You are on page 1of 13

MRSM TUN GHAFAR BABA, JASIN MELAKA

TUGASAN CUTI SEKOLAH TINGKATAN 5 SUTERA DALAM LUKISAN


NAMA: MUHAMMAD FARIS BIN MOHD SIES KELAS: 511/5K NO.MAKTAB: 11248 NAMA GURU: CIK FAUZIAH HANIM

SIPNOSIS SETIAP BAB bab 1

bujei byk menghabiskan masanya di tebing sungai. ketika itulah dia mengimbas kembali kisah pd zaman kanak2nya iaitu bangga dgn tugas bapanya sbg tentera dan bercita2 utk menjejak langkah bapanya.walaubagaimanapun,bapanya terlibat dlm kemalangan di lebuh raya karak.slps itu,ibunya berkahwin lain dgn Harun,duda yg bekerja sbg mandur di ldg kelapa sawit.bapa tirinya itu kaki kikis dan panas baran.ibunya diterajang hingga pengsan kerana enggan menyerahkan wang dan seuntas rantai lalu Harun menyepak pelita hingga menyebbkan rumah mereka terbakar.ibu bujei tidak dpt diselamatkan dlm kebakaran itu.bujei dituduh bermain pelita oleh harun dan menybbkn bujei dipersalahkn dlm kes kebakaran tersebut.

bab 2
bujei dimarahi oleh sidang saman dan mengarahkannya pulang ke rumah.sebelum tidur bujei mengelamun dan berangan2 utk mendptkan kesenangan,bekerja,dan bergaji besar supaya dpt berkahwin dgn same'ah.keesokannya,bujei menunggu pekebun yg akan mempelawanya utk menolong di kebun getah di persimpangan jalan berhampiran jambatan.bujei terlelap lalu dikejutkan oleh sekumpulan kanak2 skolah dan sbg upah bujei yg membawa beg skolah mereka,bujei diberi sedikit kuih dn minuman.bujei berdiri di kedai runcit,bersebelahan kedai pak sulong ,tetapi tiada sesiapa pun yg mempelawanya mkn n minum,bujei trtidur di kaki lima kedai ketika mengenang nasibnya.

bab 3
semasa dlm perjlnn ke bndr,adila tenmpk bujei sedang tidur.sepupunya,same'ah pula leka mengenakan tali pinggang keledar.adila meluahkan perasaan simpatinya terhadap bujei kpd same'ah.keprihatinan adila kpd bujei disedari oleh same'ah tetapi dia mahu menumpukan sepenuh perhatian terhdp majlis perkahwinannya.same'ah teringat kisah lucu sewaktu pertama kali adila ertemu dgn bujei.waktu ketika adila dibawa bersiar2 di sekitar kg slps 2 hari tinggal di rumahnya dan adila cemas melihat keadaan bujei yg bah kuyup manakala mukanya separuh ditopengkan dgn lumpur.bujei juga merungut utk membunuh seseorg.Kisah tersebut mengundng tawa adila dan Same'ah.

bab 4
alias mengarahkan bujei membasuh motosikalnya bersih2 di halamn rumahnya.bujei takut pada renungan nenek alias iaitu Opah Arah.alias,sani dan sahak rancak bercerita tentang adila,iaitu mempersoalkan kelulusan adila sbg graduan universiti dan berasa hairan kerana adila sanggup menoreh getah.Alias yakin bahawa dia akn dapt memikat hati adila.Bujei nyaris2 ditampar oleh alias ketika meminta upah tetapi sempat dihalang oleh ibunya,Mak Som.Mak Som mengajak bujei sarapan dan memberinya upah sebyk satu ringgit.bujei turut dinasihati oleh mak som agar tidak menurut kehendak dan suruhan alias yg terlalu dimanjakan oleh mentuanya,opah arah.

