You are on page 1of 21

ISI KANDUNGAN

BAB
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

PERKARA
Pengenalan Ringkasan Eksekutif Latarbelakang Syarikat Latarbelakang Pemilik Syarikat Latarbelakang Pengurusan Syarikat Rancangan Pentadbiran Rancangan Operasi Pengurusan Umum Pemakanan Rancangan Operasi Sistem Pemeliharaan Ternakan Pengurusan Terperinci Rancangan Pemasaran Modal Permulaan Kesipmulan Penutup

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

PENGENALAN
Kundur Farm (KF) (001775665-V) adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan ternakan lembu secara fidlot sepenuhnya dan membekalkan daging segar terus dari ladang kepada pengguna.

Mula beroperasi pada September 2008, KF telah membekalkan lembu hidup kepada penternak-penternak kecil di sekitar Ngeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor. Pada masa ini KF membekalkan daging segar kepada peniaga-peniaga daging di sekitar Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur. KF juga menawarkan perkhidmatan service sembelih dan proses pemotongan daging dan tulang dan juga penghantaran secara percuma kepada pelanggan yang datang membeli lembu di ladang. Perkhidmatan sembelihan untuk korban dan Akikah pun ada disediakan di sini. Tinja ternakan diproses manjadi baja yang bermutu tinggi. Baja ini dibungkus dengan jenama Kundur Farm Organik dan dipasarkan ke kedai-kedai bunga dan tapak-tapak semaian disamping memenuhi tempahan daripada pengusahapengusaha ladang kelapa sawit di sekitar kawasan tempatan. Objektif utama pihak syarikat adalah untuk mengeluarkan lembu yang berkualiti bagi pasaran tempatan disamping memenuhi permintaan daging segar halal yang semakin mendapat sambutan baik dari semua lapisan masyarakat. Lembu yang di import dari Thailand dianggarkan berat diantara 200 kilogram hingga 600 kilogram dibawa masuk ke Malaysia melalui Kelantan dan di kuarintin di Rantau Panjang selama dua minggu bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

dan suntikan ubat pencegah penyakit bagi mengelakkan daripada penyebaran virus penyakit yang tidak diingini. Sebanyak 300 sehingga 600 ekor lembu akan dipelihara secara fidlot setiap tahun, dengan anggaran 50 ekor ternakan setiap bulan. Pada peringkat awal projek sebanyak 50 ekor lembu daging (feeder) dipelihara.

KF bercadang untuk mewujudkan pusat latihan ternakan lembu fidlot yang boleh melatih belia dan siswazah menganggur. Latihan termasuk pengurusan landang fidlot, penyembelihan, pemprosesan baja dan jualan daging segar. Latihan yang berbentuk praktikal sedang dirangka bagi menarik minat khususnya belia dan siswazah menganggur.

KF juga akan membuka kedai daging segar dan produk makanan segera dan beku. Antara produk makanan adalah burger, meatball, murtabak dan lain-lain dengan menggunakan daging yang berkualiti tinggi. Kedai daging tersebut tidak hanya tertumpu kepada jualan daging segar, ia juga meliputi jualan itik, ayam kampung, rusa dan kambing di mana produk-produk ini akan dibeli dari pengusaha-pengusaha kecil tempatan.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

RINGKASAN EKSEKUTIF
1. Nama Syarikat : Kundur Farm (KF) 2. Bidang Usaha : Penternakan 3. Jenis Perniagaan : Penternakan ternakan lembu secara fidlot dan memasarkan hasil ternakan. 4. Lokasi Projek : Lot 588, Jalan Pilin Kundur Hilir, 71400 Pedas, Negeri Sembilan 5. Status / Saiz Projek : Terdapat 200 ekor lembu pelbagai saiz dan berat yg sedia untuk disembelih & boleh dipelihara utk pembiakkan dari baka Brahman,KK Cross,BrahmanCross 6. Produk : Daging, ternakan hidup dan tinja/baja kompos. 7. Peluang : Tapak projek berpotensi kerana ia bebas dari persaingan serta mempunyai sistem perhubungan yang baik serta mempunyai bekalan elektrik. 8. Pentadbiran : Syarikat mempunyai tenaga kerja yang mencukupi, berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang mereka. 9. Pemasaran : Membekal kepada penjual daging segar di Kuala Lupur, Selangor, Melaka dan Johor di samping pembekalan lembu hidup untuk peliharaan, kenduri, korban dan akikah. 10. Perancangan : Membeli dan menambah bilangan lembu untuk digemukkan disamping pembekalan kepada pelanggan tetap yang telah membuat tempahan. 11. Masa Depan : Dari analisis yang dibuat, syarikat mempunyai masa depan yang baik dan berpotensi untuk dimajukan.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Nama perniagaan Alamat berdaftar : : Kundur Farm PT 41191, Jalan BBN 8/78, Nilai Spring Villa, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Lot 588, Jalan Pilin Kundor Hilir, 71400 Pedas, Negeri Sembilan 019 3460006 (nombor operasi semasa) 001775665 V 20 Jun 2008 Pemilikan Tunggal 1) Menjual ternakan hidup (lembu daging) 2) Mengeluar dan menjual baja kompos Bank Berurusan Jenis Akaun No. Akaun Cawangan : : : : Malayan Bank Bhd. Akaun Semasa 505103002639 Nilai, Negeri Sembilan

