LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES “IS KEVIN BLUFFING “

1.0 PENDAHULUAN. Berdasarkan lampiran 8, saya dan kumpulan telah menjalankan suatu analisis kes yang bertajuk ” Is Kevin Bluffng ” oleh Carol Yake. Artikel ini menceritakan tentang kepayahan seorang guru iaitu Carol Yake yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya. Selain itu, ia juga menyelitkan tentang konflik dalaman yang dialami oleh murid tersebut iaitu Kevin.

2.0 SINOPSIS. Lampiran ini bermula apabila seramai 23 orang murid gred enam di Lockhaven Elementary School tergamam melihat aksi rakan sekelas mereka, Kevin yang bertenggek di bahagian kekisi tangga diluar kelas mereka seperti mahu membunuh diri. (m/s 143, perenggan 1 baris 3-4). Kevin merupakan seorang murid yang bermasalah dan didiagnosis sebagai psikotik serta sepatutnya dimasukkan ke dalam kelas masalah tingkah laku, namun disebabkan beberapa masalah dia ditempatkan kedalam kelas Miss Carol(m/s 143, perenggan 3 baris 1-4). Kebanyakan rakan kelas Kevin takutkannya kerana mereka pernah melihat dia memukul Miss Carol (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6). Disebabkan masalah tingkahlaku yang ditimbulkan, Guru Besar sekolah akan meminta John Patterson, pembantu sekolah untuk mengeluarkan Kevin dari kelasnya dan dihantar ke bilik Miss Allison King, guru kelas masalah tingkahlaku. Di situ dia akan dikenakan “Time-out” dalam kurungan kayu sehinggalah dia bertenang. Dia akan dimasukkan ke kurungan, jika melakukan kesalahan kerana dia telah difahamkan oleh Miss carol dan Allison tentang salah laku yang boleh menyebabkan dia ke situ. (m/s 144, perenggan 8). Beberapa minggu sebelum itu, dia juga pernah mengugut untuk memecahkan tingkap kelasnya dengan tujuan untuk menakutkan Miss Carol namun membatalkan hasratnya apabila Miss Carol memberitahu bahawa ibu

Miss Carol juga kesal dengan sikap Ibu Kevin yang tidak mengambil berat tentang Kevin dalam menyelesaikan masalah tingkah laku Kevin. rakan-rakan dan lain-lain. Contohnya interaksi antara guru dengan ibu bapa. Pada suatu hari. (m/s 145.2 Teori seterusnya yang berkaitan adalah teori keperluan permodelan Albert Bandura. 3. gurunya. Terdapat satu system yang dikenali sebagai mikrosistem iaitu persekitaran yang mana individu itu menghabiskan paling banyak masa dan berlaku secara langsung. Pada masa inilah yang Miss carol menyedari bahawa melalui pengalaman lampaunya. ditimbulkan persoalan adakah Miss carol bersalah jika Kevin mati. (m/s 145. terdapat pula mesosistem yang terdiri daripada gabungan mikrosistem. 3. perenggan 15). perenggan 17). perenggan 13).0 TEORI YANG BERKAITAN 3. Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang berasaskan interaksi diantara individu dengan ibu bapanya. didapati pelbagai tingkahlaku . keluarga dengan sekolah. Hasil kajian Bandura & Walters pada 1963. semasa di kawasan tapak permainan Kevin telah memberitahu kepada Miss Carol tentang bapanya yang suka memukulnya dan Miss Carol juga tahu yang Ibu Kevin telah pun berkahwin lain tetapi hasil penderaan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Kevin. Dan pada tahap yang lebih tinggi. perenggan 9&10). Misalnya keadaan di rumah mempengaruhi keadaan seseorang di sekolah. Dalam kes yang dikaji.Kevin yang terpaksa membayar kesemua cermin tingkap yang dia pecahkan. dapat dilihat perkaitan teori ini apabila tingkah laku ganas Kevin telah menakutkan rakan-rakan sekelasnya yang lain (m/s 144. (m/s 144.1 Teori yang terlibat dalam kajian kes ini ialah teori Ekologi Bronfenbrenner dimana ia menekankan tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya terhadap perkembangan individu. (m/s 145. dia belajar mengawal orang di sekelilingnya dengan keganasan termasuklah keluarganya sendiri. Apabila terdapat masalah dalam satu mikrosistem. Pada penghujung lampiran ini. perenggan 4 baris 36) ataupun Kevin yang menghadapi konflik dalaman tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Miss Carol.ia akan menjejaskan mikrosistem yang lain.

