P. 1
Pendidikan Sains Awal Di Peringkat Kanak-kanak

Pendidikan Sains Awal Di Peringkat Kanak-kanak

|Views: 875|Likes:
Published by Justin Oh Pei Bing

More info:

Published by: Justin Oh Pei Bing on Mar 15, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/15/2013

pdf

text

original

TUGASAN

: 1) 2)

PEMBENTANGAN PENULISAN ILMIAH

TAJUK : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

NAMA :

1) 2) 3) 4) 5)

CHRISTOPHER ANAK BARAT NOVIE ADILAH SONDIG TAI CHEN HIUNG NORHAFIZAH BT MANAN HISHAM JAIMIE

FAKULTI JABATAN TEMPAT SEMAKAN : : :

:

SENI DAN MUZIK PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DEWAN TAMAN BERNAM 1 ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD.SALAM

1

PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP DAN TEKNIKAL ( AT 31 ) Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
Kumpulan 4 Tajuk : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
Tugasan berkumpulan Disediakan oleh:

Nama

Christopher anak barat Novie adilah sondig Tai chen hiung Norhafizah bt Manan Hisham Jaimie Nama Pensyarah : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM

2

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA/SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 4.1

PENGENALAN DEFINISI SAINS AWAL DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KURIKULUM PERMATA Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (Pra-Sains)

4 6 9 12

12 12 16 21 25 29

4.2 4.3

Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan. Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan 4.4 4.5 4.6 Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAK-KANAK.

5.0

34

6.0

KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL KANAK-KANAK. 38 45

7.0 KESIMPULAN RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI

3

1.0

PENGENALAN Istilah Pendidikan awal kanak-kanak meliputi umur yang mana dalam

lingkungan 0-4 tahun dan telah diwujudkan seawal tahun 2006 serta telah dimasukkan dalam akta Pendidikan 1996 mengikut peraturan-peratuaran kurikulum kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Vyogtsky (1984), penerapan pendidikan awal sains seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi. Hal ini adalah berkaitan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Harlan & Jelly (1989) mengatakan bahawa matlamat pendidikan sains awal kanak-kanak dapat membentuk dan memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran. Satu dasar telah ditetapkan dengan menyediakan kurikulum bagi Pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Kurikulum Permata. Kurikulum permata dirancang dengan mangambil kira semua aspek

perkembangan jasmani, rohani, mental dan emosi dan ia adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Penetapan Sains bagi kanak-kanak bermula dengan apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan sendiri, seperti menuip belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan yang membuat binaan asas tidak stabil. Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan keadaan contohnya, di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, di muzium, di zoo dan juga di tempat permainan yang disediakan. kita menggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan

4

Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan fakta dan konsep. 5 . sains membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami fenomena yang terdapat di sekeliling mereka. Sebagai bidang ilmu.oleh kanak-kanak. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. Pendedahan awal kanak-kanak ke atas sains adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain. serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada.

Menurut Joseph Abruscato (2000). Dengan kata lain. konatif dan afektif. menunggang basikal. 6 .sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. mengasah pensel ataupun memasang lampu. sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. memerhati serangga. kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanakkanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Pengetahuan. sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanakkanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains.2. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif. ia menfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanyakan soalan. pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Merujuk kepada pendidikan sains awal.0 DEFINISI SAINS AWAL Umumnya. membuat ketulan ais. Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang. Oleh itu. Dengan kata lain.

kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami. Melalui proses ini. Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka. aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanakkanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. antara tujuan pendidikan sains adalah : Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak. sentuhan. Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat 7 . Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak.Menurut Johnston (1996). kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif. rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Harlan & Rivkin (1996). Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian. Justeru.

Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni. kritis.Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif. 8 . analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan.

“Kenapa?”. Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan memahami persekitarannya. 9 . 2003). Hasil keputusan kajian sentiasa berubah dan tidak tertumpu kepada satu jawapan sahaja. cuaca. galakan dan masa bagi memenuhi keperluan mindanya. proses tumbesaran. Sains ialah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. Apabila mereka tersentuh objek. manusia dan benda di persekitarannya. kanak-kanak cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomena alam semula jadi. menyoal. “Bagaimana ia berfungsi?”. Pengalaman ini akan menggalakkan kanak-kanak supaya mahir berfikir. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tidak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Maka mereka perlu diberikan peluang.0 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAKKANAK Menurut Isaac Asimov (1994). maka akan timbul beberapa soalan seperti “Apa ini?”. membuat rumusan dan membina pengetahuan yang berasaskan pengalaman saintifik. Keterbukaan berfikir ini perlu diterapkan kepada setiap kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awal kanak-kanak. menyelesaikan masalah. Setiap tingkah laku mereka adalah suatu proses eksperimen yang berlaku secara spontan setiap hari. Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Bagi memenuhi keperluan tersebut kanakkanak harus dibimbing dengan kaedah saintifik bagi menggalakkan mereka menyelesaikan masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah. Umumnya. haiwan.3.

1995 mengatakan bahawa sains adalah semua yang wujud di sekitar kita. Ia juga adalah sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu. rasa takjub. Sains adalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku seiring. 2003). maka 10 . serta ingin tahu dan terokai. meramal. meneroka persekitaran. Apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti meneroka dan mencuba-cuba. tidak kira dimana kita berada. Sains adalah suatu proses memerhati. menjalankan uji kaji dan membuat infrensi.Brewer. Pada kanak-kanak pra sains adalah pekara yang mereka hairan. minat dan proses penyelesaian masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah. memerhati. Dalam pendidikan awal kanak-kanak. secara tidak langsung mereka akan terlibat dalam proses berfikir dan mendapat maklumat secara saintifik. Menurut Jean Piaget dalam teori perkembangan kognitif mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang dialami oleh kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan sains awal kanakkanak sebaiknya disesuaikan dengan tingkat perkembangan kebolehan dan kemampuan kanak-kanak. proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan fakta sains. menggalakkkan minat ingin tahu. berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa.

Dengan meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanakkanak. 11 . Piaget percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Menurut Piaget. 2008). Untuk memahami perkembangan. Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza (Suppiah Nachiappan. sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa.beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. sistem-sistem ini seharusnya diidentifikasi dan dibahagi mengikut cirri-ciri yang tersendiri.

