You are on page 1of 25

NOTA RINGKAS SYARIAH ( 930 ) STPM FIQH

MUAMALAT

DISEDIAKAN OLEH : ABD LATIF BIN MUHAMMAD SMK KUDAT, SABAH

1.

JUAL BELI

1.1 PENGERTIAN Menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu 1.2 HUKUM Harus sekiranya redha meredhai kecuali pada perkara yang dilarang oleh Nabi Muhammad 1.3 DALIL


1.4 HIKMAH

Mengelakkan kejadian rampas-merampas

Mengajar hidup bersatu padu, berperaturan

Memenuhi tabiat semulajadi manusia yang memerlukan kepada pertukaran sesuatu

1.5 RUKUN Penjual Pembeli Barang jualan Harga Sighah ( ijab dan qabul )

1.6 SYARAT PENJUAL DAN PEMBELI Mukallaf ( akil dan baligh ) : Tidak sah jual beli oleh orang gila, orang bodoh atau kanak-kanak 2

: Hanbali ( Sah jual beli oleh kanak-kanak sekiranya barang itu sedikit ) : Hanafiah ( Tidak disyaratkan baligh, sah jual beli kanakkanak mumayyiz ) Bukan golongan orang yang ditahan hartanya kerana bangkrap atau bodoh Bukan dipaksa kecuali dipaksa secara hak seperti dipaksa untuk membayar hutang Merdahika Beragama Islam : Tidak sah jual beli oleh hamba : Khas untuk penjualan senjata, al-Quran, hadith dan kitabkitab Islam 1.7 SYARAT BARANG JUALAN Barang itu bersih Barang itu berfaedah : Tidak sah menjual najis, bangkai, anjing dan babi : Tidak sah menjual barang yang tidak berfaedah seperti serangga dan sesuatu yang tidak bernilai seperti 1 biji gandum Barang kepunyaaan penjual sendiri atau wakil penjual : Tidak sah jual beli barang yang bukan hak sebenar penjual Sanggup menyerahkan barang jualan kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli salam : Tidak sah menjual sesuatu yang hilang, dirampas atau dicuri Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat barang itu : Tidak sah jual beli barang yang majhul, barang yang ada tetapi tidak dilihat, jual beli orang buta 1.8 SYARAT HARGA Harga mesti bersih Berfaedah pada syarak : Tidak sah jika harga itu arak, anjing : Tidak sah jual beli sesuatu yang tidak berfaedah pada syarak 3

Kepunyaan pembeli

: Tidak sah jika wang bukan kepunyaan pembeli

Mampu diserahkan oleh pembeli

: Tidak sah jual beli dengan mata wang yang tidak mampu diserahkan oleh pembeli

Tahu jenis matawang yang digunakan dari segi sifat dan kadar

1.9 SYARAT SIGHAH ( IJAB DAN QABUL ) Tidak diselangi oleh perkataan lain yang tidak ada hubungan dengan akad Tidak diselangi oleh diam yang lama kecuali sekejap seperti bernafas, terbatuk Sama maksud antara ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz Tidak boleh dihadkan masa Tidak boleh ditalikkan Didengari lafaz ijab dan qabul oleh orang berdekatan

1.10JENIS-JENIS JUAL BELI Barang yang boleh dilihat oleh pembeli dan penjual : Sangat dituntut Barang jualan belum ada di depan mata tetapi telah dinyatakan jenis, sifat dan kadar : Harus Barang jualan tiada di tempat akad atau ada tetapi tidak ditunjukkan : Tidak diharuskan dan dilarang Jualan faedah atau manfaat seperti upah dan sewa : Harus 1.11JUAL BELI YANG TIDAK SAH DAN DIHARAMKAN Menjual air benih binatang ternakan ( Tidak bernilai dan tidak dapat diserahkan ) Menjual anak binatang yang masih di dalam perut ibunya ( Tidak diketahui anak itu akan lahir dalam keadaan hidup atau mati ) Menjual buah-buahan yang masih dipokok kecuali telah nyata masaknya Menjual daging dengan binatang 4

Jualan bersyarat Jualan barang majhul seperti ikan yang masih di laut, burung yang masih di udara Jualan dengan syarat hutang Menjual sesuatu yang dibeli tetapi belum diterima

