P. 1
Sifat-sifat Mazmumah

Sifat-sifat Mazmumah

|Views: 94|Likes:
Published by Totoro

More info:

Published by: Totoro on Mar 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/14/2012

pdf

text

original

Sifat-sifat Mazmumah

• Mazmumah membawa makna yang terkeji, dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. • amalan sifat-sifat mazmumah sudah pasti memberi kesan yang mazmumah (negatif) dan sangat buruk kepada semua

Dusta/Berbohong

Berkata dusta antara tanda sifat individu munafik
• ANTARA perbuatan sangat ditegah Islam ialah berdusta. • Jika minum minuman keras dikatakan induk segala keji maka berdusta pula faktor utama kerosakan akhlak dan kesesatan. • Dusta atau bohong juga dikategorikan Rasulullah sebagai tanda orang munafik. • Ini jelas seperti sabda Baginda: “Tanda kemunafikan ada tiga, iaitu jika berkata berdusta, jika berjanji mengingkari dan jika dipercayai berkhianat.” (Hadis riwayat Muttafaqalaih)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Berkatadustaantaratandasifatindividumu nafik/Article/index_html

Bercakap bohong
• Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

• Sebenarnya, seseorang yang suka berbohong memiliki peribadi buruk yang tidak melambang seorang mukmin sejati. Allah berfirman bermaksud: “Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.” (Surah An-Nahl: 105)

Impak negatif dusta
• Membawa punca rasa kurang senang atau kemarahan orang yang mendengarnya. • Menghilangkan kewibawaannya pada pandang orang lain. Misalnya jika dia seorang ayah dan kerap berdusta pada isteri dan anak maka lambat laun mereka bersikap kurang hormat sekali gus mengikis kualitinya sebagai ayah berwibawa. • Jika dia pemimpin negara atau masyarakat,orang ramai tidak akan menghormatinya lagi sebagai pemimpin yang boleh dipercayai dan disokong. • Jika dia seorang peniaga dan urusan jualannya diselaputi dusta maka ia akan mendatangkan kesan buruk bukan saja kurang dipercayai pelanggan tetapi apa yang pasti Allah akan membalasnya dengan azab di akhirat.

• Dusta adalah antara sifat mazmumah yang wajib ditinggalkan kerana ia amat dilarang Allah • Sesungguhnya, berdusta dikategorikan sebagai dosa besar iaitu selepas dosa syirik (menyekutukan Allah) dan menderhakai ibu bapa. • Jadi, taraf dusta itu di tempat keempat dalam kategori besar. • Fikir dan renungilah ayat Allah dalam al-Quran berkenaan dusta supaya lidah kita menjadi kelu untuk berbicara di luar batasan agama.

Hasad Dengki

• Islam sangat mencela sifat dengki atau hasad. • Sifat ini biasanya lahir dari seseorang yang tidak menyenangi sesuatu kelebihan atau nikmat yang ada pada orang lain. • Mereka akan berusaha untuk mendapatkan kelebihan orang itu supaya nikmat itu berpindah kepadanya. • Sifat dengki ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja samada mereka yang kaya dan kukuh ekonominya atau mereka yang kurang berada. • Bagi yang kurang berada, kemampuan mereka terbatas dan kadang-kadang tidak memungkinkan untuk mereka mencapai sesuatu yang dihajati.
http://www.al-azim.com/masjid/khutbah11.html

• Sifat ini juga boleh menjangkiti golongan yang berada. Mereka tidak mahu kekayaan diperolehi kepada orang lain yang kadang-kadang jiran atau saudara mara mereka sendiri. • Sifat dengki ini boleh membawa seseorang kepada perlakuan tidak adil atau berlaku zalim terhadap sesama manusia. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : ‘ jauhkan diri kamu dari hasad dengki sesungguhnya hasad merosakkan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering ‘.

Malas

• Sifat malas adalah tikarnya iblis. Bila kita membiarkan sifat malas ini dgn tidak berusaha memeranginya, maka tikar itu akan semakin lebar, sehingga semakin nyaman iblis bersemayam di atasnya. • Kita akan menjadi semakin sulit keluar dari sikap malas itu dan hancurlah kita setinggi apapun ilmu kita, karena akan berakhir tanpa diamalkan.

Mengumpat

• MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. • Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud : "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

• Pada masa kini, budaya mengumpat sudah menjadi amalan kebiasaan, seseorang yang mengumpat ke atas saudaranya sudah tidak merasai satu kesalahan. • Media masa dan internet telah menjadi alat untuk seseorang menabur fitnah dan mendedahkan keaifan orang lain tanpa merasa takut atas kemurkaan Allah s.w.t. • Kadangkala kita yang mendengar dan membaca berita mengumpat dan fitnah ini turut terlibat sama kerana mempercayainya dan menyampaikan pula kepada orang lain. • Apabila seseorang itu telah terlanjur melakukan perbuatan mengumpat saudaranya sesama Muslim, maka ia hendaklah segera bertaubat dan meminta maaf kepada saudaranya sebelum ia mati atau sebelum orang yang diumpat itu mati.

• Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. • Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->