bab 5
adila dan same'ah sibuk menggubah ekas bunga telur di serambi rumah.adila menyatakan hsratnya utk menemu ramah bujei kerana beranggapan bujei mungkin dpt dipulihkan.sidang saman memberiathu

keluarganya bahawa harun balik semula ke kg utk mengutip hasil buah-buahan.adila dan same'ah tidur di rumah adik bongsu sidang saman,mak usu bakyah.pada waktu mlm perbualan mereka berkisarkan punca adila membawa diri ke kg itu.adila kecewa apabila mendpt tahu bahawa faizal,bekas tunngnya sudh beristeri.mak usu bakyah memuji kejujuran dan keikhlasan yg ada pada bujei.adila juga turut menyetujui kebenaran kata2 mak usu bakyah.

bab 6
sidang saaman didatangi harun yg bertujuan menuntut kuasa ke ats tanah sawah dan tapak rumah milik arwah ibu bujei.tanah itu telah dijual kpd wak senen tanpa surat jual beli atau resit dgn harga empat ribu rnggit ttpi harun ingin membyr kembali hrga tnh tersebut kpd wak senen sebyk enm ribu rnggt,kemudiannya akan dijual semula dgn harga yg lebh tnggi mengikut nilaian semasa.sidang saman mencadangkan harun meminta persetujuan dpd bujei yg juga mempunyai hak yg sama ke ats pemilikan tanah trsebut.rundingn antara sidang saman dgn harun kurg disenangi mak lamah.

bab 7
bujei tidak pernah menghampiri tapak rumah dan sawah pusaka arwah ibunya sejak tragedi hitam yg menimpa ibunya.duit yg diberikan oleh wak senen disimpannya di dlm kendi tembaga dan tidak pernh dibelanjakan.bujei sengaja mengelakkan diri dpd bersua muka dgn bapa tirinya kerana takut dituduh lg sbg penyebb kematian ibunya.samsul memberitahu bujei bahawa adila ingin berjumpa dgnnya di rumah sidang saman.suatu ketika,bujei berasa malu apabila memikirkan keadaan dirinya yg dibandigkan dgn adila.adila menyatakn tujuannya yg sebenar kpd bujei,iaitu dia ingin bertanya tentang diri bujei dan berhasrat utk mengubah keadaan diri bujei.bujei merasakan adila telah mengangkat darjatnya apabila adila memanggilnya dgn nama sebenar iaitu,Hafiz.kisah ibu bapa dan neneknya yg telah meninggal dunia diceritakn satu persatu kpd adila.bujei turut menafikan bahawa dia yg menybbkan kebakaran di rumahnya.bujei bimbang adila akan tertarik kpd alias dan takut adila mempercayai segala keburukan dirinya yg diceritakan oleh alias.bujei menenangkan fikirannya di tebing sungai sambil mengenangkan nasihat dan dorongan adila.

bab 8
Persahbtn yg terjalin antara bujei dgn adila menjadi perhatian penduduk kg.Alias dn sahak cemburu terhdp bujei kerana mereka turut meminati adila.Alias mengada-ngadakan cerita palsu tentang bujei kpd adila,iaitu bujei menghidapi penyakit kulit yg berjngkit dan bersikap maniac.Bujei dikejutkn oleh Harun ketika terlena di tebing sungai supaya menurunkan cap jari pd surat jual beli tapak rumh dan tanah sawah.Harun naik berang lalu menampar Bujei kerana mencomotkan surat jual beli tnh tersebut.kaki harun tersangkut pada akar ketika mengejar bujei lalu tersungkur ke tanh.Bujei melarikan diri dpd terus ditampar oleh harun buat kali ke-2.bujei yg cuba membantu telah dibelasah dgn teruk oleh bapa tirinya sehngga tdk sedarkn diri.

bab 9
adila resah kerana bujei masih belum dtg menemuinya.Mak Lamah menyuarakan kerisauannya tentng pandangan org kg terhdp adila dan bujei.faizal dtg ke rumah sidang saman untuk menyambung kembali hubungnnya dgn adila serta memklumkan bhw dia sudh menceraikan isterinya.Bujei tersedar dpd pengsan lalu pulng ke rumhnya.Dlm menanggung kesakitan dan kelaparan,bujei teringat akan sikap terbuka adila yg mendorongnya supaya merasakan bhw dirinya berharga serta pertemuan dr hr pertama hinnga hari ke 5 dgn adila.Hampir 24 jam bujei berbaring kesakitan di dlm kelambu.

