You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2011

HBHE 2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

710212085939002 013-9575466 nordinisa71@oum.edu.my

710212085939

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

HBHE 2103

Sekapur Sireh.

Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tutor yang di hormati Tuan Haji Othman Bin Ismail yang banyak mencurahkan pengalaman dan juga idea-idea di dalam kelas tutorial di setiap kali perjumpaan, Alhamdulillah dengan adanya nasihat-nasihat yang membina ini sedikit sebanyak telah dapat membantu saya untuk menyiapkan tugasan untuk tajuk HBHE 2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat yang perlu di bereskan untuk dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Walaupun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang guru, dan masa yang begitu berharga untuk digunakan dengan sebaik mungkin bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan juga penuntut OUM separuh masa. Inilah yang dikatakan cabaran yang mesti dipikul bagi penuntut dewasa yang tidak boleh lari daripada seribu satu masalah, mahu pun yang sengaja atau tidak wajib di perhalusi dan di selesaikan untuk menyudahkannya, bak kata pepatah Alang-alang menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan dan Alang-Alang Mandi Biar Basah. Saya selaku manusia biasa kadang-kadang tidak terlepas daripada kelemahankelamahan yang secara sengaja atau tidak sengaja, sedar atau pun alpa dengan rutinrutin harian menyebabkan saya terlewat atau tidak berkesempatan untuk menyudahkan atau bertemu untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah atau pendapat. Saya memohon ribuan kemaafan di atas segala kesulitan dan kesilapan, apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu hanyalah dari kedaifan diri saya sendiri. Terima kasih di atas segalanya.

Soalan 2. 2

HBHE 2103

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan kanak-kanak dan remaja di negara-negara membangun. Obesiti di Malaysia telah manjadi satu fenomena yang membimbangkan di kalangan rakyat di negara ini. Menurut bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chua Jui Meng, kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000. Apa yang lebih membimbangkan ialah obesiti yang melibatkan kanak-kanak di bangku sekolah lagi. Statistik pada pada 2006 menunjukkan sebanyak 14.2 peratus masyarakat negara ini adalah obes dan 29.1 peratus berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah berat badan yang menjadi punca penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat amalan gaya hidup tidak sihat. Masalah NCD ini seperti kencing manis, kanser, penyakit pernafasan kronik dan darah tinggi semakin meningkat pada setiap tahun dan ini amat membimbangkan kerajaan. Malah, kanak-kanak seawal usia 11 tahun turut mengalami obesiti. Ini adalah perkembangan yang tidak baik untuk masyarakat di negara Malaysia ini. Laporan ini di petik daripada Berita Minggu yang bertarikh pada hari Ahad bersamaan 16 Oktober 2011 semasa pelancaran Karnival 10,000 Langkah Sehari (My Sihat) di Bentong barubaru ini yang dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Y.B Datuk Seri Liow Tiong Lai. Matlamat karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk dijadikan amalan seharian kerana amalan berjalan kaki sejauh enam kilometer sehari mampu mengurangkan masalah kesihatan seperti obesiti dan tekanan. Daripada dua maklumat yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui dua nama menteri yang berbeza ini menunjukkan betapa seriusnya masalah obesiti yang melanda masyarakat Malaysia hari ini. Justeru itu, bagi mengatasi masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia, di sini di kemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan kesedaran penjagaan berat badan dalam kalangan murid sekolah supaya penekanan di peringkat akar umbi yang dibuat dapat dijadikan panduan kepada warga sekolah hingga ke peringkat menengah dan seterusnya ke masyarakat Malaysia amnya. Ini akan memupuk budaya amalan gaya hidup sihat di peringkat awal yang bermula dari sekolah rendah ke menengah dan setiap lapisan masyarakat tidak kira di bandar atau pun di desa. Progaram pendidikan kesihatan yang bermula dari peringkat 3