0 KURIKULUM PERMATA 4. lama-kelamaan dia akan belajar bahawa skima untuk menghisap puting botol susu berbeza dengan menghisap putting susu ibunya atau menghisap jari. Walaubagaimanapun. bayi dapat menyesuaikannya kepada pengalaman-pengalaman baru yang dialami. proses perkembangan 12 . memegang dan melihat.4. Piaget memanggil corakcorak gerakan spontan ini sebagai skima-skima dalaman dan skima ini sentiasa berubah. 4. pada peringkat umur 0 hingga 6 bulan ini pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan pada pergerakan spontan yang tidak dipleajari seperti menghisap.1 Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (PraSains) Dalam isi kandungan Kurikulum Permata. Menurut Piaget. Berikut merupakan perincian setiap peringkat umur dalam lingkungan tersebut serta fokus yang diberi penekanan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini. Contohnya bayi yang berumur 2 bulan sudah mempunyai skima menghisap.2 Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan. Melalui cara ini. bidang sains awal terdapat dalam bidang pembelajaran yang keempat iaitu bidang yang melibatkan pembelajaran perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran peringkat perkembangan kanak-kanak dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun.

bayi lebih matang dari segi emosinya dan dia akan mula menunjukkan emosi yang pelbagai dalam situasi yang berbeza. 1996). Di penghujung umur 6 bulan. Bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti sensori dan motor. bayi semakin mahir mengawal kepala dan bahagian dada ketika meniarap. Aktiviti sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima deria manakala aktiviti motor diperolehi hasil gerak balas fizikal terhadap objek iaitu pengalaman semasa bermain atau merasa objek berkenaan. Melalui ‘uji kaji-uji kaji’ ini bayi mula memperoleh satu konsep bahawa diri mereka adalah satu identity yang berbeza dengan objek-objek lain serta belajar tentang karakteristik- 13 .kognitif berlaku kerana kanak-kanak mulai sedar bahawa penghisapanpenghisapan ini berbeza-beza dari segi cara dan gaya ( Jas Laile Suzana Jaafar. Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan ini sibuk mencari satu perhubungan antara tingkah laku mereka dan akibat-akibat yang akan terjadi apabila mereka menolak pinggan ke tepi meja. Bayi juga sudah boleh memusingkan badannya dengan sendiri. Menjelang usia 3 bulan. bayi sudah boleh mengangkat kepalanya apabila ditiarapkan serta mencapai benda yang dihulurkan kepadanya. bayi sudah mengenali tangan dan kakinya serta akan menghisap dan bermain dengannya. Menjelang usia 4 bulan. Bayi juga akan menangis apabila keperluaannya tidak dipenuhi. Pada usia 4 hingga 6 bulan. Bayi akan mula menunjukkan rasa terujanya dengan mengenjut badannya ke atas dan ke bawah dan seronok bila diagah.

Kementerian Pendidikan sudah berusaha kearah itu 14 . kanak-kanak mempelajari ciri-ciri objek yang timbul tenggelam di dalam air. Fokus Modul Umur 0 hingga 6 bulan Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan dalam pra sains ini ialah memberi ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri dan mengenali objek di persekitarannya melalui pancaindera. memegang. Pada peringkat pra operasi (umur prasekolah). Menurut Piaget. 2008). mereka akan membina pengetahuan mengenai nama dan ciri-ciri objek dalam persekitaran mereka yang akan digunakan bagi aktiviti olahan peringkat seterusnya. Disamping itu ingin meningkatkan deria lihat dan menanam perasaan ingin tahu. melantun apabila dilambung. 2008). kanak-kanak mula mengenali dunia melalui deria mereka pada peringkat kanak-kanak. merasa. (Aminah Ayob et al. Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat kanak-kanak supaya mencuba dan mengeksperimenkan. Melalui uji kaji yang dilakukan secara menghidu.karakteristik objek dan bagaimana ia berkaitan dengan satu sama dengan lain (Aminah Ayob et al. Selain itu juga. mengetuk. menolak dan melihat kesan tindakannya ke atas sesuatu objek. Pusat Perkembangan Kurikulum. berkecai apabila jatuh dan sebagainya. ingin memupuk kemahiran menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti tertentu. Semakin banyak mereka mempelajari sains. Intervensi yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perpekstif yang berbeza.

letak di kerusi atau kerusi bayi dalam kereta. Menggunakan barang mainan yang mempunyai pelbagai fungsi. Mengagah bayi dari pelbagai posisi. 3. • Bermain dengan bayi dengan memanggilnya dari lokasi yang berbeza. 2. • Membawa bayi bersinar-sinar melihat persekitaran sambil bercakap-cakap dengannya dan memperkenalkan beberapa jenis benda hidup seperti daun pokok. a. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 0 Hingga 6 Bulan. Kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perspektif yang berbeza.di mana pembelajaran awalan sains dalam komponen perkembangan kognitif. Kaedah a. Objektif Pembelajaran 1. Mendukung bayi dalam keadaan vertikal. • Menggunakan gim kanak-kanak untuk bayi bermain sendirian. 4. bunga. 15 . baring dengan sokongan bantal. • Menggantung permainan di atas katil bayi untuk meransang daya tumpuan.Memupuk kemahiran menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti tertentu. b. • Permainan yang menggunakkan pertembungan mata.Meningkatkan deria lihat dan menanam perasaan ingin a. Membezakan warna dan objek. serangga. b. Cadangan Aktiviti • Baringkan bayi di atas katil bayi. • Berkomunikasi dengan bayi semasa menakapnya. 2003). Meletakkan bayi pada posisi yang berbeza-beza. Ini adalah suatu titik tolak yang amat penting bagi memulakan pembelajaran sains dan penerapan pemikiran saintifik dan peringkat awal lagi (Nani Menon & Rohani Abdullah. Menayangkan kepada bayi mainan pelbagai bentuk dan warna yang menarik.

Contohnya. pada umur antara 7 hingga 12 bulan bayi mula melibatkan diri dalam tingkahlaku yang bermatlamat dan mereka boleh menjangkakan peristiwa secara lebih berkesan. Selain itu.tahu. bayi sudah dapat menyusun dan mencantum skema asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit. Hasil daripada kemahiran ini. ia akan berbunyi. 4. Pada tahap perkembangan ini. suka menyusun.3 Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan Menurut Piaget. Mereka amat gemar melakukan aktiviti mencuba dan meneroka seperti mengeluarkan barang daripada almari atau laci. Pada umur 7 hingga 12 bulan. 2008). 2004). apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan. pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. dua jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat perkembangan ini iaitu tindak balas bayi menjadi lebih terkawal dan bermatlamat. perkembangan bayi sudah dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. membina dan memecah dan membina semula. kekalan objek iaitu memahami bahawa objek terus wujud walaupun tidak kelihatan. Mereka juga mula memahami kemungkinan terdapat barang di bawah atau belakang sesuatu. Semua aktiviti dilakukan secara meneroka melalui penggunaan semua 16 . (Aminah Ayob et al. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan yang berlaku. Selain itu juga. menghadap ke depan atau ke belakang. ( Rohani Abdullah.