(m/s 145. Penggunaan model ini lebih kurang sama dengan modifikasi tingkah laku tetapi melibatkan kewujudan set peraturan (rules) yang diikuti dengan penggunaan ganjaran dan hukuman sebagai lanjutan (consequence). (m/s 144. akan tetapi dia telah melanggarnya dan mendapat hukuman(time-out) (m/s 144. kemahiran bersosial dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dilihat pada Miss Carol yang mampu mendekati Kevin dan bersimpati terhadap perasaannya. Contoh dalam kes ini. perenggan 13) 4. persaingan. 5. Manakala bagi Kevin pula. peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain. baris 3).1 MODEL DISIPLIN BILIK DARJAH 5. sikap ganas bapa Kevin telah menyebabkan Kevin menjadi sepertinya apabila cuba mmengawal orang lain melalui keganasan. Selain itu. Dalam kes ini. perenggan 11. guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah untuk mengukuhkan lagi tindakan ini.sosial seperti keagresifan. kemahiran mengenalpasti emosi orang lain dan lain-lain. perenggan 8 ) .0 MODEL YANG BERKAITAN 5.0 KONSEP YANG BERKAITAN 4.1 Konsep kecerdasan emosi ialah dimana individu mempunyai beberapa kemahiran sosial serta kemahiran mengawal emosi seperti kemahiran berempati. Model asertif membolehkan guru untuk menjelaskan tingkah laku yang dikehendakinya daripada murid.1 Terdapat dua model disiplin bilik darjah yang diceritakan didalam kes yang dikaji ini.1. Pertama ialah model Asertif oleh Lee Canter. Miss Carol dan Miss Allison telah membuat satu senarai peraturan yang perlu diikuti oleh Kevin. Bantuan diperlukan daripada ibu bapa. dia dilihat tidak mempunyai kemahiran meregulasikan emosinya dan tidak mengenalpasti emosi orang lain. Dalam kes ini.

1. Murid perlu diberi pilihan dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukan oleh guru. Tambahan lagi. (m/s 144. Ini tidak langsung akan mengajar murid tentang tanggungjawab. perenggan 9&10 ) 6. dan ini lebih berkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri. berpendapat murid boleh dibantu oleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku. Dalam kes yang dikaji. Bermula sejak Januari tahun 2009.2 Model yang kedua ialah model Akibat Logikal Dreikurs. sebagai pelajar Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ini kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi terhadap psikologi dan fisiologi murid yang berkenaan. Cadangan kedua pula ialah dengan menghantar Kevin.0 CADANGAN STRATEGI Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan iaitu dengan membawa Kevin kepada guru disiplin.5. Ini kerana mereka ini merupakan golongan professional yang lebih pakar untuk membantu menyelesaikan masalah tingkah lakunya. Dreikurs (1968). kaunseling juga boleh diadakan kepada pihak penjaga Kevin. Tindakan yang dikenakan adalah berpatutan dengan kesalahan dan dilakukan dengan tujuan pengajaran bukannya bersifat mendera. Institut Pendidikan Guru kampus Darulaman diwajibkan untuk mempelajari subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) di bawah . Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentang akibat tingkahlakunya dan berjaya menghalang gangguan darinya. REFLEKSI HASIL PEMBELAJARAN SEPANJANG KURSUS. murid bermasalah tingkah laku berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatrik. Miss Carol boleh membawanya berjumpa dengan guru disiplin.

Selain itu dalam sukatan yang diberikan jugaterdapat cara-cara menjadi seorang guru yang efektif dan asertif. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana kondusif yang mana mementingkan keselesaan murid untuk belajar. bagaimana mewujudkan hubungan dengan kelurga dan oihak sekolah dalam menyelesaikan masalah tersebut serta beberapa model untuk mengawal iklim bilik darjah. Antara contoh yang dapat saya beri ialah cara guru untuk mewujudkan hubungan ”Rapport” dengan murid. Antaranya ialah beriltizam. lebih-lebih lagi di zaman alaf baru ini. salah seorang pensyarah kelas kami. Bagi subjek ini. selain perubahan susunan kerusi meja dari bentuk tradisi kepada pelbagai susunan lain yang memberikan murid persekitaran yang lebih bebas. berwawasan. penggunaan model-model disiplin. secara dasarnya dapat saya katakan kandungan pelajarannya adalah lebih kepada pemahaman sebagai seorang guru terhadap beberapa model atau konsep mahupun teori-teori pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. model modifikasi tingkah laku Skinner. Selain itu. guru harus mememenuhi beberapa ciri-ciri untuk menjadi guru yang efektif. Melalui ilmu yang dicurahkan beliau. berpandangan global. Model-model ini adalah berdasarkan kepada kes-kes realiti dalam dunia pendidikan yang dikumpul sebagai pendedahan awal kepada guru-guru pelatih untuk mengkaji masalah tingkah laku murid dan cara pengurusannya. Pada zaman moden hari ini. sentiasa bersikap positif . dan lain-lain. ruang pergerakan untuk interaksi guru dan murid serta sudut-sudut tertentu untuk bahan pengajaran dan informasi. Banyak ilmu yang telah saya pelajari sehingga hari ini bagi subjek yang telah dikendalikan oleh Pn Hjh Rusyati Bt Hanafiah. sebagai pengurus bilik darjah. Permulaan tajuk yang saya pelajari konsep pengurusan bilik darjah sekolah rendah. Konsep pengurusan yang diperkenalkan juga adalah bergantung kepada jenis-jenis murid seperti murid bekeperluan khas termasuklah kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza dari murid normal. ia membekalkan saya dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid khususnya waktu ditugaskan ke sekolah nanti.kendalian Jabatan Ilmu Pendidikan. dalam dunia pendidikan di seluruh dunia banyak konsep bilik darjah telah diperkenalkan.