HBHE 2103

kanak-kanak ini perlulah di titik beratkan ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya masyarakat Malaysia dapat mengurangkan masalah obesiti yang semakin serius ini. Di sini di utarakan beberapa cadangan bagi meningkatkan kesedaran penjagaan berat badan dalam kalangan murid sekolah:1. Meningkatkan Keberkesanan Pendidikan Kesihatan di Sekolah Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti perubatan, UKM pada tahun 1987, A Survey Of The Status Of Personal Hygience and Level Of Health Knowledge, Attitude and Practices Among School Children menunjukkan tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan murid sekolah masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Bagi meningkatkan tahap pengetahuan murid sekolah penekanan yang menyeluruh terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hendaklah diutamakan agar murid dapat mengikuti dan mempratikan pendidikan kesihatan dalam aspek kehidupan sehariannya. Guru-guru mata pelajaran PJK seharusnya menfokuskan aktiviti yang di rancang dalam kurikulum berjalan mengikut jadual yang telah digariskan mengikut sukatan pelajaran. Guru yang mengajar mata pelajaran PJK mestilah mempunyai latar belakang pengetahuan pendidikan jasmani dan kesihatan yang luas dalam pengkhususan untuk mengajar kesihatan kepada murid sekolah. Penekanan terhadap skop mata pelajaran PJK ini terhadap murid perlulah diberikan keutamaan. Pihak sekolah mestilah menetapkan masa yang sesuai dan mencukupi bagi melaksanakan program pendidikan jasmani dan kesihatan seiring dengan mata pelajaran akademik yang lain, walaupun mata pelajaran PJK ini tidak termasuk dalam mata pelajaran peperiksaan utama dalam UPSR, PMR dan SPM tetapi penekanan aspek jasmani dan rohani dalam kesihatan adalah penting bagi kesinambungan ke arah kecermerlangan akademik. Jika cemerlang akademik semata-mata, aspek kesihatan sebaliknya ianya mengambarkan produk pembangunan insan yang dihasilkan adalah tidak seimbang dan ini akan melahirkan masyarakat yang tidak sihat dan timbulnya masalah penyakit seperti obesiti di kalangan murid sekolah. Justeru itu konsep pembelajaran mestilah menjurus kepada pembangunan yang seimbang dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani. Ini secara tidak langsung akan menjadikan masyarakat Malaysia yang peka kepada penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian.

HBHE 2103

2. Menjemput Pihak Kementerian Kesihatan mengadakan Ceramah dan Pameran Obesiti di kalangan Murid-murid Sekolah dan Remaja. Pihak sekolah mestilah membuat program bagi melibatkan pihak luar terutamanya Kementerian Kesihatan bagi memberikan penerangan yang menjurus kepada pemasalahan obesiti yang menjadi satu daripada masalah yang boleh mengancam kesihatan di kalangan kanak-kanak sekolah dan remaja. Penerangan dan pameran yang dibuat mestilah memberi penekanan kepada aspek-aspek pengambilan makanan yang seimbang dan juga mengamalkan gaya hidup sihat. Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan yang dijemput dapat memberikan penerangan yang menjurus terhadap masalah obesiti di peringkat kanak-kanak dan remaja sekolah. Akibat daripada masalah obesiti seperti pelbagai penyakit yang akan dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja obesiti seperti: Penyakit kardiovaskular (berkaitan dengan jantung), tekanan darah tinggi, sukar bernafas, sakit tulang belakang, pinggang atau lutut. Strok (angin ahmar), gout,
gangguan pembuangan air kecil,

barah atau kanser. Diabetis (kencing manis), barah hati, paras koleterol darah tinggi. Semua jenis penyakit ini merupakan penyakit-penyakit yang digeruni masa kini dan implikasi ke atas penghidap penyakit ini akan menemui maut kerana ianya berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak mengikut diet makanan seimbang yang diperlukan oleh badan seseorang. Justeru itu murid-murid sekolah yang mendengar ceramah ini mungkin sedikit sebanyak akan mendapat iktibar dan pengajaran daripada slot ceramah yang disampaikan dan implikasinya terhadap murid yang obesiti akan dapat pengajaran yang berguna untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian murid-murid dan remaja. 5