Alamat Ladang No. Tel./Fax No. Pendaftaran

: : :

Tarikh pendaftaran : Status Perniagaan : Jenis Perniagaan :

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

LATAR BELAKANG PEMILIK SYARIKAT


Nama Penuh No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Umur Jantina Alamat Tetap : Megawati Bt Tan Sri Mohd Isa : 810317-05-5048 : 17 Mac 1981 : 28 Tahun : Wanita : PT 4119 Jalan BBN 8/78 Nilai Spring Villa 71800 Nilai, Negeri Sembilan : 019 3333 777 : Bujang : Pengurusan perniagaan : Lot 588, Jalan Pilin Kundur Hilir 71400 Pedas, Negeri Sembilan : 17 ekar : 10% kawasan landai, 80% kawasan bukit. : Lihat pelan di dalam lampiran

No. Telefon Taraf Perkahwinan Kemahiran Kedudukan tapak projek Keluasan Tapak Topografi Tapak Plan projek

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

LATARBELAKANG PENGURUSAN SYARIKAT


Nama Penuh No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Umur Jantina Jawatan Kelulusan & Kemahiran : Mohd Rosman Che Soh : 810107-03-5743 : 07 Januari 1981 : 28 Tahun : Lelaki : Pengurus Besar : Ijazah Kepujian Teknologi Maklumat (UNITAR) Kursus Pembentukan Usahawan MARA (2003) Kursus Latihan Sangkut (Ternakan Fidlot) (2008) Kursus Asas Penternakan (HS Nada) (2008) : Mohd Radzi Yahya : 690910-02-5161 : 10 September 1969 : 39 tahun : Lelaki : Pengurus Operasi : Pengalaman dalam ternakan ruminan selama 20 tahun, menjadi tenaga pengajar bagi latihan ternakan fidlot, potongan daging untuk jualan dan pengurusan ternakan ruminan. : Mohd Razzi Zailan : 860810-23-5339 : 10 Ogos 1986 : 23 Tahun : Lelaki : Pengurus Jualan & Pemasaran : Diploma Pengurusan dan Pemasaran (Curtin University, Australia) Kursus memulakan perniagaan kedai daging secara komersil (2009) Kursus Asas Penternakan (HS Nada) (2009)

Nama Penuh No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Umur Jantina Jawatan Kemahiran & Pengalaman

Nama Penuh No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Umur Jantina Jawatan Kelulusan & Kemahiran

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

RANCANGAN PENTADBIRAN

Pengurus Besar (Mohd Rosman Che Soh)

Jualan (Mohd Razzi Zailan)

Pentadbiran (Megawati)

Operasi (Md. Radzi Yahya)

Pekerja Jualan (3 Orang)

Kerani Am (1 orang)
Carta Organisasi Kundur Farm

Pekerja Ladang (1 orang)

Bidang Tugas Setiap Jabatan Bil 1. Jabatan Pentadbiran Tugas-tugas Menguruskan kewangan syarikat Memastikan pentadbiran syarikat dan kakitangan berjalan lancer Mengurusjan kebajikan pekerja (latihan,elaun, perubatan dll) Mencari peluang perniagaan Memasarkan produk terus kepada pelanggan Membuat promosi dan pengiklanan produk Mengenalpasti terminal jualan yang berpotensi dan berdaya maju Kemahiran Mengendalikan komputer Sistem fail

2.