bab 10
adila tidak dpt menyembunyikan perasaan bimbangnya terhdp kehilangn bujei.Adila bertanya kpd same'ah tentng penyakit kulit dan maniac yg dihadapi bujei.Same'ah menafikan cerita yg disampaikn oleh alias kpd adila.Same'ah bercerita tentng peristiwa cemas yg berlaku semasa dia ditingkatan lima,iaitu Bujei terkena pokok rengas,bujei naik angin apabila diejek oleh alias dan rakan-rakannya serta bujei menggemparkan org kg dgn cuba membalingkan putik nanas yg disangka bom sekali gus telah menakutkan mereka.

bab 11
alias galak menceritakan layanan baik adila terhdpnya kpd sahak dan sani.Samsul disapa oleh alias ketika dia sibuk mencari bujei.alias berpesan kpd samsul utk mengajak adila ke pekan pagi esok.Sidang saman membawa bujei yg masih lemah ke rumahnya tetapi bujei berasa malu akn keadaan dirinya yg kotor dan berbau busuk dan bujei menyatakan bhw dia lebih selesa berehat di bangsal tempat menyimpan barang yg terletak di bwh rumah sidang saman.Bujei menceritakan perihal dia dipukul oleh harun kpd samsul.Keesokkan harinya,bujei ke pekan bersama-sama dengan adila,same'ah,samsul dan saniah.Slps bergunting rambut,bujei membeli baju,kasut,seluar,jam tangan dan radio baru.bujei bersemngat mengemas dan membersihkan rumahnya.bujei berang apabila alias sengaja merosakkan radio barunya dan serta merta bujei menumbuk perut alias dan mengacah alias dgn menghayunkan parang karatnya supaya alias mengganti rugi radionya yg berharga RM 80.Sidang saman menyuruh alias membayar wang tersebut kpd bujei slps mengetahui perkara sbnrnya.

bab 12
peristiwa pertelingkahan antara allias dgn bujei menjadi buah mulut org kg.bujei semakin menunjukkan perubahan baik dari segi berpakaian,tutur kata dan tingkah laku.Sepuluh hari sblm majlis kahwin same'ah,sidang saman dikunjungi Pak Iman dan isterinya yg mewakili opah arah ingin merisik dan meminang adila utk alias tetapi adila menolak pinangan tersebut kerana masih belum bersedia untuk berumah tangga.Berita pinangan tersebut tersebar dalam kalangan org kg dan bujei menganggap bhw adila telah menerima pinangan alias.Alias terlalu seronok dan mengaku bhw adila bakal menjadi isterinya kelak.

bab 13
jiwa bujei agak terganggu sejak mengetahui alias menghantar rombongan meminang adila.Bujei membantu membuat astaka pelamin utk majlis perkahwinan same'ah.bujei berkenalan dgn bapa adila,iaitu pak lang Dahlan.pd mlm pengantin,bujei menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk "Bahtera Merdeka" dgn begitu baik.Orang ramai tidak menyangka bhw bujei mempunyai bakat terpendam.msyrkt kg memuji usaha adila yg telah berjaya memlihkan bujei.

bab 14
bujei ketiduran hingga hampir petang kerana keletihan.bujei dikejutkan oleh samsul yg membawa bekalan mknn dan menyampaikan pesanan bapa adila.bujei ke rumah sidang saman utk menemui pak lang dahlan.perbualan mereka terganggu dgn kedtangan faizal yg menghntr adila pulng ke rumah.wak senen menemui bujei utk mengembalikan semula tanah sawah dan tapak rumah yg dibeli dpd harun tetapi bujei mahu wak senen terus tinggal di atas tanah tersebut dan wak senen berpesan agar bujei berhati -hati dengan harun.bujei ke rumah sidang saman untuk membantu merobohkan balai masak dan bujei masih keliru akan status adila yg sebenarnya.

bab 15
Adila ingin pulang ke kuala lumpur kerana kesunyian selepas same'ah mengikut suaminya berpindah ke kota.Mak lamah menasihati adila agar memikirkan masa depannya dan tidak terlalu memikirkan soal bujei.adila takut perasaannya terganggu dan hatinya terluka lagi jika dia pulang ke kuala lumpur.adila membuat perbandingan antara faizal dgn bujei.

