Kelemahan bagi sendi yang longgar hubungan pada titik pertemuan adalah ia mudah terkehel atau mengalami dislokasi. Pergerakan sendi juga amat dipengaruhi oleh kelenturan tisu perantara yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.

1.3.2

Jenis-jenis Sendi dan Strukturnya

Terdapat tiga jenis sendi yang utama iaitu: (a) Sendi Berfiber (Sinartrosis) Sendi ini mempunyai tisu berfiber yang menghubungkan permukaan artikular tulang. Tulang-tulang pada sendi ini terikat rapat antara satu sama lain dan ianya tidak mempunyai kaviti di dalamnya. Oleh kerana tulang terikat amat rapat di antara satu sama lain, maka pergerakan pada sendi ini amat sedikit atau tiada sama sekali. Sendi berfiber ini pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu: (i) Sendi sutur x x x Menghubungkan permukaan artikular tulang melalui lapisan nipis tisu berfiber. Amat ketat dan tiada pergerakan pada sendi sutur. Sendi ini bercantum dan menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, perhubungan antara tulang leper pada tengkorak.

x

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 21

Rajah 1.17: Sendi sutur (A= rajah skema sendi sutur: tulang-tulang dihubungi oleh lapisan nipis tisu berserat. B = pandangan superior tengkorak yang menunjukkan sendi sutur Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

(ii)

Sendi sindesmosis x x x Menghubungkan permukaan artikular tulang dengan tisu berfiber yang agak banyak. Boleh digerakkan dan tidak menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, sendi antara hujung bawah tibia dan fibula.

22 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Rajah 1.18: Sendi sindesmosis Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

(b)

Sendi Rawan Sendi rawan adalah di mana tisu rawan menjadi penghubung sendi bagi permukaan artikular tulang. Sendi ini juga mempunyai pergerakan yang sedikit atau tiada sama sekali. Sendi rawan terbahagi kepada dua: (i) Sendi rawan primer (Sinkondrosis) x x x Juga dikenali sebagai sendi rawan dihubungkan melalui rawan hialin. hialin kerana tulang

Sendi ini tidak bergerak dan menjadi tulang apabila dewasa. Contoh, plat episifis pada tulang yang baru tumbuh.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 23

Rajah 1.19: Sendi rawan primer Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

(ii)

Sendi rawan sekunder (Simfisis) x x x x Permukaan artikular tulang diselaputi rawan hialan di mana rawan hialin dihubungkan dengan tisu berfiber. Dikenali juga sebagai sendi rawan berfiber. Sendi ini boleh bergerak kerana tisu berfiber yang mencantumkan tulang-tulang di dalam sendi ini agak tebal. Contoh, sendi di antara badan vertebra.

Rajah 1.20: Sendi rawan sekunder (simfisis) Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

24 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

(c)

Sendi Sinovial Sendi sinovial adalah sendi yang paling banyak berfungsi pada tubuh badan. Sendi ini membolehkan pergerakan bebas berlaku antara tulangtulang yang terdapat di dalamnya. Terdapat pelbagai jenis sendi sinovial dan mereka mempunyai ciri-ciri yang serupa. Ciri-ciri tersebut adalah: (i) Rawan artikular atau hialin Bahagian tulang yang bersentuhan diliputi oleh rawan hialin. Ini membolehkan sendi dan tulang ini menampung berat tubuh seseorang. Ligamen kapsul Sendi sinovial dikelilingi dan diselaputi oleh sarung tisu berfiber yang berfungsi memegang tulang. Keadaan tisu berfiber ini sangat longgar, maka pergerakan bebas pada sendi ini boleh dilakukan. Ia juga berfungsi melindungi sendi daripada mengalami kecederaan. Ligamen kapsul ini biasanya melekat di sepanjang batas permukaan artikular.