Jualan & Pemasaran

Bahagian dan keratan daging Lessen memandu

3. Operasi/Ladang

Memastikan ternakan sentiasa berada


dalam keadaan sihat Mendapatkan bekalan bermutu Memastikan bekalan makanan mencukupi Menguruskan penyembelihan ternakan Menguruskan proses baja dar najis ternakan Menguruskan kebun buah-buahan dan ladang secara amnya

Arif dalam mengendalikan ternakan Sijil sembelihan yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Negeri

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

RANCANGAN OPERASI
1. Carta Aliran Proses

Belian Baka Lembu

Ternakan untuk dibeli dikenal pasti dari pembekal Permeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin oleh Jabatan Veterinar Memproses permit

Ternakan masuk

Ternakan di tag sebagai pengenalan dan direkodkan Permeriksaan visual untuk memastikan tiada kecederaan atau kecacatan pada ternakan yang diterima Ternakan dimasukkan ke kandang megikut purata berat

Ternakan di kandang

Ternakan diberi makan dan minum secukupnya untuk digemukkan Memastikan ternakan sihat dan bebas dari wabak penyakit

Jualan

Jualan Hidup-membekalkan kepada penternak lain dan juga untuk tujuan akiaqh, qurban dan lain-lain Juala Karkas-membekalkan daging kepada peniagapeniaga pasar, kedai runcit dan pemborong Jualan Masakan- untuk permintaan kenduri-kendara Jualan Baja Organik-membekalkan dan memasarkan ke kedai-kedai bunga dan tapak semaian Jualan Kulit-membekal dan memasarkan kepada pengusaha kulit

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

Pengurusan Umum
Syarikat Kundur Farm menjalankan penternakan secara fidlot. Menurut sistem ini, lembu akan dikurung sepenuh masa, diberi makan PKC (palm kernel cake) dan campuran sisa pertanian, rumput serta daun pelepah sawit yang dicincang untuk digemukkan. Setelah digemukkan selama 2 bulan dengan berat purata 280 300kg, lembu tersebut akan dijual. Untuk menjamin bekalan yang berterusan,anak lembu akan dibeli dari pembekal swasta dan pemborong. Anak lembu baka kedah-kelantan (kk) dan Brahman Cross kacukan berumur 2 tahun ke atas(anggaran berat 180 kg) dan dipelihara selama 2 bulan dan dipasarkan pada harga sekitar RM6.50 RM8.50 dengan anggaran berat 250 300 kg. Projek telah dimulakan dengan kapisiti sebanyak 30 ekor lembu sepusingan selama 2 bulan dan ianya dibuat sebanyak 4 pusingan setahun. Sumber Input Ladang Ladang ini akan memperolehi sumber makanan dari kawasan sekitar dan bandar yang berhampiran. Hampas Kelapa Sawit (PKC) Pembekal yang dikenal pasti adalah:a. Syarikat Lazuli Sdn Bhd, Kelana Jaya, Selangor b. Kilang Sawit Felda Pasir Gudang, Johor c. Hasbin Jaya Sdn.Bhd. Bukit Minyak Pulau Pinang. Syarikat-syarikat ini berupaya membekalkan makanan mengikut kuantiti yang diperlukan. Vitamin Dan Ubat-ubatan Pembekal yang dikenal pasti adalah:a. Syarikat-syarikat Swasta. b. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Daerah.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

Sumber Ternakan Bekalan ternakan akan diperolehi dari agensi kerajaan dan swasta serta dari penternak tempatan. Pembekal-pembekal ternakan adalah seperti : i. NZ Ternak Edar Marketing ii. Urusfolio Sdn. Bhd iii. Maju Ternak Sdn.Bhd. iv. Diimport dari Thailand dan Indonesia Sumber khidmat nasihat dan perkhidmatan veterinary Pengusaha akan mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Perkhidmatan Vetrinar daerah Rembau dan Seremban . Diantara khidmat nasihat dan perkhidmatan yang diperlukan adalah:a. Khidmat nasihat dan bimbingan. b. Perkhidmatan rawatan ternakan c. Khidmat nasihat pemakanan d. Khidmat kawalan mutu ternakan Sumber kemudahan Kemudahan infrastruktur tidak menjadi masalah kerana kedudukan lokasi projek yang berdekatan dengan jalan besar. Kemudahan elektrik dan air disambung terus daripada bekalan yang ada, walau bagaimanapun pembelian generator akan dipertimbangkan pada masa akan datang.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

PEMAKANAN
Makanan Utama Ransuman makanan daripada bahan terbuang seperti: i. Hampas soya ii. Kulit jagung iii. Rumput Napier iv. PKC v. Sisa buah-buahan Pembangunan Pastura Selain daripada pemberian makanan ransuman, rumput juga akan diberikan bagi membekalkan serat. Untuk tujuan ini rumput napier sudah pun ditanam 2 ekar. Tambahan Pelepah kelapa sawit yang dicincang dan sisa buah-buahan yang diambil dari penjual buah.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

Rancangan Operasi sistem pemeliharaan ternakan.

Carta Alir Ternakan

Anak lembu dari luar ladang. Umur: > 2 tahun Berat awal: 200 kg

Penternakan secara fidlot di lading Kundur Farm selama 2 bulan sehingga mencapai berat purata 300 kg

Ternakan dijual kepada individu atau syarikat yang berminat pada harga RM 7.50 RM 8.50 sekilogram

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

Pengurusan Terperinci
Pengurusan yang baik dan cekap merupakan kunci kejayaan terhadap projek fidlot. Pengurusan fidlot bergantung kepada beberapa faktor, iaitu bilangan lembu yang dipelihara, baka dan jantina lembu, jangka masa penggemukan, umur, bekalan dan makanan, sasaran berat hidup yang sesuai untuk pasaran serta keadaan kewangan. Keperluan pengurusan asas bagi kebanyakan fidlot merangkumi pengurusan kandang dan kawasan penyediaan dan pemberian makanan, serta penjagaan ternakan. Pengurusan kandang dan kawasan fidlot Kebersihan dan keadaan kandang kurungan serta kawasan sekelilingnya hendaklah dititikberatkan. Najis di dalam kandang perlu dibersihkan. Najis-najis berlonggok di dalam kandang bukan sahaja akan menyebabkan ternakan tidak selesa, malah akan menggalakkan pembiakan parasit. Kandang yang bersih akan meningkatkan prestasi ternakan, mengurangkan bau dan meningkatkan imej syarikat. Kawalan Sisa Dari Ladang Kawalan sisa dari ladang akan menggunakan sistem kolam. Pembersihan kandang dilakukan dengan menggunakan scraper untuk mengurangkan sisa cecair yang keluar mengalir ke dalam kolam takungan. Tinja ternakan akan dikumpulkan untuk diproses sebagai baja kompos. Baja kompos akan digunakan untuk membaja kawasan pastura. Pengasingan sisa pepejal pada peringkat awal akan mengurangkan penggunaan air sekaligus mengurangkan beban takungan sisa. Pengurusan Makanan Pengurusan makanan melibatkan pengawasan stok makanan, kebersihan stor makanan dan tempat penyediaan makanan, pengawasan mutu makanan dan penyediaan makanan ternakan. Tanggungjawab utama pengusaha fidlot ialah menyediakan makanan yang segar dan berkualiti mengikut keperluan ternakan dengan kos yang minima. Bekalan bahan-bahan makanan ternakan yang dibeli ataupun yang didapati secara percuma (misalnya bahan-bahan sampingan pertanian tempatan) perlulah diketahui kandungan nutrien supaya maklumat ini boleh digunakan untuk merumus makanan campuran untuk ternakan fidlot.
Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