faktor-faktor yang mempengaruhinya dan strategi-strategi untuk membina hubungan positif bersama murid. bermusyawarah dan berpandangan global. Model Akibat Logikal Dreikurrs. guru harus mewujudkan set peraturan di dalam bilik darjah. Seterusnya dalam tajuk peranan guru dalam bilik darjah pula diibaratkan guru sebagai seorang pemandu yang sentiasa mengawal persekitaran pembelajaran untuk mencipta suasana pembelajaran yang kondusif. model asertif Canter. Dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif. Menyusul pula tajuk seterusnya adalah berkaitan juga dengan pengurusan bilik darjah tetapi dalam aspek hubungan guru-murid. Ini kerana persekitaran murid mampu mempengaruhi proses pembelajarannya dan memberi kesan kepada tingkah laku murid tersebut baik dari segi fizikal mahupun psiko-sosial. pengamalan budaya keguruan juga harus dihayati seperti amalan membaca. peraturan yang diwujudkan adalah dibawah kuasa guru sepenuhnya dan jika boleh. Tetapi guru juga boleh bertindak bijak dengan memberikan murid peluang untuk menentukan peraturan mengawal tingkahlaku sendiri dan dipersetujui oleh guru yang dikenali juga sebagai kontrak. Selain itu dalam tajuk pengurusan disiplin bilik darjah yang merangkumi konsep disiplin bilik darjah dan model-model disiplin seperti modifikasi tingkahlaku. Ini merangkumi aspek ujian dan peperiksaan serta pengurusan sumber maklumat murid. saya banyak mempelajari kepentingan membina hubungan guru-murid. Antara contohnya ialah dari perkara yang paling ringkas dengan menghafal nama murid dan juga menghubungi pihak keluarga. Akan tetapi. model kelompok Kounin dan model Terapi . sila dapatkan persetujuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mengelakkan masalah di masa akan datang. Dalam tajuk ini. Ini dilakukan sebagai memberi garis panduan kepada murid tentang batasanbatasan yang perlu mereka patuhi semasa berada di dalam kelas.dan sentiasa berorientasikan maklumat. Selain mengurus insan. guru juga bertanggungjawab mengurus pentaksiran dalam bilik darjah. biarpun sekadar bertanya khabar mereka. Selain itu. Perkara ini penting untuk menilai kemajuan prestasi murid disamping merekod perkembangan atau masalah murid untuk rujukan ibu bapa mahupun pihak-pihak lain seperti kementerian pendidikan dan pihak hospital.

Ini dapat dilakukan dengan . keperluan murid tersebut. guru haruslah bijak mempertimbangkan model mana dan bila masa yang sesuai untuk digunakan supaya masalah disiplin murid dapat diselesaikan. Contohnya dalam model modifikasi tingkah laku. Contohnya dengan menghantar murid berjumpa ke pihak kaunselor. tingkah laku bermasalah seperti tingkahlaku disruptif dan destruktif iiaitu vandalisme. Akan tetapi perlu diingat. Walaupun masalah disiplin ini berat. Keseluruhan model ini mempunyai tujuan yang sama iaitu mengawal tingkah laku yang bermasalah disiplin. Terdapat beberapa elemen yang ditekankan seperti kaitan persekitaran murid dengan masalah tingkah lakunya. prinsip motivasi dan peneguhan serta lain-lain yang mana sehingga hari ini masih diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah-sekolah. Walaupun model yang dikemukakan mempunyai kekuatan. pujian dan dendaan untuk mengubah tingkah laku yang yidak diingini. sebarang hukuman yang dijatuhkan ke atas murid haruslah bertujuan memberi pengajaran bukannya mendatangkan kecederaan. Sepanjang sesi syarahan yang melibatkan tajuk ini saya dapati ia menarik dan masih relevan untuk diaplikasikan tetapi perlu diadaptasikan dengan keadaan murid pada hari ini. Skinner. Antara sebab-musabab terjadinya masalah ini ialah pengaruh sosio-budaya murid tersebut serta faktor pengalaman lampaunya yang penuh konflik dan trauma. meggunakan teknik disiplin seperti modifikasi tingkahlaku serta dirujuk kepada gur disiplin. baik dari segi fizikal mahupun emosi. baru saya mempelajari tentang masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah.Kemudian. bentuk peneguhan negatif seperti ini menjadi pilihan terakhir yang dipilih oleh guru. Justeru.saya mendapat banyak input yang saya rasakan hampir 50 % kandungan subjek ini berkaitan dengannya. melawan guru serta sebab-sebab berlakunyya masalah-masalah ini. Jika boleh. tokoh model ini menekankan tentang penggunaan peneguhan seperti ganjaran. model-model tersebut juga mempunyai kelemahan. Selain itu. guru haruslah bersikap asertif sejak dari mula mengajar pada awal tahun. Tajuk ini merangkumi jenis-jenis masalah disiplin seperti buli dan gangsterisme. tetapi ia juga mempunyai pengurusan tertentu bagi mengurangkan maslah ini. Justeru. dikatakan tingkah laku individu adalah dirangsang oleh persekitarannya dan individu akan bertindak mengikut rangsangan tersebut.Realiti.

pensyarah harus memikirkan alternatif lain supaya pembentangan dapat dijalankan dengan lancar. guru akan kenakan tindakan ke atas murid tersebut. pasti sesi itu akan tergendala kerana masalah yang terjadi untuk menyambungkan paparan ”slideshow” dari komputer kepada ”projector”. pelajar dapat menyerlahkan kekreatifan masing-masing. Mungkin juga pembentangan boleh dilakukan dengan cara yang bebas. dapat dilihat ia meggunakan aplikasi prinsip ”pudaran(fading)” dengan menegur terus atau mengambil tindakan atas kesilapan yang dilakukan murid. Semasa sesi pembentangan. Pertamanya untuk mengatasi malah tentang pembentangan. Hal ini terjadi kerana pelajar tidak membawa komputer peribadinya sendiri untuk digunakan. Antaranya yang paling banyak masalah ialah semasa proses pembentangan pelajar. pensyarah dan pelajar harus bersama-sama menambah ilmu untuk menggunakan kelengkapan komputer supaya tidak timbul masalalah. supaya tiddak bergantung kepada penggunaan ”powerpoint” sahaja. Disampin itu. Melalui cara ini juga. Pelajar tidak dapat melihat dengan mata kepala sendiri melalui benda maujud tentang apa yang dipelajari dan hanya mengagak sahaja untuk menggunakan konsep model yang telah dipelajari. Walaubagaimanapun. . Ini dapat difahami kerana manusia itu tidaklah sempurna dan kesilapan pasti akan berlaku. Masalah seterusnya pula ialah pembelajaran yang dilakukan hanyalah semata-mata teori di dalam bilik darjah sahaja. Disini saya memberi cadangan penambahbaikan supaya subjek ini akan lebih diminati oleh golongan pelajar-pelajar akan datang.menyediakan peraturan yang telah ditetapkan guru dan sekiranya murid ingkar. Kedua. Masalah ini juga terjadi kerana pelajar tidak mempunyai kepakaran dalam perkara-perkara yang melibatkan perkakasan komputer. contohnya dengan menempah bilik Makro. dalam pengendalian subjek ini terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.

menganjur pertandingan bahas atau kolaaborasi bersama Institut Pendidikan Guru yang lain Melalui peluang pengalaman yang diberikan. bagi mengatasi masalah yang kedua. mungkin pihak Jabatan Ilmu Pendidikan boleh mengadakan. cadangan saya mudah sahaja. . ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn Rusyati Bt. Akhir kata. bakal guru akan dapat memahami dengan lebih mendalam atau menghayati kandungan sukatan subjek yang dipelajari. Adakan lawatan ke sekolah. Selain itu. Ini kerana mereka dapat merasai sendiri kes dan bukan sekadar mehgkkaji kes orang lain. Hanafiah atas pengajaran yang telah dicurahkan olehnya dan saya bersyukur serta berdoa kepada tuhan agar saya memperolehi keputusan yang cemerlang bagi subjek ini. pelajar akan lebih bersemangat dan meminati subjek ini. Melalui lawatan ke sekolah.Kedua.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful