You are on page 1of 17

PENGENALAN POP-UP Pop-up bermaksud suatu bahan yang membentuk suatu struktur tiga dimensi apabila halaman dibuka.

. Memandangkan bahan pop-up dibuat daripada kertas, maka pop-up juga dikenali sebagai kejuruteraan kertas. Pop-up semakin banyak diaplikasikan, misalnya dalam buku cerita kanak-kanak kerana boleh menjadikan buku itu lebih menarik.

MENJADI JURUTERA KERTAS Banyak contoh hasil kertas di sekeliling kita: Kotak hadiah, kad hari perayaan, kad ucapan, sampul surat dsb. Bahan murah, teknik rekabentuk canggih Pelajar boleh belajar untuk mengembangkan kemahiran geometri dan rekabentuk dalam cara terbuka.

PROSES REKABENTUK 1. Lihat contoh-contoh 2. Meneroka teknik 3. Membuat sendiri 4. Penghasilan

Empat peringkat dalam proses rekabentuk 1. Lihat contoh-contoh Aktiviti: Lihat pelbagai kad pop-up, kotak hadiah, sampul surat dsb. Biasakan dengan teknik-teknik dan arahan seperti memotong, melipat, melekat dll, mengenali ciri-ciri struktur bagi suatu rekabentuk

2.Meneroka teknik Lukis perwakilan 2-D bagi suatu hasil 3-D Menjelaskan ciri-ciri rekabentuk Membuat objek 3D daripada perwakilan 2-D Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan dalam rekabentuk Mengembangkan idea bagi hasil kertas

3. Membuat sendiri Kumpulan pelajar mengembelingkan idea bagi hasil kertas Menjana kemungkinan bagi suatu rekabentuk dengan ciri-ciri asal Melukis rekabentuk dengan tahap ketepatan yang boleh diterima Membina protaip

4. penghasilan Menghasilkan kit bagi rekabentuk sendiri supaya orang lain boleh membuat hasil yang sama Menuliskan arahan atau cara membuat bahan-bahan dalam bilik darjah untuk kejuruteraan kertas . Membekalkan murid dengan struktur koheren Meninjau apa yang telah dicapai

MENEROKA TEKNIK Simbol yang digunakan Terdapat beberapa simbol yang sering digunakan untuk membentuk pop-up. Cuba lukiskan simbol bagi: Garis potongan (cutting line) Lipatan bukit (Hill-fold) Lipatan lurah (valley fold) Glu (Glue)

TEKNIK-TEKNIK POP-UP Teknik-teknik pop-up boleh dikategorikan sebagai: (1) pop-up 90 darjah dan pop-up 180 darjah; (2) sudut lipatan dan sudut selari, kedua-duanya ada dua jenis: Dengan perekat (glu) atau tanpa perekat.

Teknik Pop-up 90 darjah (A) Kotak asas (basic box) Mudah. Caranya: 1. Lipat sehelai kertas A4 di tengah-tengah. 2. Buat garis lurus pada dua bahagian berserenjang dengan garis lipatan tadi. 3. Lipatkan kertas yang digunting tadi ke luar. Tolak bahagian tengah ke dalam kertas. Buka kertas kepada bentuk 90 darjah dan terhasillah satu imej 3D berbentuk kotak.

Terdapat dua orientasi bagi teknik pop-up 90 darjah, iaitu secara menegak dan melintang.

Perlu diingat bahawa panjang garis yang hendak dipotong mestilah sama dan tidak melebihi panjang kertas, seperti dalam rajah 1.

Pop-up jenis ini menggunakan lipatan secara selari.

Rajah 1

Contoh Pop-up 90 darjah adalah seperti dalam rajah 2, rajah 3, rajah 4 dan rajah 5.

Rajah 2

Rajah 3

Rajah 4

Rajah 5

Teknik Pop-up 180 darjah (A) Lipatan sudut (Angled fold) 1. Lipat sehelai kertas A4 di tengah. 2. Lipat sebahagian kertas tadi di tengah-tengah dan guntingkan bahagian yang dilipat itu.
0

3. Lipat keluar bahagian yang tidak bersambung sebanyak 45 hingga 60 . 4. Masukkan bahagian yang dilipat tadi ke dalam. 5. Apabila kertas dibuka, bentuk 3D yang menggunakan teknik opp-up angled fold akan muncul.