Oleh itu, keperluan makanan bagi seekor ternakan perlulah diketahui supaya jumlah makanan harian untuk sekandang ternakan dapat disediakan dengan tepat. Makanan perlulah sentiasa disediakan di tempat makanan, sebaik-baiknya dengan memberi makan dua atau tiga kali sehari. Rekod-rekod tentang pengambilan makanan oleh ternakan perlu diambil untuk menentu dan menyelaraskan prestasi ternakan yang dipelihara. Makanan yang bermutu rendah dan penyediaan makanan yang tidak betul boleh menyebabkan prestasi ternakan menurun. Tempat makan perlu dibersihkan setiap hari supaya makanan baru tidak bercampur dengan sisa makanan. Takung air juga hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali supaya air minum sentiasa bersih. Kesemua kerja ini perlu dijalankan untuk menentukan keselesaan ternakan agar prestasi yang optimum diperolehi. Pengurusan Ternakan Sekiranya pengurusan kandang dan makanan dilakukan dengan betul, pengurusan ternakan akan menjadi lebih mudah. Data yang lengkap tentang prestasi ternakan diperlukan untuk pengurusan yang baik. Maklumat yang perlu dimasukkan dalam rekod ialah berat badan lembu semasa dibeli, berat badan lembu semasa, berat semasa dimasukkan ke dalam kandang fidlot, jumlah purata berat badan bagi sesuatu jangka masa tertentu (seperti purata tambahan berat badan harian), jumlah dan purata pengambilan bahan kering harian dalam masa sebulan, kesihatan, jangka masa menggemuk dan berat badan semasa dijual. Maklumat ini perlulah dikumpul dan dibuat ringkasan samada sebulan ataupun tiga bulan sekali bagi memudahkan pengusaha atau pihak pengurusan membuat keputusan terhadap jenis baka, berat badan, latar belakang dan jantina ternakan yang digunakan untuk program fidlot pada masa hadapan, Selain dari itu maklumat ini diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja penakaian bagi ternakan yang berprestasi rendah.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

Rancangan operasi pengurusan kesihatan ternakan


Pengurusan Kesihatan Harian Kesihatan merupakan faktor penting dalam penternakan ternakan lembu. Ladang mengunakan konsep cegah sebelum kena. Ternakan yang didapati sakit akan diasingkan dan dirawat dengan segera. Program Kesihatan Gerompok Pengambilan sampel darah akan dijalankan pada awal kemasukan ternakan bagi saringan penyakit brucellosis, penyakit kuku dan mulut dan Johnes. Sampel tinja juga akan diambil untuk mendapatkan status bebanan kecacingan. Pemberian ubat nyahcacing adalah berdasarkan kepada keputusan saringan kecacingan. Jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang lembu pedaging yang dipelihara secara fidlot adalah :a. Anorexia b. luka c. Cacing d. Pneumonia Ubat-ubat yang diperlukan untuk rawatan bagi penyakit-penyakit lazim lembu pedaging akan disediakan.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

RANCANGAN PEMASARAN
Carta aliran proses tempahan dan jualan lembu

Penggemukan Ternakan

Tempahan dari Pelanggan

Penghantaran Pelanggan akan datang sendiri ke ladang untuk mengangkut ternakan

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

Strategi pemasaran hasil ladang


Produk projek akan dijual ke pasaran tempatan. Penjualan ternakan tidak mendatangkan masalah kerana pengeluaran daging tempatan hanya dapat menampung kurang dari 20% keperluan negara. Untuk memudahkan proses pemasaran lembu yang telah dewasa akan dijual hidup dengan harga RM 7.50 sehingga RM 8.50 sekilogram. Harga ini dijangka akan meningkat lebih tinggi terutama ketika musim-musim perayaan (Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji). Walaupun terdapat penternak-penternak lain yang mengusahakan penternakan lembu pedaging, persaingan daripada mereka tidaklah menjadi masalah kerana permintaan terhadap daging lembu sentiasa meningkat. Strategi promosi isalah R Laman web Banner Bantuan promosi oleh JPH, FAMA Saluran Pasaran Butcher, pemborong lembu/daging, peruncit, pasaraya, pasar malam, restoran, penjual sate, pasar tani, hotel dll. Sasaran Pasaran Pelanggan Melayu dan Cina sekitar Rembau dan Pedas Linggi dan peniaga-peniaga daging segar sekitar Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur. Saiz Pasaran 50 ekor lembu setiap bulan dan lebih kurang 600 ekor setahun. Pesaing Utama Daging import, pengeluar kecil dan sederhana disekitar Rembau.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

MODAL PERMULAAN
1. Jumlah Modal Permulaan Sendiri a. Kos pembangunan : b. Kos Operasi : Jumlah Kos : 2. Kos Pembangunan No 1 2 3 4 5 6 7 8 Perkara Pemilikan Tanah Persediaan Tanah dan Pembinaan Kandang** Wiring/lampu.plug point Menaik Taraf Rumah Pekerja Stor/Rumah Baja/Rumah Kulit Kenderaan Perigi & perparitan Rumah Sembelih & Alatan Kos se unit (RM) Lump sum Angaran Angaran Jumlah Jumlah (RM) terkumpul (RM) Tanah Sendiri 65,000.00 65,000.00 70,000.00 80,000.00 100,500.00 180,850.00 191,100.00 206,300.00 206,300.00 RM 206,300.00 RM 572,300.00 RM 778 600.00

