You are on page 1of 10

Tarikh Masa Tempat

: 17 & 18 April 2009 : 8.30 pagi 6.00 petang : Gelanggang Bola Tampar Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Anjuran : Unit PPISMP Rekabentuk dan Teknologi 1 Semester 2

Pengenalan

Kejohanan Bola Tampar Inter Class PPISMP Sem2 2009 merupakan sebuah kejohanan yang akan menjadi acara tahunan bagi Institut Perguruan Sultan Mizan Besut. Kejohanan ini dibuat bagi meningkatkan lagi minat para guru pelatih terhadap permainan bola tampar. Selain itu, dengan wujudnya kejohanan ini, maka silaturahim antara semua guru pelatih dapat dipupuk dan seterusnya melahirkan guru yang mempunyai salah satu budaya IPG iaitu budaya sihat. Kejohanan ini akan menjadi suatu tradisi institut disamping dapat memantap dan mengaktifkan lagi aktiviti gerko bola tampar.

Objektif

Selain pendedahan kepada pertandingan, objektif pertandingan ini adalah untuk; 1.1 Memenuhi sukatan aktiviti kokurikulum PPISMP semester 2. 1.2 Merapatkan hubungan antara guru pelatih melalui permainan bola tampar. 1.3 Memperoleh satu pengalaman baru melalui pertandingan yang dijalankan. 1.4 Peserta dapat mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. 1.5 Memupuk semangat setiakawan, kerjasama, dan bertolak ansur antara satu sama lain terutama semasa dalam pasukan atau kumpulan. 1.6 Membina keyakinan diri dan semangat yang kental serta dapat menghadapi cabaran dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung Penasihat

: Dr. Maznah Bt Abd Samad : 1) En. Mohd Yazid Bin Ismail 2) En. Zulkifli Bin Daud 3) En. Rusli Bin Awang

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari

: Muhammad Firdaus Bin Shaari : Shazwana Bt Salahuddin : Mohd Hakimee Bin Md Nasir : Intan Zuliyati Bt Bahari : Mohd Safwan Bin Baharum

Ahli Jawatankuasa Kecil

: Hamzah Bin Mat Hassan : Mohd Izhar Iqmal Bin Ishak : Nurul Hajariah Bt Mohd Mokhtaridi : Nurul Fadhliyana Bt Abd Ghaffar

Syarat Pertandingan 1. Terbuka kepada semua guru pelatih Semester 2 PPISMP. 2. Terbahagi kepada 2 kategori : i. ii. Kategori lelaki Kategori perempuan

3. Penyertaan adalah secara berpasukan iaitu seramai 9 orang dalam satu pasukan. 4. Satu pasukan terdiri daripada 6 orang pemain dan 3 orang sebagai simpanan. 5. Hanya 2 orang pemain yang pernah mewakili institut dalam setiap pasukan. 6. Setiap pasukan harus mempunyai seorang ketua pasukan. 7. Setiap pasukan mesti berada dalam gelanggang 5 minit sebelum perlawanan. 8. Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian yang bernombor dan seragam dalam satu pasukan semasa pertandingan. 9. Kemenangan dikira dengan menang 2 set daripada 3 set perlawanan.

Undang Undang Pertandingan 1. Undang-undang pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-Undang Bola Tampar Antarabangsa ( F.I.V.A. ) dan Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia ( M.A.V.A. ) serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan. 2. Segala keputusan pengadil adalah muktamad. 3. Sebarang bantahan dikenakan sebanyak RM 20.00

Jadual Pertandingan Peringkat Kumpulan.

KATEGORI LELAKI L1 L1 L2 L3 L4 L5 L6 KATEGORI PEREMPUAN P1 P1 P2 P3 P4 P5 P6 P2 P3 P4 P5 P6 L2 L3 L4 L5 L6

Jadual Pertandingan Peringkat Suku Akhir dan Akhir Bagi Kategori Lelaki dan Perempuan.

