You are on page 1of 1

Siri Kreativiti Hijau ITNM : Surat Khabar, Majalah dan Surat Lama ISBN : 978-983-068-790-2 Pemanasan global menjadi

isu yang hangat diperkatakan dan kesedaran untuk menjaga alam sekitar adalah salah satu sifat yang perlu ditanamkan kepada setiap insan demi menjaga bumi kita. Justeru itu, terbitan Siri Kreativiti Hijau ITNM mengajak anak-anak anda untuk mengurangkan bahan buangan dengan menggunakan semula surat khabar, majalah dan surat-surat lama secara kreatif. Buku setebal 31 mukasurat dan berwarna penuh ini memberikan idea bagaimana bahan buangan kertas boleh dimanfaatkan menjadi pelbagai barangan berguna dan perhiasan yang mudah untuk diikuti oleh anak-anak anda. Terdapat juga ruangan informasi dan trivia yang membantu pemikiran muda untuk menghadam kepentingan dan kesedaran penjagaan alam sekitar. Naskhah ini merupakan salah satu dari Siri Kreativiti Hijau ITNM yang boleh dibeli secara tunggal atau set atau kedua-duanya sekali. Pupuklah minat membaca sambil menggarap kreativiti dan semangat cintakan alam sekitar dalam diri anak anda dengan buku ini.

You might also like