(ii)

(iii) Kaviti sendi Terletak di antara permukaan artikular tulang, khususnya di dalam kapsul. (iv) Membran sinovial Merupakan lapisan epitelium skuamus ringkas yang menutupi permukaan dalam kapsul termasuk permukaan tulang di dalam sendi yang tidak diselaputi rawan hialin. Bendalir sinovial dirembeskan oleh sendi sinovial. Tujuannya untuk membolehkan sendi sentiasa basah dan membekalkan nutrien kepada rawan artikular. Setiap sendi mempunyai kandungan bendalir sinovial yang berbeza. Tujuan utama bendalir sinovial adalah untuk melicinkan pergerakan sendi. Terdapat enam jenis sendi sinovial: (i) Sendi satah/sendi melongsor x x x Tidak mempunyai paksi, maka dua permukaan datar tulang saling melongsor di antara satu sama lain. Tidak boleh melakukan pergerakan fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi atau putaran. Contoh, sendi karpus dan tarsus.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 25

(ii)

Sendi engsel x x Mempunyai hanya satu paksi transvers. Pergerakan terbatas kepada satu satah sahaja. Pergerakan ini menyerupai pergerakan pada engsel pintu iaitu tutup (fleksi) dan buka (ekstensi). Contoh, sendi siku. Mempunyai satu paksi yang membolehkan pergerakan putaran tulang. Contoh, putaran kepala radius pada sendi radioulna proksimal. Mempunyai dua paksi, iaitu paksi transvers dan paksi yang merentasi sendi sepanjang anterioposterior. Sendi ini boleh bergerak dalam dua arah iaitu ke belakang dan ke depan, fleksi dan ekstensi pada paksi transvers dan aduksi dan abduksi pada paksi anteriorposterior. Contoh, pergelangan tangan. Permukaan artikular kedua-dua tulang berbentuk pelana. Permukaan satu tulang berbentuk cembung dan satu lagi berbentuk cekung. Merupakan sendi elipsoid yang terubah suai dan boleh bergerak dengan lebih bebas. Contoh, metakarpus ibu jari. Permukaan artikular tulang berbentuk bulat dan boleh dimasukkan ke dalam soket tulang lain yang berbentuk seperti cawan. Sendi ini boleh bergerak dalam tiga satah: pergerakan fleksi dan ekstensi; abduksi dan aduksi; dan putaran dan sirkumduksi. Contoh, sendi bahu.

x (ii) x x x x

Sendi pangsi/sendi putar

(iii) Sendi elipsoid

x x x x x (v) x

(iv) Sendi pelana

Sendi lesung/sendi soket

x x

26 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Rajah 1.21: Jenis-jenis sendi sinovial Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

1.3.3

Fungsi Sendi

Fungsi sendi yang utama adalah untuk membuat pergerakan. Pergerakan pada sendi boleh dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu: (a) Gerakan Meluncur Merupakan pergerakan geseran di antara dua permukaan pipih. Contohnya adalah pergerakan antara tulang-tulang karpal dan tarsal. (b) Gerakan Bersudut Adalah diterangkan sesuai dengan arah pergerakan berlaku seperti fleksi, lenturan dan pelipatan. (c) Gerakan Putaran Menerangkan tentang satu tulang yang bergerak mengitari tulang lain atau di dalam tulang lain. Contohnya seperti putaran radius mengelilingi ulna.

Antara gerakan-gerakan lain yang berlaku adalah sirkumduksi iaitu kombinasi gerakan putaran dan bersudut. Gerakan ini selalunya melibatkan putaran dalam lingkaran. Contohnya pergerakan sirkumduksi adalah gerakan membawa lengan ke depan, ke atas, ke belakang dan ke bawah.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 27

AKTIVITI 1.1
1. Mengapakah tulang manusia sewaktu kanak-kanak lebih banyak daripada orang dewasa? 2. Senaraikan jenis-jenis sendi yang terdapat pada tubuh manusia.

1.4

SISTEM OTOT

Sebahagian besar daripada berat tubuh manusia adalah disumbangkan oleh otot. Kira-kira 40 hingga 50 peratus jumlah berat tubuh manusia terdiri daripada otot. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Untuk membolehkan otot berfungsi ia disambungkan pada tulang, tulang rawan, ligamen dan kulit. Otot yang terletak di bawah permukaan kulit berbentuk mendatar, manakala otot pada anggota gerak adalah berbentuk lebih panjang.

1.4.1

Jenis-jenis Otot

Otot terbahagi kepada tiga jenis: (a) Otot Jantung Berbentuk segi empat tepat dan dibentuk oleh gentian otot jantung. Merupakan sejenis otot bebas yang istimewa kerana ia boleh bertindak tanpa rangsangan saraf. Oleh itu, jantung adalah dikategorikan sebagai otot tak voluntari (otot luar kawal). Ia tidak boleh dikawal secara sedar. Gentian-gentian otot jantung bercabang antara satu sama lain. Cabangcabang ini membentuk seperti satu jaringan. Setiap gentian merupakan sel tunggal yang dikelilingi oleh membran sel. Semua gentian akan terangsang jika salah satu sahaja serat dalam jaringan tersebut dirangsang. (b) Otot Licin Ianya sama seperti otot jantung, di mana ia adalah otot tak voluntari. Perbezaannya dengan otot jantung adalah otot licin tidak berjalur. Gentian otot licin berbentuk fusiform (gelendong). Terdapat satu nukleus berbentuk bujur di tengahnya. Ukuran serat ini di antara 30 200 øm panjang dan bahagian yang terlebar berukuran antara 5 10 øm.

