You are on page 1of 15

2012

KERTAS KERJA

ANJURAN

Page 1 of 15

PANITIA MATEMATIK, SK KANGKAR PULAI

1.0

Tajuk Kertas kerja Kertas kerja sempena Bulan Matematik Tahun 2012, anjuran Panitia Matematik, SK Kangkar Pulai, Johor Bahru.

2.0

Pengenalan Bulan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati mata pelajaran Matematik. Bidang ini biasanya dilabel sebagai bidang abstrak yang hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid. Justeru, bagi memanggil semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra, Bulan Matematik diadakan. Harapan program ini agar muridmurid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.

3.0

Objektif Program 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka. Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda. Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan. Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P matematik di dalam kelas. Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan. Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan.

4.0

Tarikh Aktiviti Aktiviti ini akan diadakan sepanjang bulan Mei tahun 2012 seperti mana yang telah tertera di dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah.

5.0

Masa Aktiviti Pelan rancangan aktiviti adalah seperti di dalam Lampiran A.

Page 2 of 15

6.0

Tempat Aktiviti Pelbagai aktiviti yang dirancang melibatkan aktiviti dalaman sahaja. Tempat aktiviti dijalankan adalah seperti di dalam Lampiran A.

7.0

Senarai Jawatankuasa Pengelola Pengerusi Timb. Pengerusi Naib Pengerusi : : : En. Zakaria bin Md Yunus Pn. Hjh Simah binti Basir Tn. Hj Rashid bin Othman En. Zaba bin A. Rahman Pn. Hajah Kartinah binti Abdul Kadir En. Shamsudin bin Mohd Rosli En. Hammad Nazir bin Hasbullah Pn. Suhaiza binti Jaafar Pn. Hjh Che Bushra binti Hassan Pn. Siti Nirwanie binti Mohd Amin Pn. Diana binti Abu Pn. Hairul Aniza binti Abd Hamid Pn. Ruhaida binti Paiman Pn. Suzaita binti Tahir Pn. Siti Fatimah binti Misran Cik Nurul Ain binti Che Harun

Penyelaras Program Setiausaha Ahli Jawatankuasa

: : :

Pembahagian tugas jawatankuasa program adalah seperti di dalam Lampiran B.

Page 3 of 15

8.0

Penyertaan Semua warga SK Kangkar Pulai terutama murid dari darjah 1 hingga darjah 6 akan terlibat dengan program ini. Aktiviti yang dirancang mengikut tahun adalah seperti yang disenaraikan di dalam Lampiran A.

9.0

Anggaran Perbelanjaan Jumlah anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM640.00. Senarai terperinci anggaran perbelanjaan adalah seperti di dalam Lampiran C.

10.0

Penutup Bulan Sains dan Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini akan memberi kesan positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi Sains dan Matematik sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.

Page 4 of 15

LAMPIRAN A

PELAN RANCANGAN AKTIVITI BULAN MATEMATIK

BIL
1 2

AKTIVITI
Pelancaran program Bacaan sifir dan nyanyian lagu KASDIM

TARIKH & MASA CADANGAN


30 April 2012 (Isnin) 07:15 a.m 07:45 a.m Setiap hari sepanjang bulan Mei 07:05 a.m 07:15 a.m 10:00 a.m 10:05 a.m 09 Mei 2012 (Rabu) 07:15 a.m 09:45 a.m 02 Mei 04 Mei (Rabu Jumaat) 02 Mei 04 Mei (Rabu Jumaat) 07 Mei 11 Mei (Isnin Jumaat) 07 Mei 18 Mei (Isnin Jumaat) sebelum atau selepas waktu pnp; waktu rehat murid 14 Mei 2012 (Isnin) 07:15 a.m 09:45 a.m 02 Mei 15 Mei sebelum atau selepas waktu pnp; waktu rehat murid 21 Mei 2012 (Isnin) 07:15 a.m 07:45 a.m

SASARAN PENYERTAAN
Semua murid dan guru Semua murid

TEMPAT
Tapak perhimpunan Tapak perhimpunan

TATACARA PELAKSANAAN / CATATAN


1 kali bacaan sifir pada waktu pagi dan 1 kali nyanyian lagu KASDIM semasa perhimpunan selepas rehat Rujuk Lampiran D Rujuk Lampiran F Rujuk Lampiran F Rujuk Lampiran F Rujuk Lampiran F