bab 16
alias meminta maaf atas silapnya kepada bujei selama ini dan bujei termakan hasutan alias yg menceritakan tentang punca faizal memutuskan tali pertunanggannya dengan adila,penyakit AIDS yang dihadapi adila dan sebab sebenar adila berbuat baik kepada bujei.Bujei tidak ke rumah sidang saman lagi kerana bimbang akan dijangkiti penyakit AIDS.bujei membuat andaian bahawa penyakit adila semakin tenat.adila menerima surat layang yg menyatakan bhw dia menolak pinangan alias kerana dirinya sudah rosak serta dia melakukan hubungan intim dengan bujei supaya bujei menjadi pak sanggup ke atas dirinya.Disebabkan surat layang tersebut adila mengambil keputusan untuk pulang ke kuala lumpur untuk seketika.bapa adila mengesyorkan agar adila mencari pekerjaan di samping menyambung pengajiannya semula.ibu adila pula mengingatkannya agar berhati-hati kerana msyrkt kg ada yg mengamalkan ilmu hitam.

bab 17
bujei hilang selera makan apabila diakhbarkan bahawa adila telah pulang ke kuala lumpur.bujei dan samsul berbual-bual di bangsal tentang kisah lucu alias memaksa bujei merokk sambil minum air teh serta membualkan mengenai sejauh manakah hubungan antara bujei dgn adila.selain itu,bujei meluahkan perasaanya terhadap adila selama ini.

bab 18

perasaan bujei semakin tidak tenteram kerana memikirkan penyakit yg dihadapi oleh adila.alias terusmenerus memburukkan adila sehingga berjaya meracuni fikiran bujei.samsul ke rumah bujei untuk menyampaikan pesanan adila supaya bujei dtg ke rumah ke rumah sidang saman dan mengajak bujei melawat seseorg di hospital.bujei yg menyangkakan adila yg sakit terkejut apabila melihat adila berada dalam keadaan yang sihat.samsul memberitahu bujei bahawa sahak yg dimasukkan ke hospital keran terlanggar tiang pagar jambatan sewaktu berlumba motosikal dengan alias.

bab 19
adila mendermakan darahnya kepada sahak.alias tidak menunjukkan sedikit pon rasa simpati kpd kwn baiknya itu.bujei dimarahi alias kerana masih berkawan dengan adila.bujei sengaja mengajak alias menghalau adila yang berpenyakit AIDS keluar dr kampung,sebaliknya alias cuba berdalih.dendam alias kian membara kerana bujei tidak dapat dijadikan org suruhannya lagi dan adila menolak pinanggannya.Pelbagai usaha telah dilakukan oleh alias untuk memikat adila iaitu meminta kawankawannya menculik adila tetapi tidak diendahkan,mengutus surat kpd adila agar menerima cintannya tetapi tiada balasan dan mendapatkan ilmu pengasih dpd dukun tetapi tidak berkesan.fikiran alias semakin terganggu sehingga menjadi kurang siuman.

bab 20
adila meluahkan hasratnya kpd sidang saman dan mak lamah untuk memilih bujei sebagai suaminya tetapi pada mulanya,kurang dipersetujui oleh mereka berdua.akhirnya mereka terpaksa akur dengan pilihan hati adila dan keputusan itu menjadi rahsia mereka bertiga.sehari sebelum adila pulang ke kuala lumpur,adila memberitahu bujei bahawa dia bekerja sbg pensyarah di institut swasta di kuala lumpur.di luar pagar halamn rumah sidang saman,ada seorang pemuda yg memandang ke arah mereka.bujei dan adila tidak pernah membenci atau meminta keadaan sedemikian menimpa alias kini yg menjadi kurang siuman.

Tema
Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya. Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala. Persoalan 1. Persoalan tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.

2. Persoalan menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan melalui watak Bujei atau nama sebenarnya Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan dari Adila. 3. Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri. 4. Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang telah membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk semula keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya. 5. Ketegasan dalam pendirian seperti yang tergambar melalui watak Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya. 6. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila. Watak dan Perwatakan 1. Bujei/ Hafiz - Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola. - Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya. - Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan. - Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah. - Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baru sewaktu keluar pekan bersama Samsul. - Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan Sameah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya. - Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.

- Pulih dari sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman. - Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar. - Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal. - Tidak memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.

2. Adila - Lulusan universiti luar negara iaitu di England. - Mempunyai sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan. - Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke kampung dan tinggal dengan keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka masa yang panjang. - Mempunyai pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga. - Lemah lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu tinggal di kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung. - Menjadi mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah rosak sewaktu belajar di luar negara. - Jatuh cinta dengan Bujei/ Hafiz. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang ke Kota. 3. Alias - Suka membuli Bujei/ Hafiz. Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan upah tetapi memungkirinya. - Suka kepada Adila dan menghantar pinangan tapi ditolak. Cuba mendekati Adila setelah gagal mendapatkan Sameah. - Suka terlibat dalam perlumbaan motor. Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya, Sahak telah terlibat dalam kemalangan dan kritikal di hospital. - Bercakap kasar. Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei. - Cuba menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan dari neneknya untuk mencari ilmu pengasih.

- Cuba memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak. - Akhirnya menjadi sasau/ gila.

4. Sidang Saman - Mengambil berat akan anak buahnya. Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan meminta anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung. - Bijak memerangkap orang yang bersalah melalui kata-kata. Contohnya sewaktu berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah pusaka arwah isterinya. - Menjadi pangkal rujuk permasalahan Adila. Terutama sewaktu Adila mula jatuh cinta dengan Bujei. 5. Sameah - Bertimbang rasa dan baik dengan Bujei. Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei. - Anak Sidang Saman. - Berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh. 6. Harun Seorang duda. Berkahwin dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian bapa Bujei. Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit. Panas baran dan sering memukul serta mendera isterinya. Mengikis wang peninggalan bekas suami Fatimah. Melakukan keganasan terhadap isteri dan anak tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat dari perbuatannya dan anak tirinya menjadi sasau. - Suka berpura-pura. Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda tangan Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah. -

7. Wak Senen

- Suka bersedekah. Sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar. - Baik hati. Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun. - Mengambil tindakan dengan teliti. Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum melakukan sesuatu perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan semula tanah pusaka Bujei.

Nilai 1. Nilai kasih sayang Contoh: Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu. 2. Nilai hormat menghormati Contoh:

Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya iaitu Hafiz. 3. Nilai baik hati Contoh: Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun. 4. Nilai keadilan Contoh: Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei. 5. Nilai keberanian Contoh: Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.

Pengajaran 1. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan. Contoh Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan bapa tirinya. 2. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia. Contoh: Alias yang telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak. 3. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik. Contoh: Adila optimis dia boleh membantu Bujei memulihkan keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya. 4. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat. Contoh: Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila kerana telah berkahwin dengan orang lain.

5. Kita janganlah bercakap bohong. Contoh: Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan bahawa Adila menghidapi penyakit Aids untuk menjauhkan perhubungan mereka. 6. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut. Contoh: Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih bagi mendapatkan cinta Adila.

Latar Masa 1. Waktu pagi - Okey, Good moorning Bujei 2. Waktu maghrib Kedengaran bunyi azan maghrib dan spontan Sidang Saman menoleh ke belakangnya. 3. Waktu petang Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurungnya. Latar Tempat 1. Di tebing sungai - Kadang-kadang di berada di tebing itu untuk memancing. 2. Rumah Mak Usu Bakyah Sebenarnya sudah agak lama Mak Usu Bakyah mengharapkan kedua-dua anak saudaranya bertandang tidur di rumahnya. 3. Di pekan - Samsul membawa Bujei ke pekan untuk menggunting rambut,membeli radio,jam dan pakaian. Latar Masyarakat 1. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik. Contoh: Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu. 2. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan. Contoh: Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun 3. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Contoh: Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuknya untuk membeli kereta. 4. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.

Contoh: Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Sameah. 5. Masyarakat pendendam Contoh: Melihat Bujei kembali bersama Adila, kemarahannya makin menjadi. Dia makin berdendam dengan Bujei.

You might also like