You are on page 1of 2

KESELAMATAN MAKANAN YANG DIJUAL DIGERAI TEPI JALAN.

Perkembangan ekonomi yang semakin pesat telah membawa kepada kemajuan dan kemakmuran kepada penduduk negara ini. Selaras dengan itu, sektor perindustrian dan perkhidmatan termasuk industri makanan telah mengalami perkembangan dan seterusnya telah membawa kepada satu perubahan corak pemakanan pengguna terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar. Masa kini pengguna juga lebih mementingkan makanan yang bercirikan penyediaan yang cepat, berkualiti dan lazat serta mempunyai pelbagai pilihan. Disamping itu, berlaku perubahan sikap dan kelakuan di dalam membuat pembelian dan perbelanjaan ke atas makanan. Pengguna memerlukan makanan yang disediakan dalam keadaan yang bersih serta mengutamakan tahap layanan, mutu dan nilai. Justeru itu, semakin banyak gerai dan restoran yang dibuka sehingga ada yang sanggup berniaga di tepi jalan demi mengaut keuntungan. Peniaga-peniaga ini menyedari bahawa industri makanan mempunyai prospek yang cerah berbanding dengan bidang perniagaan yang lain. Premis makanan dan restoran mempunyai potensi untuk menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan makanan. Ini disebabkan oleh penjagaan kebersihan dan kemudahan sanitasi persekitaran yang kurang memuaskan. Oleh itu pengusaha dan pekerja di premis makanan diwajibkan untuk mengikuti kursus-kursus, seminar dan ceramah mengenai pengendalian dan penjagaan kebersihan makanan di premis menjual makanan. Individu yang merancang untuk menceburi bidang pengendalian makanan seharusnya mempunyai tahap pengetahuan yang mencukupi mengenai keselamatan makanan. Setiap aktiviti yang melibatkan makanan sama ada di kantin, restoran atau kilang-kilang pengusaha makanan adalah berisiko tinggi terhadap kejadian keracunan makanan kecuali mereka yang mempunyai pengetahuan yang cukup dan amalan yang baik semasa mengurus makanan. Dalam masa yang sama, pengguna mempunyai pengharapan yang tinggi terhadap kualiti makanan yang dibeli terutama makanan yang telah dibersihkan dan disediakan supaya pengguna merasa selesa dan selamat mengambilnya Sanitasi pula dapat ditakrifkan sebagai satu rekabentuk dan penyelenggaraan kebersihan dan persekitaran yang sihat. Kawasan pengendalian makanan dan pengendali makanan yang sihat boleh mengelakkan pencemaran makanan dari mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan makanan. Manusia merupakan perantara kepada kejadian keracunan makanan. Tangan yang kotor, nafas dan perpeluhan manusia boleh mencemari makanan selain daripada binatang atau serangga. Tindakan manusia yang tidak terkawal seperti bersin dan batuk juga boleh memindahkan bakteria kepada makanan yang boleh menyebabkan penyakit. Oleh yang demikian, pengusaha premis makanan haruslah menitikberatkan kebersihan semasa proses penyediaan makanan, penyimpanan makanan dan persekitaran premis menjual makanan. Pengusaha premis

makanan perlu menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pengguna untuk memastikan produk makanan sentiasa bersih dan selamat. Dalam keghairahan pengusaha premis makanan mengaut keuntungan, kebanyakan daripada mereka cuai dalam penjagaan kebersihan dan sanitasi semasa mengendalikan premis makanan menyebabkan kejadian keracunan makanan. Ini boleh menyebabkan pengguna memakan makanan yang mengandungi bakteria yang menghasilkan toksin yang akan bertindakbalas atau mengganggu sistem penghadaman. Di samping itu keracunan makanan juga boleh berpunca daripada penggunaan bahan awet yang tidak dibenarkan atau penggunaannya yang melebihi had yang dibenarkan. Bahan pengawet yang tidak dapat pengesahan penggunaannya boleh membahayakan kesihatan pengguna dalam jangkamasa pendek seperti menunjukkan simptom cirit-birit dan muntah. Manakala kesan jangkamasa panjang pula boleh menjadi faktor penyumbang kepada kejadian kecacatan atau barah. Sebagai contoh, kes keracunan disebabkan oleh Loh Si Fan atau Mee Tikus telah mengorbankan seramai 13 orang yang berlaku pada 15 Oktober 1989 di Kampar, Teluk Intan, Tanjung Tualang dan Batu Gajah Perak. Kejadian ini berpunca akibat kecuaian oleh pengeluar makanan tersebut. Keselamatan makanan perlu dijaga rapi oleh peniaga. Kadang- kadang, serangga beracun seperti lipas dan lalat akan hinggap di gerai makan di tepi jalan tanpa diundang untuk menyebarkan penyakit yang kadangkala boleh membawa kepada kematian manusia. Tidak semua makanan di gerai di tepi jalan tidak selamat dan kotor, tetapi terdapat segelintir peniaga tidak mementingkan keselamatan makanan yang dijual untuk para pelanggan.Namun sebenarnya,kita tidak boleh menyalahkan pihak peniaga 100 peratus hanya kerana keselamatan makanan. Tetapi juga pelanggan, yang suka membuang sampah merata rata dan menaikkan udara yang berbau busuk di sekeliling gerai gerai di tepi jalan sehinggakan kita membuat spekulasi sendiri bahawa peniaga peniaga tidak mementingkan kebersihan makanan. Konklusinya,kita sebagai peniaga dan juga pelanggan, perlu menjaga mutu makanan yang dijual dan dibeli demi menjaga kesihatan dan keselamatan diri sendiri.Makan boleh sebarang makan, tetapi kebersihan dan keselamatannya perlu dijaga.

You might also like