3 4 5 6 7

Jelajah Kira Fun With Symbol Mathematics Puzzles Bijak Kira Sifira Challenge

Murid tahun 6 Murid tahun 1 Murid tahun 2 Murid tahun 3-5 Murid tahun 3-5

Dewan Terbuka Diedarkan di kelas masing-masing mengikut guru mata pelajaran Diedarkan di kelas masing-masing mengikut guru mata pelajaran Diedarkan di kelas masing-masing mengikut guru mata pelajaran Terbuka dan boleh diadakan di dalam kelas, bilik guru dan bilik ABM mengikut kelapangan guru. Dewan Terbuka Bilik ABM

8 9

Cabaran Bongkah Teka Berat Saya

Murid tahun 5 Terbuka

Rujuk Lampiran F Rujuk Lampiran F

10

Penutup dan penyampaian hadiah

Semua murid dan guru

Tapak perhimpunan

Page 5 of 15

LAMPIRAN B

PEMBAHAGIAN TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM

BIL
1

SENARAI TUGAS
Pelancaran program / majlis penutup Tempah dan menggantung banner Bekerjasama dengan bahagian hadiah penyampaian hadiah kepada pemenang

GURU
Shamsudin bin Mohd Rosli untuk

Hadiah pemenang Menguruskan pembelian dan pembungkusan hadiah. Melabel hadiah mengikut kategori pemenang.

Siti Fatimah binti Misran Nurul Ain binti Che Harun

Penyelaras aktiviti Jelajah Kira Menyelaras penyertaan murid Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

Siti Nirwanie binti Mohd Amin Semua guru yang mengajar tahun 6

Penyelaras aktiviti Fun With Symbol Perbanyakkan kertas soalan Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas yang lain Cari pemenang Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

Siti Fatimah binti Misran Semua guru yang mengajar tahun 1

Penyelaras aktiviti Mathematics Puzzles Perbanyakkan kertas soalan Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas yang lain Cari pemenang Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

Hammad Nazir bin Hasbullah Semua guru yang mengajar tahun 2

Penyelaras aktiviti Bijak Kira Perbanyakkan kertas soalan Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas yang lain Cari pemenang Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

Hairul Aniza binti Abd Hamid Semua guru yang mengajar tahun 3,4,5

Penyelaras aktiviti Sifira Challenge Mencari peserta Melaksanakan pertandingan Merekod keputusan Mencari pemenang dan dokumentasikan penyertaan dan keputusan

Zaba bin A. Rahman Semua guru yang mengajar tahun 3,4,5

Page 6 of 15

BIL
8

SENARAI TUGAS
Cabaran Bongkah Menyelaras penyertaan murid Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

GURU
Suhaiza binti Jaafar Semua guru yang mengajar tahun 5

Teka Berat Saya Menyelaras penyertaan murid Menyediakan bahan untuk timbangan Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

Diana binti Abu

10

Bacaan sifir dan nyanyian lagu KASDIM Menyelaras penyertaan murid Membekalkan lirik lagu kepada murid Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

Suzaita binti Tahir

Page 7 of 15

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
1 2

AKTIVITI / BAHAN
Banner Hadiah aktiviti Jelajah Kira

ITEM

KOS SEUNIT (RM)


150.00

JUMLAH KOS (RM)


150.00 150.00

Tempat 1: 1 kumpulan Tempat 2: 1 kumpulan Tempat 3: 1 kumpulan 10 orang dalam setiap kumpulan. Jumlah murid ialah 30 orang

RM50.00 untuk 1 hamper (RM5.00 x 30 orang)

Hadiah aktiviti Fun With Symbol

Tempat 1 hingga 10 terbaik dalam setiap aliran (Tahun 1 sahaja)

3.00 (RM3.00 x 10 orang)

30.00

Hadiah aktiviti Mathematics Puzzles

Tempat 1 hingga 10 terbaik dalam setiap aliran (Tahun 2 sahaja)

3.00 (RM3.00 x 10 orang)

30.00

Hadiah aktiviti Bijak Kira

Tempat 1 hingga 10 terbaik dalam setiap aliran (Tahun 3, 4 dan 5)

3.00 (RM3.00 x 10 orang x 3 aliran)

90.00

Hadiah aktiviti Sifira Challenge

Tempat 1 hingga 10 terbaik dalam setiap aliran (Tahun 3, 4 dan 5)

3.00 (RM3.00 x 10 orang x 3 aliran)