HBHE 2103

3. Mengamalkan Kempen Gaya Hidup Sihat

Pihak sekolah hendaklah sentiasa menerapkan dalam setiap kali perhimpunan pagi dengan mengadakan slot yang menitikberatkan tentang amalan Gaya Hidup Sihat diterapkan setiap hari melalui pengambilan makanan yang seimbang, memperbanyakkan makan buah-buahan tempatan dan juga sayur-sayuran, karbohidrat kompleks yang terdapat dalam pasta dan ubi kentang, mengurangkan pengambilan gula dan garam dalam makanan dan minuman. Mengelakkan pengambilan makanan berlemak, produk tenusu lemak penuh krim dan juga mengelakkan pengambilan makanan segera yang banyak mengandungi pewarna. Aspek pengambilan makanan yang betul dan mengikut keperluan dan diet yang seimbang ini akan menjamin kesihatan murid-murid dan remaja agar terhindar dari berat yang berlebihan. Disamping itu penekanan aspek bersenam dalam kehidupan seharian mestilah di galakkan dan menjadi teras utama dalam aktiviti-aktiviti terutamanya ketika melakukan aktiviti Pendididkan Jasmani dan Kesihatan. Guru PJK hendaklah sentiasa menunjukkan tunjuk ajar yang betul terhadap murid-murid dan bijak untuk menarik murid supaya berminat untuk melakukan aktiviti bersenam bersama-sama. Guru hendaklah memainkan peranan yang semaksima mungkin untuk menarik murid-murid supaya aktiviti bersenam yang dibuat bukanlah semata-mata untuk seronok sahaja, sebaliknya ianya adalah aktiviti yang sihat untuk kesihatan. Guru dapat menerangnkan dengan jelasnya, kebaikan faedah bersenam kepada diri murid-murid, antaranya: Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar. Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.

Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal. Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau

memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko 6

HBHE 2103

daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan lain.

Gambar menunjukkan aktiviti gaya hidup sihat

4. Mencapai Berat Badan yang Normal Murid-murid sekolah dan remaja hendaklah sentiasa berada dalam keadaan berat badan yang normal. Berat badan yang normal ini dapat ditentukan dengan menggunakan pengiraan Kalori (BMI) seseorang itu. Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. Jika murid ingin mengetahui berat badan serta ketinggian seseorang itu sama ada menepati cirri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, guru bolehlah membantu murid-murid dengan menggunakan pengiraan BMI seperti berikut: Ukur berat badan murid dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m): berat (kg) BMI = --------------------------Tinggi 9(m) X tinggi (m) Setelah mendapat keputusan BMI, murid-murid bolehlah melihat carta di muka surat 7 bagi menentukan sama ada murid tersebut tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus atau pun normal. Aktiviti ini boleh dibawa oleh murid-murid bagi mengukur BMI ahli keluarga mereka di rumah sebagai aktiviti sekeluarga yang menyeronokan. Murid 7

HBHE 2103

juga dapat memberikan info kesihatan kepada ahli keluarganya tentang betapa pentingnya menjaga berat badan yang normal.

Indek Jisim Badan (BMI) Status Kurus Normal Gemuk Obesiti Bahaya BMI Kurang 20.6 20.7 hingga 26.4 26.5 hingga 30.9 31.0 hingga 45.2 Lebih 45.3

Rajah Pengukuran BMI

5. Menggalakkan Ibu Bapa atau Keluarga Celik Info Sihat. Pihak sekolah hendaklah memjemput ibu bapa atau keluarga murid-murid untuk sama-sama menjayakan program-program yang dianjurkan oleh sekolah dengan bantuanbantuan daripada agensi luar seperti Unit Pemakanan Sihat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui program yang dijayakan oleh Unit ini akan dapat membantu ibu bapa atau keluarga murid lebih memahami selok-belok dalam penyediaan makanan anak-anak mereka di rumah. Menurut pakar pemakanan sihat, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kalori adalah antara penyebab utama masalah kegemukan. Ini kerana tenaga atau kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh dalam bentuk lemak. Tenaga merupakan satu mekanisme yang boleh membantu untuk membakar lemak. Jika seorang kanak-kanak tidak menggunakan banyak tenaga maka mereka akan lebih cenderung untuk menjadi gemuk kerana lemak tadi tidak dibakar dan hanya disimpan di dalam perut, sebaliknya jika seorang kanak-kanak menggunakan banyak tenaga mereka akan kelihatan kurus kerana kurang berlemak. Untuk menangani masalah ini, ibu bapa seharusnya menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak lahir lagi. Pemakanan yang disediakan oleh ibu bapa dalam menu seharian 8

HBHE 2103

hendaklah memenuhi diet yang seimbang. Ibu bapa harus berusaha memperkenalkan makanan ringan yang sihat kepada anak-anak disamping menyediakan makanan yang pelbagai seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini penting bagi menggantikan makanan ringan yang kurang berkhasiat serta mempunyai kadar lemak, kolesterol dan gula yang tinggi. Kebanyakkan pakar diet mencadangkan agar kanak-kanak meminum air yang banyak dan mengahadkan pengambilan minuman bergula. Dengan adanya maklumat yang sebegini, ibu bapa akan lebih memahami konsep penyediaan makanan untuk anak-anak mereka. Disamping itu juga, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka agar melakukan aktiviti yang sihat bersama-sama seperti bersenam, berjoging bermain badminton atau seumpamanya supaya berat badan sekeluarga akan mencapai berat badan yang lebih unggul dan tidak melebihi paras gemuk dan obesiti seperti dalam rajah pengukuran BMI yang dinyatakan tadi.

Gambar amalkan makan buah-buahan dan sayuran

6. Menganjurkan Program Pertandingan Masakan Menu Sihat Pihak sekolah dengan kerjasama Pakar Pemakanan Kesihatan dengan melibatkanpihak ibu bapa dan guru-guru sebagai peserta dalam program Masakan menu sihat untuk penyediaan makanan anak-anak di rumah. Program seumpama ini akan dapat membantu ibu bapa dan guru-guru dalam aspek-aspek bagaimana untuk menyajikan menu makanan yang sihat untuk keperluan diri dan keluarga dalam kehidupan seharian. Dengan adanya penerangan daripada bahagian Pemakanan kesihatan tidak kira sama ada dari pihak Kerajaan atau Swasta sebelum sesi pertandingan dibuat, sedikit sebanyak peserta yang mengambil bahagian yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru akan lebih memahami dan akan menitik beratkan penyediaan makanan yang sihat untuk diri dan keluarga amnya. Program seumpama ini bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang menu masakan sihat sebaliknya ia juga akan menambahkan hubungan ukhwah dan keakraban antara ibu baba dan guru-guru serta pihak-pihak 9

HBHE 2103

Kerajaan atau pun swasta. Ini secara tidak langsung ia akan membawa kesan yang positif terhadap masyarakat dalam menangani masalah menyediakan makanan yang hanya mementingkan kesedapan tanpa mengira risiko yang dihadapi oleh diri dan keluarga sekiranya pengambilan makanan yang berlebihan atau tidak mengikut diet makanan seimbang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit bakal dihadapi nanti terutamanya obesiti di peringkat kanak-kanak dan remaja seterusnya di peringkat dewasa. Kesan yang lebih mendalam penyakit-penyakit yang berisiko seperti Penyakit kardiovaskular (berkaitan dengan jantung), tekanan darah tinggi, sukar bernafas, sakit tulang belakang, pinggang atau lutut. Strok (angin ahmar), gout, gangguan pembuangan air kecil, barah atau kanser. Diabetis (kencing manis), barah hati, paras koleterol darah tinggi. Kesemua jenis penyakit ini jika tidak banteras daripada awal ia akan menyebabkan risiko kematian yang tinggi. Jadi dengan adanya program ini ia akan memberi kesedaran kepada diri ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekitar hendaknya. Amatlah diharapkan program sebegini mendapat sambutan daripada pihak keluarga murid-murid sekolah supaya ia menjadi perintis kepada menjana kesihatan dari aspek penyediaan makanan secara sihat.gambar menunjukkan diet makanan seimbang