28 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Dua jenis tisu yang dibentuk oleh otot licin ialah: (i) Tisu otot visera (Unit tunggal) Selalu terdapat di dinding luar arteri dan vena kecil serta visera berongga seperti gaster, usus, uterus dan pundi kencing. Tisu otot ini terikat kuat antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan yang berterusan. Serat-serat akan terangsang apabila impuls dihantar melalui gelombang dalam bentuk kontraksi. Tisu otot licin (Berbilang unit) Setiap satu tisu otot ini mempunyai akhiran saraf motor yang tersendiri. Oleh yang demikian, hanya otot yang terangsang sahaja yang akan berkontraksi. Tisu ini boleh didapati di dinding arteri besar, saluran udara besar paru-paru, otot arektor pili yang melekat pada folikel rambut dan iris mata.

(ii)

Rajah 1.22: Tisu otot licin Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

(c)

Otot Rangka Kebanyakan otot ini melekat pada rangka dan menghasilkan pergerakan rangka. Dikenali juga sebagai otot voluntari kerana ia boleh dikawal secara sedar. Kadangkala ia dipanggil juga otot berjalur kerana mempunyai jalur yang merentasinya. Otot rangka selalunya melekat pada tulang dan merentasi satu atau lebih sendi. Pergerakan pada sendi akan terhasil apabila berlaku kontraksi. Namun, bagi otot rangka di muka, ia melekat pada kulit pada satu hujungnya. Keadaan ini membolehkan kita mengedut dan mengerutkan muka untuk menunjukkan emosi. Otot-otot ini lebih dikenali sebagai otototot ekspresi muka.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 29

Otot artikular pula adalah otot rangka yang mempunyai satu hujung melekat pada kapsul sendi. Tugas otot ini adalah menarik kapsul sendi semasa berlaku pergerakan supaya kapsul tidak terperangkap dalam sendi yang bergerak. Sfinkter pula adalah otot rangka yang berbentuk cecincin. Ia terdapat di sekeliling kelopak mata, bibir mulut dan anus. Konstriktor adalah otot rangka yang tersusun berbentuk tiub. Otot ini membentuk farinks dan bahagian atas esofagus.

Rajah 1.23: Keratan melintang otot rangka Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

1.4.2
(a)

Struktur dan Fungsi Otot Rangka

Struktur Internal Otot Rangka Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot ini merupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50 - 100 øm lebar dan panjang sehingga mencapai 10cm. Sel otot rangka berbentuk silinder dan panjang. Kita boleh melihat sel otot rangka ini dengan menggunakan mata kasar. Kebanyakan sel otot mempunyai nukleus di bahagian periferinya. Endomisium adalah otot perantara yang mengelilingi setiap serat otot. Fasikulus adalah nama yang diberi kepada sekumpulan serat otot bersamasama endomisiumnya. Bagi setiap fasikulus pula, ia dilitupi tisu perantara yang diberi nama perimisium. Sekumpulan fasikulus akan membentuk keseluruhan massa otot dan dikelilingi oleh epimisium. Serat otot merah adalah kandungan mioglobin yang tinggi pada serat otot rangka. Manakala, serat otot yang mempunyai kandungan mioglobin yang rendah dikenali sebagai serat otot putih.

