P. 1
SCE 3105 Praktikal 1: Ukuran dalam kehidupan seharian

SCE 3105 Praktikal 1: Ukuran dalam kehidupan seharian

|Views: 4,466|Likes:
Published by nurulnajwa91

More info:

Published by: nurulnajwa91 on Mar 15, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/26/2013

pdf

text

original

Pengenalan Semua ukuran dalam sains merupakan anggaran nilai yang sebenar.

Apabila menggunakan satu alat pengukur untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah, beberapa bacaan akan diambil. Beberapa bacaan akan diambil untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan benda yang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama. Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, ketepatan dan kepekaan. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Ketepatan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil. Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ialah pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer.

Pembaris meter

Angkup vernier

Tolok skru mikrometer

1

Jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut. Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim ialah neraca tiga palang/alur, neraca tuas dan neraca elektronik.

Neraca tiga palang / alur

Neraca tuas

Neraca elektronik

2

PRAKTIKAL 1 : UKURAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Tujuan : Untuk mengambil dan membandingkan ukuran menggunakan pelbagai jenis alat pengukur.

Bahan/peralatan : Pembaris meter Angkup vernier Tolok skru Mikrometer Neraca tiga palang/ alur Neraca elektronik Wayar kuprum Sebatang pensel Sehelai rambut Satu sudu teh pasir

3

Prosedur:

Aktiviti 1: Mengukur panjang 1. Diameter sebatang pensel, wayar kuprum dan sehelai rambut diukur dengan menggunakan pembaris panjang, angkup vernier dan tolok skru mikrometer 2. Ukuran yang telah dibuat diulang. 3. Keputusan yang diperolehi ditulis di dalam jadual.

Aktiviti 2 : Menyukat Jisim

1. Jisim sebatang pensel dan secamca pasir disukat menggunakan neraca tiga palang/alur dan neraca elektronik. 2. Ukuran yang telah dibuat diulang. 3. Keputusan yang diperolehi ditulis di dalam jadual.

4

Keputusan: Aktiviti 1: Mengukur panjang

i) Pembaris meter Diameter/cm Objek Pensel Wayar kuprum Rambut 1 0.6 0.0 0.0 2 0.6 0.0 0.0 3 0.6 0.0 0.0 Purata/cm 0.6 0.0 0.0

ii) Angkup vernier Diameter/cm Objek Pensel Wayar kuprum Rambut 1 0.61 0.00 0.00 2 0.65 0.00 0.00 3 0.67 0.00 0.00 Purata/cm 0.64 0.00 0.00

iii) Tolok skru mikrometer Diameter/mm Objek Pensel Wayar kuprum Rambut 1 0.66 0.74 7.22 2 0.65 0.72 7.23 3 0.66 0.73 7.22 Purata/mm 0.67 0.73 7.22

(Ralat sifar : - 0.01mm)

5

Aktiviti 2: Menyukat jisim

i) Neraca tiga palang/alur Objek 1 3.35 Jisim/g 2 3.30 3 3.30 Purata/g

Pensel

3.32

( Ralat sifar : + 0.40g) Objek 1 164.40 66.15 Jisim/g 2 164.60 66.35 3 164.45 66.20 Purata/g

Bikar + pasir Pasir

164.48 66.23

Ralat sifar : + 0.40g Jisim bikar kosong : 98.25g

ii) Neraca elektronik Objek 1 3.34 Jisim/g 2 3.34 3 3.33 Purata/g

Pensel

3.34

Objek 1 165.18 70.94

Jisim/g 2 165.18 70.94 3 165.18 70.94

Purata/g

Bikar + pasir Pasir

165.18 70.94

Jisim bikar kosong : 94.24g

6

Perbincangan : 1. Diantara tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ,yang manakah paling persis? Yang manakah yang paling jitu ? Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Maka, tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang paling persis. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar. Maka, tolok skru mikrometer adalah alat penyukat yang paling jitu.

2. Sekiranya seorang murid ingin menggunakan pembaris panjang untuk mengukur ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik baginya untuk mencatat ukuran tersebut sebagai 4.32 cm. Jelaskan mengapa? Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm. Dengan itu, ukuran tersebut tidak jitu.

3.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas. Terangkan. Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas ialah tolok skru mikrometer kerana kepekaan tolok skru mikrometer ialah 0.01mm atau 0.001 cm. Ketebalan sekeping kertas boleh ditentukan dengan mengukur ketebalan 10 keping kertas yang sama terlebih dahulu. Kemudian, ukuran tersebut akan dibahagikan dengan 10 untuk mendapatkan ukuran bagi sekeping kertas.
7

4. Diantara dua alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim, yang manakah paling persis? Yang manakah paling tepat? Terangkan. Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding neraca tiga palang/alur. Maka, neraca elektronik merupakan alat menyukat jisim yang paling persis. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai bacaan yang paling jitu berbanding neraca tiga palang/alur.

5. Namakan penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian? Penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian ialah neraca tuas , neraca jarum berskala dan neraca lengan gantung.

6. Apakah yang anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti yang telah dijalankan? Apabila menggunakan satu alat pengukur beberapa bacaan akan diambil untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah. Bacaan perlu diambil beberapa kali untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan benda yang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama. Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, kejituan dan kepekaan alat pengukur. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Kejituan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau

menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan satu alat
8

pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil. Sebelum mengukur atau menyukat sesuatu objek ralat paralaks harus dielakkan serta memastikan terdapat atau tidak ralat sifar bagi alat pengukur tersebut. Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan dalam menyukat objek.

Kesimpulan : Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan yang baik dalam menyukat objek.

Langkah berjaga-jaga

:

1. Mengelakkan ralat paralaks. 2. Mengelakkan ralat sifar. 3. Mengambil beberapa kali bacaan ulangan untuk mendapatkan bacaan terbaik. 4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan neraca.

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->