You are on page 1of 7

PENULISAN JURNAL MINGGU TARIKH : MINGGU KELAPAN : 21 0G0S 2011 25 OGOS 2011

MASALAH Pada minggu terakhir saya menjalani praktikum di sekolah ini, saya mengalami sedikit masalah dalam kawalan kelas ketika manjalan proses pengajaran yang hanya memerlukan penerangan daripada saya sahaja. Murid-murid mudah hilang tumpuan menyebabkan pengajaran saya sedikit terganggu. Walaubagaimanapun, masalah ini tidaklah terlalu ketara sehingga mendatangkan masalah besar di dalam kelas saya. Menurut Dunn dan Dunn (1982), di dalam buku Pedagogi Asas Pendidikan terdapat lima elemen rangsangan yang boleh memberi kesan atau pengaruh terhadap stail pembelajaran individu : ``Lima elemen rangsangan itu ialah persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Saya ingin membuat satu perubahan di dalam kelas 3 Setia ini. Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan proses pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang menganggu pembelajaran perlu dielakkan sama sekali. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini sangatlah tidak adil kepada semua murid-murid yang lain.

ANALISIS MASALAH Mengikut kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan individudalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam persekitaran mereka. Akibatnya, ia akan menganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat, dan seterusnya menganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Menurut Mohd Nazar Mohamad (1990) `` mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan hidupnya. Terdapat dua jenis tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Kebisingan yang dilakukan oleh segelintir murid-murid Prasekolah Sri Cahaya adalah tingkah laku bermasalah negatif iaitu tingkah laku yang menganggu proses pembelajaran dan pengajaran. (disruptif) Bagi menyelesaikan masalah ini, saya perlu menyiasat punca-punca tingkah laku sebilangan murid-murid di Prasekolah Sri Cahaya yang gemar membuat bising sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran saya sedang berlangsung. Kejadian ini menyebabkan terdetik beberapa soalan dalam minda saya ini : Apakah murid sudah bosan dengan pengajaran saya? Apakah yang menjadikan mereka bosan? Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini? Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya? Adakah saya menjadi punca masalah ini?

Saya juga menemubual secara ringkas dengan guru Prasekolah Puteri Bestari ini dan juga melakukan pemerhatian terhadap masalah ini. Hasilnya, saya memperolehi maklumat bahawa : Murid-murid yang membuat bising di dalam kelas adalah daripada kumpulan yang lemah. Tingkah laku murid-murid itu sendiri dan menjadikan kelas itu tidak aktif. Tiada aktiviti yang menyeronokkan sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Murid-murid tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar.

Pada awalnya, tanggapan saya bahawa murid-murid dari kumpulan lemah tidak suka untuk suka belajar kerana tidak mempunyai motivasi untuk belajar adalah salah. Namun demikian, setelah saya membuat refleksi setiap hari sepanjang di sekolah ini, saya sebagai seorang guru seharusnya berusaha untuk menimbulkan minat untuk belajar dalam kalangan murid-murid tersebut. Saya tidak boleh membiarkan terus-menerus kelakuan yang demikian akan menganggu murid-murid lain yang ingin belajar. Menurut Schroeder ,murid sekolah rendah lebih suka aktiviti pembelajaran yang aktif secara konkrit berbanding aktiviti berfikir yang abstrak dalam nisbah lima kepada satu. Daripada apa yang dijelaskan, Schroeder membuat kesimpulan bahawa : ``Cara pengajaran dan pembelajaran aktif mewujudkan keserasian yang amat baik kepada murid masa kini. Untuk lebih berkesan, guru harus menggunakan semua cara berikut : perbincangan dan projek kumpulan kecil, persembahan dalam kelas, simulasi dan kajian kes.

Schroeder khususnya menegaskan murid-murid sekarang dapat menyesuaikan diri dengan agak baik kepada aktiviti kumpulan dan pembelajaran semuafakatan. Selain daripada itu, saya juga dapati bahawa murid-murid memandang remeh akan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang saya jalankan. Kadang-kadang saya terfikir kebisingan yang berlaku di dalam kelas Prasekolah Puteri Bestari ini membuatkan saya berfikir bahawa murid-murid ini kurang rasa hormat terhadap guru pelatih seperti saya. Ini mungkin kerana saya masih kurang pengalaman dalam bidang keguruan.