1.12JUAL BELI YANG DIHARAMKAN TETAPI SAH Membeli barang dengan harga yang lebih mahal dari harga pasaran biasa supaya orang lain tidak dapat membeli barang itu Membeli barang yang sudah dibeli oleh orang lain tetapi masih dalam masa khiyar Menyekat pedagang dari desa di pertengahan jalan sedangkan mereka itu tidak tahu harga sebenar sekiranya barang itu dijual di pasar Membeli barang keperluan untuk disorok dengan tujuan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal Menjual sesuatu barang untuk keperluan maksiat seperti menjual anggur untuk dijadikan arak Jual beli secara tipu dan kecoh seperti meletak barang yang baik di atas tetapi meletakkan barang yang buruk di bawah Jual beli untuk mengatasi tawaran orang lain ( menyakiti hati orang lain )

1.13JUAL BELI QUDULI Mereka yang menguruskan urusan orang lain tanpa diberi kuasa untuk mengurusnya / Mereka yang mengurus hak orang lain tanpa izin syarie Hanafi dan Maliki : Sah sekiranya dipersetujui oleh tuan punya Barang Syafie, Hanabalah dan Zahiriah : Batal dan tidak sah walaupun dipersetujui oleh tuan punya barang

1.14JUAL BELI MUATAH Jual beli tanpa ijab dan qabul Jumhur ulama : Sah jika menjadi adat yang menunjukkan redhameredhai antara kedua pihak, ramai yang lakukan, tiada yang mengingkari Syafieah : Tidak sah sama ada barang mahal atau murah kerana wajib adanya akad sama ada sorih atau kinayah Nawawi, Baghawi, Mutawalli : Sah pada semua perkara yang dianggap jualan kerana ia kembali kepada adat Ar-Ruyani : Harus pada barang yang berharga murah sahaja

1.15JUAL BELI URBUN ( CENGKERAM ) Membeli sesuatu barang dengan membayar cengkeram terlebih dahulu, sekiranya pembeli bersetuju dengan barang maka dejelaskan bakinya. Sekiranya tidak bersetuju maka dihibahkan cengkeram itu kepada penjual Jumhur ulama : Tidak sah dan dilarang kerana mengandungi unsur penipuan serta syarat fasid iaitu hibah dan tolak Ahmad ibnu Hanbal : Tidak mengapa kerana bertujuan mengikat pembeli dan mengelakkan kerugian kerana menunggu terlalu lama dengan bayaran yang terlalu sedikit 1.16TASIR ( KAWALAN HARGA ) Syafie dan Hanabalah : Tidak boleh dan haram pemerintah mengawal harga barang walaupun ketika barang melambung tinggi Ibnu Rifah : Harus ketika harga barang terlampau tinggi 6

Hanafiah dan Malikiah

: Harus untuk menglakkan kemudharatan kepada orang ramai dengan mempamerkan tanda harga dengan persetujuan secara bermesyuarat

Ibnu Habib

: Wajib pemerintah mengawal harga barang yang disukat dan ditimbang sahaja sama ada makanan atau bukan

2.

RIBA

2.1 PENGERTIAN Suatu akad bagi pertukaran barang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dengan menangguhkan kedua-dua pertukaran itu 2.2 HUKUM Haram secara mutlak 2.3 DALIL


2.4HIKMAH DIHARAMKAN

Pemakan riba bertambah kaya dan senang

Tiada lagi hutang yang dibayar mengikut kadar asal

Mendorong pemakannya hidup senang lenang tanpa berusaha 7

Merenggang dan merosakkan hubungan antara orang kaya, pemakan riba dan orang

miskin

2.5 JENIS Al-Fadhli : Riba yang dibayar lebih pada suatu pihak pertukaran : 1 kg beras siam ditukar dengan 1 kg beras hancur Al-Yadd : Riba yang dibayar lebih kerana tidak berterimaan di majlis akad : Tukar gandum dengan beras tanpa berterimaan di majlis akad An-Nasiah : Riba yang dibayar lebih kerana dilambatkan pembayaran : Lambat bayar hutang dikenakan bunga, bayaran lebih 2.6 BARANG RIBA

Gandum, beras, jagung, syair

Garam, halia

Emas, perak

2.7 SYARAT PENJUALAN BARANG RIBA

Sama jenis

: Sama sukatan dan timbangan

: Tunai

: Berterimaan di dalam majlis akad

Tidak sama jenis

: Tunai

: Berterimaan di dalam majlis akad

Riba dengan bukan riba

: Tiada syarat, mengikut sesuka hati

3.