Gambar menunjukkan diet makanan seimbang

7. Menitik beratkan Penjagaan Kebersihan Diri Guru-guru selaku tenaga pendidik yang mendidik anak murid di sekolah hendaklah menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak muridnya. Dengan penampilan diri yang kemas dan bersih secara tidak langsung akan memberikan gambaran yang positif terhadap murid. Disamping itu guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan hendaklah 10

HBHE 2103

memberikan penekanan terhadap aspek-aspek penjagaan kebersihan diri murid-murid. Kesemua ini boleh dilakukan dengan membuat latihan amali seperti menyuruh muridmurid membawa alat kebersihan diri seperti berus gigi dan ubat gigi bagi tujuan menunjukkan contoh memberus gigi dengan betul. Selain daripada itu, guru juga boleh menayangkan contoh-contoh gambaran di dalam bentuk video, persembahan power point yang menunjukkan kesan-kesan sampingan terhadap individu yang tidak menjaga kebersihan diri. Ini semua bertujuan untuk memberikan pendedahan awal yang penting kepada aspek kebersihan diri. Begitu juga ia boleh dikaitkan dengan amalan penyediaan makanan pun mestilah mengutamakan kebersihan dalam penyediaan masakan bagi menyajikan makanan yang dimakan atau di beli di kantin sekolah mestilah memenuhi aspek kebersihanpenyediaan makanan agar tidak timbulnya kesan sampingan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan semua muridmurid sekolah amnya. Kesemuanya ini dapat di pupuk melalui: i. Menjadikan amalan kebersihan diri sebagai budaya hidup berterusan. ii. Memupuk semangat bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga. Program sebegini akan membantu murid-murid sekolah dalam menjadikan amalan menjaga kebersihan diri itu merupakan perbuatan yang dituntut dalam Agama Islam dimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud menjaga kebersihan tidak kira dari aspek pemakanan, diri, penampilan adalah merupakan sebahagian daripada iman. Begitu juga apabila kamu makan, hendaklah kamu berhenti makan sebelum kamu kenyang, kerana makan yang berlebihan boleh memudaratkan diri dan menyebabkan manusia menjadi lupa dan malas untuk melakukan ibadat kepada Allah yakni lalai dalam urusan menunaikan solat lima waktu.

8. Mendapatkan Rehat dengan Tidur yang Cukup. Tidur merupakan suatu proses yang penting dalam kehidupan kita seharian. Ini kerana tidur yang mencukupi akan membuatkan seseorang itu bersedia untuk melakukan suatu aktiviti dengan cerdas dan cergas. Disamping itu ia juga turut berperanan membantu tubuh 11

HBHE 2103

kita untuk pilih dari sebarang penyakit atau luka ( Nancy Wongvipat,2006). Tanpa tidur yang cukup seseorang itu akan kelihatan lesu dan tidak bermaya pada keesokan harinya. Keadaan ini akan mengakibatkan murid-murid tidak akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran atau aktiviti yang dilakukan bersama guru-guru.

Tidur yang cukup penting untuk; Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja pada keesokan harinya. Meningkatkan daya ingatan. Memberi peluang badan memperbaiki kerosakan sama tisu, sel atau otot. Menghilangkan tekanan. Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan. Keadaan ini boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain. Selain itu, Norlaila Hamima Jamaluddin (2007), berpendapat tidur merupakan satu keperluan kerana ia dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang. Apabila seseorang kekurangan tidur, badan anda akan kurang menghasilkan hormon leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar. Paras leptin yang rendah ini akan menghantar isyarat ke otak, memberitahu badan kekurangan makanan dan seseorang individu itu perlu makan lebih banyak, walaupun dia sebenarnya kenyang. Jika masalah kekurangan tidur ini berlarutan, keinginan untuk makan bertambah tinggi disebabkan penghasilan leptin yang semakin berkurangan. Malah, masalah kekurangan tidur juga akan meningkatkan paras grehlin,iaitu sejenis bahan yang meningkatkan keinginan untuk makan. Oleh itu, tidurlah secukupnya agar masalah berat badan dapat dikawal. Secara amnya, keperluan tidur seseorang individu itu untuk tidur secukupnya adalah berbeza, dimana: a) Bayi perlu tidur enam belas jam sehari (Shamsudin et a.,2002). b) Remaja memerlukan 7 jam tidur (Norlaila Hamima Jamaluddin,2006). c) Orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur (Shamsudin et al.,2002). Kesimpulan Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah pengambilan makanan yang seimbang dan konsisten ditambah pula dengan disiplin yang tinggi dapat membantu masyarakat khususnya ibu bapa dalam menagani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah dan 12

HBHE 2103

remaja masa kini. Jika amalan pengambilan makanan yang sihat diamalkan bermula dari rumah insyaAllah gejala obesiti yang begitu membimbangkan negara dapat diatasi dengan jayanya, tetapi jika ianya tidak diamalkan dengan kata lain ianya akan mengundang obesiti akan menjadi fenomena yang menggugat kesejahteraan kesihatan Malaysia amnya. Maka marilah kita sama-sama menyahut seruan Kerajaan Malaysia untuk sama-sama menjayakan kempen yang diwar-warkan dari semasa ke semasa agar matlamat untuk mencegah masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah dan remaja dapat mencapai matlamat yang di sasarkan. Jadikan amalan gaya hidup sihat itu bermula dari ibu bapa, keluarga di rumah. Tunjukkan contoh yang baik terhadap keluarga, ini kerana pendidikan awal itu bermula dari rumah. Semoga apa yang dibincangkan ini mendapat sedikit sebanyak maklumat yang dapat dikongsi bersama untuk menyelamatkan kanak-kanak, murid-murid sekolah dan remaja dari dibelenggu oleh masalah obesiti ini. Jadikan masyarakat Malaysia sentiasa mengamalkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hari. masyarakat

(2775 perkataan)

LAMPIRAN

13

HBHE 2103

Gambar aktiviti senaman dan pemeriksaan kesihatan

BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN 14

HBHE 2103

OBESITI

PIRAMID MAKANAN

AKTIVITI BERJOGING

GAMBAR MENUNJUKKAN AKTIVITI SIHAT UNTUK MENGGELAKKAN DARIPADA OBESITI

15

HBHE 2103

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan 1. Borhan Yusof, Hasbullah Ismail, Mohamed@Mohd Sadek Mustaffa, (2009). Modul HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat, Meteor Doc. Sdn. Bhd 2. Norazhan Che Lan, (2010), Modul HBHE 2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat, Meteor Doc. Sdn. Bhd 3. Shamsudin M, S. Sharizad Y, & Mohd Sofian O, F. (2002), Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Dzulkifli bin Ismail, Jamaliyah binti Ahmad, Yahya bin Abdul Jalil. (2005), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Tahun 4, Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Raihanah A. (2003, Mac 28). Makanan Segera Antara Punca kegemukan kanakkanak. Berita Harian. Di capai dari laman web.http://www.mahsuri.com.my/TIP %20KESIHATAN/punca_kegemukan.htm 6. Berita Minggu, ( 16 Oktober 2011) semasa pelancaran Karnival 10,000 Langkah Sehari (My Sihat). 7. http://centralclubgombak.blogspot.com/ di capai pada tarikh 10/03/2011. 8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti_di_Malaysia di capai pada tarikh 10/03/2011.

16

You might also like