Lump sum 5,000.00 Lump sum 10,000.00 Lump sum 20,500.00 Lump sum 80,350.00 Lump sum 10,250.00 Lump sum 15,200.00 Jumlah Kos Pembangunan

Nota: **Kawasan kandang adalah kawasan berbukit. Kos tambahan adalah untuk meratakan tanah dan, penyediaan tanah, menaik taraf kandang dan kelengkapan.

3. Kos Operasi No 1 2 3 4 5 6 7 Perkara Pembelian Baka KK Kuantiti Jumlah (RM) 247,500.00 108,000.00 22,9600.00 22,500.00 7,920.00 1,688.00 3,000.00 Jumlah terkumpul (RM) 247,000.00 355,500.00 378,460.00 400,960.00 408,880.00 410,568.00 413,568.00 413,568.00

165 ekor x RM1500 60 ekor x Pembelian Baka Brahman RM1850 56 tonne x Makanan PKC/PKE RM410 3 bulan x Gaji Pekerja (4 orang) RM4000 3 bulan x Kos Pelbagai RM500 Ubat & Vitamin Lump sum 3 bulan x Utiliti RM500 Jumlah Kos Operasi

Nota : Keuntungan daripada jualan lembu hidup dan daging segar telah digunakan untuk dan menaik taraf ladang dilakukan sedikit-demi sedikit dan digunakan untuk kos operasi.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

KESIMPULAN
Secara rasionalnya, projek ini tidak akan mengalami masalah dari segi pemasaran produknya dan berdaya maju dari segi teknikal kerana beberapa faktor yang berikut : a) Permintaan daging lembu di Malaysia sentiasa meningkat . Pada tahun 2002 keperluan daging lembu tempatan hanya pada tahap 15% saradiri sahaja manakala selebihnya Malaysia bergantung kepada import. Tren ini meningkat tetapi hanya pada tahap 24.4% sahaja menjelang tahun 2010. Ini menunjukkan peluang yang begitu luas dan berpotensi untuk pengeluar-pengeluar lembu daging tempatan. b) Dengan peningkatan taraf dan gaya hidup rakyat Malaysia penggunaan daging lembu dijangka terus meningkat. Pada tahun 2005 penggunaan daging lembu adalah sebanyak 95,000 tan metrik sedangkan pengeluaran tempatan adalah sebanyak 15,875 tan metrik sahaja. c) Semakin banyak saluran pemasaran daging segar di negara ini. Ini termasuklah di pasar segar, pasar malam, pasar sehari, pasar tani, Mini market, hyper market, restoran, hotel dan sebagainya. d) Projek lembu pedaging secara fidlot telah terbukti menguntungkan dengan pengurusan yang disyorkan. Kaedah ini boleh menjamin bekalan yang konsisten dan menggunakan bahan-bahan sisi pertanian sebagai makanan utama. Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah mengakui bahawa pengeluaran lembu secara fidlot adalah kaedah terbaik untuk pengeluaran lembu pedaging secara komersil. Kesan Alam Sekitar Projek ini tidak akan mendatangkan masalah kepada penduduk sekitar kerana ianya jauh daripada penempatan penduduk. Kawasan juga telah dikhususkan sebagai kawasan penternakan. Sistem kumbahan bahan buangan akan dibina mengikut spesifikasi agar sisa najis ternakan tidak mengalir terus ke dalam sungai yang berdekatan.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

PENUTUP
Berdasarkan kepada analisis ekonomi yang positif dan hasrat kerajaan yang ingin membangunkan program pengeluaran makanan, prospek industri lembu pedaging mempunyai masa hadapan yang cerah. Kemudahan kredit yang diberikan oleh kerajaan dan institusi kewangan menjadi faktor pemangkin kepada perkembangan industri ini. Selain itu kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan kemajuan industri lembu pedaging negara. Syarikat yakin projek yang telah dirancang ini akan memberi pulangan yang menguntungkan.

Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan

You might also like