You are on page 1of 24

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Mengenal Kraf Tradisional Lingkaran Tembikar ( Pasu ) Platisin Sarah Nur Suraya binti Yunus 1 IPSI

Bahan yang diguna untuk membuat tembikar ini adalah daripada platisin, ini adalah kerana untuk menggantikan tanah liat yang sukar didapati. Tujuan tajuk tembikar diajar adalah untuk memberi pendedahan tentang kraf tradisional tembikar malaysia kepada murid-murid dan secara tidak langsung akan menyerapkan jati diri dan semangat patriotisma di kalangan murid-murid. Ini adalah kerana persekitaran murid yang tidak memungkinkan mereka mengetahui tentang tembikar kerana persekitaran mereka yang tiada langsung yang membolehkan mereka mengetahui tentang tembikar. Dengan pendedahan ini kraf tembikar tidak akan lenyap oleh perkembangan semasa yang mana tembikar bukanlah satu alatan yang sangat penting dalam penggunaan harian.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Mengenal Kraf Tradisional Anyaman Corak Dam Kertas Lukisan dan Kertas Warna Mohd Faiz bin Marzuki 2 UIA

Anyaman ini menggunakan kertas lukisan dan kertas warna sebagai media ini adalah kerana agak mudah untuk membuat proses anyaman. Murid memilih warna-warna terang dan kontras ini adalah kerana murid suka menggabungkan pelbagai warna bagi menampakkan corak anyaman. Hasil kerja murid kurang kemas kerana psikomoto murid yang masih perlu latihan menggunting atau memotong bahan. Murid tidak mahir menggunakan alatan seperti gunting. Ini menyebabkan hasil kerja mereka kurang kemas.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Mengenal Kraf Tradisional Menggunting dan menampal Wau Kertas dan Lidi Muhaimin bin Sulaiman 3 UIA

Wau dipilih bagi tajuk kraf tradisional. Murid menggunakan lidi bagi membina rangka wau. Ini adalah kerana sesuai dengan saiz wau tersebut. Seterusnya murid menggunakan kertas bagi melengkapkan rangka wau. Murid memilih wau bulan ini adalah kerana murid lebih terdedah dengan bentuk wau ini kerana sering melihat bentuk ini dalam promosi atau iklan tentang wau. Kerana bentuk wau bulan sering menjadi perlambangan bagi wau. Murid tidak memasukkan unsur-unsur corak kedalam wau ini kerana masa yang diperuntukkan bagi menghasilkan wau terhad iaitu selama sejam sahaja.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Mengenal Kraf Tradisional Mewarna Batik Canting Kain yang telah dicanting, warna batik Maisarah binti Ghani 4 UM

Murid cuba mewarna batik dengan memasukkan unsur ton warna seperti yang sering digunakan oleh pembatik-pembatik canting bagi menimbulkan kepelbagaian warna. Murid cenderung menggunakan warnawarna terang. Murid kurang mahir dalam menggunakan pengaruh warna dalam mencorak. Oleh sebab itu, corak latar batik yang dipilih kurang menonjolkan motif utama batik. Murid cuba menggunakan campuran warna bagi menghasilkan ton warna pada batik.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Mengenal Kraf Tradisional Ikat Celup Batik Pelangi Kain dan Pewarna ( Dye) Mohamad Roshairi bin Zamri 5 UM

Murid menggunakan hanya satu warna dalam menghasilkan batik ikat celup. Murid mengikat beberapa bahagian ini menghasilkan cora bulatan. Warna yang dipilih adalah warna merah bagi mendapatkan hasil warna yang cerah dan menarik. Kain yang digunakan adalah kain kapas yang serap warna ini menghasilkan warna corak yang terang dan tidak luntur. Murid menggunakan satu warna untuk menghasilkan pelbagai ton warna dalam corak

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Mengenal Kraf Tradisional Tenunan Pemegang Kunci Benang dan kotak keras Aina Najwa binti Ilias 6 UM

