P. 1
Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG

|Views: 238|Likes:

More info:

Published by: Zoolfadly Naharuddin on Mar 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/28/2015

pdf

text

original

Sesi 2

Skrip Pengacara Majlis Majlis Perasmian Penutup & Anugerah Cemerlang UPSR 2010 Bil 1 Aturcara Ketibaan Tetamu Kehormat 2 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Skrip Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib , Pengarah Pendidikan & Latihan Felda. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara. Dari Raub pergi ke Maran, Singgah di Benta membeli manggis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan Majlis. ‫بسم هللا الرحمن الرحٌم الحمدهلل رب العلمٌن,الصالة والسالم على أشرف‬ ً‫األنبٌاءوالمرسلٌن,وعلى آله وصحبه أجمعٌن.قال رب اشرح ل‬ ً‫.صدري,وٌسرلً أمري وحلل عقدة من لسانً ٌققهوا قول‬

1

para ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2010 yang dikasihi sekalian. Yang Berusaha Dr Johan bin Mat Sah. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Hj. Ahmad Azmey b. 2 . Selamat datang diucapkan kepada semua hadirin ke majlis Mesyuarat Agung PIBG SK (P) Methodist kali ke-38 tahun 2011. guru-guru. Yang Berusaha Pn. Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. Hj. Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib. Hamidah binti Haji Mansor. 1. ahli-ahli jawatankuasa PIBG. Yang Dihormati Barisan Pentadbir. ahli-ahli jawatankuasa pengelola majlis. 4. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. Pengarah Pendidikan & Latihan Felda. Abu Talib atas kesudian menerima undangan kami. 2.Assalamualaikum dan salam sejahtera. 3.

3 Doa Hadirin yang dimuliakan. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon rahmat Moga majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini. para ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2010 atas kesudian meluangkan masa bersama dalam majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Najmi Najib bin Mohd Saibani. 3 .Sesungguhnya kehadiran Yang Berbahagia Dato’ menambahkan lagi seri dan kemeriahan majlis. Tidak dilupakan. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Johan bin Mat Sah serta barisan ahli jawatankuasa PIBG atas sokongan padu untuk menjayakan program-program sekolah.

Seterusnya. Hamidah binti. 4 Ucapan YDP PIBG Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan untuk menyampaikan ucapan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Najmi Najib bin Mohd Saibani atas bacaan doa itu tadi. Haji Mansor. Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 4 . Dengan segala hormatnya dipersilakan.Ucapan Guru Besar Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. sekarang dijemput pula Yang Berusaha Puan. Majlis mempersilakan Yang Berusaha Dr Johan bin Mat Sah selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan. Pengarah Pendidikan & Latihan Felda untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan kali ke38 tahun 2011. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.Ucapan Perasmian Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Yang Dipertua PIBG di atas ucapan itu tadi. Hadirin yang dimuliakan. Bagi menyempurnakan acara. majlis mempersilakan 5 . 5 Penyampaian Sijil & Cenderamata Kepada Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato’ atas ucapan itu tadi. Pelajar-pelajar Sekarang tibalah masanya untuk acara penyampaian Cemerlang anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR UPSR 2010 tahun 2010 yang lalu. Bagi melengkapkan aturcara majlis perasmian penutup Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 tahun 2011. pihak majlis dengan segala hormat dan takzim menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib.

Johan bin Mat Sah untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato’ kerana sudi menyempurnakan aturcara itu tadi.Yang Berusaha Tuan Yang Dipertua PIBG dan Yang Berusaha Puan Guru Besar untuk mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib untuk naik ke pentas. 6 . Sekarang majlis mempersilakan……(senarai nama pelajar) 6 Penyampaian Cenderamata Kepada Perasmi Sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato’. Pelajar-pelajar cemerlang ini akan menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM 150 iaitu RM 100 sumbangan daripada Yayasan Pahang. Dr. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Hadirin sekalian. Dengan segala hormatnya dipersilakan. majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Yang Dipertua PIBG. sementara RM 50 lagi adalah sumbangan daripada pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan.

Marilah sama-sama kita mengakhiri majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kifarah dan surah al-`Asr. saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis pada hari ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa bali Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. maka majlis sudah sampai ke penghujungnya.7 Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Dikesempatan ini. 7 . Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Saya mewakili pihak majlis.

< TAMAT > 8 . Para pelajar cemerlang beserta ibu bapa masingmasing dan semua hadirin juga turut dijemput sama untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Dipersilakan. Puan Hamidah bt Haji Mansor dan Tuan Yang Dipertua PIBG.Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Guru Besar. Johan bin Mat Sah bersama ahliahli jawatankuasa PIBG untuk mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib ke majlis jamuan. Dr.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->