mengenali objek. (Aminah Ayob et al. Selain itu. Akan tetapi. Pada peringkat ini. 2008). dapat mengenali dan menamakan anggota badan serta membezakan sesuatu objek. Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan bayi mula memahami ciri ‘kekalan’ pada objek yang terdapat di sekitarnya. Akhir sekali. apabila 17 . seorang bayi berusia 9 bulan. Fokus Modul Umur 7 hingga 12 bulan Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan dalam pra sains ini ialah member ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri. Mereka amat suka meneroka dengan menyentuh semua barang dalam persekitarannya. bayi hanya terikat kepada tempat yang tersorok.deria termasuk deria rasa. (Aminah Ayob et al. Contohnya. membezakan pelbagai objek dan bunyi serta mengenali diri sendiri. membezakan warna dan objek yang berlainan dan membezakan bauan yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria bau. Misalnya. mereka faham ibu ataupun alat permainan kegemarannya wujud walaupun tiada di depannya ketika itu. beliau sudah pandai mencari bola yang tersorok di belakang abangnya. Intervensi yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan membezakan pelbagai bunyi dan meningkatkan deria pendengaran. 2008). Kemahiran pergerakan yang meningkat dan pemahaman cirri kekalan objek membolehkan bayi mencari benda yang tersorok di bawah kain ataupun di belakang penjaga.

secara langsung dalam Kurikulum Pendidikan Sains Awal 18 . misalnya ibunya akan wujud setiap kali mereka menjerit ataupun menangis. Jadi. Pada hujung peringkat kecil ini. Walau bagaimanapun keupayaan mereka mencari objek ayang hilang bagi bayi berumur 10 bulan adalah terhad. Bayi juga menujukkan tingkah laku yang bermatlamat dan dapat menjangkakan peristiwa dengan lebih berkesan. Bayi sudah berupaya memperoleh satu perwakilan mental pada objek yang hilang dengan mewakilkan apa yang dilihatnya lalu disimpan di dalam mental. yang akan terus memberi galakkan kepada bayi supaya dapat memahami maksud perkataan itu.abangnya menggerakkan bola itu ke tempat lain. mereka dapat menggunakan strategi menjerit ataupun menangis. bayi tersebut tetap mencari bola di belakang abangnya. Dia sudah dapat memahami objek itu masih wujud walaupun dia tidak melihatnya. Mereka akan mencarinya pada tempat yang sama sehingga menjumpai objek tersebut. Panggilan ini mengembirakan ibu bapa. apabila mereka ingin mendapat perhatian ibu. bayi berkebolehan mengawal bahasa dengan menggunakan dua perkataan seperti “papa” ataupun “mama”. Peningkatan kebolehan memahami konsep kekalan objek dan pengawalan koordinasi badan bayi membantu mereka mengambil bahagian permainan cikucak. 2004). (Rohani Abdullah.

2. Bercakap dengan bayi b. Ucap tahniah pada bayi apabila menjumpai mainan tersebut. • Mengetuk objek berbeza yang akan menghasilkan bunyi yang berbeza di hadapan. KAEDAH a. OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Membezakan a. • Mencari bunyi: contoh dapatkan alat muzik atau kotak muzik. Kebolehan membezakan pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria pendengaran. Tanya bayi “bunyi apa tu? Dari mana datangnya bunyi tu?” mula mencari bunyi tersebut bersama bayi dengan cara merangkak bersamasama. Memperkenalkan kepelbagai bauan yang berbeza. bunyikan dan sembunyikan. Menggalakkan bayi bermain dengan objek yang berlaian bentuk dan warna yang berlainan. • Bermain barang mainan yang lembut atau boneka yang berwarna terang dan berbeza. • Bermain dengan objek yang berbeza bentuk dan warna (alat mainan mobil). 19 . • Mainkan rentak muzik atau alunan nasyid yang berlaian setiap hari. b.Kanak-Kanak Bagi Umur 7 Hingga 12 Bulan. Memperkenalkan pelbagai bunyi dari sumber yang berlainan. CADANGAN AKTIVITI • Memanggil nama bayi dengan intonasi yang berbeza. • Menggunakan boneka dalam bercerita atau memoerdengarkan lagu warna dan objek yang berlainan.

• Menujukkan buku bergambar berwarna (tanpa tulisan) dan membaca bersama-sama. Cari peluang untuk bunyikan bunyi yang biasa pada pendengaran kanak-kanak.4 Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun Menurut Rohani Abdullah (2004). 4. Kanak-kanak pada usia ini juga 20 . Membacakan buku dengan meletakkan bayi di atas pangkuan bayi. 3. • Tunjukkan buku cerita yang hanya ada gambar atau lukisan. • Letakkan bauan yang berbeza dalam helaian kain/tisu.Membezakan bauan yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria bau. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan mengubahsuaikan pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta menunjukkan tingkah laku cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan cabaran yang ditimbul dalam aktiviti bermain. menamankan anggota badan. membezakan sesuatu objek. pada peringkat usia 12 hingga 18 bulan. dan reka cerita sendiri. Kanak-kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi seorang sanitis kecil.‘incy wincy’. Mengenali dan a. 3. bungkuskan dengan pembalut yang berbeza warna dan hayun dan tayangkan di depan bayi. • ‘Spider’ menggunakan labah-labah.

Oleh itu. di mana kanak-kanak pada usia ini mula menunjukkan tanda-tanda representasi pemikiran. kanak-kanak ini semakin meningkat dan juga memahaman terhadap kekekalan objek kepada penguasaan bahasa juga tumpuan mempengaruhi minat bayi bagi menunjukkan sesuatu dengan jari untuk menanyakan atau meminta sesuatu yang mereka tiada. (Suppiah Nachiappenet al. kanak-kanak akan mula memikirkan tentang orang dan benda tetapi tidak semestinya dapat memperspesikan pada ketika itu.cuba mencantumkan dan mengkoordinasikan pelbagai skema bagi menyelesaikan masalah yang semakin kompleks ketika mereka menghadapinya. 2008). kanak-kanak akan menghadapi pengalaman fizikal yang dilalui telah membantu mengembangkan kemahiran kognitifnya. kanak-kanak ini akan mengalami perkembangan kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk memegang objek kecil dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka seperti menekan tombol dan memutarkan suis yang mereka gemar untuk melakukannya. dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa usia ini merupakan akhir tahap sensori motor. Pada usia ini juga. Contohnya. kanak-kanak ini boleh mengetahui untuk menggunakan permainan dengan cara yang betul dan dikaitkan dengan peristiwa bagi membezakan apa yang telah dilihat dan dipelajari oleh mereka. Tetapi dalam usia antara 22 hingga 24 bulan. Menjelang usia 18 bulan. kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk mengalami sendiri agar membolehkan kanak-kanak ini memanipulasikan objek-objek ini 21 . Bukan itu saja. iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. Oleh itu.

Sementara itu. kanak-kanak pada tahap ini perlu mengembangkan kebolehan derianya untuk membezakan pelbagai bunyi dan pelbagai bauan yang dapat dikesani oleh deria bau mereka. Pada peringkat ini. mereka akan dapat mengingat lebih banyak perkara. kanak-kanak meningkatkan deria melihat iaitu kemahiran penumpuan mereka dalam masa yang sama untuk agar dapat membezakan warna dan objek-objek yang telah mereka lihat samaada dengan membacakan buku bergambar kepada mereka sambil memangku anak tatih di atas riba (Rohani Abdullah. Walau pun pada peringkat umur ini kanak-kanak itu belum menguasai lambang bahasa bagi menamakan benda dan kejadiaan di sekelilingi. Oleh itu. Fokus Modul Umur 1-2 Tahun Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi meningkatkan persekitaran lagi melalui kebolehan penggunaan kanak-kanak deria menyesuaikan meningkatkan diri dengan serta kemahiran 22 . namun demikian mereka terpaksa bergantung kepada bukti-bukti mentah atau objek-objek yang wujud bagi memahami sesuatu perkara. 2004). kanak-kanak ini masih dalam jangka masa pemerhatian yang semakin bertambah.untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya dan mengulangi aksi yang sama(Aminah Ayob et al. 2008).

jambu merah dan hijau. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria a. 2. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh. menyentuh tekstur kulit. tangisan kanak-kanak lain dan sebagainya. 23 . 3. Bermain dengan • Hide and seek biarkan kanakkanak melihat pengasuh bersembunyi dahulu sehingga mereka memahami permainan. mendengar. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa a. • Bawa mereka keluar dan biarkan mereka mendengar pelbagai bunyi yang berlainan yang mempunyai maksud dalam kehidupan mereka contoh dengan bunyi burung.menghidu.penumpuan dan kemahiran berbahasa kanak-kanak. 3. 2. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh KAEDAH Membacakan buku CADANGAN AKTIVITI • Gunakan buku cerita bergambar yang besar dan berwarna warni serta mempunyai tekstur yang berbeza dan biarkan kanakkanak membolak-balik muka surat. dan merasa. bergambar sambil memangku anak tatih di atas riba permainan berfungsi ada dan hilang. • Galakkan mereka melihat. Menyeidakan pelbagai • Sediakan buah-buahan seperti oren. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa. Memperdengarkan tersebut. dan anggur. menyentuh. bahan yang membolehkan kanak-kanak melihat. siren ambulans. pelbagai bunyi dari persekitaran a. menghidu dan meras buahan b.

Oleh itu. Kebanyakan Ibu bapa mempengaruhi kanak-kanak melalui arahan. Oleh itu. 4. 24 . seorang kanak-kanak mungkin mennganggap sebatang penyapu sebagai kuda .5 Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun Pada tempoh usia ini. Menurut teori Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak berlaku perubahan besar dari segi perkembangan kognitif apabila ia mula boleh menggunakan skema yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mudah. Tetapi biasanya kanakkanak ini akan menghabiskan sebahagian besar masanya dengan mengumpulkan sebanyak mungkin informasi mengenai persekitaran tanpa disedari. Hal ini kerana persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. ulasan. kanak-kanak ini menggunakan simbol dalam pemikiran mereka. contohnya. 1988). ibu bapa sentiasa digalakkan menggunakan isu-isu perbincangan tentang sebab-musabah dalam perbincangan keluarga agar dapat mewujudkan komunikasi yang positif dan merapatkan hubungan rapat dengan kanak-kanaknya. 1996).Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 1 Hingga tahun. dan soalan dengan mengambil kira kebolehan pemahaman bahasa anak (Damon. ( Jas Laile Suzana Jaafar. kanak-kanak di peringkat awal usia ini akan cuba memperoleh bahasa dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak.

meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada penggunaan teknologi dalam kehidupan. Lockhart dan Craik. Oleh itu. (Craik dan Lockhart. tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. 1990). pada peringkat praoperasi. Fokus Modul Umur 2 hingga 3 Tahun Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan. objek dan perkataan. Mereka mampu mengendalikan dunia secara simbolik atau perwakilan objek ketika menyelesaikan masalah dan mengingat kembali peristiwa yang lalu. kanak-kanak masih menggunakan bahasa yang mudah sperti tanda-tanda. Mereka juga mampu berfokus pada pemprosesan information dalaman dan meningkatkan keupayaan untuk mengingatkan semula informasi.lambang-lambang.1972. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 25 .Berdasarkan teori piaget. membuat penelitian. kanak-kanak adalah sesuai dengan meningkatkan dan memantapkan kemahiran-mahiran meneliti terhadapa sesuatu benda dengan perkembangan deria dan perkembangan bahasa mereka serta deria sentuh agar dapat merangsang perkembangan afektif dan emosi mereka pada peringkat awal.

a. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan daya kreativiti dan menguatkan otot-otot tangan. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. • Menutup mata kanak-kanak dan biarkan mereka merasa 26 . 3. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 2 Hingga 3 Tahun OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1. dengar dan bau serta mematapkan perkembangan bahasa. • Meningkatkan deria sentuhan. Peningkatan kemahiran meneliti sesuatu benda mengguanakan deria ii. 4. 2. • Merasai perbezaan melalui sentuhan dan merangsang perkembangan afektif dan emosi.Menydiakan merangsang deria untuk sesuatu benda. Meningkatkan deria sentuhan. Meningkatkan kemahiran meneliti sesuatu menggunakan deria.1. dengar dan bau serta memantapkan perkembangan bahasa. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu. aktiviti penggunaan mengenali • Letakkan objek yang berkainan di dalam kotak suruh mereka mencari objek yang dikehendaki tanpa melihat ke dalam kotak.

bentuk dan tekstur. a. • Memerhati benda-benda hidup di sekitar. Merasai perbezaaan melalui sentuhan dan merangsang perkembangan afektif dan emosi. • Berlakon. • Pelbagai jenis objek yang digunakan yang boleh dikenali berdasarkan bunyi. bau. Sebagai contoh : mengenai ‘ pokok tomato kita ni berbuah sangat lebah dan pokoknya juga tinggi. 1. 2. • Berjalan di atas permukaan yang berbeza seperti rata dan tidak rata. licin. Agaknya apa yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan 27 . Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. • Memperkenalkan kepada anak tatih pelbagai benda dan makanan serta fungsinya.Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai cara untuk menguasai bahasa dan menambahkan ilmu • Bercerita bersama kanakkanak. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu.iii. Gunakan peluang yang ada untuk melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti berfikir. • Sediakan permulaan objek yang berbeza teksturseperti kasar. dan menamakan objek dengan mata yang tertutup. • Menyanyi. a. lembut dan lainlain sambil memeperkenalkan perkataana-perkataan baru tersebut.

4. memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan. Dalam tahap usia ini mereka akan memperolehi insiatif iaitu hasil positif dalam tahap ini. peti ais basikal dan sebagainya. • Sediakan gunting kanakkanak dan suruh mereka mengunting bentuk dan objek yang berlainan tetapi mesti dengan pengawasan orang dewasa. • Membuka peti ais. kanak-kanak ini akan mula berupaya menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. Biar mereka guntung bentuk yang diingini oleh mereka. mengenalkan barangan di dalamnya sambil menerangkan fungsinya ‘menyejukkan’ beri peluang anak tatih bermain dengan basikal atau trisikal sambil pengasuh menerangkan fungsi ‘kayuh’ 4.6 Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun Mengikut Teori Psikososial Erikson. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknpologi dalam kehidupan seharian disamping meningkatkan daya kreativiti dan menguatkan otot-otot tangan. Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak. tetapi sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan 28 . Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat.kelebatan buah pokok ini’ ? 3. Mendedahkan kepada anak tatih barangan berteknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti gunting. mereka dapat menyoal.

2002).begitu juga. susun angka mudah ikut urutan dan nama anggota badan. empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis. 2008).kehendak dan rancangan aktivitinya oleh ibubapa. Mereka mula faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan masa hadapan. Pada tahap usia ini juga kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk menyatakan sesuatu. Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka. Pada umur 3 hingga 4 tahun. Sebagai contohnya mereka akan cuba membuat bentuk bulatan. Mereka tidak sahaja malu kepada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berberada di sekeliling mereka. maka ia akan memperkembangkan rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut dan kurang tegas dalam sesuatu perkara yang mereka kakukan (Jas Laile Suzana Jaafar.hal ini kerana mereka bimbang dan malu apabila mereka melakukan sesusutu perkara dipandang salah di depan orang lain (Aminah Ayob et al. kanak-kanak ini boleh mengenali dan sekurang-kurangnya enam warna. Fokus Modul Umur 3 hingga 4 Tahun 29 . kanak-kanak telah berkeinginaan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin meningkat.

Fokus modul ialah memberikan rangsangan yang banyak bagi meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan. 7. membuat pengamatan dan analisis. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata. 2. 5. bentuk dan warna. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan deduktif. Meningkatkan kemahiran mengimbangkan tangan dan jari dan meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa. 3. bau dari pelbagai objek yang berbeza bentuk dan menamakannya. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai rasa. Meningkatkan deria rasa. 6. membuat penelitian. Memahami kemahiran penggunaan. menumpukan perhatian objek yang berbeza bentuk dan menamakannya. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 30 . mahir dan kaitan objek/situasi dengan rutin harian. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 3 Hingga 4 tahun. sentuhan. meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada penggunaan teknlogi dalam kehidupan. Mempertingkatkan kemahiran deria. bentuk dan warna. 4.

Menjahit. • Ajak kanak-kanak meneroka dan mendengar setiap bunyi yang dihasilkan. bau tanpa melihatnya. Memperdengar dan memperkenalkan pelbagai objek yang berbeza untuk bunyi yang berbeza • Letakkan di dalam karung kecil objek-objek yang berbeza rupa. sentuhan. • Meneka bunyi objek yang hilang boleh mempertingkatkan daya kemahiran deria dan mefokus. Memberikan peluang kanakkanak menerokai melalui pengalaman langsung. Meningkatkan deria rasa. a. dan bentuk seperti kunci. bentuk. • Minta kanak-kanak memasukkan tangan ke dalam karung tersebut meneka dan menamakan objek berdasarkan tekstur. bau dari sentuhan. Boleh sediakan bekas yang berbagai bentuk untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak menerokainya. 4. • Biarkan kanak-kanak bermain dengan selesa mengikut kehendak mereka.1. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata. menumpukan perhatian dan pengamatan. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai tekstur dan suhu yang berlainan. Bermain pasir/ air • Sediakan bekas diisi dengan air atau pasir yang berlainan. Warna/ tekstur. Mempertingkatkan kemahiran deria. 2. a. bau dari pelbagai objek yang berbeza bentuk dan menamakannya a. 3. sikat. a. Agar lebih menarik. • Sediakan tali sederhana halus dan objek yang berlubang ditengahnya untuk dimasukkan tali ditengahnya. • Ajar kanak-kanak memasukkan tali ke dalam lubang objek 31 . tin dan lain-lain. dalam keadaan mata tertutup teka bunyi apa yang dihasilkan atau bunyi yang tidak terdengar.

• Sediakan replika/ permainan binatang yang menarik dihadapan kanak-kanak (Mini World Play Materials ). deduktif. Memasak dan merasa : Ajar dan ajak kanak-kanak memasak dan menyediakan masakan ringkas atau minuman yang pelbagai rasa. a. • Berbual dengan kanak-kanak untuk menggalakkan penggunaan bahasa dan perkataan yang sesuai semasa papan imaginasi bertemakan safari. Mendedahkan kanak-kanak dengan pengalaman langsung. Belajar menggunakan bahan yang ada untuk menyelesaikan masalah dan belajar mencuba dengan menggunakan strategi yang sedia ada. c. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan secara analogi dan deduktif. b. jelas dan berulang-ulang. binatang buas (dalam hutan). dan membuat pengalaman dan analisis sifat bahan. a. 32 . 6. burung (atas pokok). tanah liat dan puzzle. Berbual dengan kanak- kanak tentang perbezaan rasa. tekstur bentuk dan warna bahan masakan/ minuman. bentuk dan warna. ikan (dalam sungai/laut). Menyediakan persekitarann yang menggalakkan pemikiran analogi. a. e. 1. Meningkatkan kemahiran mengimbangi tangan dan jari dan meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa. • Minta kanak-kanak asingkan c. Ajak mereka merasa makanan/ minuman yang mereka sediakan.dengan perlahan. Bermain lego. • Lebih menarik jika disediakan b. d. antara replika binatang-binatang itu di atas papan imasginasi safari contohnya. 5. Bereksperimen dengan air. Mengasingkan replika binatang/ benda mengikut kumpulan. membuat pengalaman dan analisis.

tali.pengasingan dibuat. besar. reka cerita fantasi untuk lebih menarik. • Tunjuk contoh hasil kerja diikuti dengan galakkan dan pujian yang selari dengan pencapaian hasil kerja. makna dan kaitan objek/ situasi dengan rutin harian. • Galakkan pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasaalahan. kerusi. bunga. Melabel objek/situasi • Ajak kanak-kanak membantu melabekan objek atau situasi tertentu di dalam kelas atau sekitar sekolah. • Ajar kanak-kanak menggunakan alat permainan. Contohnya tinggi. bulat. ajak mereka berbual tentang objek atau situasi tersebut. panjang dan lain-lain. Memahami kemahiran pengunaan. • Sediakan permainan pelbagai jenis tekstur dan material yang boleh direndamkan dalam bekas yang berisi air. rendah. ikan. • Galaka pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasaalahan. • Sambil melabel. 7. 33 . a. span. Anak patung. kecil meja. bekas plastik dan lain-lain.

membuat inferens dan membentuk hipotesis. Komponen perkembangan kognitif mengandungi konsep-konsep awal sains dan bertujuan untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan memupuk sikap positif terhadap sains. air dan pasir serta bahan- 34 .0 KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAKKANAK Menurut Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004) dalam “Sikap & keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal” . Membuat permerhatian atau pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains. konsep ruang. Kemahiran proses yang lain ialah seperti berkomunikasi. dapat memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan. Tambahan pula. Kemahiran proses sains membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. terdapat enam komponen pembelajaran dalam kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara bersepadu. proses sains dan penyelesaian masalah. Antara objektif komponen perkembangan kognitif ialah bagi membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains. Kefahaman konsep asas serta penguasaan kemahiran proses diperolehi melalui interaksi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti seperti bermain dengan blok. Salah satu daripadanya ialah perkembangan kognitif.5.

Kepercayaan berkait rapat dengan tingkah laku dari aspek fobia dan jangkaan-pencapaian kendiri. berlakon dan mendengar atau menonton cerita kanak-kanak.1997). Keberkesanan perlaksanaan kurikulum ini banyak bergantung kepada pendidik yang berada di dalam kelas. Sikap ialah tindakbalas tingkah laku yang didorong oleh pemikiran (mentality) yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan seorang individu. kepuasan dan keseronokan serta perkembangan kanak-kanak. kemahiran serta sikap yang bersesuaian dengan subjek yang diajar. sikap serta kepercayaan guru tentang sains sering mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam proses pengajaran dalam sains awal kanak-kanak. Para pendidik diharapkan faham.bahan manipulatif dan aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi. menghayati serta mampu melaksnakan kurikulum seperti yang dihasratkan. Selain sikap. Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan konsepsi. Kajian turut menunjukkan sikap guru yang negatif atau neutral terhadap sains akan dapat dirasai dan menjadi ikutan murid-murid(Gabel & Rubba. kepercayaan serta nilai yang dihayati guru turut mempengaruhi corak Pengajaran dan meniggalkan kesan terhadap pembelajaran. Bandura (1986) menyatakan pendapat dua jenis jangkaan sebagai daya kognitif utama 35 . Dapatan-dapatan kajian menunjukkan peranan guru adalah penting dalam usaha memupuk dan menanam sikap yang sesuai terhadap sains. Sikap dianggap salah satu elemen penting yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang khususnya dalam pendidikan.

yang memandu tingkah-laku. usaha dan ketabahan jika berlaku rintangan terhadap pencapaian prestasi tingkah laku tadi. Efikasi-kendiri juga mempengaruhi kecekapan dalam mempamerkan tingkah laku tersebut. kita membina jangkaan- jangkaan( expectancy) secara umum tentang kemungkinan-kemungkinan berdasarkan pengalaman hidup dan kepercayaan secara khusus tentang keyakinan an keupayaan kita untuk menangani sesuatu tugasan tau keadaan. minda kanak-kanak semakin berkembang dan mudah bagi mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Menurut Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006) dalam “Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan”. Jenis jangkaan kedua ialah efikasi-kendiri merujuk kepada kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu tingkah laku dengan jayanya. kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun merupakan golongan yang perlu dibentuk sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih tinggi. 36 . perkembangan kognitif pelajar dapat diperkukuhkan dari awal sebelum menjalani pendidikan di sekolah rendah. Dengan ini. Menurut Bandura (1986). Jenis jangkaan pertama dikenali sebagai jangkaan hasil kerja(outcome expetancy) dan berkait dengan ‘hasil kerja’. individu akan memperlihatkan tingkah laku dimana dia percaya hasil kerjanya akan dihargai. Sebalikya individu tersebut tidak menunjukkan tingkah laku yang sama jika hasil kerja tersebut dilihat tidak memberi ‘keuntungan’ kepadanya. Disebabkan inilah pembangun memilih projek untuk membangunkan perisian bagi kanak-kanak pra-sekolah kerana pada peringkat ini. Efikasikendiri mempengaruhi pilihan tingkah laku yang perlu dibuat. Umumnya.

Oleh itu. guru boleh bermula dengan aktiviti ‘sains harian ’iaitu perbezaan tentang kandungan apa yang telah dipelajari. Ia juga menekankan pemupukan sikap positif terhadap Sains. matapelajaran Sains adalah begitu penting kerana pihak kerajaan Malaysia ingin mengorak langkah ke arah kemajuan sains dan teknologi untuk menapai status negara maju pada tahun 2020. Bustam Kamri. Seterusnya. Dr .Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Pensyarah Pendidikan Pra-Sekolah Institut Bahasa Melayu Malaysia berkata. pelajar hilang minat terhadap sesuatu pembelajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah bahan pembelajaran tidak menarik organisasi isi kandungan tidak sistematik. grafik. persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik. Sains di peringkat pra- 37 . Tambahan pula sejak kebelakangan ini. video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik minat pelajar. Kesemua faktor-faktor ini menyumbang kepada keciciran pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan penting meransangkan pemikiran aktif dan kreatif kanakkanak. Guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. audio. penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks. Menurut Lumpe & Staver (1995).

Secara umumnya. hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam menjana pendidikan. Dalam bentuknya yang praktikal. 5. pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran. pembelajaran sains awal banyak dikaitkan dan dilihat melalui kajian-kajian lepas yang dilaksanakan oleh banyak individu dan pihak didalam memperkasakan lagi bahawa pendidikan dan pembelajaran kanak-kanak diperingkat awal adalah sangat penting. pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan “ilmu” atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Ini secara tidak langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka. pembelajaran awal adalah sangat penting untuk kanak-kanak. Selaras dengan itu. 38 . Dalam konteks kanak-kanak. adalah dunia sebenar dan pengalaman harian.sekolah katanya.

kanakkanak akan mempraktikkan perkara tersebut dengan cara mereka yang tersendiri. Melalui keterangan tersebut dapat diperhatikan bahawa kanak-kanak akan membuat pelbagai spekulasi terhadap apa yang mereka dapat perhatikan seperti membuat andaian pilihan. children might demonstrate their interests. Dapat dilihat juga pelbagai kajian terhadap pembelajaran sains awal kanak-kanak melalui kajian yang dibuat oleh Mark K. and Technology Education/First Experiences in Science. voice opinions. Dalam pada itu. such as constructions. their questions. Mathematics. Kajian ini turut 39 . al. Mathematics and Technology” yang menyebut. (2007) didalam “A Guide to Early Childhood Program Development”. Setelah itu. “in active science programs. children make choices. drawings. and emerging skills through their conversations. understandings. or writings”(Bredekamp dan Rosegrant (1995) di dalam Edward Chittenden dan Jaqueline Jones (1999) ). dan akan memperkatakan pendapat mereka melalui perkara-perkara yang menarik dan baharu bagi mereka. and the work they produce. memberi contoh perlakuan dan membawa mereka meneroka kepada sesuatu yang ‘aneh’ iaitu sesuatu yang baharu bagi mereka. M Quillan et.Antara kajian-kajian lepas yang banyak menyentuh tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah dapat dilihat melalui kajian Edward Chittenden dan Jacqueline Jones (1999) yang menyatakan “Dialogue on Early Childhood Science. their actions. In such settings. and perform various investigations. adalah sangat penting menjana pemikiran kanakkanak dengan membuat komunikasi dengan mereka dan membiarkan mereka berkomunikasi.

and encouraging the pursuit of individual interests and questions. iaitu: Memperkembangkan sensori keupayaan dan koordinasi fizikal Menggunakan bahan yang mendorong dan membina sesuatu yang menarik. Menerokai idea baru. Beliau turut menerangkan tentang kepentingan dan kesan pembelajaran sains diperingkat awal kanak-kanak.” (Mark K. al. “His contributions can be witnessed in early childhood settings which focus on providing direct experience with materials and peers. Menurut French (2004) di dalam Kathy 40 . Kanak-kanak adalah sangat aktif dan sangat sentiasa bersedia untuk menerokai dunia baru. 2007). maka melalui pelbagai pembelajaran ianya dapat membantu perkembangan sifat kendiri. kanak-kanak harus dibentuk dengan keupayaan sensori (keupayaan pancaindera) dan fizikal agar dapat mempergiatkan diri didalam meneroka pelbagai ilmu baru dan dapat menjana pemikiran dengan lebih baik untuk mengaplikasikan apa yang mereka dapati dari pengamatan terhadap setiap bahan yang digunakan didalam sesi pembelajaran mereka diperingkat awal tersebut. dan. pergaulan dan perkembangan intelektual kanak-kanak tersebut.mengaitkan tentang teori John Dewey (1859-1952) yang memperkenalkan tiga peringkat aktiviti pembelajaran dalam perkembangan kanak-kanak. Kajian-kajian lain yang dapat diperhatikan didalam mengaitkan pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah yang dibuat oleh Kathy Cabe Trundle (2009) dalam jurnalnya “Teaching Science During the Early Childhood Years”. M Quillan et. Melalui tiga peringkat aktiviti yang diperkenalkan tersebut.

Sehubungan dengan itu. Science and Literacy provides a 41 . Maka dengan itu. di dalam Kathy Cabe Trundle. memberi sokongan akan membantu meningkatkan pemikiran yang saintifik kanak-kanak dan seterusnya memberi kesan terhadap keupayaan akademik yang berkeupayaan tinggi di kalangan kanak-kanak itu sendiri.Cabe Trundle (2009) “Young children are motivated to explore the world around them. Galakan dan dorongan harus diberikan agar tidak memberi sebarang bentuk tekanan yang membuatkan kanak-kanak hilang arahnya. kecenderungan kanak-kanak dalam sesuatu bidang tidak sepatutnya dihalang dengan kehendak atau keinginan ibu bapanya sahaja. pembelajaran sains awal di peringkat kanak-kanak adalah satu pengalaman yang akan membentuk kanak-kanak tersebut kepada sesuatu bidang yang yang digemarinya. 2009). Merujuk kepada kenyataan tersebut. Kanakkanak akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi dunia ini dengan lebih berdaya maju dengan pelbagai kelebihan. yang membawa kepada kesan negatif seperti tekanan dan kemurungan. “Supporting children as they develop scientific thinking during the early childhood years can lead children to easily transfer their thinking skills to other academic domains which may support their academic achievement and their sense of self-efficacy” Kuhn & Pearsall (2000). and early science experiences can capitalize on this inclination”. Kanak-kanak akan lebih cenderung untuk bergiat terus dalam sesuatu bidang yang akan memberi banyak faedah kepadanya didalam menganjak kedewasaan. “Young children need quality science experiences during their early childhood years. Kuhn & Schauble. tetapi melihat kepada bidang yang diminati oleh kanak-kanak tersebut. & GarciaMilla (1992).

Dapat diperhatikan juga kajian berkenaan dengan pembelajaran sains awal kanak-kanak melalui Jack P. Shonkoff et. Menurut Jack P. 2009) “The basic architecture of the brain is constructed through an ongoing process that begins before birth and continues into adulthood” (Jack P. illustrations. menurut mereka pembelajaran ini adalah berterusan dan berhubung rapat dengan pembentukan perkembangan keupayaan minda kanak-kanak tersebut.systematic instructional framework. This program also effectively integrates text. and diagrams into inquiry-based instruction” (Kathy Cabe Trundle. a standards-based curriculum. al. behavior. Selain itu. ianya akan membawa kepada pelbagai kesan negatif semasa pembelajaran 42 . al. 2007). Kajian ini mengutamakan pembelajaran sains awal kanak-kanak yang bermula dari awal (sebelum lahir) sehingga dewasa. and both physical and mental health”. Penekenan terhadap pembelajaran yang sukar diterima oleh kanak-kanak akan memberi impak yang tidak memberi keuntungan kepada kanak-kanak itu sendiri. “Toxic stress in early childhood is associated with persistent effects on the nervous system and stress hormone systems that can damage developing brain architecture and lead to lifelong problems in learning. Shonkoff et. ini berikutan bebanan pelbagai pembelajaran yang sukar diikuti dan diterima oleh kanak-kanak. kajian ini banyak memperkatakan tentang keupayaan kanak-kanak menerima sesuatu benda baru (pembelajaran) yang kadang-kadang membawa kepada tekanan yang serius. (2007) melalui jurnal mereka yang bertajuk “The Science of Early Childhood Development”. and high quality teacher resources. al. Shonkoff et. (2007).

kerana diusia awal. kanak-kanak lebih terdedah dengan “sensitive periods” yang membawa mereka berfikir dengan lebih fokus dan kelibat mereka akan lebih cenderung dengan perkara-perkara yang mereka tertarik secara semula jadi. Dalam pada itu. Membentuk kanak-kanak adalah berdasarkan kecenderungannya dari usia awal. Kajian-kajian ini hakikatnya masih tidak lari dengan teori-teori dan model-model yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh awal dalam bidang perkembangan manusia dan kanak-kanak. “Stress in early childhood can be either growth-promoting or seriously damaging”. al. Menurutnya “sensitive periods” merupakan satu tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. fokus mereka adalah terarah kepada membantu dan menerangkan keperluan kanakkanak didalam menjalani tempoh awal mereka dengan lebih efektif dan mampu bergerak di tempoh dewasa mereka dengan lebih berkeyakinan dan mampu melihat hala tuju mereka. Kesimpulannya. al. Shonkoff et. terdapat pelbagai kajian lepas yang memperkatakan tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak. Shonkoff et.tersebut. Merujuk kepada “sensitive periods”. “Getting things right the first time is more efficient and ultimately more effective than trying to fix them later” (Jack P. setiap kemahiran yang dikuasai kanak-kanak itu merupakan kemahiran-kemahiran yang berdasarkan kecenderungannya dirinya sendiri. Walaubagaimanapun. (Jack P. 2007). 43 . ianya mula diperkatakan didalam Model Montessori (1870-1952) didalam kajiannya terhadap perkembangan awal kanak-kanak. 2007). ini lebih efektif daripada membentuknya di usia dewasa.

melihat. sentuhan. pengalaman sains awal membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sanis pada masa hadapan. Perkataan biasanya didahului dengan gambaran mental yang dibentuk melalui pengalaman kanak-kanak itu berinteraksi dengan bahan- 44 .7. rasa dan bau. maka semakin meningkat minat dan keinginan mereka mencari penjelasan di samping memperkembangkan bahasa. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahanbahan dan persekitaran yang dapat meransang naluri ingin tahu mereka. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alat fizikal mereka.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya. semakin banyak penerokaan yang dilakukan sama ada dengan mendengar.

11 : 671-684. San Francisco : Jossey-Bass. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara . (1972).M dan Lockhart. membuat ramalan melalui eksperimen ringkas apabila sesuai dan membuat rumusan. selain itu. Damon.S. NJ: Prentice-Hall Craik. (2000).I. Interaksi antara mereka akan membantu kanak-kanak tersebut membina kefahaman dan menguasai konsep-konsep. Tanjong malim. The Social World of Child.bahan disekeliling mereka yang mana aktiviti sains akan membantu kanakkanak dalam aspek ini. Boston: Allyn & Bacon. Secara tidak lansung. RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI Aminah Ayob.R. J. 2008. Pendidik perlu memainkan Peranan yang penting dalam membantu kanakkanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan menyediakan persekitaran dan peluang-peluang yang membolehkan kanakkanak meneroka alam sekeliling. Rohani Abdullah.F. 45 . Mastura Badrzis. Abruscato. Teaching children science: A discovery approach (5th ed. (1986). Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior. Level of processing : A framework for memory research.. Englewood Cliffs. Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanakkanak 0-4 Tahun. Azizah Lebai Nordin &Mahani Razali. A. 1977.). W. CURRICULUM 507 229 Bandura. Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. pendidik perlu berinteraksi dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat penemuan pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan itu.

Mathematics and Technology./SCL22-0429A_AM_Trundle. Peer collaboration and concept development. (2007). Diperolehi dari http://www. Diperolehi daripada http://www.Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Research in Science Teaching. CURRICULUM 507 437 Jack P. (1979). NJ: Merrill Curriculum 507 375 Johnston. 19-24.fp. Dewan Bahasa dan Pustaka. The Ohio State University. pada 26 Februari 2010. Mathematics. & Rivkin. Science experiences for the early childhood years: An integrated approach (6th ed. 1995. The Science of Early Childhood Development.Attitude change of elementry teachers according to the curriculum studied during workshop participation and their role as model science teachers. & Staver. Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan.Edward Chittenden. al. (1996). 32(1) : 71-98. Buckingham. National Scientific Council on the Developing Child.gov/pdf/Shonkoff. Diperolehi dari http://public. (1996). 16. J.doe. FISHER CURRICULUM 372.). Teaching Science During the Early Childhood Years. Early explorations in science.Rubba P.us/DMGetDocument. Jas Laile Suzana Jaafar. Ampang. Harlan & Jelly (1989). Shonkoff et.speaker. J. 46 . D. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja.ga. Englewood Cliffs.pdf Gabel. Technology for children. Selangor.pdf pada 26 Februari 2010. American Association for the Advancement of Science (AAAS). 607 88 Harlan. 1996. Sydney: Prentice Hall Australia. A.T.pdf. Kathy Cabe Trundle (2009).358044 3. UK: Open University Press.com/Portals/0/. Dialogue on Early Childhood Science. Center on the Developing Child at Harvard University. Diperolehi dari www. Lumpe. and Technology Education/First Experiences in Science.k12.. J. FISHER CURRICULUM also has 1st ed.pdf.ngsp. S. Jacqueline Jones (1999). pada 26 Februari 2010.utm.aspx/Dialogue on Early Childhood Science. D..R.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD AAP010074D2006TTP. Journal of Research in Science Teaching. Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). M. 5&6.

Bentong. Publication & Distributor Sdn. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. State Board of Education. Mark K. Pendidikan Prasekolah. Rohani Abdullah. A Guide to Early Childhood Program Development. Science for children (2nd ed. Selangor. Pahang.Universiti Sains Malaysia.S dan Craik. Nani Menon & Rohani Abdullah. (2007). 87-112. 44. Suppiah Nachiappan. Psikologi Pendidikan. Sydney: Prentice Hall Australia. Oxford fajar Sdn. pdf. Ali. 2008. M Quillan et. Level of processing : A retrospective commentar on a framework for memory reseacrh.gov/sde/lib/sde/PDF/DEPS/Early/early_childhood_guide.sde. pada 26 Februari 2010. Vyogtsky (1984). 2003. Bentong.ct.Bhd. Pahang.Lockhart. Diperolehi dari http://www.I. Shah Alam.R.F.3044 1 Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). FISHER CURRICULUM 372.Bhd. Selangor Darul Ehsan.Bhd. Bayi Cerdik. al. 2004. PTS Publication & Distributor Sdn. Sikap & keyakinan guruguru prasekolah dalam pengajaran sains awal. 156 & 159.M (1990). 2008. 47 . Canadian Journal of Psychology. Surayah Zaidon & Haslinda Md.). Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. Shah Alam.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->