KHIYAR

3.1 PENGERTIAN Memilih dua perkara, sama ada ingin meneruskan jual beli atau ditarik balik ( tidak jadi ) 3.2 HUKUM Harus 3.3 DALIL


3.4HIKMAH DIHARAMKAN

Pembeli dan penjual dapat memikirkan dengan lebih mendalam terhadap kepentingan

masing-masing 9

Mengelakkan dari berlakunya penyesalan di kemudian hari

Memuaskan hati masing-masing setelah berlakunya khiyar

3.5 JENIS Majlis : Pembeli dan penjual memilih sama ada meneruskan atau membatalkan jual beli selagi mereka masih di tempat jual beli a. Berpisah dari tempat akad : Mengikut adat kebiasaan : Jika kedai kecil, setelah keluar kedai : Kedai terlalu besar atau tempat lapang, setelah beredar dua atau tiga langkah b. Thabit khiyar : Tukaran wang, jual beli makanan, jual salam, perkongsian dan perdamaian c. Tidak boleh khiyar d. Akad : Kerugian, perkahwinan dan hibah : Sah menurut Syafie dan Hanbali : Batal menurut Hanafi dan Maliki Syarat : Kedua-dua penjual atau pembeli atau salah seorang daripadanya membuat syarat semasa akad a. Boleh khiyar b. Tidak perlu khiyar c. Tidak boleh khiyar d. Tempoh : Sewa, pawah, syarikat, mudharabah, gadaian : Pinjaman, simpanan, wasiat : Perkahwinan, khuluk, talak : Abu Hanifah dan Syafie ( tidak lebih 3 hari ) : Hanbali ( mengikut persetujuan pembeli dan penjual walaupun lebih 3 hari ) 10

: Maliki ( mengikut keperluan ) e. Hukum : Barang milik orang yang mensyaratkan khiyar, sekiranya kedua-duanya syarat khiyar maka tiada milik sesiapa sehingga tamat tempoh khiyar : Mesti ada lafaz yang jelas menunjukkan jadi atau tidak jual beli : Sekiranya barang digunakan oleh penjual maka dikira jadi jual beli dan jika digunakan oleh penjual maka dikira batal jual beli Aib a. Syarat : Rosak atau cacat barang yang dibeli : Kecacatan sebelum akad atau selepas akad tetapi barang belum diterima : Kejahilan pembeli tentang kecacatan di waktu akad dan menerima : Tidak disyaratkan oleh penjual terlepas dari aib di tempat akad : Tidak hilang kecacatan sebelum fasakh b. Hukum : Kecacatan yang berlaku sesudah akad tetapi barang belum diterima adalah tanggungjawab penjual : Perlu dikembalikan dengan segera mengikut adat kebiasaan c. Gugur khiyar : Redha dengan kecacatan selepas diketahui secara jelas atau dalalah : Menggugurkan khiyar secara jelas atau dalalah : berlaku kecacatan baru di tangan pembeli : Bertambah barang yang cacat di tangan pembeli 11

bukan dari yang asal seperti terdirinya bangunan

4.

JUAL SALAM

4.1 PENGERTIAN Menjual sesuatu barang yang tidak dilihat dengan ditentukan sifatnya 4.2 HUKUM Harus 4.3 DALIL


4.4HIKMAH

Memberi peluang kepada ahli perniagaan mendapatkan modal bagi menjalankan

perniagaan

Pembeli akan selesa kerana mendapat sesuatu mengikut apa yang ditetapkan dan

dikehendaki

Tolong-menolong antara satu sama lain

4.5 RUKUN 12

Penjual salam

Pembeli

Barang jualan

Wang atau harga

Sighah ( ijab dan qabul )

4.6SYARAT SAH BARANG JUALAN

Dinyatakan jenis dan sifat

Ada di waktu atau tempoh yang ditetapkan

Kebiasaannya ada

: Tidak sah jualan barang yang jarang ada

Jenis yang boleh dijual beli

Barang jualan sebagai hutang

4.7 SYARAT SAH AKAD

Disebut jenis barang yang dijual dengan sifat yang berbeza

Disebut kadar banyaknya dengan perkara yang boleh menolak kejahilan 13

Disebut semasa akad tempoh masa yang tertentu

Ada barang yang dijual salam itu semasa dijanjikan

Ada barang yang dijual pada ghalibnya

Dinyatakan semasa akad itu tempat perniagaan apabila tempat akad itu tidak sesuai

untuk penyerahan

Berterimaan kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli di majlis akad

Akad jual salam adalah terlaksana, tidak boleh khiyar syarat

5.