CADANGAN Saya telah menyediakan beberapa langkah untuk mengelakkan murid-murid membuat bising semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Antaranya : Merancang teknik denda dan dan peneguhan positif dan negatif. Merancang aktiviti kumpulan yang menarik dan sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid. Memberikan peneguhan positif seperti menyediakan hadiah bagi kumpulan yang menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi atau yang berjaya melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan murid yang membuat bising dan tidak memberi perhatian dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan.

Setiap langkah yang telah disediakan ini perlu diteliti supaya langkah-langkah ini sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Sehubungan dengan itu, sayan telah membuat sedikit bacaan ilmiah yang boleh menguatkan lagi langkah-langkah yang telah saya fikirkan. Jeome Bruner (1966) mengakui pentingnya pembelajaran secara berkumpulan dalam buku klasiknya Toward a Theory of Instruction yang menghuraikan ``Apabila tindakan bersama dan sifat timbal balik diperlukan oleh kumpulan bagi mencapai sesuatu objektif, maka ada semacam suatu proses yang mendorong seseorang itu belajar, merangsang kecekapan dalam dirinya, iaitu kriteria yang perlu membentuk sesuatu kumpulan. Melalui pendapat Bruner, saya dapat memahami bahawa aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dapat merangsang murid untuk bekerjasama dan menumpukan perhatian terhadap tugasan yang diberikan demi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Konsep Maslow dan Bruner ini meletakkan murid ke dalam kumpulan memberikan tugas kepada mereka yang memerlukandan saling bergantung antara satu sama lain bagi menyelesaikan kerja-kerja mereka. Cara ini adalah amat baik dan berkesan bagi membuatkan murid-murid cenderung memberikan tumpuan kepada pembelajaran. Berdasarkan pendapat dan konsep Bruner, saya telah memilih untuk merancang aktiviti berkumpulan yang menarik kepada murid-murid Prasekolah Sri Cahaya bagi meningkatkan lagi tumpuan mereka terhadap pembelajaran seterusnya mengurangkan kebisingan di dalam kelas.

Oleh itu saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut : Merancang rancangan pengajaran yang mengandungi aktiviti berkumpulan yang menarik. Memberikan markah bagi setiap aktiviti berkumpulan. Memberikan ganjaran kepada kumpulan yang menunjukkan nilai-nilai yang positif. TEMPOH PENYELESAIAN (21 0G0S 2011 25 OGOS 2011) 1 MINGGU

TINDAKAN SUSULAN Daripada konsep Maslow dan Bruner, aktiviti pembelajaran berkumpulan membantu mendorong pembelajaran aktif. Ini bermakna aktiviti berkumpulan dapat membantu murid menumpukan perhatian kepada pelajaran. Justeru itu, saya telah membuat langkah-langkah berikut : Mengadakan aktiviti berkumpulan setiap kali sesi pengajaran dan

pembelajaran diadakan. Mengumpul markah setiap kumpulan dan memaparkannya di hadapan kelas setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran. Memberikan hadiah kepada kumpulan yang mendapat markah tertinggi pada minggu terakhir praktikum.

KESIMPULAN Melalui pembacaan dan pemerhatian ilmiah yang telah saya lakukan, saya dapati bahawa aktiviti pengajaran secara berkumpulan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Murid yang lemah dan suka membuat bising akan terdorong dan tertarik untuk terlibat sekali di dalam aktiviti berkumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan masing-masing iaitu ganjaran berbentuk hadiah untuk pada waktu yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama saya boleh member perhatian yang lebih kepada kumpulan murid yang membuat bising dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan. Inovasi yang telah saya lakukan di sini ialah dengan menggabungkan teknik pengajaran secara berkumpulan dan teknik peneguhan bagi menyelesaikan masalah ini. Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Di sini peneguhan positif yang saya lakukan ialah berbentuk ganjaran iaitu hadiah bagi kumpulan yang menunjukkan nilai positif yang banyak sekali.

You might also like