JOHAN SEPARUH AKHIR 1 JOHAN KUMPULAN


Cara Pertandingan 1. Pertandingan akan diadakan secara liga. 2. Pasukan yang memungut mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang bagi kejohanan. 3. Sistem mata adalah seperti berikut: i. Menang ii. Kalah = = 3 Mata 0 Mata

SEPARUH AKHIR 2 NAIB JOHAN KUMPULAN KE-4 KUMPULAN

KE-3 KUMPULAN

4. Permainan akan dijalankan berdasarkan kiraan 3 set terbaik dengan kiraan mata 25. Pemenang akan ditentukan sekiranya menang 2 set berturut-turut dan sekiranya seri, set penentuan akan dijalankan dengan kiraan mata 15. 5. Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang dan sekiranya kiraan mata adalah sama dalam pertandingan, maka pasukan yang mempunyai : Nisbah set terbanyak akan dianggap pemenang. Sekiranya terdapat mana-mana pasukan yang mempunyai nisbah set yang sama, maka pasukan yang mempunyai nisbah mata yang terbanyak akan dianggap sebagai pemenang. Jika semua perkara di atas didapati sama, maka cabutan undi akan diadakan untuk menentukan pemenang.

Sumber Kewangan

1. IPGM Kampus Sultan Mizan

RM 760.00

2. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

RM 200.00

Jumlah

RM 960.00

Perbelanjaan

1. Hamper

RM 180.00

2. Minuman

RM 20.00

3. Sewa kanopi

RM 190 x 2 buah x 2 hari = RM 760.00

Jumlah

RM 960.00

Penutup

Segala kerjasama yang baik dari pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kami amat hargai dan amat berterima kasih. Semoga kejohanan seperti ini dapat meningkatkan lagi prestasi pasukan serta warga Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu bukan sahaja dalam bidang kesukanan malah dalam bidang kerja lain-lain. Kejohanan yang berlangsung boleh mengeratkan lagi perpaduan serta ukhwah antara warga institut hendaknya.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

__________________________ ( Mohd Hakimee Bin Md Nasir ) Setiausaha

________________________ ( En. Mohd Yazid Bin Ismail ) Pensyarah penasihat

Diluluskan oleh;

________________________ ( Dr. Maznah Bt. Abd Samad ) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.

Bahawasanya dengan ini saya * meluluskan / tidak meluluskan kertas kerja ini. Ulasan / komen : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan 22200 Besut, Terengganu Rujukan Kami:IPGM.KSM ( TR ) 0001 ( KK ) Jilid 16 ( Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu Darul Iman Tarikh: 6 April 2009 )

Melalui dan salinan pensyarah penasihat : En. Mohd Yazid Bin Ismail Pensyarah Penasihat Gerko Bola Tampar PPISMP Sem2 RBT1 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan 22200 Besut, Terengganu Darul Iman Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR INTER CLASS PPISMP SEM2 2009 Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit PPISMP Rekabentuk dan Teknologi 1 Semeter 2 ingin

mengadakan Kejohanan Bola Tampar Inter Class PPISMP Sem2 2009 pada ketetapan berikut: Tarikh Masa Tempat : : : 17 April 2009 18 April 2009 8.30 pagi 6.30 petang Gelanggang Bola Tampar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan.

3.

Pertandingan ini akan diadakan secara liga dan terbuka kepada semua guru pelatih PPISMP

semester 2 yang berminat. 4. Bersama dengan surat ini, kami lampirkan Kertas Kerja Kejohanan Bola Tampar Inter Class

PPISMP Sem2 2009. 5. Kelulusan daripada pihak tuan amatlah kami harapkan.

Sekian, terima kasih MAJULAH BOLA TAMPAR UNTUK INSTITUT BUDAYA SIHAT, BUDAYA IPG Saya yang menjalankan tugas,

______________________________ ( MOHD HAKIMEE BIN MD NASIR ) Setiausaha, Gerko Bola Tampar PPISMP Sem2 RBT1, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu Darul Iman

You might also like