JUAL ISTISNA

5.1 PENGERTIAN Suatu akad untuk membeli barang yang tertentu yang akan diperbuat oleh tukang yang mana barang tempahan dan membuatnya itu adalah dari pengusaha 5.2 HUKUM Tidak harus mengikut qiyas tetapi harus mengikut istihsan 5.3 DALIL 14


5.4 RUKUN

Penempah atau pembeli

Pengusaha atau penjual

Barang yang ditempah atau diusahakan

Wang atau harga

Sighah ( ijab dan qabul )

5.5 SYARAT

Menyatakan jenis yang ditempah, kadar dan sifatnya

Barang yang banyak berlaku atau kebiasaannyaberlaku di kalangan orang ramai

Tidak ditentukan tempoh masa mengikut Hanafi

5.6 PERBEZAAN JUAL SALAM DAN ISTISNA

PERBEZAAN Hutang

JUAL SALAM Hutang yang ditanggung oleh penjual

ISTISNA Bukan hutang

Tempoh masa

Ditentukan tempoh masa 15

Tidak ditentukan tempoh

penyerahan masa Akad Bayaran di majlis akad Lazim Mesti menerima bayaran di majlis akad Tidak lazim Tidak disyaratkan menerima bayaran di majlis akad

6.

JUALAN HARGA TANGGUH ( AL-BAIU BITHAMANIN AAJIL )

6.1 PENGERTIAN Penjual menyerahkan barang kepada pembeli dengan segera manakala pembeli menangguhkan pembayaran kepada suatu tempoh tertentu, atau membayar secara ansuran 6.2 HUKUM Harus dilebihkan bayaran berbanding harga tunai 6.3 CADANGAN SISTEM i. Perbezaan harga tunai dan tangguh adalah rendah : Bank membeli tanah dan membuat rumah dan dijual dengan harga tangguh : Bank membeli rumah siap dan dijual dengan harga tangguh

ii. Sekiranya melibatkan wang yang banyak

7.

GADAIAN

16

7.1 PENGERTIAN Menjadikan suatu barang itu sebagai cagaran bagi suatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya dia tidak berdaya membayar hutang itu 7.2 HUKUM Harus semasa musafir atau tidak musafir 7.3 DALIL


7.4HIKMAH

Pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan

Memudahkan orang yang memerlukan wang mendapatkannya kerana adanya cagaran

Menjamin keselamatan wang atau barang yang dihutangkan

Menimbulkan sifat kasih mesra

7.5 RUKUN

Penggadai

Pemegang gadai

Barang yang digadai

17

Barang yang diberikan kepada penggadai ( bayaran )

Sighah ( ijab dan qabul )

7.6 SYARAT PENGGADAI DAN PEMEGANG GADAI

Berkeahlian dalam mengurus hartanya

Bukan dipaksa

7.7 SYARAT BARANG GADAIAN

Barang yang digadai itu ain ( barang yang wujud ) : Tidak sah gadai hutang dan manfaat atau

faedah

Semua jenis barang yang sah dijual beli

7.8 SYARAT BARANG YANG DIBERI KEPADA PENGGADAI ( BAYARAN )

Diketahui oleh kedua belah pihak atau salah seorang daripadanya

Pembayaran sebagai hutang yang lazim atau akan menjadi lazim

: Tidak sah komisyen sebelum selesai kerja jualan Bayaran sebagai hutang yang tetap lagi wajib : Tidak sah bayaran dengan harta yang dirampas, barang dipinjam dan barang disimpan 18

7.9SYARAT SIGHAH ( IJAB DAN QABUL )

: Sama seperti syarat sighah jual beli Syarat sah : Barang yang dikehendaki seperti meminta disegerakan tebus, diadakan saksi Syarat batal : Mensyaratkan pada perkara yang tidak ada tujuan seperti tidak akan makan binatang yang digadai Syarat rosakkan akad : Mensyaratkan dengan perkara yang boleh memberi kemudharatan kepada pemegang gadai atau penggadai 7.10HUKUM BERKAITAN

Penggadai boleh menggunakan barang gadaian sekiranya penggunaan tidak mengurangkan

harga barang Penggadai berhak menarik balik gadaian sekiranya barang itu belum diterima oleh pemegang gadai Pemegang gadai tidak dikenakan ganti rugi sekiranya barang itu berlaku kerosakan, kehilangan yang tidak disengajakan Dakwaan mengenai kerosakan barang oleh pemegang gadai adalah diterima tetapi beliau mesti bersumpah Barang gadaian tidak dipulangkan kepada penggadai sehingga dijelaskan kesemua hutangnya Sekiranya berlaku perbalahan antara penggadai dan pemegang gadai, kata-kata penggadai hendaklah diterima dengan syarat beliau bersumpah 7.11BATAL GADAIAN

Barang yang digadaikan diserahkan semula kepada penggadai

19

Penggadai membayar semua hutangnya

Kadi memerintahkan supaya barang gadaian dijual

Pemegang gadai memfasakhkan gadaian walaupun tanpa penggadai

Kematian penggadai sebelum penerimaan barang

Rosak barang yang digadai

Barang yang digadai disewa, dihibahkan atau disedekahkan sama ada oleh penggadai atau

pemegang gadai

8.