30 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

(b)

Fungsi Otot Rangka Otot melakukan beberapa fungsi penting melalui kontraksi seperti: (i) Gerakan Gerakan adalah apa-apa sahaja gerakan yang berlaku sama ada boleh dilihat atau tidak. Gerakan luaran yang boleh dilihat adalah seperti berjalan, berlari, fleksi dan ekstensi anggota dan tubuh. Gerakan otot yang tidak boleh dilihat pula adalah seperti denyutan jantung, gerakan gaster dan usus semasa proses pencernaan dan kontraksi otot pernafasan. Penetapan postur Fungsi tisu otot juga adalah untuk menetapkan postur tubuh melalui kontraksi otot dan penetapan tegangan otot tanpa memendekkan otot. Aktiviti ini disebut sebagai kontraksi isometrik. Maksud kontraksi isometrik adalah kontraksi otot tanpa perubahan panjang. Sementara itu dalam latihan isotonik, beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan pergerakan dan berasaskan set ulangan maksimum serta membangunkan tiga komponen kecergasan iaitu kekuatan, kuasa dan daya tahan. Kelebihan latihan ini ialah ia menggunakan alat yang murah dan senang didapati contohnya berat bebas ataupun freeweights. Kekuatan dibangunkan melalui rangkaian pergerakan. Kelemahan latihan ini ialah beban tidak dikekalkan sepanjang rangkaian pergerakan. Tambahan pula, pertukaran berat untuk senaman yang berbeza memakan masa dan ini menyebabkan masa latihan terbuang. Penghasilan haba Untuk melakukan kontraksi, otot memerlukan tenaga. Jadi apabila berlaku kontraksi otot, haba akan dihasilkan. Haba yang dihasilkan ini berfungsi untuk menetapkan suhu tubuh badan. Adalah dianggarkan 85% daripada haba badan adalah terhasil dari kontraksi otot.

(ii)

(iii)

1.4.3
(a)

Lokasi dan Tindakan Otot Utama

Lokasi Otot kebanyakannya melekat secara langsung atau melalui tendon atau aponeurosis kepada tulang, rawan, ligamen atau fasia. Terdapat otot yang yang melekat pada organ dan ada juga yang melekat pada kulit. Otot yang berkontraksi akan menjadi pendek, tetapi salah satu tempat perlekatannya biasanya kekal, tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 31

Istilah punca (pelekatan proksimal) otot diberikan kepada bahagian yang tidak bergerak atau bergerak sedikit. Manakala istilah penyelitan (pelekatan distal) pula diberikan kepada bahagian yang yang bergerak atau bergerak lebih. Contoh, satu hujung otot bisep braki yang terletak di hadapan lengan atas melekat pada skapula dan hujungnya yang satu lagi melekat pada radius di lengan bawah. Apabila fleksi dilakukan oleh sendi siku untuk mengangkat barang, bisep braki berkontraksi. Hujung otot yang melekat pada skapula tetap dan tidak bergerak, tetapi hujung yang melekat pada radius menarik lengan bawah dan bergerak. Sebaliknya, jika kita memegang batang besi tetap yang terletak di atas kita dan menaikkan tubuh ke atas, hujung otot yang melekat pada radius akan tetap, tetapi hujung yang melekat pada skapula menarik tubuh ke atas dan bergerak.

Rajah 1.24: Pergerakan fleksi sendi siku Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

Oleh yang demikian, istilah punca dan penyelitan amat mengelirukan. Istilah baru diperkenalkan untuk mengelakkan kekeliruan. Istilah tersebut adalah perlekatan proksimal dan perlekatan distal. Hujung otot yang terletak berhampiran dengan tubuh badan dirujuk sebagai perlekatan proksimal. Manakala hujung otot yang terletak jauh dari tubuh badan atau hujung yang melekat pada organ dirujuk sebagai perlekatan distal.

32 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

(i)

Tindakan otot utama Terdapat empat cara tindakan yang dilakukan oleh otot. Tindakan tersebut adalah penggerak utama (prime mover), antagonis, penetap (fixator) dan sinergistik. Penggerak utama Sesuatu otot menjadi penggerak utama apabila otot tersebut bertindak sebagai otot yang utama atau sebahagian daripada sekumpulan otot yang bertanggungjawab terhadap sesuatu gerakan tertentu. Contohnya, otot bisep braki di hadapan lengan atas menjadi penggerak utama dalam gerakan fleksi sendi siku.

(ii)

(iii) Antagonis Antagonis adalah otot yang pergerakannya berlawanan dengan penggerak utama. Sebangai contoh, otot trisep yang terletak di belakang lengan atas melawan tindakan otot biseps braki apabila sendi siku berada dalam keadaan fleksi. Otot antagonis perlu berada dalam keadaan relaksasi yang seimbang sebelum otot penggerak boleh berkontraksi. Tindakan ini dikenali sebagai perencatan refleks saraf.

