You are on page 1of 19

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SINOPSIS

Tajuk 1 mengandungi

tujuh topik. Topik ini membincangkan tentang konsep

pendidikan awal kanak-kanak dan matlamat serta objektif pendidikan prasekolah. Di dalam tajuk ini juga diterangkan tentang falsafah dan pandangan tokoh-tokoh perkembangan pendidikan prasekolah Seterusnya, tajuk ini membincangkan

pengasas pendidikan awal kanak-kanak, sama ada di luar negara dan di Malaysia.

mengenai hak asasi kanak-kanak dan Akta Pendidikan 1996.

OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:

1.

Menghuraikan konsep pendidikan awal kanak-kanak, matlamat dan objektif pendidikan prasekolah.

2.

Menjelaskan falsafah dan pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak serta perkembangan pendidikan prasekolah di luar negara dan di Malaysia.

3.

Menghuraikan hak asasi kanak-kanak dan Akta Pendidikan 1996 (fasal 15, 20, 21, 22, 23 dan 24)

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL Sila jawab soalan-soalan ujian pra dan seterusnya membaca unit serta menjawab latihan yang diberi.

Ujian Pra 1. Apakah yang anda faham dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak?

2. Nyatakan dengan ringkas mengenai istilah pendidikan prasekolah di Malaysia? 3. Senaraikan tiga tokoh pendidikan awal kanak-kanak dan nyatakan secara ringkas pandangan mereka. 4. Jelaskan secara ringkas perkembangan pendidikan prasekolah pada zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka. 5. Terangkan secara ringkas mengenai pendidikan prasekolah yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.

1.1.1. Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Apakah yang anda faham dengan pendidikan awal kanak-kanak? Pendidikan prasekolah di negara kita Malaysia merupakan program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Mengikut The National Association for The Education of Young Chidren (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti berikut: The term early childhood refers to the period from birth to age eight,Early chilhood program provide services for children from birth through age eight in part day and full day group programs in centers, home and institution kindergartens and primary school and recreational program. (Morrison, m.s. 24)

1.1.2. Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia

Pernahkah

anda

mendengar

tentang

pendidikan

prasekolah

di

Malaysia?

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

Unit 1.2.: Matlamat Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

1.2.1. Objektif Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:

1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. 2. Menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi. 3. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. 4. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua. 5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. 6. 7. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. 8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial. 9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik. 10. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Latihan 1.2:

1. Jelaskan matlamat pendidikan prasekolah di Malaysia? 2. Senaraikan lima objektif pendidikan prasekolah.

Unit 1.3.: Falsafah dan Pandangan Tokoh-Tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak- kanak

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal?

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada; 1. Imam Al-Ghazali 2. Ibnu Khaldun 3. Johann Heinrich Pestalozzi 4. Friedrich Froebel 5. Maria Montessori 6. John Dewey

1.3.1 IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Censelor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan / Idea-idea beliau Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.

Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenangsenang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.

Nasihat beliau kepada guru supaya: Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara

menempelak mereka. Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

1.3.2 IBNU KHALDUN

Beliau

banyak

memperkatakan

mengenai

persediaan

untuk

belajar,

pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan: Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: Berperingkat-peringkat Mengadakan latih tubi

Menggunakan benda-benda maujud Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: Tidak mahu belajar Mencerca pengajaran yang diberi

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak

berperikemanusiaan. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak. 1.3.3 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)

Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama Neohof pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.

Idea-idea beliau mengenai pendidikan Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-

pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti

membilang, mengukur, merasa dan menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

1.3.4 FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852) Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai Bapa Tadika. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan Kindergarten. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main

Antara idea-idea Froebel ialah: 1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang

terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.

2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.

3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.

4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.

5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.

6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanakkanak.

7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.

8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.

9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.

10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.

11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman

adalah penting bagi kanak-kanak.

12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. 1.3.5 MARIA MONTESSORI (1870 1952)

Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanakkanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalh konsep berikut; a. Minda yang mudah menyerap Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan

konsep tersebut.

Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku

disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.

b. Persekitaran yang tersedia Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah

persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak

memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

c. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun

pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e. Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori;

1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.

2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanakkanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. 4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. 6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanakkanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan betul diri. 7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. 8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanakkanak belajar secara bebas. 10. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanakkanak. Antaranya ialah: Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. Konsep kebebasan Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. Pentingnya disiplin diri Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.

Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

1.3.6 JOHN DEWEY

Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika. Beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak. Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka.

Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen.

Latihan 1.3:

1. Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Taman Kanak-kanak yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel?

3. Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak oleh Maria Montessori.

Unit 1.4 : Hak Asasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab

perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak?

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

1.4.1 PERKARA 6

1.

Negara-Negara

Pihak

mengiktirafkan

bahawa

tiap-tiap

kanak-kanak

mempunyai hak sedia ada untuk hidup. 2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu. 1.4.2 PERKARA 18

1.

Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,

penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanakkanak akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

2.

Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

3.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

1.4.2 PERKARA 27

1.

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak

mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

2.

Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.

3.

Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan,

memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian

sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya. 1.4.4 PERKARA 28

1.

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a)

Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua;

(b)

Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti bantuan memperkenalkan kewangan jika

pendidikan percuma dan menawarkan diperlukan; (c)

Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;

(d)

Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;

(e)

Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan

Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.

2.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.

3.

Negara-Negara kerjasama pendidikan,

Pihak

hendaklah dalam dengan

mempromosikan perkara tujuan yang untuk

dan

menggalakkan dengan kepada

antarabangsa khususnya

berhubungan menyumbang

pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada

keperluan negara-negara membangun. 1.4.5 PERKARA 29 1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan kepada: Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanakkanak pada tahap potensi yang paling tinggi; Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu; Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri; Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam

masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli; Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semula jadi.

Matlamat pendidikan

Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai orang lain.

2.

Tiada bahagian dalam perkara ini atau perkara 28 boleh ditafsirkan sebagai mengganggu kebebasan individu dan badan untuk mewujudkan dan mengarahkan institusi pendidikan tertakluk sentiasa kepada pematuhan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam perenggan 1 perkara ini dan kepada

keperluan bahawa pendidikan diberikan di institusi sedemikian hendaklah mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh Negara.

Soalan latihan:

1. Apakah yang anda faham hak asasi ke atas kanak-kanak yang terkandung dalam perkara 18?

2. Perkara 27 menitikberatkan perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak, huraikan apa yang dimaksudkan?

3. Perkara 28 dan Perkara 29 mempunyai persamaan dari segi penekanan yang lebih pada hak-hak pendidikan, apakah perbezaan antara keduanya?

Arahan

Anda dikehendaki menjawab soalan-soalan ujian post

Ujian Post

1. Apakah yang anda faham dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak? 2. Nyatakan dengan ringkas mengenai istilah pendidikan prasekolah di Malaysia? 3. Senaraikan tiga tokoh pendidikan awal kanak-kanak dan nyatakan secara ringkas pandangan mereka. 4. Jelaskan secara ringkas perkembangan pendidikan prasekolah di zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka. 5. Terangkan secara ringkas mengenai pendidikan prasekolah yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.

BIBLIOGRAFI

Barbara J.Taylor ( 2004 ), A Child Goes Forth, A curriculum Guide For Preschool

Children, New Jersey : Pearson Parentice Hall.

Morrison G.S ( 2001 ), Early Childhood Education Today ( 8th Edition ), New Jersey : Merill Printice Hall.

Brewer, J.A ( 1992 ) Introduction to Early Childhood Education Preschool Through Primary Grade, Boston : Ally and Bacon. Essa,E (2002 ), Introduction to Early Childhood Education ( 3rd Education ), Albany Delmar Publishers. Mohamad Bin Aman dan Kasim Bin Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kajang; Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Mohd. Sharani Ahmad (2004). Psikologi Kanak-Kanak. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah, Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Spodek B & Sarach O.N, ( 1994 ), Right From The Start, Teaching Children Ages Three to Eight, Massachessetts : Ally and Bacon.

You might also like