You are on page 1of 8

KAEDAH MENDAPAT CEMERLANG DALAM KARANGAN BAHASA MELAYU UPSR

1. Baca semua soalan yang diberi:


Fahami arahan kehendak soalan. Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan:


susun isi secara berturutan letak isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi. sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.

3. Penggunaan perkataan yang pelbagai:


ada menggunakan perkataan yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap penggunaan perkataan teknikal dengan tepat elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. Susun ayat dengan kemas:


elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul:


gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan:


dapat membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan (sekurangkurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis)

7. Tulis mengikut ejaan yang betul:


elak mengikut sebutan dialek / daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah kamu ? Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

PETUA PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU UPSR!

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )


1. Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki

menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.
2. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah

satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.
3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu

jam.
4. Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80

patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan. Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi 2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi 3. Karangan jenis Ucapan 4. Karangan jenis Syarahan 5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara 6. Karangan jenis Berita 7. Karangan jenis Catatan Diari 8. Karangan jenis Laporan 9. Karangan jenis Perbahasan 10. Kad Jemputan

Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat


1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata 2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi 3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan 3

4. Karangan Jenis Perbincangan 5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita 6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi 7. Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN ANDA MENGARANG


menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : A. Pengenalan B. Isi-isi dan C. Penutup A. Pengenalan Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi
4

utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, bukubuku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda: Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:

Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?

C. Penutup Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan. CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS 1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
5

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2


Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan

Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk? Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah: CONTOH 1: Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya. CONTOH 2: Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat. Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar. b. Menyusun rangka karangan

Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. Susun isi mengikut urutan kepentingannya. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan

Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
6

Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
1. 2. 3. 4. 5. 6.

Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat Perenggan Penutup

Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan

Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.

Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan


4 minit mencari isi 24 minit menulis karangan 2 minit menyemak semula karangan Jumlah = 30 minit

Tips Pengurusan Masa: Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain

Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat.

Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
7

Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik? Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:

Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus "Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut. Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk aru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut. PETUA BILA MENULIS KARANGAN

Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting. Tuliskan karangan be "Kamu baru pulang ?" "B rdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

You might also like