You are on page 1of 65

Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

Disediakan oleh: Nurfarhanah Ahmad Tarmizi Nur Masturah Ghafar Nurul Fatehah Mokhtar

Pengenalan
Kepimpinan di sesebuah sekolah dan di dalam sesebuah bilik darjah adalah antara faktor penentu kewujudan persekitaran bilik darjah yang memiliki budaya mesra dan kondusif yang menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Konsep
Persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan.

Mesra
Menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan dan dalam hubungan tersebut nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan itu terbina persefahaman, toleransi dan hormat-menghormati.

Budaya
Nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakaioleh sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut.

Konteks bilik darjah


Keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan yang positif sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.

Unsur-unsur
Ruang fizikal dan perlatan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran Amalan nilai-nilai murni sewaktu melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Peraturan di bilik darjah yang ditetapkan dan diamalkan. Amalan pedagogi terbaik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hubungan kemanusiaa antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru dan murid dengan komuniti sekolah.

Pengurusan Persekitaran Fizikal Sosiolinguistik Pengurusan Persekitaran Emosi Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya

Pedagogi Relevan Budaya

Minat dan Pencapaian Murid

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Perkembangan Sosial

Pengurusan Persekitaran Fizikal

Menurut Woolfolk (2001: 437) menyatakan pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif. Guru perlu jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri yang mempunyai perkaitan dan pertatutan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-benda bernyawa, iaitu guru dan murid.

Pelan Lantai
Mengambil kira keluasan bilik darjah, susun atur perabot dan perlatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap kelas dan gaya pengajaran. Contoh:
Ruang bacaan, ruang aktiviti melukis dan kraf tangan, ruang bercerita dan lakonan serta ruang bekerja dalam kumpulan. Ruang aktiviti melukis dan kraf tangan berdekatan dengan sinki dan bakul sampah. Ruang aktiviti berkumpulan perlu berjauhan dengan kumpulan murid yang sedang menajalani aktiviti pembelajaran kendiri.

Kebersihan, Pencahayaan dan Pengudaraan


Kebersihan
Mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa manusia. Faktor utama yang menjadi tarikan kepada murid untuk melalui proses pembelajaran dengan ceria. Guru berusaha memupuk budaya menjaga kebersihan dengan menyediakan jadual bertugas harian.

Pengudaraan
Mendapat bekalan udara yang bersih dan segar. Tingkap-tingkap perlu dibuka bagi bilik yang tiada penghawa dingin. Mengelakkan sebarang penyakit Murid berada dalam keadaan sihat dan selesa.

Pengcahayaan
Keadaan yang terlalu terang atau terlalu suram akan menimbulkan ketidakselesaan dan melemahkan minat murid untuk belajar.

Susunan Kerusi dan Meja Murid


Kerusi dan meja yang akan diduduki murid dapat dilihat oleh guru. Memastikan semua murid dalam perhatian guru. Memudahkan guru bertindak sekiranya memerlukan bantuan guru. Mudah diubah dan mudah disusun supaya dapat disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Disesuaikan dengan aktiviti kerja berkumpulan dan keadaan disiplin murid di dalam kelas.

Tradisional

Ladam Kuda

Kumpulan

Susunan Perabot dan Peralatan


Disesuaikan dengan suasana dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan peralatan TMK yang disediakan di dalam bilk darjah perlu diletak di sudut yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Hiasan Bilik Darjah


Murid perlu diberi kebebasan menghias bilik darjah dengan nasihat dan pandangan daripada guru. Memupuk rasa tanggungjawab.

Antara kebebasan yang boleh diberikan: Menyediakan sendiri jadual bertugas. Menghias meja guru dengan las meja dan jambangan bunga. Mengecat bilik darjah. Mengalas meja kumpulan atau meja semua murid di dalam bilik darjah. Menggantung langsir yang sesuai dengan suasana bilik darjah sebagai ruang pembelajaran. Menghias dinding dan papan kenyataan dengan mural, poster, keratan akhbar dan majalah serta lat-alat visual yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan pengetahuan am. Menyediakan ruang untuk mempamerkan artifak-artifak budaya dan sejarah. Contoh: pakaian tradisional Menghias bilik darjah dengan pasu-pasu bunga dan tumbuhan hijau .

Sudut dan Ruang Bacaan


Bilik darjah juga sepatutnya menjadi tempat di mana berlakunya galakan budaya membaca dalam kalangan murid. Morrow dan Weinstein (1982) menyatakan bahawa guru perlu menyediakan pusat literasi di dalam bilik darjah bagi membolehkan murid mencari maklumat dan menambah pengetahuan melalui aktiviti membaca.

Antara tindakan yang mendorong budaya membaca:


Menampal nota dan tugasan-tugasan yang dapat membantu murid menghafal dan mengingat fakta. Mewujudkan perpustakaan mini di dalam kelas. Menggantung kad-kad bacaan yang tertera perkataan atau nota-nota ringkas untuk menarik minat murid membaca atau menghafal.

