Kebebasan Bersuara Dengan Batasan Tertentu Malaysia terkenal sebagai salah sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi secara

meluas. Dalam sesebuah Negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi, kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia yang perlu. Kebebasan bersuara dapat menunjukkan adakah demokrasi yang diamalkan subur ataupun sebaliknya. Walaupun begitu hak ini kerap kali disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi kepentingan mereka sendiri. Oleh itu, kerajaan telah menetapkan beberapa garis panduan yang harus dipatuhi dalam memperjuangkan kebebasan bersuara. Garis panduan ini merupakan perlembagaan persekutuan dan juga undang-undang tertentu. Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak bersuara. Kita mempunyai hak untuk berucap bagi menyebarkan maklumat idea melalui apa-apa sahaja medium. Walau bagaimanapun, hak kebebasanbersuara di Negara kita tidak bersifat mutlak dan hak ini dihadkan dengan batasan tertentu. Misalnya, isu-isu yang menyentuh sensitiviti inidividu ataupun sesebuah kumpulan masyarakat. Selain itu, setiap rakyat mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat, pembaharuan atau kritikan terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, kebebasan bersuara penting bagi media massa untuk menyokong kebebasan mengeluarkan pendapat bagi semua. Setiap rakyat perlu mengamalkan sikap kesederhanaan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara. Pertimbangan dan tindakan yang dibuat harus tidak keterlaluan dalam semua aspek. Ini penting bagi menjamin keharmonian dan kedamaian sesebuah negara dan mengelakkan pertelingkahan antara kaum. Seterusnya, rakyat yang mengamalkan sikap ini tidak akan mengabaikan kepentingan orang lain selain diri sendiri. Contohnya, dalam menyatakan pandangan kita tidak seharusnya menyentuh isu-isu sensitive yang mungkin menjejaskan perpaduan negara kita. Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita mesti bersikap kesederhanaan walaupun mempunyai kebebasan bersuara kerana kita merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Dengan ini, kesejahteraan dan kedamaian negara dapat dipelihara (256 PP)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful