You are on page 1of 11

Nama Ahli Kumpulan: 1.Kleynton Rantai (Ketua Kumpulan) 2.Allan Don Anthony 3.Chong Jin Kit 4.Firdaussi 5.

Thiviyenn 6.Surintharan

Latar Belakang
Tarian Joget sangat digemari oleh

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari.Terutamanya ketika Mandi Safar suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal.Malah Joge Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka.

**Tarian Joget merupakan sejenis Tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. **Ia juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu-lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. **Joget juga popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.

Cara Persembahan
Dalam tarian joget, gerak geri kai lebih penting daripada

gerakan tangan.Tempo tarian joget yang sederhana ilah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas. Tarian Joget di tarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua,muda,lelaki dan wanita secara berpasangan.Orang yang sedang menari dikatakan berjogetatau bertandak sementara pengiring tarian dikatakn pencak joget.
Dalam pesta-pesta keramaian,penari lelaki berjoget akan

mengembing atu mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya.Tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.

Pakaian Joget
Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang

baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping.Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga diatas kepalanya.Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.

GAMBAR

TARIAN JOGET

You might also like