You are on page 1of 26

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KONSEP ASAS PENILAIAN


UJIAN Suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Bentuk - soalan bercetak atau lisan - bateri prestasi tahap fizikal - pemerhatian tingkahlaku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

PENGUKURAN Suatu proses mengutip maklumat berangka tentang tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang
- ditakrif juga sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian

PENILAIAN Suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. - Ia meliputi ujian dan pengukuran.

TUJUAN PENILAIAN
Memfokus kepada setiap murid - memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. - guru dapat mengaplikasikan prinsip PJ membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

Menentukan status semasa murid - mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi a. pemberian gred b. mengecualikan murid dari sesuatu aktiviti. c. memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi. d. menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu. e. menentukan aktiviti tertentu.

Memilih wakil sekolah


- memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. - menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

Memotivasikan murid - memberi maklum balas kepada seseorang murid. - ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. - jika keputusan disalahkan gunakan maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang hampa dan kecewa

Menilai pengajaran dan program PJ - dapat menentukan pencapaian objektif program PJ. - memberi maklumbalas tentang keberkesanan program. - memberi peluang guru dan pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai. Membekalkan untuk kajian lain - membolahkan maklumat digunakan untuk kajian.

ASPEK PENILAIAN
Penilaian PJ

PSIKOMOTOR

KOGNITIF

AFEKTIF

Kecergasan Fizikal

Bertulis

Kertas dan Pensil

Kemahiran motor

Lisan

Muka kartun berperasaan

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL


Penilaian Kecergasan Fizikal Berasaskan Sekolah (PPK 1999)
KOMPONEN KECERGASAN UJIAN Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan 1. Dayatahan Kardiovaskular 2. Kekuatan otot 3. Dayatahan otot Cooper (Larian/Berjalan 12 minit Bangkit tubi berperingkat (a) Mendagu (Lelaki) (b) Mendagu dalam kedudukan condong (Perempuan) Duduk jangkau Ukuran lilitan Kecergasan Fizikal Berasaskan Perlakuan Motor 6. Kelajuan (a) Lari pecut 30 meter (b) Lari pecut 50 meter Thn 3 Thn 6 Tingkt 1 - 5 Thn 1 Tingkt. 5 Tingkt 3 5 Thn. 4 Tingkt. 5 KUMPULAN SASARAN

4. Kelenturan 5. Komposisi tubuh badan

Thn. 1 Tingkt 5 Thn. 1- Tingkt. 5

7. Imbangan
8. Ketangkasan 9. Kuasa 10. Masa tindak balas 11. Kordinasi

Dirian Bangau
(a) Lompat Kuadron (b) Illionis (a) Lompat jauh berdiri (b) Lontaran bola baling/ Bola keranjang aras dada Nelson Choice- Response-Movement (a) Mengelecek bola dengan tangan (b) Mengelecek bola dengan kaki

Thn 4 Tingkt 5
Thn 1 Tgkt 5 Thn 1 Tgkt 5 Thn 1 Tgkt 5 Thn 1 Tgkt 5 Thn 4 Tgkt 5 Thn. 1 Tgkt 5 Thn. 1 Tgkt 5

UJIAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN


Bagi menilai kemahiran asas sesuatu permainan selepas pengajaran. Menilai kebolehan seseorang murid. Cth. Ujian servis Tenis Ujian mengelecek bola

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN


Program kesihatan sekolah mempunyai dua hasil iaitu: 1. Kesihatan murid-murid sekolah 2. Pendidikan kesihatan murid-murid sekolah. Penilaian pendidikan kesihatan muridmurid sekolah rendah merangkumi empat aspek a. Pengetahuan b. Sikap c. Amalan d. Kemahiran

Menilai pengetahuan kesihatan


Pengetahuan kesihatan murid boleh dinilai dalam beberapa bentuk ujian piawai seperti berikut: a. Ujian Betul Salah b. Ujian aneka pilihan/objektif c. Ujian padanan d. Ujian melengkapkan e. Ujian bentuk karangan

UJIAN BETUL - SALAH


Ujian jenis ini adalah sesuai bagi soalan yang mempunyai dua alternatif sahaja. Contoh Ujian Betul Salah 1. Dadah akan memudaratkan kesihatan jika disalahgunakan. _______ 2. Protein tidak menyumbangkan kalori kepada guna tenaga tubuh kita. _______

ANEKA PILIHAN/OBJEKTIF
Jenis ini adalah jenis yang paling lazim digunakan. Cth ujian: 1. Antara pernyataan berikut yang manakah tidak benar?

A. Kebanyakan sayur daun hijau kaya dengan vitamin dangalian. B. Minuman jus oren dan susu serentak tidak menimbul apa-apa kesan buruk. C. Minum lebih dari 6 gelas air setiap hari tidak menggemukkan. D. Sesetengah bedak mempunyai sifat mengurus badan.

JENIS PADANAN
Ujian jenis ini merupakan versi alternatif ujian aneka pilihan. Ujian ini meletakkan jawapan dalam satu lajur dan pernyataan di lajur lain.

Ujian Melengkapkan
Ujian ini mempunyai beberapa pernyataan yang mempunyai katakata kunci atau frasa ditinggalkan. Dalam ujian ini murid melengkapkan pernyataan dengan menulis kata kunci atau frasa/rangkai kata.

Ujian Bentuk Karangan/Esei


Ujian ini memerlukan murid menyusun maklumat secara sistematik. Membolehkan guru menilai sejauh mana murid sudah faham tentang apa yang diajar.

MENILAI SIKAP
Melibatkan perasaan, nilai dan apresiasi. Penilaian ini penting kerana sikap banyak mempengaruhi tingkah laku murid. Masih kurang teknik yang sebenarnya boleh mengukur sikap murid terhadap kesihatan secara objektif, bukti-bukti subjektif masih diperlukan untuk mengukur sikap terhadap kesihatan.

Skala Sikap
Dua jenis skala digunakan untuk menilai sikap terhadap kesihatan: 1. Skala sikap paksa- pilih 2. Skala Likert Skala Likert adalah lebih rumit dan ia lebih sesuai untuk muridmurid di Tahap II

Pemerhatian dan Rekod Anekdotal


Sikap juga boleh diukur melalui pemerhatian dan rekod anekdotal.
GURU Memerhati tingkah laku Menemu duga murid Menyemak catatan murid . Reaksi terhadap situasi kesihatan . Nilai yang dihayati

Merekod sikap murid . Suka/ tidak suka . Pertalian emosi dengan rakan

Ujian menggunakan cerita


Menggunakan petikan cerita yang diberikan kepada murid. Menggariskan kata kunci yang menggambarkan perkara atau prosedur yang dianggap baik untuk kesihatan. Memotong kata kunci lain yang dianggap tidak baik untuk kesihatan.

Menilai Amalan Kesihatan


Penting untuk menentukan amalan kesihatan murid. Mengukur sejauh manakah perubahan telah berlaku terhadap murid. Cara menilai melalui: 1. Pemerhatian terus 2. Kajian lisan 3. Senarai semak 4. Inventori atau ujian/skala komersial

Menilai Kemahiran Kesihatan Murid


Melibatkan dua perkara iaitu: 1. Pengetahuan berkenaan amalan/ kemahiran yang betul 2. Keupayaan murid untuk mendemonstrasikan kemahiran yang betul

Ujian Pendidikan Keselamatan


Menguji sejauh mana kefahaman murid terhadap kepentingan keselamatan.
Skala yang boleh digunakan ialah skala Myers.

You might also like