You are on page 1of 24

JENIS-JENIS NILAI

Secara amnya nilai boleh digunakan dalam tiga konteks: 1. Nilai Sifat : untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu objek, contoh masa itu emas. 2. Nilai Kadar : sesuatu seperti harga atau markah, harga barang, berapa tinggi penilaian ketua terhadap tugas pekerjanya. 3. Nilai Aksiologi : berkaitan dengan falsafah nilai, contoh: nilai budi yang tidak terbatas seperti cincin perkahwinan.

JENIS-JENIS NILAI

NILAI INSTRUMENTAL (EKSTRINSIK): kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai matlamat Bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat Contohnya berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati

NILAI INTRINSIK : kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya Tidak bergantung kepada nilai lain utk mencapai matlamatnya Nilai ini sendiri sebagai matlamat akhir Contohnya hakim menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

NILAI SUBJEKTIF : Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan - Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu

NILAI OBJEKTIF : kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi - Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh kebanyakan orang.

NILAI RELATIF - Nilai yang diterima atau ditolak oleh sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat - Berbentuk arbitary (tidak tentu),tidak sempurna - Berbeza-beza di antara masyarakat - Boleh berubah mengikut masa

NILAI MUTLAK (ABSOLUTE) Nilai yang harganya tidak terikat dengan sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat Diterima umum Telah diuji atau terbukti sebagai sama ada baik atau buruk Kekal sepanjang masa di semua tempat serta dalam hampir semua norma masyarakat.

Contoh nilai ekstrinsik: Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia ke 2 Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran dadah Contoh nilai instrinsik Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya berbuat demikian mengikut undang2 yang ada bukan kerana dia sendiri ingin membasmi kegiatan pengedaran dadah.

Contoh nilai subjektif Amerika menyerang Iraq- bagi Britain tindakan ini wajar kerana keamanan jangka panjang dunia supaya Iraq tidak meneruskan membuat senjata nuklear tetapi bagi Perancis tindakan ini tidak wajar kerana akan menyebabkan rakyat Iraq yang tidak berdosa terkorban. Contoh nilai objektif Peperangan satu tragedi yang dahsyat Perhambaan tidak mencerminkan nilai peri kemanusiaan Buruh kanak2 adalah suatu kegiatan yang mesti dihapuskan.

Contoh nilai relatif Di Kuala Lumpur, sebuah keluarga hanya boleh dibina melalui ikatan perkahwinan yang sah. Contoh nilai mutlak hidup berkeluarga merupakan satu amalan yang baik.

TEORI-TEORI ETIKA

TEORI ETIKA
ETIKA NORMATIF Merupakan kajian yang berkaitan dengan sifat-sifat kelakuan yang unggul atau ideal Nilainya seperti bertanggungjawab, jujur, rajin ,menjaga kebersihan dll Seharusnya ada pada setiap individu Ia merupakan satu standard yang telah diperakui oleh norma masyarakat META ETIKA Mengkaji tentang masalahmasalah yang wujud dalam etika Melibatkan perlakuan yang baik dijadikan teladan dan yang buruk harus dibaiki Mengkaji tentang apakah perlakuan atau motif disebalik perlakuan itu terjadi

TEORI-TEORI ETIKA
1.0 Teori Teleologikal - Bahawa nilai yang betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. - Keputusan terakhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara yang baik dan betul yg dilakukan - Maksudnya tindakan dan perbuatan yg banyak mendatangkan kebaikan sahaja yg perlu dilakukan. - Teori ini amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan - Contohnya teori ini mengatakan baik itu bukan moral jika baik itu membawa lebih kpd kesulitan.

1.1 Teori Utilitarianisme - Berkaitan dgn tindakan seseorang yg berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan dan keseronokan dan kegembiraan untuk orang ramai. - Kita kena memilih sesuatu tindakan yang boleh menghasilkan kebaikan yg maksimum ke atas sebanyak mungkin org yg terlibat. - Maksudnya sesuatu tindakan yg kita lakukan dianggap sebagai bermoral apabila tindakan tersebut menghasilkan keseronokan yg maksimum.sebaliknya apabila menghasilkan kesakitan dianggap sbg tidak bermoral.