Rajah 1.25: Otot biseps braki dan triseps Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

(iv) Penetap Penetap adalah otot yang berkontraksi secara isometrik. Ini bermaksud otot mempunyai panjang yang tetap dan ketegangan meningkat. Tindakan penetapan dilakukan untuk menstabilkan perlekatan proksimal otot penggerak utama. Ini akan menghasilkan tindakan otot yang berkesan. Contoh, otot yang melekatkan girdel pektoral pada badan. Otot ini berkontraksi sebagai penetap untuk membolehkan otot deltoid bertindak lebih berkesan pada sendi bahu.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 33

(v)

Sinergistik Berfungsi sebagai penstabil sendi intermediat dan menghalang sebarang gerakan yang tidak diperlukan. Contohnya otot fleksor dan ekstensor pergelangan tangan berkontraksi untuk menetapkan sendi pergelangan tangan. Dengan ini, otot fleksor dan ekstensor panjang bertindak dengan cekap pada sendi-sendi jari tangan.

Otot-otot boleh menjadi sama ada penggerak utama, antagonis, penetap atau sinergistik. Semua tindakan ini adalah bergantung kepada gerakan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu.

AKTIVITI 1.2
1. Berpandukan laman web ini, www.bio.psu.edu/faculty/strauss/ anatomy/biology29.htm, senaraikan dapatan yang berkaitan dengan hubung kait antara sistem tubuh. 2. Apakah kepentingan anatomi dan fisiologi kepada kehidupan kita? 3. Bagaimana sistem-sistem organ yang lain berhubung kait dengan sistem rangka dari segi fisiologi? 4. Apakah peranan sistem rangka kepada sistem organ yang lain?

x x x

Sains anatomi dan fisiologi menunjukkan tentang organisasi struktur tubuh. Organisasi struktur tubuh mengandungi kepala dan leher, badan dan anggota. Tisu-tisu tubuh terbahagi kepada empat bahagian iaitu tisu epitelium, tisu otot, tisu pengikat dan tisu saraf. Usaha organisma mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium, sodium dan klorida) dalam sel badan dikenali sebagai homeostasis. Sistem rangka berfungsi sebagai perlindungan, penyimpanan, pergerakan dan penghasilan sel darah. penyokong, stor

x x x

Struktur tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakan sebagai sistem Havers. Tulang boleh diklasifikasikan kepada enam jenis iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih, tulang tidak teratur (tidak simetri), tulang pneumatik dan tulang sesamoid.

34 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

x x x x

Sistem sendi terbahagi kepada tiga iaitu sendi berserat (sinartrosis), sendi rawan dan sendi sinovial. Sendi berserat (sinartrosis) terbahagi kepada dua iaitu sendi sutur dan sendi sindesmosis. Sendi rawan pula terbahagi kepada dua iaitu sendi rawan primer (sinkondrosis) dan sendi rawan sekunder (simfisis). Sementara itu sendi sinovial adalah sistem sendi yang terakhir. Sendi ini mempunyai ciri-ciri sendi sinovial seperti rawan artikular atau hialin, ligamen kapsul, kaviti sendi dan membran sinovial. Terdapat enam jenis sendi sinovial iaitu sendi satah/sendi melongsor, sendi engsel, sendi pangsi/sendi putar, sendi elipsoid, sendi pelana dan sendi lesung/sendi soket. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu otot jantung, otot licin dan otot rangka. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot ini merupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50 -100øm lebar dan panjang sehingga mencapai 10cm. Sel otot rangka berbentuk silinder dan panjang. Otot rangka berfungsi sebagai agen penggerak, penetapan postur dan penghasilan haba. Tindakan otot utama ialah sebagai penggerak utama, antagonis, penetap dan sinergistik.

x

x x x x

x x

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 35

Antagonis Endomisium Gerakan bersudut Gerakan meluncur Gerakan putaran Hematopoiesis Hemopoiesis Homeostasis Homeostasis Insertion Klasifikasi tulang Lokasi dan tindakan otot utama Organisasi struktur tubuh Origin Otot jantung Otot licin Otot rangka Penetap Penggerak utama Perimisium

Regulator fisiologikal Sains anatomi Sains fisiologi Sinergistik Sistem otot Sistem rangka Sistem sendi Sistem tisu Stor penyimpanan Struktur tulang Tisu epitelium Tisu otot Tisu pengikat Tisu saraf Tulang panjang Tulang pendek Tulang pipih Tulang pneumatik Tulang sesamoid Tulang tidak teratur (tidak simetri)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->