You are on page 1of 8

Soalan 2 Resis menggunakan kain di sebut juga sebagai batik. Beberapa proses perlu dijalankan untuk menghasilkan batik.

(a) Lukiskan proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting.

1.0

Pengenalan

Batik merupakan kraf tradisional yang unik dan amat terkenal di Asia atau di Gugusan Kepulauan Melayu. Perkataan batik berasal daripada Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Dalam bahasa Melayu batik bermaksud titik manakala dalam Bahasa Jawa batik bermaksud setitik lilin. Umumnya batik merupakan kraf yang dihasilkan melalui proses melilin dan mewarnakan kain putih. Ianya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Keindahan dan batik tidak luput ditelan zaman dan setanding dengan tekstil lain yang berada dipasaran. Batik juga merupakan salah satu produk yang boleh menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia. Keindahan reka corak dan penggunaan kain batik turut berkembang selari dengan perkembangan zaman dan citarasa pembeli.

1.1

Perkembangan Seni Batik di Malaysia Sejarah perkembangan batik di Malaysia bermula pada kurun ke-15.Batik dibawa

masuk ke Malaysia secara langsung dari kepulauan Indonesia. Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang mula-mula sekali memulakan perusahaan seni batik. Pada peringkat awalnya perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan sahaja. Menurut karya Munsyi Abdullah yang berjudul Pelayaran Abullah , rakyat Kelantan telahpun memakai kain batik sarung yang diimport dari Indonesia sejak awal kurun ke-19 lagi. Kain batik yang dipakai jenis kain batik Jawa dan Bugis. Pada awal kurun ke-20, masyarakat pantai timur Semenanjung Malaysia telah pun mengeluarkan kain batik sendiri dengan meniru pembuatan batik dari Indonesia. Haji Che Su bin Ishak telah mencipta batik pada tahun 1911 dinamakan kain pelangi dan dihasilkan melalui teknik ikat dan celup. Kain sutera tiruan yang dinamakan Kain Pereir yang dimport dari siam digunakan untuk membuat batik dan

digunakan sebagai selendang wanita pada ketika itu. Buah kayu. Arang dan kulit kayu digunakan sebagai pewarna.

1.2

Motif Batik Motif batik banyak dikelilingi oleh alam sekeliling. Gambaran alam sekeliling

digubahkan menjadi corak yang menarik.Corak batik diadaptasi daripada empat jenis motif iaitu:

1.2.1

Motif Flora Tumbuh-tumbuhan merupakan motif yang paling digemari. Antara motif

flora yang digunakan ialah rebung, bunga kenanga, cempaka, melur, bunga matahari dan lain-lain. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang menarik.

1.2.2

Motif Fauna Sumber fauna dilakar mengikut kreativiti berdasarkan haiwan laut, darat dan

udara. Antaranya ikan, obor-obor, ayam, itik, kerang, burung, serangga dan lain-lain. Walaubagaimanapun, motif manusia kurang digunakan jika dibandingkan dengan batik Indonesia.

1.2.3

Motif Geometri Bentuk Geometri digubah dalam pelbagai variasi seprti perulangan motif dan

menghasilkan corak yang menarik. Antara motif geometri ialah manipulasi bentuk bulat, segi tiga, segi empat, kon dan lain-lain.

1.2.4

Motif Benda, Abstrak dan Motif Gabungan Motif benda merupakan corak yang diolah daripada benda-benda seperti

jaring ikan, wau, watak wayang kulit dan sebagainya. Motif Abstrak pula diolah mengikut kreativiti dan imaginasi pelukis, walaupun kadangkala sukar di tafsirkan tetapi hasilnya tetap menarik. Motif gabungan terhasil daripada gabungan dua atau lebih motif di atas.

1.3

Batik Lukis/Canting Batik lukis/canting merupakan salah satu proses menghasilkan batik yang popular

digunakan di Semenanjung Malaysia terutama di Pantai Timur. Peralatan yang digunakan ialah Alat mencanting, pemidang kayu, berus, periuk/kuali, dapur dan plat pemanas, besen/bekas air dan penyidai. Proses untuk menghasilkan batik melalui beberapa peringkat iaitu meregangkan kain pada pemidang kayu, melakar motif atau corak pada menggunakan pensil, memanaskan campuran lilin, menyapu lilin, mewarna, merendam dalam sodium silikat, mematikan warna, merebus dalam debu soda dan mengeringkan kain. Prose tersebut diterangkan dengan lebih mendalam lagi melalui lukisan yang menunjukkan bagaimana proses tersebut dijalankan.

