You are on page 1of 3

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat

yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Soalan lazim mengenai IKS Lesen dan Permit Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai permohonan lesen:

Permohonan Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 Panduan Permohonan Lesen Import Bagi Barang Dagangan Yang Dikawal Di Bawah Perintah Kastam Lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) Gudang Pengilangan Berlesen Lesen Pengilang dan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Bagi yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, ternakan atau pemprosesan makanan, rujuk topik Industri > Pertanian dan Industri Asas Tani untuk maklumat lanjut berkaitan lesen dan permit.

Pembiayaan dan Geran Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan. Geran dan Insentif Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS:

Skim kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KPLB) Skim geran penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)

Pinjaman Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS:

Institusi kewangan kerajaan Bank komersial Syarikat kewangan

Skim Khas Bank Negara Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan. Khidmat Nasihat dan Perundingan Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan beberapa badan yang lain. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Khidmat nasihat dan sokongan teknikal Panel penasihat pakar EKS (SEAP) Infrastruktur Skim khidmat pakar perunding MARA Bahagian pembangunan infrastruktur perniagaan (BPI) Seksyen pembangunan industri kecil dan sederhana UKM Pakar Runding Sdn Bhd Persatuan IKS Malaysia

Program Latihan dan Pembangunan Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah agensi Kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Program rantaian industri Program pembekal global Program peningkatan kemahiran

Headstart 500 Enterpris 50

Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA:

Latihan Keusahawanan Skim Latihan perintisan Program promosi pemasaran

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) merupakan agensi utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan usahawan Bumiputera. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MECD:

Latihan asas perniagaan (LAP) Latihan Asas Keusahawanan Siswazah Program pemasaran bersepadu perabot Kursus/Bengkel Keusahawanan Anjuran Bahagian Latihan Keusahawanan Kursus Keusahawanan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Program Latihan Anjuran Bahagian Francais dan Vendor

Peluang Perniagaan Terdapat banyak peluang perniagaan dalam pelbagai sektor yang boleh diteroka dalam IKS. Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Peluang perniagaan Portal e-niaga

Premis perniagaan Laman ini menyediakan kemudahan kepada para pengusaha IKS yang ingin mencari premis perniagaan, sama ada untuk disewa atau dibeli, secara dalam talian. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Carian premis secara dalam talian Premis perniagaan dan perusahaan MARA

You might also like