Murid menggunakan benang kain bagi membuat pemegang kunci. Warna yang dipilih adalah warna terang dan kontras. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan corak yang dihasilkan sewaktu menenun benang tersebut. Murid memilih corak huruf bagi membentuk nama dan juga corak tradisional kelarai seperti corak tampok manggis.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Membuat Rekaan dan Corak Cappan Corak Bebas Warna dan Kertas Lukisan Mustaqim Bin Yazid 1 IPSI

Dalam menghasilkan corak bebas ini murid menggunakan tapak tangan mereka sebagai media utama untuk menghasilkan corak. Corak yang dihasilkan tidak di susun sebaliknya dalam bentuk bebas. Penggunaan tapak

tangan sebagai media telah menghasilkan garis-garis halus yang menarik. Warna yang digunakan oleh murid ini hanya satu warna sahaja iaitu warna biru.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan

: : : :

Membuat Rekaan dan Corak Cappan Bunga Kertas lukisan, water colour, pelepah pisang, kentang bawang dan lain-lain yang sesuai.

Nama Murid Tahun

: :

Nuraimi binti Mohd Noor 2 IPSI

Murid menggunakan pelepah pisang, kentang, bawang dan lainlain untuk menghasilkan corak dengan menggunakan teknik cappan. Corakcorak disusun hingga membentuk bunga dan susunan corak tersebut tersusun

dan tidak berselerak. Jalinan yang terdapat pada pelepah pisang menghasilkan kesan yang menarik terhadap cappan yang dihasilkan. Warna yang dipilih adalah warna kontras iaitu biru dan oren.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Membuat Rekaan dan Corak Resis Titisan Lilin Kertas lukisan, water colour dan lilin Fakhrul Naim Bin Nasarudin 3 UM

Hasilan murid ini menggunakan teknik resis iaitu dengan menggunakan lilin murid menitiskan lilin tersebut ke atas kertas lukisan dan

kemudian disapukan warna. Proses ini diulang beberapa kali bagi mendapatkan pelbagai warna dalam bentuk titisan. Dalam proses ini murid memilih dari warna lutsinar sebagai warna pertama dan diakhiri dengan warna legap seperti warna biru, hitam dan lain-lain lagi. Murid juga menggabungkan teknik titisan warna hingga menghasilkan satu kesan yang menarik pada warna yang dititis tersebut.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Membuat Rekaan dan Corak Menarik Benang. Kad ucapan Benang, water colour dan kertas lukisan Humairah Shahirah binti Nasarudin 4 UKM

Murid menghasilkan corak ini dengan menggunakan teknik tarik benang, dimana benang ini terlebih dahulu dicelupkan dengan warna yang dipilih setelah itu benang tersebut diletakkan di atas kertas lukisan dengan pelbagai bentuk kemudian dilapiskan lagi dengan sehelai kertas dan ditarik benang tersebut dengan itu terhasillah satu corak yang menari. Murid menggunakan water colour bagi menghasilkan teknik ini kerana warna seperti pensel adalah sangat tidak sesuai dengan teknik ini. Warna yang digunakan adalah warna terang. Hasil daripada tarikkan benang telah menghasilkan campuran warna yang menarik.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan

: : : :

Membuat Rekaan Corak Filiografi Corak Benang dan kertas keras Gunting Bunga

Nama Murid Tahun

: :

Nurul Wardah binti Asri 5 UM

Murid menggunakan benang dan kotak keras bagi menghasilkan filiografi. Corak ini lebih kepada bermain dengan garis yang mana akhirnya menghasilkan satu corak yang menarik. Murid memilih kertas keras yang berwarna hitam ini adalah bertujuan untuk menimbulkan garisan-garisan yang yang dihasilkan oleh benang yang menggunakan warna cerah. Garisan-garisan ini seterusnya akan menghasilkan corak yang sangat menarik. Garisan yang dibuat secara berulang kali telah menghasilkan satu jalinan yang menarik.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid

: : : : :

Membuat Rekaan dan Corak Lipatan dan Guntingan Corak Kertas warna Nurul Alia binti Majid

Tahun

6 UM

Murid menghasilkan corak mengunakan teknik lipatan dan guntingan. Murid menggunting kertas warna bagi menghasilkan corak dan seterusnya menyusun hasil guntingan tersebut dalam susunan berselang seli bagi menghasilkan satu corak yang menarik. Murid menggunakan kertas warna yang berwarna terang serta berkilat bagi menghasilkan kesan yang menarik bagi corak tersebut. Namun corak yang dihasilkan murid kurang keseragamannya kerana murid kurang mahir dalam menggunting. Namun corak yang menggunakan teknik guntingan ini adalah dalam bentuk simetri.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk

: : :

Menggambar Lukisan Berkelah Bersama Keluarga

Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : :

Kertas lukisan dan warna Mohamad Aidil bin Kamarudin 1 IPSI

Murid menghasilkan catan yang bertajuk Berkelah Bersama Keluarga. Bentuk figura yang dihasilkan lebih kepada bentuk mudah. Murid ini tidak menguasai penggunaan perspektif dalam catan. Penggunaan ruang juga tiada yang mana objek yang dilukis kelihatan sama saiz dalam semua kedudukan. Kebanyakkan warna yang digunkan lebih kepada warna alam semulajadi. Pengalaman murid tentang aktiviti ini kurang menyebabkan hasilan catannya agak terhad dan idea tidak berkembang bagi menimbulkan situasi yang menarik.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk

: : :

Menggambar Tiupan Alam Kita

Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : :

Kertas lukisan, warna dan straw Sharifah Nur Amalia binti Syed Hassan 2 IPSI

Dalam menggambar, murid menggunakan teknik tiupan dan digabungkan dengan teknik lipat dan gunting. Warna-warna yang digunakan adalah warna-warna alam seperti, hijau coklat dan biru. Teknik tiupan menghasilkan satu suasana dan terdapat konsep ruang di dalam lukisan ini. Garisan yang dihasilkan melalui teknik tiupan adalah harmoni dan sesuai dengan tema.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Menggambar Kolaj Rama-Rama Kertas lukisan dan warna Mohamad Shafik bin Awal 3 UKM

Murid menghasilkan lukisan ini dengan menggunakan teknik kolaj. Warna yang digunakan adalah warna sejuk dan warna panas. Murid menggunakan kertas warna sebagai bahan utama bagi menghasilkan lukisan ini. Namun lukisan yang dihasilkan oleh murid kurang kemas. Ini adalah kerana murid kurang berminat terhadap mata pelajaran pendidikan seni. Di samping itu tiada galakkan dari keluarga.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Menggambar Gurisan Taman Bungaku Kertas lukisan dan warna Nurul Aini binti Junaidi 4 UM

Bagi menghasilkan lukisan ini murid menggunakan teknik gurisan. Teknik ini menggunakan bahan daripada oil pastel. Warna-warna yang dipilih bagi menghasilkan lukisan ini adalah terdiri daripada warna merah, kuning, biru dan oren serta warna terakhir yang digunakan adalah warna legap itu warna hitam yang berperanan untuk menimbulkan garisan-garisan yang dibuat. Murid mempelbagaikan jalinan dan garisan di dalam lukisan yang dihasilkan bagi mewujudkan kepelbagaian supaya lukisan tidak nampak bosan.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Membentuk dan Membuat Binaan Guntingan Perhiasan diri Tiub getah, kain perca dan minyak masak Nurul Sakinah binti Johari 1 UIA