6. Contoh yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk 3D dengan teknik ini ialah paruh burung, mulut haiwan seperti mulat katak, buaya dan orang utan.

Gabungan teknik 90 darjah dan gku. Cara menghasilkan pop-up yang menggunakan teknik ini adalah mudah. 1. Lipat kertas A4 kepada dua. Lukis satu bentuk di kertas lain, misalnya bunga atau jantung. Kemudian guntingkannya dan lekatkan di tengah-tengah kertas A4 yang terbuka. Pastikan bentuk yang digunakan menggunakan sudut 90 darjah dan dilipat di tengah. . Bagi memastikan kertas dapat ditutup dan imej pop-up terhasil, lekatkan pop-up selari dengan bahagian yang dilipa

Kirigami Kirigami merupakan seni menggunting dan menampal daripada Jepun. Kirigami menggunakan tiga asas penting, iaitu melipat, melukis dan menggunting. Teknik kirigami lebih mudah dan tidak serumit teknik pop-up lain. Cara: 1. Lipat kertas kepada dua bahagian. 2. Lukis di atas garisan yang berlipat dan guntingkan gambar yang telah dilukis itu. 3. Apabila dibuka, ia menghasilkan pantulan terhadap objek yang dilukis tadi.

Lipatan A) Lipatan lurah (Valley fold) Apabila kertas dibuka, kesan lipatan akan membentuk seakan-akan dasar sungai. B) Lipatan bukit (Hill fold) atau lipatan gunung (mountain fold) Apabila lipatan dibuka, ianya kelihatan seakan-akan banjaran gunung.

Rajah 1

Rajah 2 Rajah 1 dan rajah 2 menunjukkan teknik sudut lipatan Antara contoh sudut lipatan ialah lipatan V mudah (simple V-fold). Teknik ini mudah dan banyak digunakan.

Untuk memastikan kad tertutup dengan sempurna, a b = d c Untuk memastikan kad terbuka pada 180 darjah, a + b u c + d Bahagian pop-up tidak akan terkeluar apabila kad ditutup jika bahagian tapak lebih panjang daripada 2(a + c) atau 2(b + d).

Lipatan-V dengan unjuran Untuk membuat tapak: dua pelekat jalur diletakkan secara simetri di manamana bahagian tengah. Untuk membina bahagian pop-up:

1. Lukis lipatan tengah terlebih dahulu. 2. Buat potingan tambahan untuk memastikan pop-up ini bermula dan berakhir di atas lipatan tengah. 3. Buat perincian di bahagian lipatan tengah untuk memastikan lipatan ini bertembung dengan potongan dan tidak merentasinya. 4. Kira dan gunakan sudut yang sesuai. 5. Dengan menggunakan tab di bahagian bawah, lekatkan pop-up dengan tapak

Lipatan Sudut dan Lipatan Selari Secara am, lipatan sudut dan lipatan selari boleh dilihat dari segi sama ada ada stuck on atau tanpa stuck on dengan perekat atau tanpa perekat 1. Lipatan sudut tidak berperekat 2. Lipatan sudut berperekat 3. Lipatan selari tidak berperekat 4. Lipatan selari dengan perekat

Mekanisme untuk pop-up 1. Mekanisme mulut = lipatan sudut. 2. Mekanisme sliding selari Mekanisme ini boleh menambahkan pergerakan selari dengan model kad.

3. Mekanisme berlapisan (Layered mechanisms) Mekanisme ini berasaskan bentuk segi empat selari dan melibatkan pengukuran yang tepat (a) Lapisan tunggal (single layer) (b) Lapisan pelbagai (Multiple layer) (c) Lapisan terapung (floating layers)

4. Incised mechanisms Mekanisme ini tidak menggunakan glu. 5. Mekanisme putaran (Rotary mechanism) Mekanisme ini membolehkan pergerakan secara bulatan atau putaran. Dapatkan maklumat lanjut dari Internet.

Syarat-syarat untuk lipatan Anda perlu tahu syarat-syarat untuk menghasilkan suatu lipatan dalam keadaan tertentu. Nota tentang syarat-syarat ini akan diberikan dalam kuliah. . Misalnya, anda perlu tahu syarat-syarat untuk kad ditutup tanpa adanya sebarang bahagian pop-up yang terkeluar daripada kad itu.

You might also like