You are on page 1of 2

Selamat petang Cikgu Fazlina dan kawankawan semua.

Hari ini saya akan bercakap tentang aktiviti-aktiviti yang saya lakukan bersama keluarga saya. Aktiviti bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat saya suka tetapi jarang dapat saya lakukan. Ini adalah kerana, ayah saya bekerja mengikut tiga giliran iaitu pagi, petang dan malam. Oleh itu, setiap hari kelepasan ayah, adalah saat yang amat saya nantikan. Biasanya, kami sekeluarga suka pergi ke Taman Chua Chu Kang atau Limbang untuk beriadah. Ayah dan ibu akan berjalan pantas sementara abang dan saya akan berbasikal. Ada kalanya, kami juga bermain badminton dan berlari-lari anak. Selain ke taman-taman yang berdekatan dengan rumah kami, sekali-sekala, ayah akan memandu ke

Pantai Pasir Ris. Kami ke sana awal pagi lalu memasang khemah. Selesai bersarapan, kami akan menyewa basikal. Setelah berbasikal selama sejam, kami berehat sambil bermain pasir dan bermandi-manda. Selepas membersihkan diri, kami berkemas untuk pulang. Biasanya dalam perjalanan pulang, kami akan singgah ke pusat makanan untuk makan tengahari dahulu. Aktiviti-aktiviti lain kami sekeluarga adalah ke kolam renang, bersiar-siar di Kebun Bunga, menonton wayang, pergi ke perpustakaan dan banyak lagi. Aktiviti bersama keluarga, adalah masa yang paling berharga dan menyenangkan bagi saya. Terimakasih atas perhatian anda.

You might also like