You are on page 1of 1

REFLEKSI INDIVIDU Pada tanggal 29 Februari 2012,bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran subjek WAJ 3112 iaitu KURSUS

OLAHRAGA,kami pelajar semester 5 telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) kali ke 30. Kursus Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib bagi pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5. Subjek ini merupakan salah satu komponen penting dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Kursus Olahraga (WAJ 3112), satu kejohanan olahraga telah dirancang dan kejohanan ini merupakan amali serta penilaian bagi Kursus Olahraga (WAJ 3112) terutama dari pengelolaan kejohanan serta aspek kepegawaian. Amalan pengurusan sukan sangat penting bagi meningkatkan kecemerlangan sukan di IPG. Bagi saya adalah bagi melihat gaya amalan pengurusan sukan yang bagaimana perlu dilaksanakan atau diguna pakai di dalam pengurusan dan mencari pendekatan yang sesuai dijalankan di kalangan IPG. Melalui penganjuran KOT ini,saya dapat mengetahui pengetahuan dari aspek perancangan kejohanan olahraga serta dapat pengalaman dari aspek pengelolaan kejohanan olahraga dan pengurusan pasukan. Semangat berpasukan dan bekerjasama dapat dipupuk oleh saya serta rakan-rakan lain dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Saya juga berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan, dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.Akhir kata,program seperti ini amat bagus terutamanya kepada bakal guru seperti saya yang memberi ilmu mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam menguruskan sesuatu kejohanan olahraga.Ilmu yang telah saya dapat akan cuba dipraktikkan di sekolah kelak. SUHAIMI BIN SULIMAN 900902-02-5199 PISMP BM/PJ/PSK (BM1) SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2010

You might also like