90.00

Hadiah aktiviti Cabaran Bongkah

Tempat 1 hingga 3 Hadiah berupa hamper dengan peruntukan untuk 10 orang dalam 1 kumpulan

RM25 untuk 1 hamper (RM2.50 x 10 orang x 3 unit)

75.00

Hadiah Teka Berat Saya

Tempat 1 hingga 5 Hadiah berbentuk individu (terbuka)

5.00 (RM5.00 x 5 orang )

25.00

JUMLAH

RM640.00

Page 8 of 15

LAMPIRAN D STESYEN / TOPIK 1 Whole numbers

TATACARA MENGENDALIKAN AKTIVITI JELAJAH KIRA SKOP SOALAN Menyelesaikan penyelesaian masalah melibatkan operasi bergabung dan BAHAN DIPERLUKAN CATATAN / CONTOH SOALAN

10 set soalan (penyelesaian masalah) Murid memilih 1 soalan secara rawak daripada yang tidak sama. 10 soalan yang disediakan. Murid menyelesaikan soalan tersebut di stesen. Bekas untuk menyimpan soalan tersebut (kotak).

2 Fractions

Menambah pecahan dengan berpandukan rajah pecahan yang diberi.

2 rajah yang menunjukkan pecahan. Kertas jawapan.

Lorekkan rajah tersebut. Pastikan soalan akan menyebabkan murid perlu memudahkan pecahan tersebut (jawapan dalam bentuk termudah). Contoh soalan :
1 3 1 5 10 2

3 Decimals

Mewarnakan petak mengikut nombor perpuluhan yang diberi.

Kertas yang mengandungi 100 petak. Boleh menggunakan kertas buku matematik murid 10 helai (mengikut jumlah kumpulan murid). Pensel warna. Kad nombor perpuluhan

Soalan : Lorekkan 47 % daripada rajah berikut.

Page 9 of 15

STESYEN / TOPIK 4 Percentage

SKOP SOALAN Mengira peratus suatu objek daripada keseluruhan objek.

BAHAN DIPERLUKAN Kertas berlainan berwarna yang dipotong kecil. 7 keping warna hijau. 13 keping warna merah

CATATAN / CONTOH SOALAN Soalan : Berapa peratuskah kertas merah yang ada daripada semua kertas ini?

5 Money

Mendarab dan menambah wang.

Tanda harga. Sehelai baju. Sehelai seluar. Sepasang kasut.

Soalan : Berapakah jumlah yang perlu dibayar jika anda membeli sehelai seluar dan 2 helai baju yang sama ? Kasut diletakkan sebagai pengganggu sahaja.

6 Time

Membaca jam dan seterusnya menukar masa ke sistem 24 jam.

Jam dinding. Gambar bulan atau matahari. Kertas jawapan.

Jam menunjukkan jam 4.25. Tunjukkan gambar matahari disebelah jam tersebut. Soalan: Nyatakan waktu berikut dalam sistem 24 jam.

7 Length

Mengukur panjang sesuatu objek dengan menggunakan unit centimeter (cm) dan meter (m).

Tali yang berlainan warna Pembaris 1 meter Gunting

Memotong 2 utas tali dengan ukuran yang berbeza. 32 cm dan 0.4 m.

Page 10 of 15

STESYEN / TOPIK 8 Mass

SKOP SOALAN Menimbang objek dengan menggunakan unit gram (g) dan kilogram (kg).

BAHAN DIPERLUKAN Alat penimbang. Plastik berwarna putih. Plastik berwarna merah.

CATATAN / CONTOH SOALAN Soalan : Sukat 350 g pasir ke dalam beg plastik berwarna putih. Sukat pula 0.2 kg pasir ke dalam beg plastik berwarna merah.

9 Volume of liquid

Menyukat isipadu cecair mengikut kuantiti yang diarahkan dengan menggunakan unit mililiter dan liter.

Silinder penyukat Air berwarna 2 warna berbeza. Plastik membungkus aiskrim Senduk / cawan

Soalan : Buat aiskrim dengan isipadu berikut: Aiskrim merah : 250 ml Aiskrim hijau : 0.3 liter

10 Shape and space

Membuat bentangan untuk sesuatu objek.

Objek berbentuk kiub. Pembaris. Pensel. Gunting.

Soalan: Buat bentangan untuk objek yang anda lihat dengan menggunakan kertas yang disediakan. Pastikan lokasi adalah rata.