Soalan 2 (b) Huraikan kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah. Penjelasan tentang fakta perlu berserta dengan contoh serta bahan rujukan.
2.0 Pengenalan Resis atau dalam perkataan Inggeris resist didefinasikan sebagai aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas ataupun kain. Resis didefinisikan sebagai satu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat dipermukaan yang telah disapukan lilin dibahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.Dalam menjalankan aktiviti menggambar menggunakan teknik resis menolak warna basah atau cat basah yang disapu atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin akan bertindak sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Alat dan media yang digunakan dalam menjalankan teknik resis ialah bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin dan krayon lilin. Berbagai jenis kertas boleh digunakan untuk menjalankan teknik resis iaitu kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod dan kertas manila kad. Resis juga boleh dijalankan dengan menggunakan kain iaitu kain putih cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji dan cotton lawn kima. Untuk tujuan mewarna pula, warna yang digunakan ialah warna air, warna poster, cat rumah dan warna tempera. Pensil, kapur tulis dan bekas air serta pemadam digunakan untuk membuat lakaran. Berbagai teknik dapat dijalankan untuk menghasilkan sebuah lukisan melalui teknik resis ini. Antara teknik yang selalu digunakan dan sesuai untuk pelajar sekolah rendah ialah:a) Krayon resis dengan warna air b) Krayon resis dengan warna poster c) Krayon resis dengan warna tempera d) Krayon resis dengan perekat getah e) Krayon resis dengan lilin biasa f) Kertas lilin resis g) Resis dari kapur dan lilin(cara positif) h) Resis dari kapur dan lilin (cara negatif) Teknik-teknik ini dapat menghasilkan lukisan yang menarik jika dijalankan dengan proses yang betul.

2.1

Kepentingan Mempelajari Teknik Resis Kepada Pelajar Sekolah Rendah Penggunaan teknik resis dalam proses menggambar merupakan satu kegiatan yang

amat menarik dalam matapelajaran pendidikan seni visual. Antara kepentingan pengajaran teknik resis dalam matapelajaran pendidikan seni visual di sekolah rendah ialah:-

a) Asas dalam kemahiran membuat batik. Pelajar akan didedahkan dengan teknik asas dalam membuat batik. Contohnya dalam teknik resis warna air dan lilin biasa. Pelajar diminta membuat sesuatu tema tertentu seperti tema haiwan. Pelajar akan mula melakar menggunakan pensel kemudian ditindih dengan lilin ke atas lakaran tadi supaya warna tidak meresapi bahagian yang telah dilakar tadi. Teknik ini sama dengan proses mencanting batik iaitu membuat lakaran corak dan dikuti dengan mencanting lilin cair dengan menggunakan pen canting bagi melindungi corak daripada terkena warna. Ianya akan memudahkan pelajar untuk menguasai kemahiran mencanting batik kerana telah melalui pendedahan dalam kemahiran tersebut.

b) Meneroka Pelbagai Jenis Bahan. Teknik resis boleh dihasilkan menggunakan pelbagai jenis bahan dan juga teknik. Dalam proses menjalankan proses menggambar menggunakan teknik resis guru akan memberi panduan serta penerangan mengenai teknik-teknik yang boleh dijalankan serta bahan-bahan yang dicadangkan untuk menghasilkan lukisan yang menarik. Pelajar juga digalakkan meneroka pelbagai bahan untuk menjalankan teknik tersebut. Kreativiti pelajar boleh dioptimumkan dengan galakkan oleh guru untuk menggalakkan murid meneroka pelbagai teknik yang sesuai dan juga pelbagai bahan yang berbeza-beza tetapi menepati syarat untuk menghasilkan resis.

13 13

c) Kemahiran Mengenalpasti Jenis-Jenis Corak Batik. Dalam pengajaran guru untuk menggambar menggunakan teknik resis, guru boleh menerapkan pengenalan kepada pelbagai corak yang dihasilkan dalam industri batik di Malaysia. Pengenalan mengenai motif-motif yang digunakan seperti flora, fauna, geometri dan bentuk-bentuk abstrak boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan menggambar menggunakan teknik resis.

d) Membantu meningkatkan Kemahiran Psikomotor Pelajar. Jika dilihat dari sudut fizikal pula, resis dapat melatih pelajar dari segi psikomotor mereka terutamanya tangan mereka. Ini kerana pelajar akan melukis corak-corak yang menarik serta kompleks dengan menggunakan krayon atau bahan-bahan yang lain dan ini memerlukan ketelitian dalam penghasilan kerja kerana sebarang kesilapan akan mencacatkan hasil kerja pelajar itu. Kemahiran mewarna dalam resis juga dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.

e) Menajamkan Penggunaan Pancaindera Pelajar Aktiviti resis juga lain dapat meningkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria pelajar. Melalui resis, pelajar belajar mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu mengetahui sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

3.0

Rumusan Secara keseluruhannya kemahiran menggambar menggunakan teknik resis sangat penting dalam proses pengajaran pembelajaran pendidikan seni visual dikalangan pelajar sekolah rendah. Selain daripada kepentingan mempelajari teknik resis seperti yang dibincangkan di atas, resis juga dapat menarik minat pelajar terhadap matapelajaran pendidikan seni, kepelbagaian teknik dan bahan dan hasil yang diperolehi dapat meningkatkan motivasi terhadap pelajar untuk mengetahui pelbagai jenis teknik resis secara mendalam dan sekaligus menarik minat murid terhadap pendidikan seni serta memotivasikan murid untuk hadir ke sekolah supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran yang seterusnya terutamanya yang melibatkan matapelajaran pendidikan seni visual.

15

5.0

Bibliografi

Open University Malaysia (2010) HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Open University Malaysia (2010) HBAE1403 Menggambar Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. KL: DBP Pearsall, R. (1994). Introduction to Drawing. London: Grange Books

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. KL: DBP. (Tahun Satu hingga Tahun Enam).

Hurwitz, a. & el. Al (2001). Children and Their Art, Harcourt College Publishers, USA.

Open University Malaysia (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. Kementerian Pelajaran

You might also like