You are on page 1of 9

- BARANGAN BUATAN MALAYSIA (a) Kepentingan Pembelian Barangan Tempatan Pendahuluan: - Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan menggalakkan

rakyat membeli barangan tempatan - perlu menyokong kempen tersebut - perlu mengubah sikap dan menerima barangan tempatan - perlu menjadi pengguna yang bijak - terdapat pelbagai kepentingan 1. Menjimatkan perbelanjaan - harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import - harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import - dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain - dapat menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit 2. Industri tempatan semakin berkembang - Banyak industri desa muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan - industri batik, kraf tangan, songket dan tembikar - dapat membantu rakyat hidup selesa 3. Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang - rakyat mendapat peluang pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan - masalah sosial dapat dikurangkan - dapat menjana pendapatan keluarga - rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa 4. Imej negara dapat ditingkatkan - negara dapat mengeluarkan barangan yang bermutu - mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import - barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan dompet - menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita - Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti 5. Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan - wang dapat digunakan untuk membantu rakyat - kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan - rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera - ekonomi negara menjadi lebih stabil Penutup: - banyak memberi kebaikan kepada pelbagai pihak - perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan - bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negaranegara maju - Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.

(b) Usaha-usaha Menggalakkan Pembelian Produk Tempatan Isi-isi:

1. Diri sendiri - membeli dan menggunakan barangan tempatan - barangan buatan Malaysia berkualiti dan setanding dengan barangan import - berbangga dengan barangan buatan Malaysia - contohnya kereta nasional Myvi, dan kasut Bata - perlu menggunakan barang buatan Malaysia dalam kehidupan seharian - sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga dan menyokong barangan keluaran Malaysia. 2. Ibu bapa - menggalakkan ahli keluarga membeli barangan buatan Malaysia - menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah, contohnya perabot, pakaian, makanan dan barangan elektrik - anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya - ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak. 3. Guru - menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia - guru adalah suri teladan kepada pelajar - memupuk perasaan cinta akan negara - menerangkan kebaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran - sebagai contoh dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan kemahiran hidup - menjadi teladan kepada pelajar dengan menggunakan barangan buatan Malaysia seperti kereta nasional, bak kata peribahasa kepimpinan melalui teladan 4. Media massa sama ada media elektronik atau media cetak - menyiarkan iklan-iklan berkaitan barangan buatan Malaysia - menjadikan iklan barangan buatan Malaysia sebagai selingan semasa menayangkan sesuatu rancangan - iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat rakyat untuk membeli barangan buatan Malaysia - rakyat akan dapat maklumat terkini berkaitan barangan buatan Malaysia 5. Kerajaan mengadakan kempen - mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia secara berterusan atau berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam - dapat menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia - memupuk perasaan cinta akan negara, bak kata peribahasa tak kenal maka tak cinta - kerajaan mengadakan promosi barangan buatan Malaysia melalui Karnival Barangan Tempatan - menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia demi Kerana Mu Malaysia.

KARANGAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR Dasarwasa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh permasalahan pencemaran alam sekitar yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dikatakan negara kita mempunyai kadar pencemaran alam yang tinggi. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan yang akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Dalam konteks ini, kadar pencemaran alam dikatakan begitu tinggi walaupun pihak berkuasa cuba menafikannya berkali-kali. Impak-impak negatif seperti pencemaran sungai, penggondolan bukit dan pembakaran secara terbuka menceritakan betapa buruknya pencemaran alam itu selain kejadian tanah runtuh yang kerap kali berlaku kebelakangan ini. Media massa turut membuat laporan yang memberikan gambaran bahawa pencemaran alam di negara ini begitu kritikal. Oleh itu, pemahaman tentang punca-punca pencemaran alam amat penting bagi menangani kemelut ini. Dalam zaman yang serba canggih ini, salah satu penyumbang utama dalam pencemaran alam di negara ini adalah sektor pembalakan yang begitu meluas dan intensif di Sabah, Sarawak dan Pahang. Aktiviti pembalakan sama ada yang dibenarkan atau haram telah menyebabkan banyak kawasan hutan dalam negara ini hilang dalam sekelip mata sahaja. Kita semua sedia maklum bahawa hutan menjadi salah satu alat penapis pencemaran semulajadi tetapi jika hutan sudah tiada bermakna kita sudah kehilangan sistem yang mampu menapis pencemaran ini. Sesungguhnya pencemaran alam di negara ini berlaku kerana sektor pembalakan hutan. Kita sering membaca di dada-dada akhbar, salah satu punca pencemaran adalah aktiviti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai, lautan, dan sistem takungan air negara. Kebanyakan kilang atau syarikat perindustrian lebih gemar membuang sisa toksik ke kawasan semulajadi ini kerana mereka tidak mahu mengeluarkan belanja yang banyak untuk membersihkannya terlebih dahulu. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan hampir kesemua saliran di negara ini mengalami pencemaran yang tinggi. Maka bayangkanlah betapa dahsyatnya kesan daripada pencemaran air di mana air juga menjadi habitat semulajadi kepada hidupan akuatik dan keperluan asas bagi manusia. Natijahnya, pencemaran alam ini telah berlaku dan akan terus berlaku tanpa ada langkah-langkah pencegahan yang konkrit, sistematik dan pragmatik. Usah kita menunding jari menyalah satu sama lain kerana itu bukanlah caara yang matang untuk menyelesaikannya. Demi merialisasikan (merealisasikan) visi kudsi wawasan 2020, marilah kita sama-sama memepuk sikap tidak kira dari golongan tua mahupun muda. Hanya kita yang mampu mengatasinya kerana tiada sakit yang tiada penawarnya. Mahukah kita kiranya anak-anak kita di generasi akan datang menanggung parahnya. Tepuk dada tanya Iman!

Pencemaran Sungai Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama dunia. Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti Cintailah Sungai Kita tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran sungai? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat, pencemaran sungai dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai betook care. Phenomena yang terjadi ini pasti ada sebabsebab yang munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka. Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Phenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai. Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan hidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri sendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kepentingan bersama. Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada

sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali. Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain di persada dunia. Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya. Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena sudah terhantuk baru tengadah. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. Cintailah Sungai Kita

Kepentingan Amalan Berjimat Cermat Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita. Seperti pepatah , malang tidak berbau, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, Sediakan payung sebelum hujan. Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang. Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan jangan terhantuk baru tengadah, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita. Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.

Kepentingan permainan tradisional Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara. Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warnawarni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, Tak kenal maka tak cinta, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, serampang dua mata. Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain. Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti peribahasa, Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi. Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap

dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap permainan tradisional kita. Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah. Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, menyelam sambil minum air. Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

You might also like