Page 11 of 15

LAMPIRAN E 1. 2. 3.

PENYERTAAN AKTIVITI SIFIRA CHALLENGE

Masa maksima ialah 3 minit. Batalkan penyertaan jika tempoh masa telah melebihi 3 minit. Murid boleh menyertai pertandingan ini sekali sahaja dalam sehari tetapi boleh mengulang semula untuk memperbaiki keputusan pada hari esoknya. NAMA PENUH TARIKH KELAS MASA (saat)

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Diselia oleh : Tandatangan : Nama guru :

------------------------------------------------------------------------------Page 12 of 15

LAMPIRAN F Aktiviti :

TATACARA MENGENDALIKAN AKTIVITI

Fun With Symbol, Mathematics Puzzles dan Bijak Kira 1. 2. 3. 4. 5. Guru memilih bahan soalan yang bersesuaian dengan tahap murid. Guru memperbanyakkan bahan mengikut bilangan murid. Guru mengedarkan bahan kepada murid di kelas masing-masing. Beri peluang murid untuk menjawab di luar waktu PnP. Guru mengumpulkan jawapan murid mengikut kelas masingmasing. 6. Penyelaras aktiviti memilih pemenang. 7. Dokumentasikan bilangan penyertaan dan pemenang. 8. Jawapan pemenang hendaklah dilekatkan di kertas bersaiz A4 sebagai contoh jawapan terbaik.

Aktiviti :

Sifira Challenge 1. Aktiviti ini mengkehendaki murid menyusun nombor (sifir) dengan pantas dan betul. 2. Guru hendaklah bersedia dengan jam randik untuk mencatat masa yang diambil oleh murid. 3. Masa maksima ialah 3 minit. 4. Batalkan penyertaan jika tempoh masa telah melebihi 3 minit. Catatkan BATAL diruangan masa. 5. Jika jawapan murid salah, maka catatkan BATAL diruangan masa. 6. Murid boleh menyertai pertandingan ini sekali sahaja dalam sehari tetapi boleh mengulang semula untuk memperbaiki keputusan pada hari esoknya. 7. Murid yang terpantas menyusun jawapan akan menjadi pemenang. 8. Rekodkan penyertaan di dalam borang (Lampiran E).

Aktiviti :

Cabaran Bongkah 1. Aktiviti ini mengkehendaki murid menyusun bongkah dalam bentuk 3 dimensi untuk menjadi suatu replika pelbagai bentuk. 2. Selain objek 3 dimensi, objek 2 dimensi juga dibenarkan tetapi tidak melebihi 50 % dari keseluruhan objek. 3. Bentuk yang disusun adalah bebas dan mengikut kreativiti murid. 4. Murid digalak menggunakan bahan terbuang. 5. Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam sahaja. 6. Hasil kerja hendaklah disiapkan semasa berada di sekolah dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Hasil kerja yang telah disiapkan dirumah tidak dibenarkan. 7. Pemenang akan dipilih oleh pengadil dari kalangan guru. 8. Pemenang adalah bergantung kepada kreativiti dan kekemasan bentuk yang dihasilkan.

Page 13 of 15

Aktiviti :

Teka Berat Saya 1. Guru menyediakan satu objek yang hanya diketahui beratnya oleh guru itu sahaja (dilabel sebagai objek X). 2. Pada masa yang sama, satu pemberat lain yang telah dilabel beratnya (katakan sebagai 2 kg) akan diletakkan bersebelahan dengan objek X itu tadi (dilabel sebagai objek Y). 3. Murid boleh mencuba mengangkat objek X dan Y sebagai perbandingan dan meneka berat objek X tersebut. 4. Murid merekodkan tekaan mereka di dalam borang yang disediakan. 5. Tekaan terhampir dikira sebagai pemenang. 6. Jika terdapat pertindihan pemenang, maka mereka yang cuba meneka terlebih awal akan dianggap sebagai pemenang berbanding mereka yang meneka lebih lewat. 7. Rekodkan penyertaan di dalam borang (Lampiran G).

Page 14 of 15

LAMPIRAN G

PENYERTAAN AKTIVITI TEKA BERAT SAYA

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Diselia oleh : Tandatangan : Nama guru :

NAMA PENUH

TARIKH

KELAS

BERAT

-------------------------------------------------------------------------------

Page 15 of 15

You might also like