SYARIKAT ( PERKONGSIAN )

8.1 PENGERTIAN Menetapkan hak pada sesuatu bagi 2 orang atau lebih dengan cara berkongsi 8.2 HUKUM Harus 8.3 HIKMAH Mampu menjalankan perniagaan yang lebih besar yang tidak mampu dilaksanakan seorang diri Membimbing masyarakat hidup bekerjasama Mengeratkan hubungan silaturrahim Meninggikan lagi taraf ekonomi masyarakat 20

Memimpin masyarakat supaya bersifat amanah dan jujur

8.4 DALIL


8.4 JENIS

Ukud

Amlak

Takmin

8.5 SYARIKAT UKUD

Inan

: Berkongsi 2 orang atau lebih mengeluarkan modal untuk

sesuatu perniagaan dan keuntungan dibahagikan

mengikut kadar modal yang dikeluarkan

Abdan

: 2 orang atau lebih berkongsi tenaga dan usaha untuk

menjalankan sesuatu perniagaan dan hasilnya dibahagi

sama rata

Mufawadah

: 2 orang atau lebih berkongsi harta atau tenaga pada

21

suatu perniagaan tetapi modal tidak dicampurkan

sebelum akad dan kerugian ditanggung bersama

Wujuh

: 2 orang berkongsi, seorang terkenal dan seorang tidak

terkenal. Yang terkenal berusaha jual barang dan yang

tidak terkenal mengeluarkan modal tetapi untung

dibahagi sama rata

: 2 orang yang terkenal membeli barang dengan cara

hutang, sama sama menjual barang dan keuntungan

dibahagikan secara sama rata

Jumhur sepakat syarikat inan adalah harus

Syafie

: Mufawadah harus, wujuh dan abdan batal

Hanbali

: Mufawadah batal, abdan dan wujuh harus

Maliki

: Wujuh batal, abdan dan mufawadah harus

Hanafi

: Semua adalah harus sekiranya sempurna syarat 22

8.6 SYARIKAT AMLAK

Berkongsi milik 2 orang atau lebih suatu barang tanpa akad syarikat

Ikhtiyari

: 2 orang sama sama membeli suatu barang atau

diwasiatkan kepada 2 orang atau dihibahkan kepada 2

orang

Jabrun

: 2 orang atau lebih bukan dari perbuatan mereka seperti

menerima sesuatu dari harta pusaka

Setiap rakan kongsi seperti ajnabi dan perlu mendapat keizinan dari yang seorang lagi untuk mengurus hartanya

8.7 SYARIKAT TAKMIN ( INSURANS )

Gabungan anggota manusia bagi meringankan beban individu serta menjauhi kerosakan yang

menyusahkan

8.8 PENGHARAMAN

Riba dalam bentuk penentuan keuntungan kepada pemegang polisi

23

Pertaruhan dan perjudian

Bertentangan dengan hukum syarak

Syubhah

Eksploitasi syarikat dari modal pemegang polisi

Tidak memenuhi syarat akad

8.9 PENGHARUSAN

Tidak bertentangan dengan prinsip islam

Bukan bertujuan mengaut untung tetapi khidmat am terhadap orang ramai

Kontrak jenis baru yang tiada nas melarangnya

Kontrak sama seperti mudharabah kerana syarikat berperanan sebagai pengumpul modal

sahaja

Kontrak bukan jual beli tetapi bersifat takaful

Menjaga kepentingan ekonomi islam yang memerlukan pembangunan

8.10UBAHSUAI 24

Penting pada masa sekarang tetapi perlu dibuang unsur riba dan gharar

Perubahan pada bahagian yang bercanggah sahaja

Perlu dikendalikan oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dengan syariah

Ijmak antara ulama dan pakar insurans perlu untuk hilangkan kekeliruan

8.11 RUKUN

Ahli syarikat

Modal

Pekerjaan

Sighah ( ijab dan qabul )

25

You might also like