You are on page 1of 13

MOHD AZIZULHAKIM BIN ABDUL LATIFF PID10204 DIPLOMA PENGAJIAN MEDIA ISLAM CIK JUWAIRIAH BINTI HASSAN

PERHUBUNGAN AWAM
(PERANAN PERHUBUNGAN AWAM)

PERANAN PERHUBUNGAN AWAM

White & Mazur (1994) antara lainnya menyebut bahawa PR merupakan bahagian penting dalam struktur pengurusan yang boleh menyumbang ke arah pembangunan dan pelaksanaan sesebuah organisasi lain. Pembentukan hubungan tersebut perlulah bersandar kepada asas dialog,pertukaran maklumat mengenai kepentingan agar kepentingan berkenaan dapat dijelaskan dan diharmonikan.

PERANAN PERHUBUNGAN AWAM


Wilcox (1992) menyebutkan bahawa peranan PR secara profesional bagi sesebuah organisasi perlulah berfokus kepada penonjolan secara positif kegiatan organisasi berkenaan yang meliputi 10 bahagian berikut 1.Reputasi iaitu pengawalan dan peningkatan program identiti koporat 2.Perhikmatan maklumat melalui aktiviti perhubungan media. 3.Komunikasi pemasaran yang melibatkan proses publisiti produk

PERANAN PERHUBUNGAN AWAM


1.Reputasi iaitu pengawalan dan peningkatan program identiti koporat 2.Perhikmatan maklumat melalui aktiviti perhubungan media. 3.Komunikasi pemasaran yang melibatkan proses publisiti produk 4.Perhubungan pelabur menggunakan jaringan komunikasi dalam kalangan pemegang saham. 5.perhubungan kewangan melalui pengedaran laporan kewangan dan maklumat lain yang berkaitan.

PERANAN PERHUBUNGAN AWAM


6.Perhubungan kemasyarakatan dalam kalangan publik yang berfungsi sebagai sasaran. 7.perhubungan pekerja yang berfokus kepada pengawalan kepentingan,kebajikan dan keselamatan. 8.Pengurusan acara-acara khas atau majlis-majlis khusus anjuran organisasi. 9.Perhubungan kerajaan khususnya yang melibatkan urusan yang ada kepentingan awam. 10.Pengurusan isu yang melibatkan kepentingan organisasi.

PERANAN PERHUBUNGAN AWAM

Berdasarkan senarai 10 bahagian yang perlu ditonjolkan melalui aktiviti PR,persatuan perhubungan awam amerika (PRSA- Public Relations Society Of America) merumuskan bahawa PR antara lainnya membawa tugas yang berlainan berperanan sebagai sesebuah organisasi, kroni dan sebagainya. Perhubungan awam merupakan komponen penting dalam pengurusan sesebuah organisasi dan ia dianggap sebagai antara fungsi pengurusan moden.PR berfungsi untuk memantau proses komunikasi dua hala antara organisasi dengan publik-publiknya. Di samping itu PR juga digunakan sebagai alat untuk menilai dan mengukur tahap kejayaan dan kegagalan sesuatu proses komunikasi berkenaan.

PERANAN PERHUBUNGAN AWAM

1.Alat untuk mencapai penyesuain bersama antara institusi dan kumpulan bagi mewujudkan hubungan yang ikhlas yang boleh memanfaatkan publik. 2.Elemen penting dalam sistem komunikasi yang mendorong dan membolehkan individu mendapatkan maklumat mengenai segala perkara yang memberi kesan kepada kehidupan individu berkenaan. 3.Pengetahuan yang perlu dikuasai oleh kakitangan organisasi bagi menggiatkan tanggungjawab sosial organisasi. 4.Prinsip asas bagi mendapatkan peluang kepada publik untuk bertindak secara melalui pengedaran maklumat yang menyeluruh mengenai perkara yang berkepentingan dengan publik.

PERANAN SEBAGAI PENGURUS

1.Menggunakan dengan sebaik mungkin segala sumber yang ada pada dirinya dengan kapasiti sebagai pengurus 2.Meyakini keterampilan diri, menyedari kelemahan dan berusaha mendapatkan nasihat yang berwibawa. 3.Berusaha untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan profesional 4.Sentiasa objektif dan konstruktif apabila memberi teguran nasihat atau panduan dengan kapasitinya sebagai seorang profesional 5.Menerima tanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan oleh diri sendiri dan staf di bawah kawalan

PERANAN KEPADA ORGANISASI

Sebagai seorang pengurus, seorang pengamal PR adalah berperanan kepada organisasi dengan melaksanakan tugas untuk 1.Menjadi teladan kepemimpinan, penyelarasan, komitmen dan sentiasa berusaha untuk menjayakan segala tanggungjawab. 2.Mengaplikasikan dasar dan peraturan organisasi serta melaksanakan segala arahan organisasi secara berintegriti. 3.Mendefinisikan dan mengekalkan struktur organisasi, melaksanakan tanggungjawab dan menggalakkan pencapaian objektif secara kerja berkumpulan. 4.Mendemonstrasikan kesetiaan kepada organisasi dengan mempromosikan objektif dan tanggungjawab organisasi. 5.Melaksanakan komunikasi yang berkesan di dalam dan luar organisasi.

PERANAN KEPADA PEKERJA LAIN DALAM


ORGANISASI

1.berusaha untuk meningkatkan hubungan baik dan sebaliknya mengurangkan salah faham dalam kalangan semua staf organisasi. 2.Sentiasa berhubung,berbicang, dan berkomunikasi secara jelas. 3.Sentiasa bertanggungjawab dan memberi perhatian terhadap segala keperluan,masalah,idea dan cadangan daripada orang lain. 4memastikan semua subordinat menyedari tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing terhadap orang lain dalam organisasi. 5.menggalak dan meningkatkan prestasi subordinat serta kemajuan potensi mereka melalui latihan atau kaedah lain yang sesuai.

PERANAN KEPADA PELANGGAN DAN PEMBEKAL

1.Memastikan keperluan pelanggan dan pembekal adalah diberi perhatian. 2.Memastikan bahawa segala syarat transaksi adalah ditulis dengan jelas. 3.Memastikan bahawa pelanggan dan pembekal adalah dimaklumkan mengenai sebarang tindakan yang boleh menjejaskan syarat transaksi dan mengambil tindakan bagi mengurangkan risiko berlaku ke atas pihak-pihak yang terlibat. 4Mengelak daripada terlibat dalam sebarang urusan yang menyalahi proses persaingan terbuka. 5.Menghormati kerahsiaan maklumat yang dikehendaki oleh pelanggan atau pembekal

PERANAN KEPADA PERSEKITARAN DAN


KOMUNITI

1.Mengetahui obligasi organisasi kepada pemilik atau pemegang saham,pekerja,pembekal,pelanggan,pengguna, komuniti dan persekitaran. 2.Menggunakan segala sumber alam secara berkesan bagi kebaikan organisasi dengan meminimkan kerosakan yang boleh menjejaskan kepentingan publik. 3.Mengelak daripada melakukan pencemaran kepada persekitaran dan berusaha untuk mengitar semula bahan buangan. 4.memastikan semua komunikasi publik(communication of speaker to audience) adalah benar dan tidak mengelirukan. 5.Sentiasa berusaha untuk menggunakan pengaruh dan kemahiran untuk kebaikan komuniti di mana seseorang pengurus dan organisasinya beroperasi.

Sekian.
Syukran

Jazilan

You might also like