Ruang dan Sudut Multimedia


Sesuai dengan perkembangan semasa yang mengutamakan pemikiran kreatif dan kritis. Bahan terdiri daripada bahan teks, audio, imej, animasi, video dan media elektronik menjadikan proses belajar lebih seronok.

Pengurusan Persekitaran SosioEmosi

Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku murid. Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dll. Peneguhan Positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid.

Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti. Murid yang mempunyai emosi yang stabil mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi kawan, boleh menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka serta menanggung konflik yang berlaku dalam bilik darjah. Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.

Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah dibina terlebih dahulu. Guru mestilah mengamalkan kepimpinan Demokrasi serta mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid. Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P. Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan orang lain.

Perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah mengembangkan Nilai Kendiri (SelfEsteem) dan perasaan hormat-menghormati di kalangan kanak-kanak. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri, inisiatif persefahaman antara mereka perlu diperkembang bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan.

Minat dan Pencapaian Murid

Pengalaman memainkan peranan penting dalam membina rasa minat murid terhadap pembelajaran mereka. Kajian Walter Vispoel dan James Austin (1995) mendapati minat murid terhadap pemebelajarannya mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangannya. Matlamat utama pendidikan ialah pembinaan insan yang seimbang menjurus ke arah melahirkan rakyat negara bangsa serta menerapkan nilai perpaduan antara masyarakat malaysia. Menyelitkan aktiviti menyanyikan lagu pelbagai kaum dalam satu pembelajaran.

Perkembangan Sosioemosi Kanakkanak

Definisi sosioemosi

Perkataan emosi berasal daripada perkataan reek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar . Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama mampu menanggung konflik yang berlaku

Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979)

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah, kecewa dan lain-lain.

TEORI-TEORI SOSIOEMOSI

Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan.

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

Strategi Pengajaran Belajar Melalui Bermain

Tahukah Belajar melalui bermain adalah salah satu strategi pengajaran yang dapat memberi perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. [Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]

Froebel (1782 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan bermain sambil belajar . Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

Pengenalan
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Maksud Pengajaran dan Pembelajaran

Definisi pengajaran
- memindahkan ilmu - memperkembang potensi individu - membolehkan individu mengaplikasikan ilmu serta menyumbang kepada keharmonian, agama, keluarga, masyarakat dan negara.

Definisi pembelajaran
- Mencerap ilmu - Menyimpan ilmu - Mencanai ilmu - Menyatakan ilmu dalam bentuk penulisan atau lisan

Profesionalisme Guru Dalam Bilik Darjah


Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.

Personaliti  Sifat Kepimpinan  Adil  Tekun  Menghormati  Gaya CIRI-CIRI GURU


(Dr. Shahril Jamaluddin, 1992)

Pengurusan Masa
 Bijak mengurus masa Masa optimum untuk P&P yang baik

P&P BERKESAN

Pengawasan Isi Pelajaran


 Penerangan konsep jelas  Penyampaian mengikut potensi pelajar  Ada kesinambungan dan penerapan nilai dalam P&P

Maklumbalik Pengajaran:
 Sentiasa membuat penilaian kendiri  Berusaha membuat tindakan penambahbaikan ( Kajian Masa Depan )

Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan


PERANCANGAN
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Persediaan Guru Pengurusan Bilik Darjah

Pelaksanaan Proses P&P

PELAKSANAAN PROSES P&P


Set Induksi

Guru Membimbing
Merangsang pelajar Persekitaran Pembelajaran Kepelbagaian Kecerdasan Kepelbagaian Deria Teknik Menyoal Respons guru terhadap soalan pelajar Dorongan guru Kaedah memperoleh ilmu Proses penjiwaan ilmu Pembelajaran Masteri Unsur Kesepaduan Kerja rumah / tugasan

Murid
Persediaan murid Konsentrasi Pembelajaran Arah Kendiri Kemahiran mengambil nota Mempersembahkan hasil Aktiviti pelajar Punca sumber Penilaian Guru - Kerja rumah - Semakan kerja bertulis - Pengukuhan /pengayaan - pemulihan

PENUTUP REFLEKSI GURU

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG BERKESAN


CIRI-CIRI KEBERKESANAN Pengajaran Pembelajaran

Kesan
Pengajaran Terancang  Kualiti

Hasil
Pemerolehan Ilmu  Kesediaan murid

guru  Pengajaran baik  Persediaan  Perancangan  Penyampaian  Penilaian  Refleksi guru

 Tahap kefahaman  Perubahan tingkah laku  Boleh selesaikan masalah  Keputusan peperiksaan cemerlang  Mencapai objektif pembelajaran

OBJEKTIF TERCAPAI

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


          Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Set Induksi Penyampaian/Perkembangan Pelajaran Teknik Penyoalan Guru Penglibatan Murid Peneguhan Latihan dan Tugasan Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid Penutupan

You might also like