Murid membuat gelang daripada bahan seperti kain perca, minyak masak dan tiub getah. Corak dan warna yang dihasilkan adalah bergantung kepada warna kain perca. Bentuk bulat yang dihasilkan dari sambungan tiub getah adalah seimbang dan bulatan yang sempurna dengan ini ia amat sesuai dijadikan gelang. Malahan bahan ini boleh di jadikan sebagai cenderahati atau boleh dijual kerana ianya sangat menarik.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan dll Nama Murid Tahun

: : : : : :

Membentuk dan Membuat Binaan Menggunting dan Menyusun Diorama Kertas pasir hitam, gam, tali dan gambar ikan Anis Nadiah binti Khalid 2 UPSI

Bagi membentuk satu binaan yang menarik tentang suasana di dasar laut murid telah menggunakan pelbagai bahan. Bagi menjadikan bahan ini semakin menarik murid menggunakan bahan-bahan daripada alam semulajadai seperti pasir, ranting kering, daun kering dan lain-lain lagi. Murid menggunakan pelbagai bentuk ikan agar tidak menimbulkan kebosanan disamping menggabungkan pelbagai warna supaya menarik. Manakala bagi menghasilkan diorama yang menarik murid menggunakan kertas pasir yang berwarna hitam bagi menimbulkan gambar-gambar ikan yang berwarna cerah. Susun atur dalam pelbagai arah dan bentuk akan menimbulkan kesan yang menarik dan tidak membosankan.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Membentuk dan Membuat Binaan Lipatan Beg Kertas Kertas lukisan, gam dan tali Mohamad Syahir bin Abdullah 3 UPSI

Beg kertas ini dihasilkan menggunakan teknik lipatan. Bahan-bahan yang digunakan ialah kertas dan gam serta tali. Murid ini menggabungkan teknik resis pada kertas untuk membuat beg kertas. Warna yang dipilih adalah warna sejuk. Penggunaan teknik resis sebagai corak hiasan bagi beg kertas tersebut menjadikan beg kertas tersebut sangat menarik. Murid mengaplikasikan teknik resis bagi menghasilkan corak seterusnya dibentuk menjadi dimensi baru yang lain iaitu beg kertas yang berfungsi.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Membentuk dan Membuat Binaan Ikatan Anak Patung Tali benang bulu kambing Nurul Nadiah binti Rashid 4 UPSI

Murid menghasilkan anak patung menggunakan bahan daripada tali benang bulu kambing. Warna yang dipilih adalah warna coklat ini adalah kerana pemilihan warna adalah terhad. Bergantung kepada bahan yang diperolehi. Dalam membuat patung ini murid menggabung teknik menjalin iaitu mendandan tali tersebut bagi membentuk kaki anak patung, Tali yang berwarna terang digunakan bagi mendapatkan kesan yang menarik pada anak patung tersebut.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Membentuk dan Membuat Binaan Origami Rama-rama Kertas warna Nurul Jannah binti Rohizan 5 UPSI

Bentuk rama-rama ini dihasilkan dengan menggunakan teknik origami. Ianya berbentuk simetri. Warna yang dipilih adalah warna terang. Bentuk yang dihasilkan adalah lebih kepada berbentuk geometri iaitu bersudut. Dalam menghasilkan origami ini memerlukan murid melipat dengan betul dan tepat bagi mendapatkan hasil yang kemas.

APRESIASI SENI

Bidang Teknik Tajuk Bahan dan Alatan Nama Murid Tahun

: : : : : :

Membentuk dan Membuat Binaan Guntingan Topeng Kertas lukisan, gam dan tali Shamimi binti Sulaiman 6 UPSI

Murid menghasilkan topeng dengan menggunakan kertas kad manila. Topeng yang dihasilkan oleh murid adalah topeng mudah. Murid menghasilkan topeng ini dalam bentuk simetri dan warna yang dipilih adalah warna sejuk dan panas bagi menjadikan topeng ini sangat menarik. Bagi menambahkan kelainan kepada topeng ini murid membuat topeng ini kepada 2 lapisan dan menambah hiasan supaya kelihatan menarik.

You might also like