Prinsip utiliti mengatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah baik, betul, dan patut sekiranya ia menggalakkan keseronokan maksimum dan tindakan itu adalah buruk, salah dan patut ditolak jika ia adalah sebaliknya. - Ringkasnya, sesuatu tundakan itu dianggap bermoral apabila tindakan tersebut menghasilkan keseronokan yang maksimum, sebaliknya apabila ia menghasilkan kesakitan dan penderitaan maka ia dianggap tidak bermoral.
-

1.2 Teori Egoisme Hanya mengambil kira kepentingan diri Nilai itu dianggap baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu dianggap jahat jika sesuatu itu merugikan diri Egoisme ini terbahagi dua: a) Egoisme psikologi bagaimana org melakukan tindakan -teori ini berpendapat semua org adalah selfish

b) Egoisme etika bagaimana mereka perlu bertindak - Teori ini mengatakan bahawa semua org perlu selfish Kesimpulannya etika egoisme ini menegaskan bahawa setiap individu mempunyai kewajipan moral utk bertindak dan mengambil keputusan dgn menrujuk kpd kepiawaian moral yg dapat meningkatkan kebajikan diri iaitu mementingkan kehendak diri dan keuntungan diri.oleh itu prinsip ini tidak akan dijadikan prinsip dan peraturan sejagat.

2.0 Teori Deontologi Menolak teori Teleologikal. Teori ini menganggap bahawa sesuatu tindakan bermoral akan melibatkan kesedaran diri dlm menghadapi halangan-halangan atau peraturan yg ditetapkan atas kepentingan antara diri dgn kebaikan umum. Terbahagi dua: 1) Teori deontologi peraturan kepiawaian sesuatu itu betul atau salah adalah terdiri daripada satu atau lebih peraturan dan bukannya keseronokan. Peraturan merupakan asas dlm sesuatu tindakan Tindakan bergantung kpd sesuatu situasi yg dirujuk pula kpd peraturan-peraturan.

2) Teori deontologi tindakan semua pertimbangan keputusan moral adalah bersifat spesifik dan menekankan kepada apa yg telah berlaku atau bertindak mengikut situasi. Contoh: murid bergaduh dalam kelas, guru leraikan dgn mendenda dan sebagainya utk menyelamatkan keadaan tanpa merujuk mana-mana peraturan sekolah.

Perbezaan di antara teori deontologi peraturan dan deontologi tindakan


Deontologi peraturan menegaskan bahawa pertimbangan moral adalah ditentukan dgn merujuk kpd perkara-perkara umum seperti peraturan masyarakat atau prinsipprinsip tertentu manakala deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu utk membuat rujukan kpd prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yg terus terang sama ada tindakan itu betul atau salah.

a) Prinsip Kewajipan

Salah satu prinsip deontologi peraturan yg dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) Prinsip ini menyatakan bahawa sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan semata-mata kerana pekerjaan itu merupakan satu tanggungjawab Tanggungjawab sbg satu nilai utama dlm etika kemoralan Semua org mesti mematuhi tanggungjawab mereka. Sesuatu tindakan tidak bernilai moral jika ia berkaitan dgn kepentingan diri. Individu yg baik (dri segi moral) dgn tekad baik yg mutlak ialah yg sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang.

b) Prinsip Eksistensialisme

Prinsip ini menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Manusia lahir tanpa tujuan, kemudian barulah ia membentuk dirinya sendiri, apa yg akan jadi ke atas dirinya adalah tanggungjawab dirinya sendiri Dia sendiri yg akan mencorakkan diri dan kehidupannya Kelakuan dan kemahuan manusia itu membentuk moral individu secara total dan mutlak dan alam semulajadi tidak mempengaruhi langsung pembentukan kelakuan individu. Pendidikan dpt mencorakkan individu dan memberi kesedaran ttg kelakuan mulia. Nilai hanya merupakan sesuatu yg hakiki manakala fikiran merupakan sumber nilai akal yg sempurna dan melahirkan tingkah laku moral yg seimbang.

3.0 Teori Kemoralan Sosial - Kemoralan tradisional merangkumi nilai-nilai contohnya, berdikari, hormat-menghormati kerjasama dll yg mementingkan masyarakat, bukan individu sbg matlamat etika/kemoralan. - Cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dgn konsep etika - Menjadi tanggungjawab setiap individu utk mematuhi pemerintah sbg autoriti moral

4.0 Teori Keperibadian Mulia - Keperibadian mulia spt keadilan, murah hati, keberanian, kejujuran, kesabaran, kebijaksanaan memainkan peranan penting dlm kehidupan moral - Kecenderungan utk sesuatu tujuan, tidak dihasilkan dlm individu oleh alam ttp menerusi latihan, pengalaman hingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan

Moral virtue mengajar kita berkelakuan baik, dipelajari melalui pengulangan, contoh dalam melatih nilai berani, jujur, individu menjadi lebih berani dan jujur Matlamat utama ialah menjadi baik Menekankan cara-cara ideal utk individu mmenjadi baik.

sekian

You might also like