Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk Penjaminan Kualiti Pentaksiran Pusat Zainuriyah Abdul Khatab (Ph.

D) Sektor Pengurusan Dasar dan Penyelidikan 1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan negara dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan selama ini, dimana ianya dikaitkan dengan pelbagai kesan yang positif dan negatif pada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Lembaga Peperiksaan sebagai satu badan pentaksiran pendidikan negara , telah mencadangkan satu alternatif untuk penambahbaikan kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang selama ini ditadbirkan pada hujung persekolahan sekolah rendah dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang ditadbirkan pada hujung persekolahan menengah rendah. Cadangan ini telah diterima dan bermulanya tahun 2011 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada murid Tahun 1. PBS mempunyai empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometrik (PS) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Namun pelbagai pihak telah mempersoalkan kesahihan pentaksiran ini kerana guru telah diberi empowerment untuk mentaksir dan memberi markah murid mereka sendiri . Ini telah menimbulkan isu berhubung kesahan dan kebolehpercayaan PBS. Bahagian seterusnya membincangkan isu tersebut. 2.0 Isu berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. PS , PAJSK dan PP komponen PBS memberikan autonomi kepada pihak sekolah khususnya guru untuk menjadi pentaksir kepada murid mereka sendiri. PS ialah proses mengumpul maklumat yang asli atau autentik dan boleh diharap yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa atau dilapor oleh guru sekolah. PAJSK pula ialah satu kaedah pentaksiran dan menilai

1

Analisis. Chan Yuen Fook dan Paramjit Singh (2006). Ini ialah kerana kejujuran guru adalah sangat penting untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor. pemeriksaan dan pelaporannya dibuat oleh sekolah. kesahan. Isu ini adalah berhubungkait dengan integriti guru dalam memberikan markah kepada hasil kerja murid mereka sendiri. Ini bermakna pelaksanaan. Mohd Zohir Ahmad. penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani. instrumen (alat) dan kaedah menganalisis data yang disediakan oleh pusat iaitu Lembaga Peperiksaan. moderasi dan pensejajaran markah sekolah oleh Pejabat Pelajaran Daerah adalah perlu untuk menjamin standard. sukan. Koretz dan Hoover (1991) mendapati pemeriksa tidak tekal dalam memberi skor untuk hasil kerja murid. Ini menyebabkan skor ujian rendah kebolehpercayaannya. Penilaian Kerja Amali (PEKA) atau sistem pentaksiran modular dan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA). ujian lisan.prestasi. Pentaksiran ini dilaksanakan secara sumatif mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP. Pentaksiran Pusat ialah satu kaedah pentaksiran yang mempunyai piawai (standard). Guru ditugaskan untuk melaksanakan PP . panduan dan peraturan. Autonomi atau kuasa ini telah dipersoalkan oleh pelbagai pihak di media dan mesyuarat antara bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Mohd Daud Hamzah dan Shuki Osman (2002). kebolehpercayaan dan keadilan kepada semua. 2 . dan disejajarkan sebelum dihantar semula ke sekolah untuk dibuat laporan di sekolah. Malah beberapa kajian oleh Mokhtar Ismail . dianalisis. Kertas ini membincangkan isu mengenai integriti guru dalam melaksanakan PP. Markah yang diberi oleh sekolah dihantar ke pusat data di Pejabat Pelajaran Daerah untuk diselaras. kokurikulum dan ekstrakurikulum. dimoderasi. Pentaksiran ini ditadbir oleh guru-guru di sekolah. pengendalian. Instrumen Pentaksiran Pusat adalah seperti kerja kursus. Hashimah Amran (2006). Shavelson. Baxter dan Gao (1993) dan Dunbar.

Tindakan ini juga membebankan murid yang perlu melengkapkan Kerja Kursus untuk geografi. Kesahan ialah mengukur apa yang hendak diukur. Dalam masa yang sama tindakan ini juga akan mempengaruhi kesahan skor ujian keran guru terpengaruh dengan hasil laporan yang cantik kerana menggunakan kertas warna. guru perlu tekal dalam pemberian skor. Guru perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor yang dinyatakan ini semasa melaksanakan PP walaupun instrumen ujian disediakan diperingkat pusat. struktur ayat sukar difahami. Kajian oleh Chan Yuen Fook dan Paramjit Singh (2006) mendapati tugasan yang tidak perlu dilaksanakan oleh murid untuk melengkapkan kerja kursus telah dilaksanakan oleh murid. Konsep kesahan dan kebolehpercayaan adalah satu konsep yang penting yang mesti difahami apabila kita ingin membina sesuatu ujian kerana ujian merupakan satu alat (instrument) yang kita gunakan untuk membuat inferens tentang pencapaian seseorang murid. aras kesukaran kurang sesuai. Tugasan ini melibatkan integriti guru sebagai pentaksir kerana mereka perlu memberi skor secara tekal dan jujur mengikut pencapaian 3 . membuat persembahan lakonan . bentuk setara dan kaedah antara pemeriksa.Sesuatu ujian yang bermutu tinggi mesti mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.bilangan item tidak mencukupi. susunan item kurang tepat dan susunan jawapan yang boleh diramalkan untuk item aneka pilihan. uji dan uji sekali lagi. ambiguiti. gerak-geri sukan dan mencerap tingkah laku murid. Sejarah dan Kemahiran Hidup. masa tidak mencukupi. Sebagai contoh laporan Kerja Kursus membebankan murid dengan penggunaan kertas berwarna yang agak mahal. Sesuatu ujian itu dikatakan boleh dipercayai sekiranya ujian itu dapat mengukur sesuatu apa yang hendak diukur dengan tekal. Kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian. laporan. Terdapat beberapa kaedah untuk menyiasat kebolehpercayaan sesuatu ujian seperti kaedah selang-seli. Diantara faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan ujian pula ialah arahan kurang jelas. Apabila guru diberi kepercayaan untuk mentaksir produk atau hasil kerja murid seperti karangan.

pemeriksa yang sederhana (central tendency) yang selalu menggunakan pertengahan skala 5. Guru hendaklah mengelakkan daripada menjadi kelima-lima pemeriksa yang disebutkan di atas. 3. berubah mengikut masa dan keadaan 2. pemeriksa yang terpengaruh dengan persepsi yang sedia ada di mindanya (halo effect) Ketekalan dalam memberi skor merupakan cabaran yang akan dihadapi oleh guru semasa memainkan peranan mereka sebagai pentaksir untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang mereka bina dan tadbirkan untuk melaksanakan PP. Diantaranya ialah. Kertas ini membincangan peranan guru dalam memastikan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dilaksanakan untuk Pentaksiran Pusat dalam pentaksiran sumatif . pemeriksa yang pemurah (generosity) yang memberi markah tinggi 3.murid mereka. Apabila guru memeriksa hasil kerja pelajar seperti karangan atau persembahan nyanyian. Linn dan Miller (2005) menyenaraikan beberapa jenis pemeriksa yang menyumbang kepada ralat atau error kepada skor. guru perlu tahu dan faham kriteria yang tepat untuk menilai prestasi hasil kerja murid. 1. pemeriksa yang tegar (severity) yang memberi markah rendah 4. pemeriksa eratik iaitu yang tidak tekal dalam memberi markah.0 Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif Sebelum perbincangan mengenai penggunaan rubrik untuk pentaksiran sumatif adalah lebih elok untuk menerangkan makna pentaksiran formatif dan sumatif berdasarkan pengklasan ujian. Alat atau tool yang boleh menjadikan sesuatu penilaian yang subjektif kepada penilaian yang lebih objektif ialah rubrik. dan juga kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan ujian tersebut . Pengkelasan ujian boleh dibuat berdasarkan: 4 .

Di dalam komponen UPSR PP akan menyumbangkan 40% markah untuk PP. Tujuan pentaksiran formatif diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk : 1. dengan ini pentaksiran formatif diaplikasi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. masa ujian itu dilaksanakan . Fungsi utama pentaksiran sumatif ialah menentukan pencapaian di penghujung sesuatu program pengajaran. respons yang diharapkan samada respon terbuka atau respon terhad.mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam sesuatu unit pelajaran yang diajar 2. Ia dikendalikan di ahkir sesuatu program atau unit sebelum guru melangkah atau meneruskan ke unit atau program baru. Pencapaian murid dalam pentaksiran sumatif berhubungkait dengan keberkesanan guru semasa pengajaran dan pembelajaran dan kajian Black dan Williams (1998) mendapati pentaksiran formatif boleh meningkat pencapaian murid dalam pentaksiran sumatif. Pentaksiran sumatif pula digunakan bagi mengesan penguasaaan murid dalam keseluruhan mata pelajaran. Pentaksiran sumatif adalah selari dengan konsep assessment for learning. Penambahbaikan untuk UPSR yang bermula tahun ini memperkenalkan konsep assessment for learning .memastikan murid menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran yang lebih kompleks 3.maka PS boleh dikelaskan kepada masa ujian dilaksanakan . samada untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi pencapaian murid atau bakat murid 2.1.mencari punca (diagnosis) kelemahan murid dalam sesuatu standard yang diajar. kegunaan hasil maklumat samada untuk membuat rujukan norma atau rujukan kriteria 3. tujuan ujian itu dilaksanakan. Kedua- 5 . samada formatif atau sumatif dan 4. Skor pentaksiran sumatif ini digunakan untuk tujuan melaporkan kemajuan murid bagi membuat pemilihan dan penempatan murid ke dalam sesuatu program pengajian.

penyelarasan dan pemantauan. untuk menandakan sesuatu yang signifikan. meningkatkan kebolehpercayaan skor yang diberikan oleh pentaksir Kelima-lima elemen ini menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan dalam masa yang sama meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran sekolah. Rubrik sesuai digunakan untuk memeriksa hasil kerja murid bagi pentaksiran sumatif dan juga formatif. murid. 4. pengesanan.kedua pentaksiran ini diaplikasi di dalam PBS yang diperkenalkan tahun ini untuk murid Tahun Satu. murid akan mendapat pembelajaran yang bermakna 2. guru dan ibubapa tahu kriteria yang diharapkan untuk meningkatkan prestasi 5. murid akan mempelajari sesuatu konstruk dengan mendalam 3.0 Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk Menjamin Kualiti Ujian Alat untuk memandu pentaksir membuat penilaian yang objektif terhadap pencapaian murid ialh rubrik penskoarn. Masa kini perkataan rubrik digunakan untuk kriteria bagi memandu seseorang pentaksir menilai seseorang hasil kerja murid tersebut. ibubapa dan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui prestasi murid. 6 . Perkataan rubrik berasal daripada perkataan Latin rubica terra yang bermaksud tanah merah. Ini ialah kerana rubrik menerangkan kriteria setiap peringkat. iaitu daripada kategori cemerlang sehinggalah kepada kategori sangat lemah.assessment. memberi autonomi kepada murid untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dengan melakukan pentaksiran kendiri atau self. Rubrik mempunyai level of performance atau peringkat prestasi yang memberi maklumat kepada guru. 4. murid. Di antara kekuatan rubrik ialah: 1. Rubrik boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti pementoran.

Amalan ini dapat dilihat pada manual ’Do it Yourself’ yang disertakan pada perisian komputer. melatih pemeriksa (American educational research Association 1990) dan 5. Aschbacher and Winters 1993) 7 . mengadakan sesi moderasi pemeriksaan (Gronlund and Linn 1990) 4. Rubrik juga boleh dijadikan seperti manual ‘Do it Yourself’ sebagai panduan untuk murid memperbaiki kualiti kerja mereka di dalam pentaksiran sumatif. McMillan 2004) 3. 4.1 Peranan Rubrik Penskoran sebagai Alat Feedback atau Maklumbalas Jika pentaksiran adalah untuk memperbaiki prestasi murid . Panduan ini secara langsung memberikan autonomi kepada murid untuk memperbaiki prestasi mereka berdasarkan kriteria yang terdapat pada rubrik yang disertakan bersama tugasan yang diberi. menggunakan skrip contoh jawapan (Herman. Ini adalah menepati objektif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mentransformasikan pentaksiran iaitu. menggunakan proses penskoran yang sistematik (Airasian 1997.2 Peranan Rubrik Penskoran sebagai Alat Penskoran Pentaksiran Sumatif Antara kaedah untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor ialah: 1. mengaplikasi rubrik penskoran yang jelas (Linn and Gronlund 200) 2.4. Selain daripada memandu murid melaksanakan tugasan untuk PP rubrik penskoran juga difahami oleh guru untuk membantu mereka semasa memeriksa hasil kerja murid. teknik pengukuran mesti digabungkan dengan memberi maklumbalas yang berkualiti kepada murid. bukan hanya untuk mengubah cara kita mentaksir murid tetapi memberi maklumat kepada murid membuat penyesuaian kendiri atau self-adjustment kepada kualiti produk atau proses kerja yang mereka laksanakan. Tugasan untuk PP perlu disertakan dengan rubrik untuk memandu murid memperbaiki hasil kerja mereka.

