You are on page 1of 30

KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL Garisan

1.1 Terbentuk daripada hasil cantuman deretan titik-titik 1.2 Ataupun satu susunan siri titik-titik yang bersambung 1.3 Garisan adalah unsur asas dalam menghasil seni tampak 1.4 Tanpa garisan, kita tidak dapat menghasil tulisan dan lukisan Stensilan

1.1 Menghasil imej dari keratan kertas pendua atau profilem 1.1 Satu kaedah menggambar menggunakan alat yang telah ditebuk atau dilubangkan pada kertas pendua 1.2 Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian : i. Bahagian positif ii. Bahagian negatif

Lukisan

1.1 Adalah satu hasil kerja seni mengguna media kering 1.2 Hasil 2Dimensi menggunakan media kering 1.3 Contoh media : i.Pensel warna ii.Arang,Krayon iii.Pensel,marker pen iv.Pen mata bulat,pen manuskrip,dll Catan

1.1 Hasil karya seni di atas permukaan 2 Dimensi. 1.2 Menggunakan bahan media basah -penggunaan berus dan warna -media basah memerlukan pelarut seperti air atau minyak 1.3 Contoh media basah i. Warna air/water colour ii. Cat iii.Cat minyak iv. Warna poster

Montaj

1.1 Tampalan kertas gambar yang mempunyai sifat atau ciri-ciri tema yang serupa. 1.2 Montaj merupakan suatu jenis gubahan yang memerlukan daya imaginasi serta rekacipta yang kuat bagi menampal gambar atau imej yang digunting dari majalahmajalah. 1.3 Tampalan mestilah bertindih Motif

1.1 Motif adalah rupa asal sesuatu corak berpunca daripada flora atau fauna yang boleh dibahagikan kepada 2 kategori: i. Organik ii.Geometri

Gurisan

1.1 Adalah satu teknik menggambar atau mencorak secara mengguris bahan yang disedia menggunakan benda tajam seperti paku,gunting,pisau dll Tekapan

1.1 Adalah satu kaedah menggambar dengan cara menekap untuk mendapatkan ulangan imej yang sama. Kolaj

1.1 Kolaj ertinya potong atau koyak dan gam 1.2 Adalah satu teknik menghasil karya secara guntingan atau carikan kertas dan menampal bahan tersebut 1.3 Bahan yang ditampal mestilah secara bertindan 1.4 Antara bahannya ialah kertas warna,akhbar,kain dll

Cetakan

1.1 Cetakan ialah kesan daripada penerapan gubahan-gubahan yang dihasilkan pada sekeping permukaan blok ataupun plat 1.2 Kesan-kesan itu terhasil melalui garisan atau ukiran permukaan blok atau plat berkenaan sehingga imej gubahan boleh dipindahkan ke atas kertas Lipatan dan Guntingan

1.1 Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak 1.2 Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain 1.3 Ianya menghasilkan corak positif dan negatif

Boneka

1.1 Boneka adalah seni patung 1.2 Membentuk rupa haiwan atau manusia 1.3 Contoh bahan ialah kertas,kain dll 1.4 Ada 4 jenis boneka : i. Boneka jari ii.Boneka tangan iii.Boneka tali iv.Boneka tongkat Batik

1.1 Berasal dari bahasa Indonesia bermaksud titik-titik ataupun bunyi berdetik 1.2 Ada juga mengatakan berasal dari bahasa Jawa iaitu tritik iaitu proses menghasil batik 1.3 Teknik digunakan adalah resis 1.4 Bahan utama warna batik,damar,fixer,parafin dan lilin 1.5 Biasanya batik menggunakan corak flora atau fauna 1.6 Ada 3 jenis proses batik :

I. Batik blok atau batik cap atau batik terap ii.Batik skrin atau batik cetak iii.Batik lukis atau batik tulis Topeng

1.1 Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala 1.2 Ianya digunakan untuk persembahan tarian,upacara kebudayaan ataupun hiasan dinding 1.3 Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dantopeng serkup 1.4 Topeng Serkup ialah topeng yang menutup keseluruhan bahagian kepala Arca

1.1 Adalah seni binaan 3 Dimensi yang direka sebagai ciptaan berfungsi atau untuk menilai estetikanya 1.2 Bahan-bahan yang digunakan seperti logam, kayu lilin, Plaster of Paris, tanah liat, konkrit dan bahan buangan. 1.3 Dihasil secara kegiatan membentuk,ukiran atau binaan

Tembikar

1.1 Satu seni kraf tradisional 1.2 Menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan digilapkan 1.3 Tembikar merupakan karya 3 Dimensi. 1.4 Bermula zaman primitif lagi. Assemblaj

1.1 Assemblaj bererti menampal, memetri atau menjahit objek sebenar pada sesuatu permukaan kertas atau pemidang agar nampak berbentuk 3 Dimensi 1.2 Ianya mempunyai tema yang sesuai 1.3 Setiap bahan mempunyai kaitan antara satu sama lain

Wau

1.1 Satu hasil kegiatan membentuk yang mempunyai rangka atau bingkai,imbangan,berekor dan dihias dengan kertas atau kain bermotifkan corak digantung atau diterbangkan ke udara bertalikan benang 1.2 Merupakan satu permainan tradisional masa lapang 1.3 Sejarah muncul 3000 tahun dulu di negara China 1.4 Wau terbahagi kepada 2 : i. Wau cantik ii. Wau tegak Anyaman

1.1 Anyaman bererti menyusun bilah-bilah,helaian-helaian atas bawah secara berselang-seli 1/1, 1/2, 1/3, 2/3 dsb sehingga menimbulkan corak, jalinan,bentuk dan akhirnya objek yang dikehendaki 1.2 Anyaman terbahagi kepada 3 : i. Anyaman buluh ii.Anyaman rotan ii.Anyaman mengkuang / pandan

Mozek

1.1 Mozek ialah satu aktiviti guntingan atau koyakan dan ditampal bahagian tersebut sebelah menyebelah supaya mendatangkan satu hasilan atau karya 1.2 Mozek juga bermaksud susun atur bahan sebelah menyebelah dan tidak bertindih untuk menjadikan corak 1.2 Contoh bahan seperti kertas,kain, dll Mobail

1.1 Mobail ialah suatu hasil karya 3 Dimensi yang mempunyai keseimbangan dan boleh bergerak.

Stabail

1.1 Stabail ialah satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak bergerak. Tenunan 1.1 Tenunan ialah proses menjalinkan benang secara bersilang sehingga terhasil sehelai. 1.2 Tenunan dikaitkan dengan kain songket. 1.3 Perkataan songket berasal dari perkataan sungkit bermaksud mengangkat sesuatu. 1.4 Bahan yang digunakan untuk corak ialah benang emas Ukiran

1.1 Ukiran ialah satu proses luakan ke atas papan, kayu, atau objek padu menggunakan alat tertentu. 1.2 Ada 2 jenis ukiran kayu : i. Ukiran tebuk tembus ii.Ukiran timbul

Saring Sutera

1.1 Satu alat yang digunakan dalam proses cetakan jenis stensil dan diregang di atas kayu pemidang 1.2 Proses ini juga dikenali sebagai sarigrafi 1.3 Juga dikenali dengan nama organdi Garisan Grid

1.1 Garisan Grid ialah kombinasi garisan bersilang antara satu dengan yang lain sama ada bersilang, menegak atau melintang. 1.2 Melalui petak suatu rupa,motif atau corak dapat dihasilkan 1.3 Garisan grid digunakan membantu menghasilkan struktur rekaan alam ciptaan tuhan ataupun benda-benda 1.4 Susunan struktur disebut garisan grid 2D

1.1 2 D atau dua dimensi adalah objek yang dilukis di atas satu permukaan yang rata

3D

1.1 3 D ialah objek yang dapat dilihat dan disentuh dari pelbagai sudut Kaligrafi

1.1 Kaligrafi ialah seni tulisan cantik atau berhias 1.2 Tulisan ini juga disebut tulisan Italik,Manuskrip atau seni khat 1.3 Contoh : i. Old English ii.Gothic iii.Kaligrafer,Cloister Black,Chaucer dll Bahan 1.1 Bahan ialah sesuatu subjek yang digunakan untuk mendatangkan hasilan atau karya 1.2 Contoh warna air,minyak,cat,dakwat dll Alatan 1.1 Alat ialah benda-benda yang membantu menghasilkan karya atau memindahkan bahan atau imej ke permukaan untuk mendapat hasilan 1.2 Contoh alat seperti pisau,berus,gunting,paku dll

Media 1.1 Media ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya seni 1.2 Contoh pensil,arang,pastel,dakwat dll Resis 1.1 Resis adalah satu kaedah penolakan warna 1.2 Ia juga proses yang mana warna air tidak boleh bercampur dengan lilin atau minyak 1.3 Bahan yang digunakan ialah air,warna air,cat, minyak,lilin dan krayon Capan

1.1 Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada Perspektif

1.1 Perspektif ialah garisan atau struktur yang dilukis untuk menimbulkan bentuk dan ruang 1.2 Ruang perspektif merupakan kedudukan 2 objek yang sama saiz yang berada di hadapan kelihatan lebih besar berbanding di belakang dalam ruang yang sama

Kadar Banding

1.1 Penyesuaian ukuran atau saiz sesuatu bahagian objek dengan keseluruhan objek Komposisi

1.1 Komposisi adalah susun atur kedudukan objek dalam karya seni

Pengenalan PSV
Labels: Pengenalan PSV

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, 3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan

HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam Quadrant Concept menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif. A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan. Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas. Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu burung, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya. A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid. John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk

mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka seperti rajah 1 di bawah. Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru.

Rajah 1: Model Wholistik Perkembangan Kanak-kanak Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi, jasmani dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di peringkat sekolah rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak dalam pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah. A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya. Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran

mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahirankemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya. Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil. B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk Haiwan. Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem

solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?

Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri. B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya adalah:i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkaraperkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa mengambil kira tahap kebolehan mereka. ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan

tajuk yang hendak di ajar. iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup. Selain itu juga adalah fasilitator atau pemudahcara semasa pembelajaran berjalan. Di mana guru membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu guru perlulah meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya. Selain itu guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:- kelas atau bilik yang selesa - peredaran udara dan cahaya yang sesuai - kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi

B. ii Peranan Murid Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Muridmurid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.

C. Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah: tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sedia ada murid tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa. sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih. guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:A Tema persekitaran B Tema Masyarakat C Tema Komunikasi

Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema yang digunakan ialah tema persekitaran. Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Kelas : Tahun 4 Tema : Pengangkutan Persekitaran : Persekitaran Teknologi Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting seperti :- sejarah teknologi pengangkutan; - kepentingan pengangkutan kepada manusia - kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan - bentuk-bentuk pengangkutan - pergerakan kenderaan - perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan kepada manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas. C.ii Pengintegrasian Matapelajaran Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan

mencapai objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah (a) Penggabungjalinan Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.

(b) Penyerapan Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan

pembelajaran berjalan. Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta melakukan beberapa aktiviti. Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang (b) menunggang motosikal (c) mengayuh perahu Seni Visual : (a) membuat model kenderaan (b) mewarna gambar Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan (b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan. Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan (Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian Tempatan) Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid ialah kemahiran: Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat - bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan Bacaan - membaca petikan yang disediakan - mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia Tulisan - menulis maklumat - menjawab soalan C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat membantu penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan individu secara seimbang, harmonis dan bersepadu. C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran

Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting kerana ianya dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan sebagai media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1 Bahan elektronik - komputer, tayangan klip video, Internet Penerangan semasa set induksi. Mencari maklumat 2 Bahan bukan elektronik - carta gambar - lembaran kerja - teka silangkata - surat khabar lama Mencari maklumat tentang pengangkutan Aktiviti pengayaan Aktiviti melukis dan mewarna gambar 3 Bahan maujud - kereta, motosikal dan basikal Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.

Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan ialah klip video yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Maklumatmaklumat pengajaran disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita. Tujuannya ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual. Contohnya; 1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat) 2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan 3) menerangkan bunyi kenderaan 4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas. Internet juga digunakan sebagai pendedahan dunia IT kepada murid. Guru membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari maklumat. Peluang ini akan dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas dapat membantu murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari mata pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di samping itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-murid.

You might also like