Pendekatan holistik menggunakan nilai absolute iaitu menggunakan skala yang kemudiannya diterjemahkan kepada Cemerlang. Banyak kajian mendapati penggunaan rubrik boleh meningkatkan darjah kebolehpercayaan sesuatu ujian ( Vacc1989. 8 .3 Contoh-contoh Rubrik Penskoran Terdapat dua jenis rubrik iaitu. Rubrik holistik 2. Alat ini boleh digunakan semasa aktiviti penyelarasan pemarkahan. Penskoran secara holistik boleh mempercepatkan proses penskoran. Brown. Sederhana . Zainuriyah 2008) . Lemah atau Sangat lemah. Baik. 4. 1. Dunbar. Baxter. Brooks and Kubicka-Miller 2006. Goldman dan Pine 1992. Rubrik boleh meningkatkan darjah kebolehpercayaan pemeriksa kerana semua pemeriksa tahu dan faham kriteria yang Cemerlang. Namum terdapat prosedur yang perlu diikuti oleh guru sebelum memeriksa hasil kerja murid seperti memahami kehendak tugasan. Rubrik analitik Kedua-dua rubrik ini mempunyai fungsi yang berbeza. Namun rubrik ini tidak dapat memberikan maklumat yang jelas dan terperinci bagi setiap penskoran oleh itu ia tidak sesuai untuk tujuan pentaksiran formatif. memahami kriteria untuk setiap kategori dan berbincang dengan guru lain untuk mendapatkan persefahaman. Rubrik holistik lebih sesuai digunakan oleh pentaksir untuk memeriksa hasil kerja murid bagi pentaksiran sumatif. . Shavelson. Glaswell and Hartland 2004.Rubrik penskoran merupakan salah satu kaedah yang dicadangkan oleh pakar pentaksiran untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor. Kaedah holistik juga dikenali sebagai pendekatan general impression atau whole impression berdasarkan perbandingan sesuatu sampel esei atau penulisan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Holistik bermakna keseluruhan atau secukupnya. Baik atau Lemah dan mengaplikasikannya semasa memeriksa hasil kerja murid.

Effective organization and sequencing. and edits to reduce errors. interesting details. Clear main ideas. writes on interesting details. Contoh rubrik holistik dan analitik tertera di Jadual 2 dan 3. meaningful sentence structure.Rubrik analitik pula menyenaraikan kriteria secara terperinci. self-selected topics. Organization Vocabulary Appropriate word choice Proficient Basic Connects opinion. meaningful sentence structure. details and examples. details and examples. Connects opinion. self-selected topics. Effective organization and sequencing. Rubrik ini lebih sesuai digunakan untuk pentaksiran formatif kerana ia memberi maklumat yang jelas dan terperinci terhadap setiap aspek yang ditaksir. Appropriate word choice Appropriately writes on assigned or self-selected topics. varied topics. Appropriately writes on assigned or self-selected topics. edits to eliminate most errors. Appropriately Clear main ideas. sequencing. and edits to reduce errors. Secara langsungnya rubrik ini dapat membantu guru dan murid mengenali kelemahan dan kekuatan bagi menguasai sesuatu konstruk atau standard kurikulum yang diharapkan. Weak elements in the beginning . clear organization. edits to eliminate most errors. Sentence 9 . Clear main ideas. self-selected sequencing. Appropriately Clear main ideas. sentence structure. middle and end. Almost appropriate word choice. Sentence structure lacks variety and contains error Proficient Basic Jadual 2 Category Advance Rubrik Analitik untuk Penulisan Bahasa Inggeris Tahun 3 Attempt Appropriately writes on assigned. clear assigned or organization. few Almost appropriate word choice. Jadual 2 Category Advance Rubrik Holistik untuk penulisan Bahasa Inggeris Tahun 3 Criteria Appropriately writes on assigned. varied sentence structure. few details.

Jadual 4 Mata pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Sains Standard yang memerlukan rubrik Standard Prestasi • Kebolehan menulis karangan deskriptif.0 Tugasan yang Memerlukan Rubrik Penskoran Kurikulum Standard Sekolah Rendah menerangkan pelbagai standard yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah. Standard prestasi pula ialah tahap penguasaan murid terhadap sesuatu standard setelah menduduki beberapa ujian.writes on details. structure lacks variety and contains error 1.0 Kesimpulan PBS memberikan autonomi kepada guru untuk membina. Di dalam standard kurikulum tercatat konstruk yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid. karangan fakta. Dalam masa yang sama kualiti ujian seperti 10 . middle self-selected and end. Ini akan memberikan cabaran yang besar kepada guru untuk melaksanakan PP . Weak elements assigned or in the beginning . Jadual 4 menunjukkan beberapa contoh standard prestasi atau konstruk yang sesuai diskor dengan rubrik oleh guru. topics.mentadbir dan memeriksa hasil kerja murid. karangan naratif dan karangan argumentatif • Kebolehan berdebat • • • • • • • • • Matematik Sejarah Menjalankan eksperimen Melukis lukisan saintifik Menulis laporan Membuat pemerhatian Membuat inferens Membina graf Menyelesaikan masalah Menyelesaikan masalah Menjalankan kajian berpandu 6.

1997. Namum ini tidak perlu menjadi halangan kepada guru untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pentaksir PP. Standards for Educational and Psychological Testing. 1990. 27:433-445 American Educational Research Association.C. International Journal off Educational Research.kesahan dan kebolehpercayaan perlu dijamin supaya masyarakat tidak mempersoalkan integriti guru dan kualiti ujian yang di tadbirkan di sekolah oleh guru. Ini ialah kerana rubrik boleh mengurangkan ralat skor dengan menyediakan kriteria yang lebih objektif untuk memeriksa hasil kerja murid yang subjektif supaya PP terjamin kualitinya. P. Kaedah yang dicadangkan ialah dengan membina rubrik penskoran yang jelas dan sesuai untuk memandu guru memberikan skor yang tekal terhadap hasil kerja murid walau di mana guru berada dan siapa yang mereka taksir. Washington D. Empirician and values : two faces of educational changes. Rujukan Airasian. 11 .

and Linn. R.289-303.C. Samad.D.J. M. Applied Measurement in Education. Colombus: Pearson Publication.L. Goldman.H. Measuremant and Evaluation In Teaching. 2004. 1998. Innovative Higher Education. Shavelson.S. Classroom Assessment : Principles and Practice for Effective Instruction.. Koretz. Laporan kajian kerja kursus Geografi dan Sejarah. (80)2.R. McMillan. Phi Delta Kappan. D. Hashimah Mohd. D. N. Measurement and Assessment in Teaching. 2000. and Hoover. and Hartland. Lembaga Peperiksaan.. Quality control in the development and use of performance assessment. 1991. D. Brown. 1993. and Kubicka-Miller. R.L. Mohd.. Zohir Ahmad. 1992. J. L. Measurement and Assessment In Teaching. School based assessment: an expectation in Malaysia. Evaluation of procedure –based scoring for hands-on science assessment.D.H.211-221 Mokhtar Ismail. Aschbacher.M. United States Of America : Pearson.P. 12 . Lembaga Peperiksaan. New York: MacMillan Publishing Company Herman. Glaswell.2006. Yunus and Amran Abd.32(2): 115-128. and Pine.E.F. and Miller. Accuracy in the scoring of writing :studies of reliability and validity using New Zealand writing assessment system.J. A Practical Guide to Alternative Assessment.. Daud Hamzah dan Shuki Osman. N. 2006.E. University Of California Linn. Inside the black box. Mohd..R. Kuala Lumpur International Conference. Universiti Sains Malaysia. T.E. L. Kementerian Pelajaran Malaysia. Oral communication skills in higher education: Using a performance-based evaluation rubric to assess communication skills. 6th Ed.2005.. Bias pemarkahan Kerja Kursus PMR dan potensi fokus kajian dalam penaksiran Kerja Kursus Kendalian sekolah. Gronlund. 2006. Auckland Uniservices Limited : University of Auckland.B. 2004.R. P. Dunbar.K. Journal of educational Measurement 29(1):1-17.N..4(4). 1990. G. Prosiding National Conference on School Based Assessment.Baxter. 2002. Brooks. J.S. and Winters. New Jersey: Prentice Hall. Linn.G. Dan William.hlm.P. Chan Yuen Fook dan Paramjit Singh. Black. Dunbar.L. R. and Gronlund.

1993. Baxter. R. Journal of Educational Measurement.30. G.P.J. 1989. Writing evaluation: examining four teachers holistic and analytic score. Zainuriyah Abdul Khatab. The Elementary School Journal.90:87-95. Vacc..41-53.N.. 13 .N. and Shavelson.Shavelson. R.J. 2008. Reconceptualisation of the concept ‘Ability to conduct a research’ and developing an alternative assessment for geography. Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia. On the stability of performance assessments.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful